Bagaimana hendak menghantar karya? (ii)


-sambungan semalam-

2- Menghantar manuskrip ke syarikat penerbitan.

Hmmm… Muthiah pun tidak tahu cara yang sebenarnya untuk menghantar manuskrip tetapi apa yang Muthiah buat…

a) Cetak manuskrip penuh novel yang kita buat. Binding elok-elok.

b) Sertakan sekali :

i) Biodata penulis.
ii) Sinopsis novel.
iii) Surat pengesahan bahawa karya tersebut adalah karya kita sendiri. (Muthiah tidak pasti sejauh mana keperluannya).

c) Poslah dokumen di atas ke alamat penerbit yang menjadi pilihan kita. Untuk mendapatkan alamat penerbit, boleh tengok web syarikat penerbitan. Kalau tidak pasti, boleh emel kepada mereka. Kalau tidak mendapat jawapan, boleh hubungi mereka dan tanya terus apa yang harus dilakukan. Maklumlah, editor-editor ini sibuk mengejar dateline (Muthiah kira). Boleh jadi terlepas pandang.

d) Siap hantar, tunggulah beberapa ketika. Dalam seminggu, boleh hubungi pihak penerbit untuk bertanyakan ‘status penerimaan’.

e) Andai sudah diterima, tunggu dalam tempoh sebulan (ini yang biasa Muthiah baca dalam web-web syarikat penerbitan). Boleh hubungi balik dan tanyalah status sama ada karya kita diterima terbit atau sebaliknya.

Apa yang penting… sabar dan terus berusaha.

** Kalau ingin menghantar karya ke Alaf21, sila-silakan ke Unit Buku Alaf ;)

Muthiah : Selamat berkarya ;)
4 Responses
  1. assalamualaikum,kak muthiah..=) manuskrip tu apa erk?is it satu salinan penuh novel yang kita buat atau singkatan novel?


  2. Waalaikumussalam, Izzaziya.

    Penggunaan sebenar, akak tak pasti tapi istilah ni akak gunakan sebagai maksud satu karya penuh kita. Dari mula cerita sampai penamat.


  3. Unknown Says:

    Assalamualaikum, kak. Boleh akk terangkan temtang surat akuan karya tu macam mana? Format dia macam mana. Saya tak berapa fahamlah.... thanks.

    -lynn amiera-


  4. Waalaikumussalam. Nanti Lynn bagi alamat emel, akak e-mel contoh yang akak buat, insyaAllah.