Aduhai sotong kegemaranku... (i)


Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Muthiah? Alhamdulillah. Gembira. Sebab… dilahirkan sebagai seorang Muslim. Hidup dilimpahi dan dikelilingi oleh mereka yang menyayangi. Alhamdulillah. Tidak ada apa yang mampu diungkapkan lagi. Terima kasih, TUHAN.

Isu apa, ya? Hehe… Sotong kurita atau octopus. Sejenis sotong yang sedap dimakan agaknya (tetapi Muthiah tidak suka sangat). Ada sesiapa hendak berkongsi resipi?

Hmmm… banyak orang sudah berbicara tetapi Muthiah pun mahu ikut serta. Boleh? Kalau tidak boleh, katakan boleh, ya ;) Kalau tengok blog, ada yang begitu taksub dengan kehebatan sotong yang lebih terkenal dengan nama Paul ini. Tidak kurang juga yang mengkeji. Iyalah. Silap hari bulan, boleh ROSAK AKIDAH. Dalam facebook pun sama. Rata-rata berbicara tentang ‘kehebatan’ seekor makhluk ALLAH yang bernama Paul. Yang marahkan mereka yang sanggup berjaga malam untuk bola pun ada. Fuh… Muthiah hanya membaca komen-komen/ perbualan maya tanpa bicara.

Isu + biodata + apa-apa berkenaan Paul, boleh rujuk pada pak cik Google. Banyak orang menulis tentangnya.

1- Bagi Muthiah… tidak salah menonton bola pada awal pagi. Iyalah. Kebanyakan lelaki (ada juga perempuan) meminatinya. Lebih-lebih lagi, WORLD CUP. Bukan selalu. Zaman muda-muda dahulu, Muthiah pun ‘suka bangat’ pada bola sepak. Entahlah. Jadi seronok. Namun, di sebalik keseronokan itu… mari sama-sama kita renungkan…

a) Hmmm… demi bola, aku sanggup berjaga malam. Dating dengan DIA bagaimana? Jadi, selepas ini… boleh jadikan permulaan bangun awal pagi ini sebagai satu perintis untuk kita qiam pula menunaikan solat malam (dan yang seangkatan dengannya). Dengan kata lain, bermunajat kepada ALLAH. Mungkin ada hikmahnya. Mula-mula, bangun sebab tengok bola. Bukan sehari dua tetapi berhari-hari. Selepas tamat Piala Dunia, tentu susah hendak tidur jam 2.00 pagi (sebab sudah jadi kebiasaan, sekian lama bangun malam untuk tengok bola). Lantas, gunakan peluang yang ada untuk… hehe… bertemu dengan PENCIPTA.

b) Hehe… bola bola juga tetapi jangan lupa dengan amanah dan tanggungjawab yang lebih utama (lainlah kalau majikan memahami (dan menghalalkan) atau kita sendiri adalah majikannya). Bagaimana pula halnya pada mereka yang berkhidmat untuk orang awam? Hmmm…

Apa, ya? Maksud Muthiah… cubalah dengan sungguh-sungguh… (bukan sahaja sewaktu Piala Dunia tetapi pada setiap masa dan ketika). Cubalah untuk melaksanakan kerja yang telah diamanahkan sebaiknya. Iyalah… sudah berjaga sampai jam 4.00 pagi. Pukul 8.00 hendak masuk pejabat. Bagaimana keadaan kita di pejabat? Tetap cergas sepertimana sewaktu kita menonton bola? Alaaa... sewaktu menjerit melolong apabila pasukan pilihan menang atau… mata kita kuyu huhu... Kerja yang sepatutnya kita lakukan tidak dapat dibuat. Mengantuk bangat. Kopi sudah diminum sebanyak lapan gelas tetapi tetap tidak dapat membuka mata. Maklumlah, selepas tamat siaran langsung bola, kita menghadiri ‘mesyuarat’ agung yang membincangkan perihal perlawanan bola sepak tadi. Kita jadi Pengerusi. Kawan serumah jadi Setiausaha. Kita tidak berpuas hati dengan pengadil yang tidak adil. Kita pun meluahkan rasa hati. Tengok-tengok sudah jam 7.00 pagi. Alahai, hendak kerja…

Oleh sebab sudah tidak dapat fokus dengan kerja, kita pun memutuskan untuk berehat di surau. Hajatnya hendak lelap lima minit. Tup tup terlebih tiga jam. Jadi, bagaimana? Alamak… kita terlupa… Hmmm… biasalah. Nama lagi manusia yang acap kali teralpa dan terlalai. Selepas ini, hati-hati dan tidak ulangi lagi, ya ;)

c) Subuh, bang.. Subuh ;)

-bersambung-

Muthiah : Berkampung di ruang tamu dengan suami...
Labels: | edit post
0 Responses