Kisah Tijah dan Mamat| Hati-hati

‪#‎KisahTijahMamat‬

Tijah dan Mamat tengok cerita Killer Elite.
Apabila sampai part kejar mengejar antara hero dan penjahat....

Tijah:Hisy, kalau saya jadi hero tu, saya langgar kereta tu. Saya seret kereta tu. Habis cerita.

Mamat:Kalau saya jadi awak, saya akan memandu dengan hati-hati.

Apabila sampai part pihak polis berjaya menangkap pembunuh...

Tijah: Kalau saya jadi polis tu, saya tembak terus orang jahat tu. Jangan bagi peluang. Kan dia dah banyak kali membunuh. Mesti dapat lari punya ni.

Mamat:Kalau saya jadi awak, saya akan hati-hati dan tak akan terlibat dalam benda macam ni.

Tijah mencebik.

Tijah:Kalau plot macam awak cakap, mendatar ajalah ceritanya. Tak menarik. Tak laku. Orang tak nak tengok.

Mamat:Tak apalah kalau orang tak tengok asal awak selamat.

Tijah:Grrr...

Bapa tangkap sendiri perompak

Ekoran daripada kes kematian remaja 19 tahun yang mati setelah jatuh ke dalam tasik.




KUALA LUMPUR, (MLP) – Seorang bapa bertindak sendirian mencari dan menangkap ketua kumpulan perompak yang membunuh anaknya pada minggu lepas.


Dalam kejadian yang berlaku pada Jumaat lalu, Muhammad Khairul bersama lima rakannya diserang oleh 20 lelaki yang menunggang motosikal semasa berada di sebuah pondok yang terletak di Taman Tasik Ing Tai Kim, Setapak.



Kumpulan tersebut berniat merompak dua lelaki lain yang berjalan di taman rekreasi itu sebelum mendekati mangsa dan rakan-rakannya. 



Deputi Supritendan A. Asmadi Abd. Aziz, berkata, kumpulan 20 lelaki itu kemudian memaksa enam remaja terbabit menyerahkan telefon bimbit dan barangan berharga sehingga menyebabkan tercetus pergaduhan.



“Muhammad Khairul enggan mengikut arahan sehingga menyebabkan perompak terbabit berang dan memukulnya dengan objek tumpul. Mangsa terjatuh ke dalam tasik ketika pergelutan berlaku,” jelas Pemangku Ketua Polis Daerah Wangsa Maju itu lagi.



Salah seorang rakan Muhammad Khairul cuba menyelamatnya tetapi gagal. Polis serta Jabatan Bomba dan Penyelamat bergegas ke tempat kejadian dan menjumpai mayat mangsa pada pukul 1.30 pagi.



Bapa mangsa tiba di Setapak dari Johor dan bercakap dengan teman-teman anaknya mengenai kejadian itu. Salah seorang kawan mangsa memberitahu bahawa dia kenal dengan ketua kumpulan perompak berkenaan.



“Ahli perniagaan itu kemudian mencari dan menangkap seorang remaja lelaki serta menyerahkan kepada polis,” ujar A.Asmadi.



Hasil soal siasat telah membawa kepada penangkapan enam remaja yang berumur 13 hingga 16 tahun. Polis kini sedang mengesan tujuh lagi remaja yang disyaki mempunyai kaitan dengan kes tersebut - sumber MyLaunchPad News


Muda remaja 'perompak-perompak' ni.

#Semasa

Kisah Tijah dan Mamat | Miss Universe

Bagi perindu Tijah dan Mamat...

#KisahTijahMamat

Tijah membaca satu artikel di internet...

Tijah : Awak, saya CANTIK tak? LANGSING tak?

Dahi Mamat berkerut. Dia memandang Tijah atas bawah.

Mamat : Cantik. Allah cipta semua orang cantik-cantik belaka. Paling utama di sisi Allah ialah yang paling takwa. Bersyukur dengan kurniaan Tuhan (Mamat memulakan syarahnya).

Tijah mengangguk-angguk.

Tijah: Saya ni REAL tak? Maksud saya, cantik saya semulajadi kan? Bukan tempek sana, tempek sini.

Mamat menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

Mamat: Ya. Real. Awak adalah diri awak. Apa yang penting, cuba jadi hamba Allah yang terbaik. (Kalau tak jawab, merajuk pula - rungut Mamat dalam hati).

Tijah tersenyum nipis.

Tijah: Saya ada NILAI KOMERSIAL tak? Wajah dan personaliti saya boleh menarik perhatian tak?

Mamat mengeluh kecil.

Mamat: Ada. Kalau awak berbudi bahasa, baik, suka tolong orang, pasti akan didekati. Awak ramai kawan kan? Adalah nilai komersial tu.

Dahi Tijah berkerut. Jawapan yang diberi Mamat dirasakan tidak mengikuti skema jawapan yang dikehendaki.

Tijah: Saya ni PELBAGAI tak? Maksud saya, awak lihat saya ni seorang yang multi-tasking tak?

Mamat mengangguk-angguk.

Mamat: Ya. Awak boleh masak, membasuh, mengemas, belajar blablabla dalam masa satu masa. Kira multi-taskinglah tu.

Senyuman Tijah melebar.

Tijah: Soalan akhir. Saya ni seorang yang BERKEYAKINAN tinggi tak?

Mata Mamat mengecil sedikit. Sedang mencari jawapan yang sesuai agaknya.

Mamat: Ya. Awak seorang yang berkeyakinan tinggi kalau dibuang ke laut. Kalau tak, awak nak harapkan saya saja.

Tijah lalu meletakkan telefon bimbitnya di atas meja.

Tijah: Kalau macam tu, saya layak dan boleh masuk pertandingan Miss Universe. Semua ciri-ciri yang perlu ada bagi seorang ratu ada pada diri saya.

Mamat menggeleng laju.

Tijah: Kenapa pula?

Mamat: Sebab mungkin suami awak tak akan izinkan awak masuk pertandingan tu.

Mamat lalu bangkit dari duduknya dan beredar dari situ. Tijah mengetap bibir tidak puas hati. Angan-angan Mat Jenin saja pun.

Oh, pencuri.

Membaca kisah seorang remaja berusia 19 tahun yang dibelasah sampai mati, kemudian dihumban ke dalam tasik oleh sekumpulan perompak mengingatkan saya kepada kisah...
Isu membogelkan pencuri di Bachok.
Isu membelasah pencuri sampai cedera parah di Kota Bharu.
Isu memakaikan bra pada pencuri di Tanjung Malim.
Isu pencuri yang ditetak tangannya sampai putus di Seremban.
Apapun, kembalilah kepada hukum Islam yang sebenar. Dunia, insya-ALLAH akan aman kerana ALLAH yang Maha Segalanya tahu apa yang terbaik buat makhluk ciptaan-NYA.

Positif!

Jangan anggap 'rejection' sebagai satu kegagalan. Yakini bahawa ia adalah satu proses pembelajaran - kata dia.

Pilihlah

Dalam hidup sehari-hari, kitalah yang membuat PILIHAN.
Memilih untuk berjaya.
Memilih untuk gembira.
Memilih untuk bahagia.
Apapun pilihan yang kita buat, pilihlah sesuatu yang mendatangkan kesan yang positif.

Kisah Tijah dan Mamat| Tidur

Tijah: Awak, kerja sekolah banyak sangatlah.

Mamat: Tak apa. Buat perlahan-lahan. Jangan panik. Buat yang termampu.

Tijah: Itulah. Sekarang, lepas kelas saya terus balik rumah. Tak stay kat sekolah dah.

Mamat: Okey juga. Lagi free nak buat kerja sekolah tu.

Tijah: Bukan. Kalau saya sampai awal, saya boleh tidur sekejap.

Mamat: Erk... Ingatkan balik awal nak siapkan kerja sekolah tu.

Kisah Tijah dan Mamat | Tiket Wayang


Tijah terlupa membawa beg duit ke sekolah...
Tijah: Awak, saya tertinggal beg duit, wak.
Mamat: Habis tu, awak makan macam mana?
Tijah: Saya pinjam dengan Wani.
Mamat: Oooo...
Tijah: Cuak juga saya. Takut hilang atau tertinggal kat mana-mana saja.
Mamat: InsyaAllah, adalah tu.
Tijah: Alhamdulillah jumpa dalam kereta. Saya duk gelabah. Kalau hilang, tiket kita nak tengok wayang malam ni macam mana? Tak kan awak pergi seorang. Bla bla bla...
Mamat: Grrr. Itu yang awak risaukan?

Mamat menggeleng laju.

Kisah Tijah dan Mamat | Lupa

Sudah lama berita Tijah tidak kedengaran. Sibuk agaknya dia. Memang pun...
Di Kedai Makan Riza...
Mamat : Malam ni saya teman awak ke kelas.
Tijah : Okey.
Selesai berbuka puasa...
Mamat : Saya hendak beli sesuatu di Kedai Runcit Acheh sekejap.
Tijah : Okey.
Tijah melihat jam di pergelangan tangan. Sudah menghampiri 7.40 malam. Kelasnya sudah lama bermula. Tanpa lengah, Tijah pun meluru ke tempat dia memarkir kereta. Setelah menghidupkan enjin kereta...
Tijah : Minyak habis pulak.
Tijah lalu memecut menuju ke stesen minyak berhampiran. Tiba-tiba, telefon bimbit Tijah berdering.
Tijah : Ya, wak.
Mamat : Tijah! Kenapa tinggal saya?
Tijah : Eh. Alamak!
Mata Tijah membulat. Boleh pula dia terlupa?!