Entahlah… (i)


Assalammualaikum, semua. Apa khabar? Muthiah… entahlah sejak dua menjak ini, mata pena Muthiah terasa tumpul. Semangat untuk menulis blog kurang dan perasaan berbaur-baur. Entahlah… sukar untuk diungkap dengan kata-kata.

Muthiah menjengah blog kawan-kawan. Orang putih panggil ~ Blog walking ~ Hmmm… kadang-kadang, apa yang berlaku pada kawan-kawan ini membuatkan Muthiah berasa takut dan ragu-ragu. Kenapa? Entahlah… Takut melihat percakaran mulut yang berlaku di dalam blog. Bukan sahaja blog… forum-forum… facebook… friendster… Bilamana orang tidak berpuas hati dengan apa yang ditulisnya, maka… tulisan itu dipersoal dan dipertikai. Diterjah dengan macam-macam sedang mungkin ada jalan yang lebih baik untuk menyelesaikan segala kekusutan. Akan tetapi, yang berlaku adalah sebaliknya. Habis soal peribadi dikeluarkan. Sampai jadi kes polis pula.

Akhirnya…

Daripada pemerhatian Muthiah yang tidak seberapa, satu ketika… teman Muthiah ini agak aktif menulis di blog. Banyak perkara yang disampaikan. Perkara realiti yang berlaku di hadapan mata. Dari satu sisi, Muthiah membenarkan apa-apa yang diperkatakannya. Namun, mungkin gaya bahasanya tidak dapat diterima. Menyebabkan ada yang tidak suka. Lantas… berlakulah perbalahan di dalam blog tersebut. Bermula dari isu yang diperbincang… kemudian, isu kecil yang tidak ada kaitan pun diperbesarkan. Timbul pergaduhan maya lagi. Selepas itu, Muthiah dapati… tulisannya di dalam blog semakin berkurangan. Dan kini… tidak ada langsung! Adakah si pengkondem tadi senyum gembira??? Hatinya tidak sakit lagi melihat tulisan-tulisan tersebut. Bayangkan… tidak ada langsung yang mahu menyampaikan… Hehe…

Salah siapa? Muthiah tidak menyalahkan si teman. Semangatnya mungkin jatuh merudum. Dia hanya manusia biasa yang banyak kelemahan. Muthiah juga mungkin akan jadi begitu andai tidak punya kekuatan. Jadi, siapa? Muthiah tidak salahkan juga orang yang mengkondem. Jadi??? Entahlah…

Muthiah tahu, dan Muthiah pasti… niat teman Muthiah ini baik dan benar untuk menyampaikan. Sebab… menyampaikan itu tidak bermakna menyalahkan tetapi mahu mengingatkan.

Frasa menyalahkan dan mengingatkan adalah dua perkara yang berbeza.

-bersambung esok-

Muthiah : Pernah digigit langau sewaktu berprogram di tempat berkelah.
Labels: | edit post
0 Responses