Aduhai sotong kegemaranku... (ii)


Assalammualaikum.

-sambungan semalam-

2- Sedikit perkongsian Muthiah tentang SALIMUN AQIDAH (aqidah yang selamat):

1- Tidak meruqyah kecuali dengan ayat Al-Quran yang ma'tsur.
2- Tidak berhubung dengan jin.
3- Tidak meminta tolong kepada orang yang berlindung kepada jin.
4- Tidak meramal nasib dengan melihat tapak tangan.
5- Tidak berjumpa dengan dukun atau peramal.
6- Tidak meminta berkah dengan mengusap-usap kuburan.
7- Tidak meminta tolong kepada orang yang telah mati.
8- Tidak bersumpah dengan selain daripada Allah.
9- Tidak tasya'um (merasa sial apabila melihat atau mendengar sesuatu).
10- Mengikhlaskan amal kerana Allah.
11- Mengimani rukun iman.
12- Beriman kepada nikmat dan seksa kubur.
13- Mensyukuri segala nikmat Allah.
14- Menjadikan syaitan sebagai musuh.
15- Tidak mengikut langkah-langkah syaitan.
16- Menerima dan tunduk secara penuh kepada Allah.

Jadi, jom kita lebih berhati-hati. Sudah tersilap langkah? Hmmm… istighfar banyak-banyak. Takut … kan tergolong dalam golongan yang mensyirikkan ALLAH… jauh daripada ALLAH. Niat yang awalnya hanya suka-suka, dikhuatiri menjadi serius (mungkin disebabkan oleh persekitaran dan keadaan).

3- Kisah Paul yang ‘tepat ramalannya’ mengingatkan Muthiah kepada kisah jeng jeng jeng… DETEKTIF CONAN.

Begini… Conan, Kogoro Mouri dan Ran pergi ke sebuah rumah yang dikatakan berhantu. Mouri dan Conan tidak percaya pada kisah ‘hantu’ tersebut tetapi tidak bagi Ran. Mereka pun mula melakukan penyiasatan. Nah! Ada perkara pelik yang berlaku. Apabila Mouri menggunakan tandas, air yang mengalir seolah-olah darah. Begitu juga dengan TV berhantu. Ada pontianak yang menjerit menghalau mereka dari rumah tersebut. Bukan itu sahaja… Pada tepi tingkap, ternampak seperti bayangan hantu yang sungguh menakutkan.

Conan tidak berpuas hati lantas membuat penyiasatan. Rupa-rupanya, ada sesuatu yang tersembunyi di sebalik misteri itu. Darah yang dilihat sebenarnya bukannya darah tetapi campuran bahan kimia yang menjadikannya kelihatan seperti darah. Begitu juga dengan hantu dari luar tingkap. Ada sesuatu yang diletakkan pada tingkap menyebabkan rama-rama suka menghampirinya. Dari jauh, nampaklah seperti bayangan hantu. Semua ini dilakukan oleh pembunuh yang hendak menutup kes yang telah dilakukannya satu ketika dahulu.

Di sebalik kisah ini… apakah yang boleh kita renungkan?

~ Kewujudan hantu yang menakutkan itu boleh dirancang… Hehe… kalau ikut 'otak Conan' dalam diri Muthiah (haha..apa daaa)… tidak mustahil kalau sudah diletakkan sesuatu pada satu bekas yang ‘terpilih’ menyebabkan si sotong kurita tertarik padanya. Kemudian, tidak mustahil juga untuk membuat jual beli dalam permainan.. Huhu… ini hanya otak Conan amatur, ya ;)

Jom renung… jom fikir… jom muhasabah… jom dan jom…

~ Dulu, Muthiah minat Brazil + Ronaldo ~

Muthiah :
Daripada Anas R.A, dia berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Allah SWT berfirman:
“Wahai anak Adam, sesungguhnya engkau berdoa kepada-KU dan memohon kepada-KU, maka akan aku ampuni engkau, AKU tidak peduli (berapa banyak dan besarnya dosamu).
Wahai anak Adam, seandainya dosa-dosamu (sebanyak) awan di langit; kemudian engkau minta ampun kepada-KU nescaya akan AKU ampuni engkau.
Wahai anak Adam, sesungguhnya jika engkau datang kepada-KU dengan kesalahan sepenuh bumi kemudian engkau menemui-KU dengan tidak menyekutukan AKU sedikit pun, maka akan AKU temui engkau dengan sepenuh itu pula ampunan.”
Labels: | edit post
0 Responses