Bagaimana hendak menghantar karya? (i)
Sunday, July 18, 2010
Assalammualaikum ;) Bagaimana dengan kehidupan hari ini? Ada baik???
Hehe… Alhamdulillah… Sejak MENCARI NAURAH diterima terbit dan berada di pasaran, ada yang bertanya… ‘Bagaimana hendak menghantar karya?’ Kata mereka, mereka telah menghantar karya ke syarikat penerbitan namun tidak mendapat jawapan.
Hmmm… pertama-tamanya, Muthiah ingin nyatakan bahawa Muthiah bukanlah orang yang selayaknya untuk menjawab soalan berkenaan kerana Muthiah pun sebenarnya masih terlalu baru. Namun, Muthiah akan tetap berkongsi dengan rakan-rakan semua. Apa yang Muthiah lakukan.
1- Menghantar karya di majalah.
a) Lihat alamat emel editor pada majalah yang berkenaan. Ada juga majalah yang mengkehendaki penulis yang berminat untuk menghantar karya mereka mengepos karya terbabit ke alamat yang dinyatakan.
b) Hehe… Emelkan karya kita. Sebelum itu, pastikan karya yang dihantar tidak terlalu banyak kesalahan yang tidak sepatutnya. Hmmm… Muthiah pernah berpengalaman menjadi editor. Ada juga pengkarya menghantar karya yang ditulis sambil lewa. Kesalahan ejaan terlalu banyak. Terlepas pandang adalah perkara biasa namun… kalau melampau-lampau banyaknya, editor pun akan pening kepala.
c) Kalau Muthiah, Muthiah akan sertakan dengan surat pengesahan bahawa karya berkenaan adalah hasil karya Muthiah sendiri. Namun, Muthiah tidak pasti sejauh mana keperluannya.
d) Dan … tunggulah…. Kalau diterima terbit, Alhamdulillah. Kalau tidak… cuba lagi. Muthiah pun, selalu mencuba berkali-kali.
-bersambung-
Muthiah : Alhamdulillah…
salam.. nak tanya, surat pengesahan tu macam mana ya? nak kena tulis apa dala tu? terima kasih. =)
Salam.
Saya tak pasti penulis lain buat macam mana tetapi saya tulis surat rasmi yang menyatakan bahawa cerpen/ novel/ puisi berjudul Sekian Sekian adalah karya saya sendiri untuk dinilai oleh pihak Tuan/ Puan.