Asingkan…


‘Assalammualaikum, salam sejahtera. Kepada anda semua moga bahagia…’ Hehe… Nasyid sewaktu Muthiah berada dalam darjah enam.

Hari ini, Muthiah ingin berbicara tentang cerita yang Muthiah tonton dari rangkaian AXN yang bertajuk ‘The Guardian’ yang bermakna ‘Penjaga’.

Kisah seorang ibu tunggal yang mempunyai seorang anak gadis. Anak gadisnya itu berkawan rapat dengan seorang budak lelaki yang merangkap sepupunya. Umur mereka dalam lingkungan sembilan hingga ke dua belas tahun. Sama baya. Masih budak-budak. Kalau belajar di Malaysia, berada di sekolah rendah agaknya. Mereka selalu dibiarkan bersama. Oleh sebab mereka bersaudara (sepupu), si ibu tadi tidak ambil kisah dengan apa yang dilakukan mereka.

Satu hari, si ibu ingin berbincang sesuatu dengan ibu bapa anak buahnya. Dia meminta anak gadis dan anak saudaranya masuk ke dalam bilik anak gadis tersebut untuk bermain-main. Tiba-tiba, si anak gadis menjerit. Cepat-cepat si ibu mendapatkan anaknya. Rupa-rupanya, si budak lelaki tadi telah bertindak mencabul sepupunya sendiri! Kemudian, barulah ibu si gadis dan ibu ayah si budak lelaki itu saling memarahi antara satu sama lain. Saling menyalahkan…


Bagaimana pula dengan masyarakat kita hari ini? Adakah turut sama memandang enteng perkara sebegini? Membiarkan sahaja pergaulan bebas anak-anak atas alasan mengenali mereka yang dekat dengan si anak…

Dalam ISLAM, ALLAH menetapkan apabila si anak gadis dan teruna sudah sampai umur yang sepatutnya, mesti diasingkan tempat tidur mereka. Anak-anak tidak sewenangnya dibiarkan bebas tanpa pantauan dan pemerhatian. Khuatir akan berlaku sesuatu yang tidak sepatutnya. Kadang-kadang, apa yang berlaku adalah di luar jangkauan kita. Tidak sangka. Namun, tidak ada apa yang mustahil boleh berlaku hari ini. Dunia semakin canggih dengan teknologi. Dan teknologi itu sendiri, bisa sahaja memberi impak yang positif dan negatif. Bergantung kepada penggunaannya.

Nah! Alhamdulillah. Muthiah berbangga kerana dilahirkan sebagai seorang Muslim. Dari hal yang dipandang ringan oleh masyarakat, kepada sebesar-besar perkara, ISLAM mengajar dan menunjuk jalan bagaimana hendak mendepaninya. Namun sayang seribu kali sayang. Banyak di kalangan kita yang lebih menganggungkan sesuatu yang tidak sewajarnya. Dia meletakkan perkara lain lebih tinggi daripada ISLAM sedang hakikatnya, ISLAM itu lebih tinggi daripada segenap hal.

Ayuh, teman. Fikir-fikirkan. Ini baru bab mengasingkan anak yang sudah menginjak remaja. Perkara lain, bagaimana? Pernahkah kita renungkan?

Firman ALLAH dalam surah al-Baqarah ayat 208 yang bermaksud, “Hai, orang-orang yang beriman. Masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhan; dan janganlah kamu menuruti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.”

Muthiah : Benci pada yang membenci… dahulu…. Hahaha…
Labels: | edit post
0 Responses