Waktu mustajab doa

Assalammualaikum. Mulakan harimu dengan mengingati ALLAH... berzikir... beristighfar. Moga ALLAH merahmati. 


Siapa kita tanpa DIA?
Jadi, hendak tidak hendak kita perlu pergi kepada-NYA.
Kepada ALLAH kita mengabdikan diri, dan kepada DIA jua kita membutuh pertolongan.
Moga kita menjadi hamba yang tidak berputus asa dalam mengharapkan-NYA.
ALLAH dekat... lebih hampir dari urat merih kita sendiri.
Yuk, hati yang selalu berputus asa.
Usahlah dikau ragu-ragu kepada-NYA.




1. Waktu sepertiga malam
'ALLAH akan turun ke langit dunia setiap malam iaitu sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman, “Sesiapa yang berdoa kepada-KU, maka AKU akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan daripada-KU, maka AKU akan mengampuninya,”.'


2. Waktu hujan turun
Nabi SAW bersabda yang bermaksud, 'Berdoalah pada waktu mustajab doa iaitu sewaktu pasukan tentera bertempur, sewaktu mendirikan solat dan ketika hujan turun.' (H.R. Abu Daud)


3. Sewaktu berbuka puasa
Nabi SAW bersabda yang bermaksud, 'Tiga bentuk doa yang dimakbulkan ALLAH; doa ibu bapa terhadap anak, doa orang yang berpuasa dan doa orang yang bermusafir.' (H.R. Baihaqi)


4. Pada malam lailatulqadar
Bertanya Aisyah R.A. kepada Nabi SAW, 'Sekiranya saya bertemu dengan lailatulqadar, apakah yang perlu saya baca?' Rasulullah SAW menjawab, 'Sebutlah olehmu "Ya ALLAH", sesungguhnya ENGKAU Maha Pengampun lagi Maha Mulia. ENGKAU sukakan kemaafan, justeru maafkan aku.' (H.R. at-Tirmidzi, Ibn Majah & an-Nasaie)


5. Waktu antara azan dan iqamat
Sabda Nabi SAW yang bermaksud, 'Tidaklah ditolak doa di antara azan dan iqamat.' (H.R. at-Tirmidzi)

6. Selepas solat fardhu
Nabi SAW bersabda yang bermaksud, 'Doa itu mustajab pada waktu malam dan selesai solat fardhu.' (H.R. at-Tirmidzi)


7. Waktu-waktu terakhir hari Jumaat
Mafhum hadis Nabi SAW yang bermaksud, 'Pada hari Jumaat, ada padanya satu masa yang tiada bersamaannya seseorang hamba, dia sedang solat kemudian dia memohon sesuatu kepada ALLAH melainkan diberi kepadanya sambil mengisyarat dengan tangan baginda.' (Muttafaqun Ilaih)


Nabi SAW bersabda yang bermaksud, 'Carilah ia pada masa terakhir selepas Asar.' (H.R. Abu Daud)


8. Dalam sujud
Nabi SAW bersabda yang bermaksud, 'Adapun pada waktu sujud, maka bersungguh-sungguhlah berdoa kerana saat itu sangat tepat untuk dimakbulkan.' (H.R. Muslim)


9. Pada hari Arafah
Nabi SAW bersabda yang bermaksud, 'Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah.' (H.R. at-Tirmidzi)


10. Waktu antara dua khutbah khatib pada solat Jumaat
Nabi SAWbersabda yang bermaksud, 'Sesungguhnya saat yang mustajab (berdoa) itu di antara duduk imam antara dua khutbah sehingga selesai solat Jumaat.' (H.R.Muslim & Abu Daud)


11. Selepas mengucapkan 'Amin', setelah membaca al-Fatihah
Nabi SAW bersabda yang bermaksud, 'Apabila imam mengatakan "Amin", maka ucapkanlah "Amin'. Sesiapa yang mengucapkan "Amin" bersama dengan para malaikat, diampunkan dosanya yang telah lalu.' (H.R. Bukhari & Muslim)

12. Ketika ayam berkokok
Nabi SAW bersabda yang bermaksud, 'Apabila kamu mendengar ayam berkokok, mohonlah anugerah-NYA, kerana ayam itu melihat malaikat.' (H.R. Bukhari)  

13. Sewaktu menerima ujian
'Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila dia berdoa kepada-NYA, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu), mendiami dan menguasai bumi? Adakah sebarang TUHAN yang lain bersama-sama ALLAH? Amat sedikit di antara kamu yang mengingati (nikmat ALLAH itu).(an-Naml, 27:62)

14. Ketika khatam 30 juzuk al-Quran
'Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab ALLAH dan tetap mendirikan solat serta mendermakan daripada apa yang kami kurniakan kepada mereka secara tertutup atau terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian, supaya ALLAH menyempurnakan pahala mereka dan menambahkan mereka daripada limpah kurnia-NYA. Sesungguhnya ALLAH Maha Pengampun lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang yang bersyukur kepada-NYA).' (al-Fatir, 35:29-30)

15. Sewaktu menunaikan haji dan umrah
Nabi SAW bersabda yang bermaksud, 'Orang yang berjihad pada jalan ALLAH dan orang yang mengerjakan haji serta umrah merupakan tetamu ALLAH; DIA menyeru (memerintahkan) mereka dan mereka menjawabnya (menunaikannya), mereka berdoa kepada ALLAH lalu ALLAH terimanya.' (H.R. Ibn Majah)

16. Ketika menziarahi jenazah
Berkata Ummu Salamah R.A. bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud, 'Apabila engkau menziarahi orang yang sakit atau menziarahi jenazah, berkatalah hal yang baik-baik, kerana para malaikat mengaminkan apa yang kamu katakan itu.' (H.R. Muslim)
(Hadis Riwayat Muslim)

Hmm.. Muthiah kira, ada banyak lagi perkongsian tetapi masa agak mencemburui <- Macam sewaktu masuk syarahan masa sekolah rendah pula ayat ni. Apapun, moga kita sentiasa berusaha untuk mendekat pada-NYA.

Nota : Muthiah tidaklah arif tentang hal ini. Jika ada pertanyaan lanjut (tentang hadis contohnya), bolehlah bertanya kepada yang lebih pakar. Sekiranya terdapat kesalahan, mohon tegur dengan hikmah. 
Labels: 0 comments | | edit post

Cuti lagi...

Assalammualaikum :)






Ehe. Insya-ALLAH, Muthiah akan bermusafir dari 31 Mei, insya-ALLAH sampai 5 Jun. Mungkin tidak sempat mengemaskini blog. Bagi mengelakkan blog ini besawang... maka mulai 1 Jun, Muthiah kongsikan cerita Mencari Naurah ya. Selamat membaca. Moga ALLAH merahmati kita semua.


Mohon maaf andai dengan sengaja Muthiah mengguris hati.


Sayang buat semua :)

Antologi Orang Berdosa ~ DIA Memilihku


Alhamdulillah ^____^

Tidak terucap dengan tutur kata. Hari yang ditunggu dinanti tiba tanpa disangka-sangka. Terima kasih kepada En. Suami, ahli keluarga, saudara-mara, sahabat handai, serta semua yang sentiasa menyokong dan mendoakan Hanan. Tidak lupa juga kepada GBK, Alaf21, para editor dan semua yang terlibat dalam penerbitan buku ini.

Sungguh! Sayang kamu kuat-kuat!








ANTOLOGI ORANG BERDOSA ~ DIA MEMILIHKU

Lima buah cerpen yang dipersembahkan dengan penuh rasa keinsafan atas peluang kedua yang diberikan TUHAN. Tiada kata yang mampu terungkap, hanya jiwa yang mampu merasakan betapa peritnya penyesalan.

Tahniah Hanan ucapkan kepada rakan-rakan penulis, Dr. H.M. Tuah IskandarIntan Arnida, Iskandar Dzul Karnain H.M. serta Umi Azrini.

Yuk, dapatkan di Karangkraf Mall dan pasaran.

Rukun solat

Assalammualaikum. Apa khabar, semuanya? Muthiah... Alhamdulillah. Baik-baik sahaja kondisinya. Moga sahabat-sahabat yang menjengah di sini begitu juga. Amin...


Okey. Muthiah ada kerja perlu dibuat. BERSEMANGAT! Jadi jom...






Soalan 


Sila jawab soalan ini sejujurnya. 



  • Rukun solat ada berapa? __________________
  • Boleh senaraikan? _______________



Yuk, ambil kertas dan cuba jawab. 


.....
.......
........


Solat itu tiang agama. Namun, sejauh mana kita arif tentang solat itu sendiri? <-Muthiah pun kadang-kadang terlepas pandang. Rukun solat... makna bacaan dalam solat dan banyak lagi.


Apapun, jom kita sama-sama berusaha untuk memperbaik solat kita, dari semasa ke semasa. Yuk, khusyuk! Yuk, fokus! Bukankah kita sedang 'dating' dengan DIA yang Maha Segalanya.


Jawapan



  • Rukun solat ada 13.

  • Senarai-senarainya:


  1. Berdiri tegak (bagi yang mampu).
  2. Niat ketika mengangkat takbiratul ihram.
  3. Takbiratul ihram (lafaz ALLAHU AKBAR).
  4. Membaca surah al-Fatihah.
  5. Rukuk (membongkok pada kadar sampai dua tapak tangan ke lutut).
  6. Iktidal (berdiri tegak selepas rukuk).
  7. Sujud (membongkok sehingga dahi berada pada paras lantai).
  8. Duduk di antara dua sujud (duduk sebentar selepas sujud pertama).
  9. Duduk tahiyat akhir (dilakukan pada rakaat terakhir solat).
  10. Bacaan tahiyat akhir.
  11. Selawat ke atas Nabi dalam tahiyat akhir.
  12. Memberi salam (memalingkan muka ke sebelah kanan, lalu salam. Kemudian ke kiri).
  13. Tertib (mengikut aturan)
Sebenarnya, Muthiah bukanlah insan yang mahir untuk memberi penerangan dan penjelasan dengan terperinci tentang rukun solat ini. Akan tetapi secara asasnya. Mungkin ada yang tidak tahu. 

Muthiah : Jom kongsi info sama dengan hikmah ;)
Labels: 2 comments | | edit post

Selamat hari lahir...

Assalammualaikum. Mulakan harimu dengan....

  • Senyuman...
  • Fikiran positif...
  • Bersangka baik...
  • Bercakap yang elok...

Ehe. Hari ini adalah hari yang paling istimewa buat Muthiah. Kenapa, mengapa? 
Jeng jeng jeng...


Selamat ulangtahun kelahiran buat suami tercinta. Balik nanti Muthiah bagi hadiah, insya-ALLAH.
Moga Abe... 

  • panjang umur...
  • murah rezeki...
  • tenang sokmo... 
  • cemerlang dalam lapangan kerja...
  • dirahmati ALLAH selalu...
  • disenangi orang sekeliling...
  • diberi kesihatan yang baik...
  • dan semua yang baik-baik untuk Abe.
Moga kita akan berbahagia selamanya...
Terima kasih kerana menjadi suami terbaik buat Muthiah...

Doakan untuk Adik Muhammad Annas Zikri

Assalammualaikum. Jengah sebentar. Sekejap lagi, insya-ALLAH Muthiah hendak masuk pejabat :)


Sekadar gambar hiasan. 


Oh, ya. Sesudah solat Isyak tadi, Tok Imam mengajak para makmum untuk menunaikan solat sunat hajat kepada Adik Muhammad Annas Zikri yang sedang koma di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. Katanya, adik yang berusia tujuh bulan itu mengalami pendarahan otak. Sama-samalah kita mendoakan agar adik itu sembuh dan kedua ibu ayahnya bersabar dengan ujian ALLAH ini.


Al-Fatihah.


Okey. GTG. Nanti nak ke...


Moga ALLAH merahmati perjalanan kami :)

Punca penceraian

Assalammualaikum :)


Apa khabar? Cepat benar masa berlalu. Pejam celik, pejam celik, sudah hari Isnin. Alhamdulillah, masih berada di sini... masih mampu mengemaskini blog... masih boleh tersenyum.


Hmm...


Muthiah sebenarnya hendak membuat semakan satu kerja namun... idea tidak datang. Jadi... kemaskini bloglah.


Sesuatu yang Muthiah petik dari Facebook Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah


Punca penceraian rumah tangga... 


1. Engkar pada perintah ALLAH.



2. Tiada restu ibu bapa.


3. Ego yang tinggi.



4. Enggan buang sifat negatif.


5. Masalah komunikasi.


6. Masalah seksual.


7. Campur tangan ibu bapa yang tidak bertempat.


8. Gangguan orang ketiga.


9. Stres.


10. Tidak seimbang antara kerjaya dan rumah tangga.


11. Masalah kewangan.


12. Enggan berubah walau ditegur pasangan.


13. Kurang penghargaan dan belaian.


14. Tidak menghormati pasangan atau mertua.


15. Dendam.


16. Jahat dan mengambil kesempatan.

17. Gangguan sihir.


18. Jahil tanggungjawab.


19. Tidak kenal pasangan dan berterusan melukakan hatinya.


20. Enggan mohon bantuan atau nasihat.


21. Ungkit pemberian.


Huh! Penuh dengan gambar. Apapun, moga mendapat kita dapat mengambil pengajaran daripadanya.

Ya, ALLAH.
Pelihara rumah tangga kami.
Perkukuhkan ikatan hati kami.
Pereratkan hubungan kami.
Moga cinta kami akan terus mekar sampai syurga.
Amin, ya Rabbal 'Alamin.

Selamat berhujung minggu

Assalammualaikum. Selamat berhujung minggu. Buat apa hari ini? Ehe. Muthiah menanti jam 12.00 untuk menghadiri majlis perkahwinan anak Pak Cik Yusof di Ipoh, juga rakan sekerja suami di Taiping. Okey. Jika semalam Muthiah dan suami berpiknik dan ber'shopping' sakan... hari ini, kami berjalan tidak hengat pula.


....


Oh, ya. Sedikit info tentang tempat perkelahan yang Muthiah kunjungi semalam...


Lokasi : Kampung Ulu Chepor, Chemor.


Bayaran masuk : Untuk kereta RM2 <- Lain-lain kenderaan, Muthiah lupa.


Sewa wakaf : Lupalah pula tetapi wakaf yang Muthiah sewa, RM2.


Kemudahan awam : Tandas awam (RM0.20 sekali masuk), tandas percuma, tempat mandi/ salin pakaian, gerai makan, surau dll.


Lain-lain : Muthiah rasa... ada chalet, tempat perkhemahan, tempat naik basikal <-Huhu... tidak tahu bagaimana hendak menjelaskan. 


Maaf. Tidak banyak perincian yang Muthiah dapat kongsikan. Semalam pun, sekejap sahaja. Kemudian, cari barang dapur di Mydin <- Yeah. Jom kita sokong Mydin


Mahu dapatkan gambaran tempat perkelahan ini? Okey. Boleh jengah di sini -> (^_^)

...
Buat raja sehari yang mendirikan rumah tangga minggu ini...




Muthiah ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru. Moga ALLAH merahmati perhubungan yang dibina. Moga ikatan itu menjadikan kita hamba yang lebih dekat dengan ALLAH.


(^___^)
Labels: 0 comments | | edit post

Mencari Naurah (Bab 38)

Novel | Mencari Naurah



Malam yang cukup mendamaikan. Aku duduk bersimpuh di atas lantai marmar sambil membelek buku Cinta Sufi tulisan penulis kegemaranku, Ramlee Awang Murshid. Mataku tidak berkelip memandang gadis berpurdah hitam pada muka hadapan novel tersebut. Alis matanya tampak sungguh menawan. Kemudian, mataku berkalih pula kepada lelaki yang turut sama menutup hidung dan mulutnya dengan kain berwarna merah. Mungkin Laksamana Sunan. Wajah Asyraf tiba-tiba hadir dalam benakku…

“Kenapa Asha nampak lain macam sahaja?” tanya Azmar, rakan serumahku. Dia bekerja sebagai Ketua Program Asas Sains, merangkap pensyarah di Universiti Industri Selangor (UNISEL). Meskipun baru sebulan duduk bersamanya, kami sudah menjadi teman akrab. ‘Dia sangat baik...’

“Entahlah. Sudah jatuh cinta kepada seseorang agaknya,” ujarku tanpa berselindung.

“Ooo... budak baru di pejabat Asha?” Azmar memandangku tanpa berkelip.

“Macam bukan,” jawabku pendek. Diam...

“Siapa?” Azmar menyentuh bahuku.

“Entahlah. Senior UM dahulu agaknya,” aku menjawab teragak-agak.

“Macam mana tiba-tiba boleh jatuh cinta padanya?” Dahi Azmar berkerut.

“Entahlah. Sudah lama agaknya cuma sekarang baru ketara,” aku berkata sejujurnya.

“Jadi, apa yang Asha hendak buat sekarang?” tanya Azmar ingin tahu. Dia berjalan perlahan ke sofa. Peti televisyen dibuka, Anugerah Juara Lagu ke-24 (AJL24) sedang berlangsung.

Aduhai, pakaian... mataku terbeliak. “Entahlah.” Aku menjawab. Benar! Aku benar-benar buntu dalam mencari penyelesaian.

“Dah buat solat istikharah ke?” Azmar menyoal lagi.

“Alhamdulillah, sudah.” Aku mengambil majalah Impiana yang terletak di atas permaidani. Majalah itu aku belek perlahan-lahan.

“Jawapannya?” tanya Azmar lagi. lagaknya seperti polis sedang menyoal siasat pesalah.
Adakah Azmar mahu menjadi seperti Kogoru Mouri? ‘Tidak henti-henti bertanya,’ bisik hatiku sambil tersenyum. Aku tahu dia prihatin terhadap permasalahan besar yang aku hadapi. “Entahlah...”

“Luahkan perasaan itu kepadanya.” Azmar memberi cadangan.

“Malu,” aku berterus-terang. Seakan berbisik.

“Kalau begitu, Asha hendak tunggu dia masuk meminang dahulu?”

Alahai, butir katanya agak pedas. Lebih ‘panas’ daripada wartawan rancangan Melodi, Micheal. “Tidak tahu macam mana perasaan dia...” Aku diam sejenak. “Takut bertepuk sebelah tangan,” tambahku lagi.

“Kalau melepas?” Azmar memulakan perang psikonya terhadapku.

“Sudah tidak ada jodoh, hendak buat macam mana.” Suaraku berubah, mungkin aku kecewa.

“Zaman sekarang, bukan macam zaman dahulu. Perempuan duduk rumah, tunggu orang datang melamar. Apabila orang tanya, diam... bukankah diam itu tandanya setuju?” Dahi Azmar berkerut lagi. “Tidak salah perigi mencari timba. Tidak berdosa pun. Lebih-lebih lagi perempuan zaman sekarang lebih ramai daripada lelaki. Bagaimana perangai budak itu? Baik tak?” Dia menyambung butir bicaranya.

“Entahlah. Baik agaknya.” Aku menjawab dengar tidak dengar.

“Lor, tidak tahu tetapi jatuh cinta. Betul-betul tidak tahu atau tidak mahu beritahu? Tenang, Asha. Apa gunanya kawan kalau hendak main sorok-sorok macam ini. Sekurang-kurangnya, kita berkongsi cerita. Manalah tahu, boleh tolong. Kalaupun idea tidak bernas, boleh juga perah otak sama-sama. Tidak pening kepala seorang diri,”  khutbah Azmar panjang lebar.

“Tidak kenal sangat. Tengok dari jauh sahaja tetapi dia memang memiliki akhlak dan peribadi yang bagus. Ambil perubatan, umur 26 tahun... aktif aktiviti kolej semasa belajar dahulu, selalu jadi imam di surau dan menyampaikan kuliah maghrib serta subuh...” Aku diam sebentar. “Prihatin, penyabar, pemaaf, tersusun dan bla bla bla,” aku menambah.

“Terperinci lagi... betul-betul angaulah kawan aku yang seorang ini? Tidak pasti konon.” Azmar tersenyum sinis.

“Entahlah...” Jawabku ringkas.

Azmar ketawa. “Dengarlah cakap orang yang banyak pengalaman ini. Lebih baik luahkan sahaja daripada pendam dan sakit seorang diri. Berjaya tidak berjaya, dapat ke tak, belakang kira. Malu tidak malu pun belakang kira. Yang penting, usaha dulu. Bukankah usaha itu tangga kejayaan?” Dia mengemukakan cadangan dengan penuh semangat.

“Tengoklah...” jawabku tidak bermaya.

~bersambung~

Mencari Naurah (Bab 37)

Novel | Mencari Naurah



“ASYRAF, mari makan,” jerit Datin Khatty.

“Baik, ma.” Asyraf menjawab ringkas.

“Tak kerja hari ini?” tanya Datin Khatty setelah Asyraf duduk di atas kerusi.

“Tunggu on call,” balas Asyraf pendek.

“Pergilah rumah Datin Azira. Amalin pun tidak bekerja hari ini.” Datin Khatty berkata dengan lembut.
Asyraf diam. Dia menyuap roti bakar yang disediakan bibiknya.

Datin Khatty turut diam. Tidak mahu memaksa mungkin. Dia mahu memujuk Asyraf secara halus. Mana tahu hatinya akan menjadi lembut.

“Mama, Asyraf nak layari internet,” ujar Asyraf lalu menaiki tangga rumah menuju ke kamar tidurnya yang terletak di tingkat dua.

“Okey,” balas Datin Khatty. Dia terus menyuap roti yang telah disapu dengan sekaya ke dalam mulutnya. Sedap...

“Kalau Asyraf bosan, pergilah rumah Datin Azira. Dia kata dah lama tidak berjumpa dengan Asyraf,” jerit Datin Khatty dari tingkat bawah.

Asyraf tidak menjawab apa-apa. Dibiarkan sahaja mamanya dan dia terus memasuki bilik bujangnya. Komputer riba yang terletak di atas meja dibuka perlahan.

Yahoo messenger dibukanya. Tidak ada sebarang mesej di luar talian. E-mel juga tiada, peti masuknya penuh cuma e-mel yang dinanti-nanti tidak kunjung tiba. Kecewa, dia menutup komputer ribanya. Sebenarnya, dia hanya mahu melihat YM dan e-melnya. Manalah tahu...

Dia sedar, dia sebenarnya yang mula mendiamkan diri tetapi hakikatnya dia terus menanti. Dia tertunggu-tunggu perkhabaran daripada seseorang. Mungkin seseorang yang dia telah jatuh hati kepadanya.

‘Wahai orang yang beriman, mengapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi ALLAH bilamana kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan...’

Kalimah ALLAH ini bermain-main di mindanya. Ungkapan yang pernah diungkapkannya satu ketika dahulu. Sewaktu masih berada di kampus, di dalam surau Umar Al-Khattab. Kenangan silam menjelma...

Mana mungkin dia lupa akan sesuatu yang pernah terpacul dari bibirnya. Bukankah seorang pendakwah itu perlu sentiasa mencermin dirinya sendiri? Kerana... setiap tindakan dan pertuturannya sentiasa menjadi tontonan mereka yang ingin diseru. Adakah dia layak mengajak orang lain melakukan kebaikan sedangkan dirinya sendiri tidak terhindar daripada melakukan kesilapan?

Umpama seorang penagih dadah yang melarang temannya mengambil dadah, namun sebaliknya, dia sendiri tidak dapat meninggalkan najis yang banyak memusnahkan umat manusia itu. Hmm... apapun, menasihati orang lain agar tidak terjun lombong adalah lebih baik daripada tidak menyumbangkan apa-apa. Sekurang-kurangnya, insan yang menyeru itu punya jasa dalam hidup. Tidaklah dia mati sia-sia sahaja.

Asyraf merenung ke luar jendela. Dia sedia maklum. Sesungguhnya, hati merupakan raja yang harus dijaga sebaiknya. Khuatir akan menempatkan bintik hitam padanya. Kealpaan manusia itu sendirilah yang menyebabkan hati tersebut menjadi hitam legam sehingga tidak boleh memberi ruang kepada cahaya untuk memasukinya. Andai tiada cahaya? Ah!!!



‘Natasha...’

Sudah lebih sebulan dia tidak berhubung dengan gadis bermata sepet itu. Dia sentiasa mengingatinya tetapi ada sesuatu yang menghalang.

Anuar? Bukan Anuar...

Rose? Pun bukan. Asyraf tersenyum sejenak. Siapa sangka, gadis yang kelihatan tegas dalam kelembutan ini berani mencurahkan rasa hati terhadapnya. Surat yang Asyraf terima daripada Rose masih lagi disimpan rapi. Rose yang sentiasa ayu berjubah mahu menjadi umpama Sayidatina Khadijah yang melamar Rasulullah. Dia tidak malu asal dapat berkongsi hidup dengan manusia yang cantik akhlak dan budi pekertinya.

Asyraf akui, Rose kelihatan sempurna pada mata lelakinya tetapi entah kenapa hatinya tidak terbuka untuk mengenalinya dengan lebih mendalam. Dia sendiri keliru.

‘Astaghfirullah.’ Kalimah ALLAH yang hadir dalam kotak pemikirannya membuatkan dia gusar untuk berhubung dengan Natasha.  Dia tidak mahu dibenci ALLAH atas kealpaannya sedang dia tahu bahawasanya ALLAH tidak suka seseorang yang cakapnya tidak serupa bikin.

Lantas, Asyraf mengambil keputusan untuk memberi ruang kepada hati untuk berehat sebentar daripada gelora perasaan. Banyak perkara yang perlu dimuhasabah dan diperbaiki. Dia tahu bahawasanya keampunan ALLAH itu luas. DIA tentu memberi jalan yang paling baik buatnya. Itu pasti!

Benarlah kata Syeikh Ali Thantawi, “Penyembah berhala menganggap patung sebagai Tuhannya manakala seorang pemuda yang mabuk cinta itu meletakkan wanita  sebagai berhala khayalannya.”

Asyraf bertekad untuk menyepikan diri meski hatinya begitu merindui Natasha. Diam seketika tidak bermakna melarikan diri daripada permasalahan. Tempoh bertenang itu akan digunakan sebaiknya dalam mencari jawapan yang mendasari syariat ALLAH. Setelah segala kemusykilan terjawab, Natasha pasti akan dicari. 

“Insya-ALLAH,” kata Asyraf. Entah bila dia terlelap. 

~ bersambung~

Selamat bercuti

Ehe.


Selamat bercuti kepada adik-adik yang bersekolah. Manfaatkan waktu cuti ini sebaiknya, ya...



  • Tolong mak dan ayah.
  • Main dengan adik-beradik.
  • Buat kerja sekolah.
  • Ziarah saudara-mara (Ehe. Kalau mak ayah cuti juga. Ahaks).
  • _____
  • _____



Bobo ~ main dengan Ashraf juga ya.
Amir ~ Bertabahlah sebab ada kelas tambahan.


Oh, ya. Adik Muthiah yang belajar di UiTM Dungun juga bercuti seminggu. Bagi pelajar-pelajar institut pengajian tinggi yang bercuti juga...






Okey. Moga ALLAH merahmati kita semua. 
Labels: 0 comments | | edit post

Mati syahid

Assalammualaikum. Selamat... selamat...

Oh, sebenarnya hari ini Muthiah tidak ada idea untuk mencoret di sini. Apa kata kalau Muthiah berkongsi satu foto yang Muthiah suka benar melihatnya...


Anak-anak Palestin bermain mati syahid. 

Subhanallah, Allahuakbar. Muthiah mengharapkan, satu hari nanti... ALLAH kurniakan zuriat... dan daripada itu akan lahir pejuang-pejuang agama ALLAH. Amin, Amin, Ya Rabbal 'Alamin. Sesungguhnya ALLAH lebih mengetahui. 

Memori...

Teringat perbualan dengan seorang murabbi...

"Akak, kalau satu hari... pihak atasan arahkan akak ke Palestin, akak berani tak berjuang di sana?" soal Muthiah satu hari.

Sebelum sempat sang murabbi menjawab, Muthiah menambah lagi. "Adik..." kata-kata Muthiah terhenti di situ.

"Jauh di sudut hati, Adik mahu menjadi salah seorang yang mati syahid. Nak sangat-sangat, kak menjadi manusia pilihan ALLAH tetapi...." Muthiah terdiam lagi.

Muthiah menghembus nafas perlahan. "Sungguh. Membayangkan sirah peperangan, membuatkan Adik takut. Takut perut ditembusi peluru dan pedang. Takut memikirkan kesakitan waktu tu. Adik nak tetapi Adik takut sangat. Hmm..." Muthiah hilang kata-kata lagi.

"Adik tak cukup berimankah, kak?" soal Muthiah buat kesekian kali.

Sang murabbi hanya tersenyum. "Insya-ALLAH, jika diarahkan pergi, akak bersedia. Belum sampai tahap Adik untuk menjadi seperti kami..."

Walaupun Muthiah tidak menjadi pejuang agama di barisan hadapan...

Moga-moga Muthiah tidak menjadi penentangnya.
Moga-moga Muthiah menjadi hamba yang tetap menyumbang pada agama-NYA.
Moga-moga ALLAH ampun dosa dan kekhilafan Muthiah.
Moga-moga ALLAH memilih Muthiah untuk menjadi salah seorang hamba yang diredhai-NYA.

Buat sahabat dekat... jauh... kenal... tidak...


Muthiah : Rindu sungguh-sungguh pada seseorang yang bergelar murabbiah :)

Ayat 1000 dinar

Assalammualaikum. Mulakan harimu dengan senyuman :)






Sila tanda (√) pada soal jawab di bawah :


Siapa solat pada awal waktu hari ini?  (  )
Siapa solat di masjid/ surau pagi ini (bagi lelaki khususnya)?  (  ) <-Tahniah bagi yang 
Siapa yang sudah membaca al-Quran hari ini? (  )
Siapa yang sudah memaafi orang yang menyakiti/ menggurisnya hari ini?  (  )


Apapun kondisinya, moga kita menjadi hamba yang sentiasa berusaha untuk dekat dan terus mendekat dengan ALLAH. Yuk. Selamat bermuhasabah.


Muthiah ada urusan pukul 9.00 pagi di luar. Jadi, ambil masa sekejap untuk menjengah blog. Jam 6.30 pagi nanti, insya-ALLAH hendak bersiap-siap. Doakan Muthiah ya :)


Tidak ada yang lain, hanya kepada DIA kita meminta pertolongan...


Duhai, hati yang selalu lupa
bersangka baiklah pada DIA
ALLAH tahu 
ALLAH mengerti
ALLAH maklum serba serbi
bukankah ujian itu tanda cinta-NYA?


Justeru, hati yang selalu alpa
kembalilah
usah berputus asa dalam mengharapkan-NYA
ALLAH dekat
ALLAH hampir
ALLAH tidak jauh
bukankah rintihan itu mendekatkanmu dengan DIA?


Okey. GTG. Insya-ALLAH, panjang umur jumpa lagi. Ajal sampai, maafkan Muthiah. Moga ALLAH merahmati.
Labels: 0 comments | | edit post