Bekal … (v)
Friday, July 09, 2010
-sambungan lepas-
Bekal yang seterusnya ialah optimis. Apakah yang kita fahami tentang optimis? Hmmm… dalam kehidupan ini, kita seharusnya menjadi seorang yang optimis.
Mengikut Kamus Dewan, OPTIMIS bermakna :
~ Orang yang selalu menaruh harapan baik terhadap sesuatu perkembangan/ kemungkinan.
~ Orang yang melihat sesuatu masalah (dan lain-lain) dengan satu jangkaan dan harapan yang baik.
Seorang pendakwah perlu optimis bahawa ISLAM akan menang juga akhirnya. Itu pasti! Lantas, dia akan berusaha keras menyampaikan dakwahnya walaupun banyak mehnah dan tribulasi merentangi laluannya. Dia tahu ALLAH ada dan Maha Dekat dengannya.
Maka, dia sekali-kali tidak berputus asa dalam menyampaikan kebaikan meski banyak orang tidak menyukainya. Iyalah… kadang-kadang bahkan acap kali kebenaran itu sangat sukar diterima. Orang lebih senang dipuji… dipuja… dirai… Sedang dia lupa. Tanda kasih seorang teman bukanlah dilihat pada teman yang hanya tahu membenarkan perlakuan buruk temannya tetapi teman yang tidak ragu-ragu mengingatkan temannya tatkala dia lupa.
Seorang pelajar perlu optimis bahawa andai dia gagal hari ini, masih ada esok baginya untuk mengecap jaya. Ya! Dia sama sekali tidak berputus asa mahupun berasa cemburu dengan kejayaan orang lain. Insya-ALLAH, sekiranya dia berusaha dengan lebih kuat… dia pasti akan menjadi seperti mereka. Lantas, dia bertindak tidak menoleh ke belakang lagi ;)
Seorang isteri perlu optimis bahawa ketaatan kepada suami kelak membawanya ke syurga. Huhu…susah hendak menjadi umpama Siti Muthiah yang sentiasa menyenangkan hati sang suami. Namun, letakkanlah tekad dalam diri untuk menjadi sepertinya.
Bak kata papa Muthiah, ‘Angan-angan tidak kena bayar…’ Maka, berusahalah ke arah itu. Muthiah yakin… kita semua ada impian dan cita-cita sendiri. Hmmm… mahu memajukan diri contohnya. Namun, andai PILIHAN YANG TERBAIK untuk suami itu ialah mengenepikan keinginan diri… fikir-fikirkan. Biarlah ‘win win situation…’Apa yang penting, kita dan suami BAHAGIA dengan apa yang telah kita pilih.
Muthiah : Impi naik FairLady…