Kisah Tijah dan Mamat| Hati-hati

‪#‎KisahTijahMamat‬

Tijah dan Mamat tengok cerita Killer Elite.
Apabila sampai part kejar mengejar antara hero dan penjahat....

Tijah:Hisy, kalau saya jadi hero tu, saya langgar kereta tu. Saya seret kereta tu. Habis cerita.

Mamat:Kalau saya jadi awak, saya akan memandu dengan hati-hati.

Apabila sampai part pihak polis berjaya menangkap pembunuh...

Tijah: Kalau saya jadi polis tu, saya tembak terus orang jahat tu. Jangan bagi peluang. Kan dia dah banyak kali membunuh. Mesti dapat lari punya ni.

Mamat:Kalau saya jadi awak, saya akan hati-hati dan tak akan terlibat dalam benda macam ni.

Tijah mencebik.

Tijah:Kalau plot macam awak cakap, mendatar ajalah ceritanya. Tak menarik. Tak laku. Orang tak nak tengok.

Mamat:Tak apalah kalau orang tak tengok asal awak selamat.

Tijah:Grrr...

Bapa tangkap sendiri perompak

Ekoran daripada kes kematian remaja 19 tahun yang mati setelah jatuh ke dalam tasik.




KUALA LUMPUR, (MLP) – Seorang bapa bertindak sendirian mencari dan menangkap ketua kumpulan perompak yang membunuh anaknya pada minggu lepas.


Dalam kejadian yang berlaku pada Jumaat lalu, Muhammad Khairul bersama lima rakannya diserang oleh 20 lelaki yang menunggang motosikal semasa berada di sebuah pondok yang terletak di Taman Tasik Ing Tai Kim, Setapak.



Kumpulan tersebut berniat merompak dua lelaki lain yang berjalan di taman rekreasi itu sebelum mendekati mangsa dan rakan-rakannya. 



Deputi Supritendan A. Asmadi Abd. Aziz, berkata, kumpulan 20 lelaki itu kemudian memaksa enam remaja terbabit menyerahkan telefon bimbit dan barangan berharga sehingga menyebabkan tercetus pergaduhan.



“Muhammad Khairul enggan mengikut arahan sehingga menyebabkan perompak terbabit berang dan memukulnya dengan objek tumpul. Mangsa terjatuh ke dalam tasik ketika pergelutan berlaku,” jelas Pemangku Ketua Polis Daerah Wangsa Maju itu lagi.



Salah seorang rakan Muhammad Khairul cuba menyelamatnya tetapi gagal. Polis serta Jabatan Bomba dan Penyelamat bergegas ke tempat kejadian dan menjumpai mayat mangsa pada pukul 1.30 pagi.



Bapa mangsa tiba di Setapak dari Johor dan bercakap dengan teman-teman anaknya mengenai kejadian itu. Salah seorang kawan mangsa memberitahu bahawa dia kenal dengan ketua kumpulan perompak berkenaan.



“Ahli perniagaan itu kemudian mencari dan menangkap seorang remaja lelaki serta menyerahkan kepada polis,” ujar A.Asmadi.



Hasil soal siasat telah membawa kepada penangkapan enam remaja yang berumur 13 hingga 16 tahun. Polis kini sedang mengesan tujuh lagi remaja yang disyaki mempunyai kaitan dengan kes tersebut - sumber MyLaunchPad News


Muda remaja 'perompak-perompak' ni.

#Semasa

Kisah Tijah dan Mamat | Miss Universe

Bagi perindu Tijah dan Mamat...

#KisahTijahMamat

Tijah membaca satu artikel di internet...

Tijah : Awak, saya CANTIK tak? LANGSING tak?

Dahi Mamat berkerut. Dia memandang Tijah atas bawah.

Mamat : Cantik. Allah cipta semua orang cantik-cantik belaka. Paling utama di sisi Allah ialah yang paling takwa. Bersyukur dengan kurniaan Tuhan (Mamat memulakan syarahnya).

Tijah mengangguk-angguk.

Tijah: Saya ni REAL tak? Maksud saya, cantik saya semulajadi kan? Bukan tempek sana, tempek sini.

Mamat menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

Mamat: Ya. Real. Awak adalah diri awak. Apa yang penting, cuba jadi hamba Allah yang terbaik. (Kalau tak jawab, merajuk pula - rungut Mamat dalam hati).

Tijah tersenyum nipis.

Tijah: Saya ada NILAI KOMERSIAL tak? Wajah dan personaliti saya boleh menarik perhatian tak?

Mamat mengeluh kecil.

Mamat: Ada. Kalau awak berbudi bahasa, baik, suka tolong orang, pasti akan didekati. Awak ramai kawan kan? Adalah nilai komersial tu.

Dahi Tijah berkerut. Jawapan yang diberi Mamat dirasakan tidak mengikuti skema jawapan yang dikehendaki.

Tijah: Saya ni PELBAGAI tak? Maksud saya, awak lihat saya ni seorang yang multi-tasking tak?

Mamat mengangguk-angguk.

Mamat: Ya. Awak boleh masak, membasuh, mengemas, belajar blablabla dalam masa satu masa. Kira multi-taskinglah tu.

Senyuman Tijah melebar.

Tijah: Soalan akhir. Saya ni seorang yang BERKEYAKINAN tinggi tak?

Mata Mamat mengecil sedikit. Sedang mencari jawapan yang sesuai agaknya.

Mamat: Ya. Awak seorang yang berkeyakinan tinggi kalau dibuang ke laut. Kalau tak, awak nak harapkan saya saja.

Tijah lalu meletakkan telefon bimbitnya di atas meja.

Tijah: Kalau macam tu, saya layak dan boleh masuk pertandingan Miss Universe. Semua ciri-ciri yang perlu ada bagi seorang ratu ada pada diri saya.

Mamat menggeleng laju.

Tijah: Kenapa pula?

Mamat: Sebab mungkin suami awak tak akan izinkan awak masuk pertandingan tu.

Mamat lalu bangkit dari duduknya dan beredar dari situ. Tijah mengetap bibir tidak puas hati. Angan-angan Mat Jenin saja pun.

Oh, pencuri.

Membaca kisah seorang remaja berusia 19 tahun yang dibelasah sampai mati, kemudian dihumban ke dalam tasik oleh sekumpulan perompak mengingatkan saya kepada kisah...
Isu membogelkan pencuri di Bachok.
Isu membelasah pencuri sampai cedera parah di Kota Bharu.
Isu memakaikan bra pada pencuri di Tanjung Malim.
Isu pencuri yang ditetak tangannya sampai putus di Seremban.
Apapun, kembalilah kepada hukum Islam yang sebenar. Dunia, insya-ALLAH akan aman kerana ALLAH yang Maha Segalanya tahu apa yang terbaik buat makhluk ciptaan-NYA.

Positif!

Jangan anggap 'rejection' sebagai satu kegagalan. Yakini bahawa ia adalah satu proses pembelajaran - kata dia.

Pilihlah

Dalam hidup sehari-hari, kitalah yang membuat PILIHAN.
Memilih untuk berjaya.
Memilih untuk gembira.
Memilih untuk bahagia.
Apapun pilihan yang kita buat, pilihlah sesuatu yang mendatangkan kesan yang positif.

Kisah Tijah dan Mamat| Tidur

Tijah: Awak, kerja sekolah banyak sangatlah.

Mamat: Tak apa. Buat perlahan-lahan. Jangan panik. Buat yang termampu.

Tijah: Itulah. Sekarang, lepas kelas saya terus balik rumah. Tak stay kat sekolah dah.

Mamat: Okey juga. Lagi free nak buat kerja sekolah tu.

Tijah: Bukan. Kalau saya sampai awal, saya boleh tidur sekejap.

Mamat: Erk... Ingatkan balik awal nak siapkan kerja sekolah tu.

Kisah Tijah dan Mamat | Tiket Wayang


Tijah terlupa membawa beg duit ke sekolah...
Tijah: Awak, saya tertinggal beg duit, wak.
Mamat: Habis tu, awak makan macam mana?
Tijah: Saya pinjam dengan Wani.
Mamat: Oooo...
Tijah: Cuak juga saya. Takut hilang atau tertinggal kat mana-mana saja.
Mamat: InsyaAllah, adalah tu.
Tijah: Alhamdulillah jumpa dalam kereta. Saya duk gelabah. Kalau hilang, tiket kita nak tengok wayang malam ni macam mana? Tak kan awak pergi seorang. Bla bla bla...
Mamat: Grrr. Itu yang awak risaukan?

Mamat menggeleng laju.

Kisah Tijah dan Mamat | Lupa

Sudah lama berita Tijah tidak kedengaran. Sibuk agaknya dia. Memang pun...
Di Kedai Makan Riza...
Mamat : Malam ni saya teman awak ke kelas.
Tijah : Okey.
Selesai berbuka puasa...
Mamat : Saya hendak beli sesuatu di Kedai Runcit Acheh sekejap.
Tijah : Okey.
Tijah melihat jam di pergelangan tangan. Sudah menghampiri 7.40 malam. Kelasnya sudah lama bermula. Tanpa lengah, Tijah pun meluru ke tempat dia memarkir kereta. Setelah menghidupkan enjin kereta...
Tijah : Minyak habis pulak.
Tijah lalu memecut menuju ke stesen minyak berhampiran. Tiba-tiba, telefon bimbit Tijah berdering.
Tijah : Ya, wak.
Mamat : Tijah! Kenapa tinggal saya?
Tijah : Eh. Alamak!
Mata Tijah membulat. Boleh pula dia terlupa?!

Jemput jengah

Assalammualaikum.

Lama sungguh tidak menjengah ke sini. Masa agak mencemburui sebenarnya. Mungkin Muthiah tidak dapat komited berkongsi cerita di sini untuk tempoh beberapa bulan lagi. Jadi...

Ehem.. ehem...

Bagi sesiapa yang 'RINDU' bolehlah menjengah Muthiah di Page FB Pabila Pena Berbicara - Siti Muthiah.

Boleh juga e-mel Muthiah di xpdcsolehah99@gmail.com atau mesej Muthiah di FB Nazihatul Hanan.

Terima kasih kerana sudi bersahabat dengan Muthiah di alam maya ini. Moga ALLAH merahmati.

Kisah Tijah dan Mamat | Kawin lagi!

Assalammualaikum. Lamanya tidak menjengah. Ada beberapa urusan yang perlu diselesaikan sebelum semester baharu pembelajaran bermula.

UKM aku datang!!! 

Ditambah dengan kelajuan internet yang agak _______ (sila isi sendiri). Maka, dibiarkan sahaja teratak indah ini bersepian (betulkah penggunaan kata ini?) tanpa teman. Menangis dan ketawa sendirian (sendiri aku sendiri). Muthiah... sekiranya bersepian tatkala suami sibuk dengan urusan, Muthiah selalu bercakap di hadapan suami, "Dinding, dinding... hari ni tak tahulah nak cakap dengan siapa?" Tiba-tiba, nah... suami menjawab mewakili dinding, "Nak cakap apa?" Okey... <- font=""> Ini adalah merapu!

Masih ingat dengan Tijah dan Mamat? Baik. Hari ini Muthiah sambung kisah mereka. 

Kisah Tijah dan Mamat | Kawin lagi!

Mata Tijah membulat. Serius benar dia membaca kisah seorang wanita yang dimadukan suami. Penghayatan Tijah  pada cerita yang dibaca jelas tergambar di wajah. Ketara benar. Habis berkerut dahinya macam tengah menjawab soalan peperiksaan Fizik tingkatan lima.

Baru menikah sebulan, kahwin lari dengan bini nombor dua di Siam!

Mood Tijah yang baik-baik sepanjang serta-merta menjunam. Banyak perkara berlegar-legar di benak. Pelbagai imaginasi menerobos otak. 

'Kasihan isteri tua,' bisik hati kecil Tijah. 

Sedang asyik Tijah melayan perasaan sendiri...

Jeng jeng jeng....

"Jauh mengelamun," Mamat yang entah sudah berapa lama berdiri di belakang Tijah menegur lembut.

Tijah tersentak kecil. Dia memandang tepat wajah suaminya itu. Tidak lama, dia berkalih ke arah monitor komputer pula. Wajah lelaki yang sanggup membawa anak dara orang menikah di Sempadan Thailand ditenung tajam. Muncung Tijah yang bak itik serati ketara kelihatan.

"Kenapa mencuka saja ni?" Mamat bertanya sungguh-sungguh.

Tijah merenung semula wajah suaminya. Kacak. Tidak mustahil kalau ada anak dara yang TER jatuh cinta. Bukan hanya kacak, tidak Tijah nafikan. Suaminya juga seorang yang ada gaya, baik hati pula. Tijah kembali berada di awangan.

"Awak..." Mamat menyentuh bahu Tijah perlahan.

Tijah mengeluh kecil.

"Awak..." ujar Tijah dengar tidak dengar.

Mamat mengukir senyum nipis.

"Ya, awak," balasnya pendek.

Tijah menghembus nafas lagi.

"Kalau tiba-tiba... Ada anak raja. Kaya. Cantik. Berpelajaran. Lembut. Menutup aurat. Dia datang melutut depan awak. Dia nak sangat menikah dengan awak. Dia jatuh cinta dengan awak. Awak terima tak?"

Mamat menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

"Ke..."

Belum sempat Mamat bertanya lanjut, Tijah menambah, "Kalau awak tak terima, awak akan dihukum buang negeri. Bukan awak seorang tetapi sesiapa sahaja yang dekat dengan awak."

Mamat mengangguk-angguk. Dahinya berkerut seribu. Soalan yang dinamakan sebagai 'Soalan cari penyakit' ini memang sudah agak lama tidak diajukan isterinya. Mata Mamat mengerling ke arah monitor komputer. 

'Patut pun,' desis hati kecil Mamat.

Tijah tidak berkedip memandang anak mata Mamat. Dengan tidak semena-mena, hatinya berasa sebak. Tijah dapat merasakan kehancuran hati sendiri. Kehilangan orang tersayang terasa menghampiri diri. 

"Saya akan minta anak raja dan raja tu jumpa awak. Terpulanglah awak nak selesaikan macam mana," ujar Mamat lalu beredar dari situ.

Tijah terkebil-kebil mendengar jawapan suaminya. Jauh di sudut hati, bukan jawapan itu yang dikehendakinya.

Nota : Gambar tidak mampu dimuatkan kerana kelajuan internet yang _________ (sila isi sendiri).


Kisah Tijah dan Mamat | Puasa 6

Assalammualaikum. Salam Idil Fitri.....




Lama tidak menjengah. Kekangan internet. Moga sahabat-sahabat berbahagia dan dirahmati ALLAH selalu. Bagaimana dengan sambutan hari raya? Muthiah... Alhamdulillah. Untuk raya tahun ini, kami sepakat (sepakat membawa berkat)...


  • Balik berbuka puasa di Terengganu (rumah keluarga Muthiah) dalam pertengahan Ramadan.
  • Dua hari sebelum Syawal, berbuka puasa di Kelantan (rumah keluarga suami).
  • Raya pertama sampai tiga, kami berhari raya di Kelantan.
  • Raya keempat sehingga enam, beraya di Terengganu.
  • Raya ketujuh, pulang ke Selangor.

Sekali jalan.
Hindari kesesakan lalu lintas.
Jimat petrol.

Hmm...

Okey. Hari ini, Muthiah ingin bercerita (kisah pendek). Kali ini, Muthiah mahu wujudkan nama pada watak iaitu Tijah (nama ini ialah nama kegemaran arwah ibu Muthiah sewaktu bergelar penulis) dan Mamat (huhaha... ayah Muthiah suka panggil Muthiah dengan nama ini).

Kisah Tijah dan Mamat |



Akhirnya, Mamat berjaya menyelesaikan puasa enam pada bulan Syawal. Lantas Mamat pun berkata kepada isterinya, "Yahu. Esok dah boleh raya."

Tijah yang sedang melipat pakaian ternganga mulutnya.

"Yahu..." ucap Tijah dengan tidak semena-mena.

Dahi Mamat berkerut. 

"Kenapa pula? Awak belum boleh beraya," soal Mamat ingin tahu.

Tijah tersegih. Dia mencapai kain pelikat yang berada di hujung permaidani.

"Yahu. Mulai esok tak payah bangun awal masak sahur untuk awak lagi," suka benar nampaknya Tijah.

Mata Mamat membulat.


Nasi kerabu (mudah)

Assalammualaikum. Apa khabar? Muthiah... Alhamdulillah. Baik-baik sahaja. Bagaimana dengan malam-malam terakhir Ramadan? Kalau kita tidak mampu buat semua, usah ditinggal segalanya ya. 

Semalam, Muthiah berkira-kira untuk menulis tentang #TipBahagia (1) - Mendekatkan diri kepada ALLAH. Namun dengan tidak semena-mena, terasa ingin berkongsi pengalaman semalam pula. #SukaDukaAlamRumahTangga.

Jeng jeng jeng....

Hendak dijadikan cerita, apabila jarum pendek jam sudah mendekati angka 6.00 petang, suami lalu menghampiri. 

"Malam ni, Abe nak berbuka dengan nasi kerabu, boleh?" kata beliau.

Mata Muthiah membulat. Nasi kerabu? Bahan masakan tiada. Lauk basah di rumah tidak banyak, sahaja sementelah suami cakap hendak makan biasa-biasa sahaja untuk iftar dan memberi fokus kepada ibadah. Jadi, lauk asas sahaja yang boleh didapati di dalam peti sejuk dan rak makanan.

"Bo... boleh tapi kena cari ulam dan bahan-bahanlah," balas Muthiah dengan harapan suami bertukar fikiran. Iyalah. Hendak cari bahan-bahannya, kena ke Pekan Dengkil. Perjalanan sahaja sudah mengambil masa. Mesti kelam-kabut!

Suami tersenyum lantas bersuara, "Okey, jom!"

Haha. Terkedu juga Muthiah dibuatnya. Kemudian, Muthiah dan suami bergegas ke Kedai Pak Aji, Dengkil. Nampak gaya, bahan yang dicari tiada. Kemudian, kami ke Kedai Acheh. Hmm... serainya kecut. Bunga kantan dan daum kesum tiada. Kata tauke kedai, bunga kantan mahal. RM3.50 sebatang untuk pekedai. Hendak jual berapa?

Suami berkata, "Kita buat nasi kerabu dengan apa yang ada sahajalah."

Muthiah mengangguk-angguk.

Sesampainya di rumah, jam sudah menghampiri pukul 7.00 petang. Apa lagi, bergegaslah masuk dapur... 

Jom buat nasi kerabu!

Nasi putih

2 pot beras
Air

Cara membuatnya

Masak nasi macam biasa.

Bagi Muthiah dan suami, 2 pot beras ni cukup untuk 3 kali makan, 2 orang.

Sambal

1 biji bawang besar (merah) - nak letak banyak lagi baik. Muthiah hendak cepat. Capai sahaja bawang yang sedia ada.
3 ulas bawang putih.
1@2 batang serai - diketuk.
5 helai cili kering - rendam dengan air panas.
1 inci halia - Muthiah tidak ukur berdasarkan inci pun.
1@2 keping asam gelugur @keping.
Garam.
Gula Melaka.
Budu.

Cara membuatnya


  1. Kisar bawang merah, bawang putih, halia dan cili kering.
  2. Tumis semua bahan dikisar dengan serai sampai naik bau. Letak air sedikit.
  3. Masukkan santan, asam keping, gula melaka, sedikit garam dan budu. Kalau sudah masin, tidak payah letak garam. Dan... siap!
Ulam-ulaman

  1. Timun batang.
  2. Kacang panjang.
  3. Taugeh.
  4. Bunga kantan - yang ni tak ada semalam.
  5. Daun kesum - yang ni pun tak ada.
  6. Serai - yang ni lupa semalam.
Ada juga yang jadikan kacang botol dan kubis sebagai ulam-ulaman.

Ulam-ulaman ni perlu dihiris nipis.

Kelapa parut

1 biji kelapa parut
1 biji bawang merah (tidak letak pun tidak apa rasanya).
1@2 ekor ikan kembung@selar.
1@2 batang serai.
Sedikit garam.

Cara membuatnya

  1. Goreng tanpa minyak kelapa parut di dalam kuali. Agak-agak sudah kuning, angkatlah - semalam hangit sedikit sebab Muthiah letak dalam kuali dan tinggalkan sahaja. Huhaha...
  2. Kemudian, tumbuk kelapa parut yang sudah siap digoreng dengan bawang merah, serai serta ikan  - semalam, Muthiah guna pengisar sekali harung.
  3. Masukkan garam dan gaul sampai rata. Okey, siap!
Lauk Pauk

  1. Ayam bakar.
  2. Daging bakar.
  3. Telur masin.
  4. Solok lada.
Semalam, Muthiah hanya buat ayam bakar sahaja.

Ayam Bakar

2 ketul ayam.
Kunyit.
Garam.

Cara membuatnya.

  1. Gaul ayam dengan kunyit dan garam.
  2. Bakar di dalam oven atau pemanggang ajaib - Oleh sebab Muthiah tidak mahu 'jaga' ayam yang dibakar, Muthiah guna oven. Letak dalam 20 minit, kemudian balikkan ayam dan bakar lagi selama 20 minit.
Akhirnya, boleh dimakan. Ehe. Perkongsian apa ni, ya? Pasal kisah #SuamIsteri atau boleh jadi resipi mudah yang boleh dibuat di rumah. Selamat mencuba.

p/s : Gambar tiada.


Cemburu

Assalammualaikum. Salam Nuzul Al-Quran (Fuh. Muthiah tulis catatan ini pada hari Nuzul Quran namun baru siap dan dikongsi hari ini. Huhu). Moga ALLAH merahmati kita semua. Apa khabar? Muthiah... Alhamdulillah. Kondisi baik-baik sahaja. Cuma ada sesuatu yang sedang berlegar-legar di minda. 

Beberapa hari tidak menulis di blog. Ehe. Muthiah balik berbuka puasa di kampung bersama ibu ayah. Alhamdulillah. Suka dan gembira apabila dapat bersama insan-insan yang pasti sayang dan hargai kita. Pasti? Insya-ALLAH. Kalau bukan keluarga dan adik-beradik yang sayang, hargai dan berbaik sangka pada kita, siapa lagi? Moga ALLAH memberi kesihatan yang baik serta kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat buat mereka serta semua yang Muthiah kasih, juga yang kasihkan Muthiah.

Okey. Hari ini, Muthiah ingin berbicara tentang...

Cemburu



Pernah berasa cemburu?

  • Pernah.
  • Tidak pernah.
  • Kadang-kadang.
  • Acap kali.
  • Ikut keadaan, masa, tempat blablabla.
Jawapan saya : __________________.

Kenapa berasa cemburu?

  • Melihat orang lain lebih daripada kita (Lebih cantik, lebih pandai, lebih kaya, lebih mendapat perhatian, lebih serba-serbi dll).
  • Bagi yang sudah menikah, cemburu melihat kemesraan pasangan kita dengan orang lain dll. Alah, macam kes isteri/ suami cemburu tengok pasangan yang akrab dengan rakan sekerjalah ni. 
  • Saja-saja.
  • 'Sakit' di hati.
Jawapan saya : __________________.

Dulu murabbiah Muthiah pernah cakap, ada cemburu yang dibenarkan. Contoh. Kita cemburu tengok sahabat kita yang istiqamah membaca al-Quran satu juz sehari. Maka dek kerana rasa tersebut, kita pun berusaha keras untuk sama-sama memperbanyakkan bacaan al-Quran. Namun jangan dilupa. Dalam masa yang sama, perbaharui niat agar apa yang dilakukan itu adalah kerana ALLAH.

Walaupun demikian, ada juga cemburu yang tidak elok. Contohnya, kita mencemburui rakan kita yang disenangi oleh orang di sekelilingnya. Kawan-kawan suka akannya. Kawan-kawan gemar berbual dengannya. Akibat daripada rasa cemburu tersebut, maka kita pun membuat fitnah agar kawan kita dibenci oleh orang lain. Dengan kata lain, dek kerana rasa cemburu, kita cuba melakukan sesuatu yang bisa menjatuhkan seseorang. Hmm... dalam kes sebegini, apa kata kita melihat sisi positif yang menyebabkan kawan kita disenangi? Sikapnya? Cara dia berbicara? Yang baik, kita cuba amalkan. Dalam masa yang sama, niatkan dalam hati kita lakukannya kerana ALLAH. 

Okey. Cukup pasal cemburu yang OK dan tidak OK.

Muthiah dan cemburu.

Ya. Sebagai hamba ALLAH yang lemah, Muthiah pun punya rasa cemburu dalam diri.  Namun dalam banyak-banyak cemburu, ada beberapa hal yang ketara...

  • Cemburu melihat orang lain yang Muthiah akui baik akhlak dan tingkahlakunya. Dia tidak menyakitkan hati. Sudahlah cantik. Ada serba-serbi. Cakapnya elok. Sikapnya menyenangkan. Kita buat macam mana pun, dia tetap mengukir senyum manis. Sungguh. Bagi Muthiah, orang sebegini memang hebat.
  • Cemburu melihat orang kaya (atau biasa-biasa) yang suka menderma dan mengeluarkan segala apa yang dimiliki ke jalan ALLAH. Lagi cemburu kalau dengan kelebihan yang dia ada, dibantu ibu ayahnya tanpa mengungkit satu pun. Fuh. Sudahlah kaya, pemurah pula. Harta yang dimiliki dimanfaatkan ke jalan ALLAH pula. Berbakti pada ibu ayah pula.
  • Cemburu melihat orang yang pada kaca mata Muthiah sangat akrab dengan TUHAN-nya. Mereka tidak menyatakan apa yang mereka buat tetapi kita sendiri dapat melihat apa yang telah dilakukan mereka.
Cemburu yang negatif? Hmm... sesuatu yang perlu kita semua hindari. Khuatir mengundang murka ALLAH. Jom LARIK!!!

Sahabat-sahabat, bagaimana? Apa yang menyebabkan kalian berasa cemburu?

____________________________
____________________________



Hmm...

Cemburu tanpa berbuat apa-apa, tidak ke mana kan? Jadi, macam mana? Ayuh berusaha jadi baik di sisi ALLAH. Insya-ALLAH akan baik juga pada kaca mata manusia. Asal mana kita sudah berusaha, serah segalanya pada penghitungan ALLAH yang Maha Teliti.

Yuk kita...

  • Berusaha mendekatkan diri dengan ALLAH melalui :

  1. Banyakkan berzikir. 
  2. Banyakkan membaca al-Quran.
  3. Banyakkan berdoa.
  4. Pelihara aurat.
  5. Jaga makan/ minum/ pakai. Biarlah yang halal.
  6. Membaca terjemahan al-Quran.

  • Berinfaklah semampu mungkin. 
  • Perbaiki akhlak kita. 

  1. Bercakap yang baik-baik. Kalau tidak mampu, mungkin diam itu lebih baik.
  2. Senyum (Huhu. Suami cakap, kalau Muthiah dalam keadaan biasa, nampak masam cetung (kata orang Ganu). Sudah berlatih senyum namun belum capai target).

  • Setiasa bermuhasabah. 
  • Bersangka baik. 
  • Bersyukur dengan apa yang ada.
Nota : Kalau diperhatikan, nota di atas merupakan sisi positif yang membawa ke arah kebaikan. 

Hehe... Banyak reminder untuk diri ni. Kalau tidak mampu buat semua, jangan ditinggal segalanya. Moga ALLAH pilih kita semua menjadi hamba-NYA yang soleh/ solehah.

Selamat memanfaatkan Ramadan yang berbaki.

Muthiah :Senang diungkap, sukar diaplikasi.

Akan datang ~ #TipBahagia (1) | Dekatkan diri dengan ALLAH.

Labels: 0 comments | | edit post

Karya klise

Assalammualaikum. Apa khabar? Sahur apa pagi tadi? Apapun, moga kita semua dirahmati ALLAH, insya-ALLAH Amiin. Yuk. Jom cuba...

  • Niatkan dalam hati, "Setiap apa yang kulakukan adalah kerana ALLAH."
  • Bercakap, mendengar dan melihat perkara yang baik.
  • Jalinkan ukhuwah sesama insan.
  • Berbuatlah kebaikan. Tidak kiralah sama ada dalam tindakan, sikap, perilaku, perbuatan. Percayalah. Kita tidak akan rugi sedikit pun. Permudahkan urusan orang lain, insya-ALLAH akan dipermudah urusan kita oleh ALLAH, walau hanya dengan membalas sistem kiriman ringkas. Eh...
Okey. Janji semalam. Karya klise. Muthiah biasa membaca atau mendengar, orang cakap...


  • Cerita kat TV sekarang ni, klise. Tak berkembang.
  • Tak ada yang menarik dalam novel blablabla. Kisah yang baik ditindas yang jahat blablabla. Klise.
  • Hish. Alasan klise.
Merujuk kepada blog melayumoden.com, klise yang dipinjam daripada perkataan Bahasa Inggeris (cliche) membawa maksud sesuatu idea atau perlakuan yang diulang-ulang penggunaannya tanpa memberikan satu tafsiran baharu. Pengulangan ini dilakukan kerana terdapatnya sedikit unsur kemalasan untuk menggerakkan minda supaya bekerja bagi mendapatkan sesuatu yang segar dan lebih menarik daripada sesuatu yang sekian lama dilakukan. Klise acap kali dirujuk kepada karya kreatif seperti teater, filem, novel, cerpen dan sebagainya. Arkib utusan 6 APRIL 2014 turut menyentuh mengenai klise yang dikatakan berpunca daripada sikap pengarah yang malas. 

Jadi?

Stuck! Tidak tahu hendak tulis apa. 


Idea penulisan, banyaknya datang daripada...

  • Imaginasi.
  • Pembacaan.
  • Pengalaman - apa yang dilihat/ didengar/ dibaca/ diceritakan.
  • Kajian.
  • Perbincangan.
  • Luahan hati/ rasa.
  • __________________
  • __________________
Apa yang dilihat, lazimnya tidak dapat lari daripada kisah kehidupan yang tidak jauh bezanya...

  • Anak atau isteri didera.
  • Isteri teraniaya.
  • Adanya manusia pembenci dan busuk hati.
  • Kekejaman manusia.
  • Cinta tiga segi.
  • Orang baik yang terlalu baik sampai ditindas.
  • Orang jahat yang kejahatannya melampau.
  • _____________________
  • _____________________
Full stop!


Bila banyak yang berbicara tentang perkara yang sama dalam sesuatu karya, ia dianggap klise...
  • Betul.
  • Salah.
  • Tidak tahu.
  • Betul dan salah.
Satu persoalannya... 

Bagaimana ingin menterjemah apa yang dilihat dan diketahui ini ke dalam tulisan, menjadikan ia sesuatu yang menarik untuk dihayati, sekaligus mendatangkan manfaat kepada sesiapa yang membaca/ melihatnya?

  • Fikir.
  • Kaji.
  • Baca.
  • Bincang.
  • ______________
  • ______________

Baik. Tergantung di sini. Mahu istirahat sekejap sebelum membereskan beberapa urusan.

Muthiah : Masa mencemburui. Tidak sempat mengolah dan berfikir dengan lebih teliti. Maka jom fikir sama-sama. 

Bila duduk menumpang

Assalammualaikum. Mulakan harimu dengan senyuman. Bagaimana dengan ibadah puasa? Moga bertambah baik hendaknya, insya-ALLAH.

Baik. Seperti yang dijanjikan, hari ini Muthiah ingin berkongsi 'rasa hati seorang nenek' untuk renungan bersama. Namun sebelum itu, Muthiah ingin mohon maaf andai apa yang Muthiah coretkan ini mengguris hati sahabat-sahabat. 



Sudah dua kali Muthiah menziarahi wanita ini (Muthiah sebut juga sebagai M) dan setiap kali itulah beliau meluahkan perkara yang sama ~ Berasa tidak senang dengan sikap/ tingkahlaku cucunya (laki-laki) yang duduk dengannya. M yang Muthiah kenal adalah seorang yang sangat teliti. Rumahnya dihias cantik dan bersih. M juga pandai memasak (Eh, apa kaitan dengan kisah ini? Ehe). Namun, cucunya tidak membantu dalam banyak hal. Bak kata suami, "Jangan buat rumah orang macam rumah ibu ayah sendiri." 

Iyalah. Di rumah keluarga, dia menjadi 'raja'. Bangun lewat, emak bebel sekejap sahaja namun makanan tetap terhidang di atas meja. Baju dibasuh, dijemur dan dilipat juga. Bebel itu... masuk telinga kanan, keluar telinga kiri, tidak memberi impak apa-apa. Berlainan sekiranya duduk di rumah sewa, dia menjadi 'macam-macam ada'. Bangun lewat, mungkin rakan serumah tidak marah (melainkan ada duty kena buang sampah dll pada hari itu). Namun tidak basuh pinggan yang digunakan atau membuang sampah merata-rata, silap hari bulan kena 'sembur' pun ada.

Berbalik kepada kisah M tadi. Rasa tidak selesanya bagi Muthiah bersebab. Bilik cucunya tidak berkemas. Bilik air yang digunakan tidak dibersihkan. Lagi luah M, "Satu sen pun tak pernah bagi!" Beli handphone baharu dan tukar accessories motosikal, boleh pula. Muthiah terkedu lantas bertanya sama ada M mengadu atau tidak kepada ibu ayah cucunya (iaitu anak M sendiri). Cakap belakang tidak ke mana hasilnya. M beritahu, dahulu ada tetapi apabila diluahkan lain pula jadinya. Anaknya terus menuduh M bukan-bukan. Sejak itu, M diamkan diri sahaja. Mungkin dipendam rasa hati sendiri.

Entahlah. Muthiah hanya mendengar dari sebelah pihak. Muthiah tidak menahu apa masalah sebenar yang dihadapi. Entah. Entah. Entah. Itulah. Tuan rumah tidak tahu  apa yang kita buat malam tadi. Tuan rumah juga tidak menahu kalau kita kopak duit (sebab itu tidak mampu beri sedikit wang). Tuan rumah tidak faham apa yang kita hadapi blablabla... Muthiah cuba melihat dari sisi kedua belah pihak. Nenek yang usianya sudah melangkau 60 tahun dan cucu yang berumur awal 20-an.

Okey. Dipendekkan cerita. Apa yang boleh dilakukan?
  1. Ibu ayah mungkin boleh ambil tahu pasal anak-anaknya yang duduk menumpang di rumah sesiapa (tidak kira nenek/ datuk, adik-beradik, emak/ ayah saudara dll). Tegurlah anak yang telah melakukan kesalahan. Apabila tuan rumah mengadu pasal anak (dll), cuba siasat. Jangan terus menuduh tuan rumah dengan tanggapan yang bukan-bukan. Mungkin tuan rumah salah tetapi mungkin juga apa yang diperkatakan ada benarnya.
  2. Duduk di rumah orang, buatlah macam duduk di rumah orang. Hormati hak tuan rumah. Takut kita bukan setakat mengganggu privasi tuan rumah tetapi juga mendatangkan ketidak selesaan tuan rumah.
  3. Ada duit, hulurlah sedikit. Beri ikut kemampuan. Ada banyak, beri banyak. Ada sedikit, beri sedikit. Bayangkan kalau kita duduk menyewa. Kena bayar sewa rumah, bil itu ini, duit makan blablabla. Usah sekali-kali menyambil kesempatan atas diamnya tuan rumah. Lagipun, mungkin dengan pemberian kita itu dapat menyenangkan hati tuan rumah. Tuan rumah pun jadi tidak berkira (bodek ke ni?).
  4. Ringankan tulang membantu. Bantu sapu sampah, mop rumah, masak, buang sampah dll. Walau kita bekerja dan tuan rumah tersebut suri rumah sepenuh masa, tidak bermakna kita boleh goyang kaki. Tuan rumah sekali-kali bukan maid kita.
  5. Oh, ya. Satu lagi, jangan jadikan rumah yang kita tumpangi itu bak hotel. Lampu bilik yang tidak digunakan tidak ditutup. Tuala yang dipakai diletak merata-rata sampai tuan rumah kena tutupkan lampu dan kutip pakaian kita pula. Kalau hotel, berbayar tetapi tidak di sini. Kiki...
Hmm... Kalau rasa tidak mampu, buatlah apa yang termampu. Kalau tidak mahu buat apa yang termampu, carilah rumah sewa. Duduk dengan kawan-kawan. Kita bebas buat apa sahaja (tidaklah bebas sepenuhnya sebab rumah sewa pun ada peraturannya). Kasihan tuan rumah. Dengan itu, sedikit sebanyak kita akan belajar berdikari.

Catatan berdasarkan respons luahan M. 

#SesuatuYangMungkinKitaLupa
#CatatanBerkaitan - Aku bukan orang gaji!

Muthiah : Pernah menumpang di rumah pak cik selama 2 bulan sebab air tidak ada!

Akan datang - Karya klise.

Sambung belajar

Assalammualaikum. Salam Ramadan al-Mubarak. Moga hidup kita semua lebih baik dari sebelumnya, insya-ALLAH. Muthiah... Alhamdulillah. Berkondisi baik, insya-ALLAH.

Sungguh! Lama benar Muthiah membiarkan teratak kesayangan yang dekat di hati tetapi jauh dari papan kekunci ini bersawang. Masa agak mencemburui. Huh! Ada sahaja alasan diberi. Meskipun cukup jelas dengan kata pepatah yang menyebut 'Hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih', masih tidak berjaya untuk istiqamah.

Lalala... hendak tulis apa ya?

Pejam celik, pejam celik, Muthiah telah pun melepasi satu semester pengajian yang diikuti. Perasaan? Alhamdulillah. Muthiah selalu menyebut dalam hati (untuk tujuan motivasi diri sendiri), Insya-ALLAH apa-apa yang telah ditentukan oleh ALLAH, itulah yang terbaik untuk diri kita.

Sambung belajar?

Perjalanan yang masih panjang. Sesuatu yang tidak juga dirancang. Sebenarnya, dari dahulu lagi suami telah menyarankan Muthiah melanjutkan pelajaran namun serius! Muthiah hendak tidak hendak, sungguh dan tidak sungguh sahaja. Sebab?Muthiah memikirkan hal kewangan - Yuran pengajian serta segala kos yang berkaitan. 

  1. Sebagai seseorang yang tidak mempunyai pendapatan tetap, Muthiah tidak berani untuk mengambil sebarang risiko. 
  2. Muthiah tidak mahu berhutang! (Syukur sewaktu di UM dahulu Muthiah mendapat tajaan JPA). 
  3. Muthiah juga tidak mahu menyusahkan suami (suami cakap, mana ada menyusahkan!). Lagipun, sebagai suami beliau yang akan membantu Muthiah.
  4. Muthiah gusar dengan kos sara hidup yang semakin meningkat. 
  5. Kos awasan. 
  6. Paling utama, Muthiah hendak menulis sebab dari situ, Muthiah akan beroleh pendapatan sekaligus dapat membalas jasa keluarga (walau tidak terbalas jasa mereka) di kampung. 


Macam-macam yang Muthiah fikir. Banyak perkara yang mengganggu benak. Alhamdulillah, setelah menangis dan hilang mood blablabla akibat  tidak berjaya mendapat tajaan Mybrain15 (pada awalnya), Muthiah akhirnya mampu tersenyum apabila permohonan kali kedua diterima. Setidak-tidaknya, fikiran Muthiah sedikit lapang. Sesungguhnya, ALLAH Maha Mengetahui. 

Full stop

Berbalik kepada detik-detik awal sebelum Muthiah berada di sini. Pada tahun-tahun sebelum ini Muthiah pernah juga merisik khabar di UM untuk melanjutkan pengajian di sana. Lantas seorang pensyarah meminta Muthiah menyediakan proposal untuk tujuan itu. Mungkin dek kerana Muthiah sendiri yang tidak bersungguh-sungguh (atas sebab yang dinyatakan di atas), Muthiah tidak membuatnya sampai ke sudah. Hehe...


Muthiah bersama Che Lah, pensyarah penyelia untuk kelas Seminar Pengajian Melayu.

Sehinggalah pada tahun lepas, suami menyarankan Muthiah melanjutkan pengajian buat kesekian kali. Kata suami, beliau pun hendak sambung belajar sama. Sungguh! Hati berat dan Muthiah tidak berminat. Biarlah suami melanjutkan pelajaran berseorangan, Muthiah boleh menulis dan support apa yang patut. Sehinggalah suami berkata, "Macam mana kalau Abe dapat sambung dan ada awek cun sama-sama di tempat studi?"  Fuh! Apa lagi, hati yang berat tadi terasa ringan. Semangat yang tiada jadi membara serta-merta. Maka kami pun sama-sama berusaha mencari  ruang untuk melanjutkan pengajian di IPTA pilihan. Namun dengan izin ALLAH, hanya Muthiah yang mendapat peluang ini. Suami pula tidak mendapat apa yang beliau mahukan.

Hmm... perencanaan ALLAH yang tidak terjangkau dek fikiran kita yang terbatas. Walaupun masih tidak dapat membuang sepenuhnya rasa bimbang, takut dan macam-macam rasalah... kaki Muthiah tetap juga melangkah. Bak kata murabbiah satu ketika dahulu, "Jalan aja." Doakan yang terbaik buat Muthiah, suami dan keluarga ya kerana insan-insan ini adalah manusia yang amat Muthiah kasihi. Tidak lupa juga kepada semua yang menyayangi serta mendoakan yang baik-baik untuk Muthiah.

Akan datang - Bila duduk menumpang (luahan hati seorang nenek)...


Berlaku jujurlah...

Assalammualaikum. Lama sungguh tidak menjengah di sini. Afwan. Tidak berkesempatan. Insya-ALLAH akan kembali menghiasi teratak ini dari semasa ke semasa nanti.

Baik. Perkongsian buat hari ini... Jom kita renung-renungkan...


Kesimpulan

  1. Berlaku jujurlah, walau di mana kita berada.
  2. Yakin! ALLAH ada melihat segala perbuatan kita.
  3. Amal dan perbuatan yang baik, insya-ALLAH terdampar ganjaran buat diri kita. Tidak beroleh di dunia, di akhirat menanti jua.
  4. Sesungguhnya, rezeki itu datang daripada ALLAH. Carilah yang halal. Insya-ALLAH hidup di dunia kan beroleh berkat. Kelak kan bahagia di dunia dan akhirat.


Labels: 3 comments | | edit post