Pelik bin Ajaib...
Thursday, July 08, 2010
Assalammualaikum. Apa khabar? Muthiah… ‘Ala kullihal Alhamdulillah. Cuma sedang keliru… Keliru? Hehe. Entahlah. Kadang-kadang berasa pelik dengan sikap manusia. Hmmm… apa yang hendak dipelikkan? Bukankah karektor manusia ini macam-macam. Apa yang berada di dalam hati pun pelbagai. Ada hitam. Ada putih… Kita pun… kadang-kadang hitam. Kadang-kadang putih tetapi Muthiah selalu sahaja kelabu. Kelabu???
Ada orang…
~ Berasa senang melihat kesenangan orang lain. Temannya gembira. Dia turut sama sukacita. Bahkan membantu temannya menggapai cita-cita. Tidak ada istilah cemburu dalam kamus hatinya. Dia tahu. Segala apa yang telah ditetapkan TUHAN-nya adalah yang terbaik buat dirinya. Apabila temannya berbuat salah, dia membantu menyedarkannya. Sesungguhnya, kata-kata hikmah yang datang dari hati itu insya-ALLAH akan sampai jua ke hati.
~ Berasa tidak senang melihat kesenangan orang lain. Apabila dia tidak bersetuju dengan temannya, dia berasa marah dan dukacita. Dia mencari jalan memusnahkannya. Tidak pula berfikir hendak membantu mencari penyelesaian. Dia hanya pintar mencari kesalahan orang lain. Apabila dia berjumpa dengan apa yang dicarinya, dia tersenyum suka. Ada ‘sesuatu’ yang boleh digunakan untuk menjatuhkan insan yang dia tidak suka. Inilah sikap manusia yang ‘sakit’ hatinya.
Hmmm… Ada pengajaran yang boleh diambil? Muthiah sebenarnya terkenangkan kata-kata orang lama yang bercerita tentang pengalaman hidupnya kepada Muthiah dan suami. Membuatkan Muthiah berfikir sendiri.
~ Mengapakah wujud sikap sebegini dalam masyarakat yang dikatakan sudah bertamadun?
~ Mengapakah perlu ada rasa benci dan iri hati sesama makhluk sedang ALLAH sebenarnya sudah menetapkan bahagian masing-masing?
~ Mengapakah lebih senang menjatuhkan daripada menghulurkan tangan menggapai impian??
Jawabnya… kerana manusia ini tidak takutkan TUHAN. Tidak khuatir dengan hari pembalasan. Dia hanya mahukan kesenangan hidup di dunia sampai lupa hari akhirat yang kekal abadi.
Muthiah : Cermin hanya memantulkan jasad orang lain tetapi tidak nampak jasad sendiri.