Bila ALLAH memberi hidayah (Wardina)

Assalammualaikum. Hello, how do you do? Chewah. Speaking London.

Hidayah, oh hidayah...

Apabila ALLAH memberi hidayah kepada hamba pilihan-NYA...

  • Manusia yang lupa kembali sujud.
  • Manusia yang alpa merintih semula.
  • Manusia yang lalai menjadi patuh.

Moga ALLAH memilih kita untuk menjadi hamba yang taat kepada-NYA. Sebelum itu, diri kita sendiri mestilah berusaha untuk menjadi hamba ALLAH yang patuh ^^

Jom... kita selami kisah Wardina Safiyyah...


"Jika kita hendak berubah menjadi baik, ALLAH akan menghantar orang (teman) yang baik kepada kita."

Buat teman-teman, niatkan dalam hati...

Aku mahu berubah dan sesungguhnya, aku benar-benar hendak berubah. Cubalah. Jika tidak mampu... Mengadulah kepada DIA. Cuba... cuba... dan buat! ^^

Selamat Hari Raya ^_^

Assalammualaikum. Apa khabar, semua ^^

Di kesempatan ini, Muthiah dan suami ingin mengucapkan...


Ayuh, kita saling berkunjung untuk mengeratkan silaturrahim.
Elakkan pembaziran.
Baju lawa sudah tetapi jangan diabaikan keperluan memelihara aurat.
Duit raya? Jika dapat, Alhamdulillah. Jika tidak, reda sahajalah ^^
Ziarah kubur bukan sekadar ziarah tetapi banyakkanlah bermuhasabah. Satu hari, kita pun akan berada di sana. Bersediakah kita?
Berpada-padalah dalam menonton televisyen. Iyalah. Dek ralit tengok TV, kita l
upa untuk berkunjung di rumah saudara-mara atau teman-teman.

Hmm...

Maaf jika Muthiah ada terlanjur cakap. Percayalah... sepanjang Muthiah menulis di blog ini, tidak terlintas untuk menghentam siapa-siapa.
Maaf juga jika anda merasakan senyum Muthiah comel. Hahaha... Ini bajet cun. Abaikan.

OK.

Moga amalnya berterusan ^^

Jika mahu menjadi penulis dengan Alaf21 (ii)


Assalammualaikum. Apa khabar?

Jeng jeng jeng... Mode menulis blog masih ada? Muthiah... Mahu bergembira bersama keluarga :)

Baik. Bagi sahabat-sahabat yang menyimpan cita-cita untuk menjadi penulis, Muthiah kongsikan lagi tips yang diberikah editor Alaf 21 sendiri ^^

Editor-editor juga selalu berdepan dengan manuskrip yang lemah. Daripada bab 1 hingga 10, kita tidak tahu apa yang hendak disampaikan oleh penulis. Akan tetapi, bab ke 11 baru muncul sedikit klu cerita. Namun... bab 14, 15, 16, cerita hilang fokus semula.

Graf pembacaan editor pun turut landai kerana cerita yang mendatar dan tidak ada konflik. Naratif dan dialog tidak seimbang. Ada penulis suka masukkan dialog sahaja sampai penuh muka surat. Editor baca pun tercungap-sungaplah. Ada juga yang suka naratif panjang lebar dan akhirnya editor mula mengantuk. Kemudian baca bahagian tengah, pergi bahagian ending dan keputusannya REJECT! - Pn. Sa'diah Mohamad.

Info penting!

Manuskrip yang lemah :

  • Editor tidak tahu apa yang hendak disampaikan oleh penulis.
  • Penulis hilang fokus dalam karyanya.
  • Graf pembacaan editor turun apabila cerita itu mendatar dan tidak ada konflik.
  • Naratif dan dialog tidak seimbang.
  • Penulis suka menulis dialog/ naratif panjang lebar.
  • Keputusannya. Maafkan kami (kata editor) -> Manuskrip anda kena REJECT.
Hmm... Sudah berputus asa? Janganlah begitu. Jika kita tidak putus asa berusaha, kita pasti akan berjaya, insya-ALLAH. Tidak percaya? Tanyalah Amir dalam Ayah, Amir nak masuk U! Chewah. Sempat promosi buku lagi.

Apapun, moga berjaya ^^

Rintihan hati...


“Ya ALLAH, sesungguhnya aku adalah hamba-MU yang lemah lagi hina. Kurendahkan diriku di hadapan-MU, memohon petunjuk dan jalan yang terbaik daripada-MU.

Ya ALLAH, aku tidak cukup kuat untuk menghadapi ujian hati ini tanpa nusrah-MU. Aku juga tidak cukup kental untuk berhadapan dengan permainan perasaan ini.

Lantas, ya ALLAH. Andai benar Siti Hajar Sulaiman itu telah KAU tetapkan untukku, permudahkanlah urusan kami. Andai bukan dia yang KAU ciptakan buatku, KAU jauhkanlah kami daripada sesuatu yang bisa mengundang kemurkaan-MU…” ~ Ibrahim.

Ayuh dapatkan Air Mata Siti Hajar di pasaran segera ^^
m/s : 66

Hati beralih arah...


Satu ketika, ILAH telah menumbuhkan rasa cinta yang kuat dalam hatinya buat Sarah. Siapa sangka, siapa menduga. Cinta yang dirasakan begitu teguh itu kini sudah beralih arah kepada gadis lain. Ibrahim sendiri, jika direnung dan difikirkan kembali… berulang-ulang kali, semacam tidak percaya dengan apa yang telah diputuskannya. Benarkah Hajar yang menjadi pilihan?

Entahlah. Susah untuk diperjelaskan dan bukan semua benda di atas muka bumi ini ada tersedia jawapan untuknya. Ibrahim sendiri tidak pasti. Kadang-kadang dia berasa ragu-ragu. Betulkah tindakannya ini? Nikah kahwin bukanlah perkara yang boleh dibuat main. Hal ini melibatkan masa depan dirinya dan juga bakal pasangan hidupnya. Bukan dia tidak tahu tetapi… Ah! Ibrahim tidak mahu memikirkannya lagi. Dia sudah letih menunggu Sarah kembali, namun penantiannya nampaknya kekal sia-sia. Kesudahannya, Ibrahim kini benar-benar tekad!

Dapatkan Air Mata Siti Hajar di pasaran sekarang^^
m/s : 65

Balik kampung...

Assalammualaikum. Hello, makan apa sahur tadi?

Baiklah. Oleh sebab masa mencemburui Muthiah... Muthiah terus kepada perkongsian entri untuk hari ini. Hmm... hendak tulis apa? Oh, tidak!!!

Namun sebelum itu, dengan besar hati Muthiah khabarkan (Eleh! Bajet orang hendak tahulah tu...). Bukan... bukan begitu. Sekadar memberitahu teman-teman yang sudi menjengah ke sini.

Kita kan kawan ^_____^

Insya-ALLAH... Muthiah akan bertolak balik kampung hari ini.
Insya-ALLAH... Muthiah dan suami akan bercuti sampai 7hb September. Bermakna, jika tidak ada banyak benda yang perlu dibuat sekembalinya di Ipoh... Muthiah akan kembali online pada 8hb. Maklumlah. Di kampung, entahkan dapat online ... entahkan tidak.

Apapun... percayalah. Doa Muthiah buat rakan-rakan sentiasa dekat dengan diri Muthiah. Bak kata sang murabbi. "Adik, walaupun awak jauh. Doa akak sentiasa mengiringi hidup Adik." Sob sob <- Mode : Terharu.

Sebelum berperjalanan :

Jangan lupa service kenderaan terlebih dahulu.
Tayar pun.. tengok-tengoklah ya <- Muthiah tidak berapa pandai. Serah pada suami. Hisy! Berdikarilah sedikit.
Pastikan minyak diisi penuh! <- Ehe. Muthiah isi NGV :P
Memandu dengan penuh hemah. Ingatlah insan tersayang <- Jangan bimbang. Muthiah pandu 60km/jam sahaja. Tidak sampai setengah jam memandu. Suami ambil alih. Seronoknya!!!
Satu lagi Muthiah hendak tambah... jika tidak sayang diri sendiri (bagi yang mahu jadikan jalan raya sebagai trek perlumbaan), kasihanilah insan lain yang masih sayangkan diri mereka sendiri. Ingat! Ada yang sedang menanti kepulangan mereka.
Jika mampu berpuasa, berpuasalah. Jika tidak, anda punya rukhsah/ keringanan untuk berbuka.

OK. Selamat beramal. Jangan main mercun, ya :)

Al-Fatihah

Assalammualaikum. Hai, moga sahabat-sahabat Muthiah yang comel belaka ini ceria-ceria selalu ^__^

Hmm... hendak tulis apa, ya? Maklumlah. Hati Muthiah sudah pun berada di kampung halaman. Berbuka puasa bersama keluarga tercinta. Seronoknya!!!! Alhamdulillah.

OK. Apa kata Muthiah kongsi terjemahan Al-Quran... lebih fokus kepada bacaan di dalam solat. Serius. Apabila kita faham apa yang kita bacakan (sewaktu solat)... khusyuk itu akan lebih hadir dalam diri.

Yuk. ^_______________________________^


Terjemahan ayat :

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang.

  1. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
  2. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang.
  3. Yang Menguasai hari Pembalasan (hari akhirat).
  4. Hanya kepada Engkau (Ya Allah) kami beribadah (mengabdikan diri) dan hanya kepada Engkau kami memohon pertolongan.
  5. Bimbinglah kami ke jalan yang lurus.
  6. Iaitu jalan orang yang Engkau telah anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan jalan orang yang dimurkai, dan bukan pula jalan orang yang sesat.
Jadi...

Sewaktu solat... berbicara dengan ALLAH sebaiknya.

Ya ALLAH, ya ALLAH, ya ALLAH...

Tips :

Sewaktu imam membaca Al-Fatihah, minda terjemahkan dan bercakaplah dengan DIA. Insya-ALLAH, akan terasa kemanisannya.
Labels: 0 comments | | edit post

Jika mahu menjadi penulis dengan Alaf21 (i)


Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Sudah beli barang persiapan raya? Muthiah belum lagi. Insya-ALLAH coming soon. Tidak lorat eh ^^

Baiklah. Mulai hari ini, Muthiah ingin berkongsi beberapa tips menulis yang telah dikongsi oleh Ketua Editor Alaf 21, Puan Sa'adiah Mohamad.

Manuskrip-manuskrip terbaru daripada beberapa novelis juga menjadi santapan minda kami sepanjang Ramadan ini. Dua daripada mereka telah saya komen supaya diperbaiki. Kenyataannya di sini, walaupun novelis itu sudah ada dua novel atau lebih, namun keberangkalian manuskrip-manuskrip seterusnya disuruh baiki memang ada. Jadi, moralnya...

Setiap manuskrip baru yang sedang anda siapkan perlu lebih baik daripada yang sebelumnya. Sebuah lagi manuskrip iaitu manuskrip kedua daripada seorang novelis muda cukup menarik perhatian editor-editor. Tema dan jalan ceritanya cukup menarik. Susunan ayatnya juga kemas dan tidak banyak kesalahan tatabahasa. Saya masih ingat lagi, novelis ini menghantar manuskrip pertamanya pada penghujung 2009 tetapi diterbitkan pada awal 2011. Dia cukup sabar dan rajin mempromosi produknya. Dia juga terlibat dalam projek Jiwa Kacau. Kalau dia mengekalkan disiplin yang begini dan terus meningkatkan mutu penulisannya, saya percaya dia akan berjaya - Pn. Sa'adiah.

Info penting!

1- Boleh jadi kita sudah menghasilkan novel namun tidak bermakna manuskrip yang dihantar akan diterima editor. Maka, teruslah menulis karya yang baik serta bermutu.

2- Perkara yang menarik perhatian editor :

a) Tema dan jalan cerita cukup menarik.
b) Susunan ayat kemas.
c) Kurang masalah tatabahasa.

^______^

Jadi??? ___________ (sila isi tempat kosong ini).

Muthiah : Ayuh... menulis dan menulis.

Rendang ayam

Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Muthiah... Alhamdulillah. Baik-baik sahaja. Dalam masa menjalani ibadah puasa, sedang bertungkus-lumus menyiapkan satu perkara. Doakan dipermudahkannya, ya ^___^

OK. Jom kongsi resipi. Lalalalalalitampon. Hmm... jika merujuk kepada Kamus Dewan, tampon membawa makna -----> ^^

Rendang suka sangat


Huh! Tidak ada nama lainkah? Sebenarnya, rendang adalah makanan kegemaran Muthiah. Oleh sebab blog ini pemiliknya bernama Siti Muthiah, maka...

Tanpa segan silu Muthiah membubuh nama ikut suka hati kepala otak sendiri.

Bahan-bahan

5 ketul ayam yang sudah dipotong kecil
2 biji ubi kentang yang dipotong 2 (untuk setiap sebiji)
4 helai daun kari
4 helai daun limau purut
1 kotak santan pekat (Di kedai harga RM2.20 sekotak)

Bahan dikisar

5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
Sedikit halia
Sedikit lengkuas
1 batang serai (Jika tidak mahu kisar pun, tidak apa. Ketuk sahaja)
Sedikit kunyit hidup
Sedikit lada kering yang siap dikisar (Jika ada lada kering, masukkan 5 helai lada kering. Kes Muthiah... Sekali beli, kisar belaka <- Membuktikan yang diri tidak cukup rajin)
2 biji cili api
Anak beranak jintan yang dua + 1 = jintan putih, jintan manis dan satu lagi Muthiah tidak tahu hendak panggil apa.

Cara membuatnya

Masukkan semua bahan dikisar ke dalam kuali bersama dengan ayam.
Setelah menggelegak, masukkan pula santan bersama dengan ubi kentang. Kata orang, masukkan ubi setelah santan menggelegak tetapi... takut tidak sempat lembut pula.
Selepas itu, masukkan gula, garam, daun kari serta daun limau purut.
Akhirnya... siap ^^ Mudah, bukan?

Muthiah : Gaya Muthiah buat rendang lagi mudah. Masukkan semua bahan sekaligus dan tunggu menggelegak serta pekat kuahnya :)
Labels: 0 comments | | edit post

Apabila diri berbuat silap

Assalammualaikum. Apa khabar, hati-hati kita semua?

Muthiah? Kondisi tidak berapa baik. Pagi tadi, ada sesuatu yang membuatkan Muthiah mengeluarkan kata-kata yang tidak baik. Apa dia? Hmm...

Astaghfirullah... Muthiah sebut perkataan 'gong' kepada satu objek tidak bernyawa. Huhu...

Astaghfirullah... Muthiah mesti perlu lebih berwaspada, menjaga percakapan Muthiah. Bukankah kita semua mahu jadi yang terbaik di sisi-NYA??? Jadi... dari sebesar-besar perkara... kepada benda kecil, kita kita jaga.

Moga ALLAH ampuni dosa-dosa kita atas kekhilafan diri...

Hmm... kawan-kawan macam mana? Ayuh, kita beristighfar bersama-sama.


"Jika sekiranya ENGKAU menyeksa mereka, sesungguhnya mereka adalah hamba-MU, dan jika sekiranya ENGKAU mengampunkan mereka, sesungguhnya ENGKAU Maha Perkasa Lagi Maha Bijaksana." ~ Al-Maidah 5:118.

Muthiah : Jom muhasabah...

Hutang ~ Kawan... kawan juga tetapi...


Assalammualaikum.

Hello, apa khabar?
Sudah mula beriktikaf dan melakukan qiammullai di masjid?

Bagi yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur... bolehlah ke Masjid As-Syakirin, KLCC untuk...

  • Berbuka puasa beramai-ramai. Meriah tau ^^
  • Menunaikan solat sunat tarawih secara berjemaah.
  • Qiammullai untuk beribadah kepada ALLAH. Solat sunat tasbih pun ada dilakukan secara berjemaah :)
  • Makanan untuk bersahur pun disediakan...

Jadi, ayuh... Usah lepaskan peluang ini ^____^

Go... go.... go...


Berbalik kepada perkongsian hari ini...

Satu hari, seorang teman telah mengadu kepada Muthiah. Ia telah dibebani dengan hutang yang banyak. Sampai... hendak makan pun tidak cukup. Setelah tolak itu dan ini, duit berbaki dalam tangannya hanyalah dalam RM60 (digunakan untuk tempoh sebulan). Adoi! Hendak makan macam mana? Gaji kasarnya yang berjumlah lebih RM5,000... habis dan hilang begitu sahaja.

Teman Muthiah menambah lagi. Dia telah membuat pinjaman sebanyak RM50,000 daripada pihak bank. Untuk apa? Teman karibnya membutuhkan bantuannya. Oleh sebab sang teman tidak layak untuk memohon pinjaman bank, dia telah meminta tolong teman Muthiah. Tidak ada perjanjian hitam putih. Semuanya dilakukan atas dasar kepercayaan dalam persahabatan. Dia juga telah berjanji untuk membayar lebih kepada teman Muthiah.

Namun, setelah 3 bulan... janji hanya tinggal janji. Jadi, tinggallah teman Muthiah ini terkapai-kapai sendiri.

Pengajaran yang boleh diambil :

  • Elakkan berhutang pada sesuatu yang tidak perlu.

  • Hmm... kawan... kawan juga. Namun, berwaspadalah sebelum hendak memberi hutang. Untuk apa dia berhutang? Adakah pada perkara yang benar-benar perlu atau sebaliknya? Jika sang teman sudah kita kenali kaki boros, adalah satu kesilapan besar jika kita tetap mahu memberi hutang kepadanya. Hutang di sini, bukanlah hutang yang bernilai seringgit dua tetapi... huhu... 'Lu pikirlah sendiri.'

  • Tidak salah membantu kawan yang memerlukan. Dalam Islam, kita dituntut untuk menolong mereka yang berada di dalam kesusahan. Namun dalam kes seperti teman Muthiah ini, seboleh-bolehnya.... jangan sampai pula kita membuat hutang. Sampai berpuluh ribu ringgit. Bantulah semampu yang kita boleh. Jika sang teman sangat terdesak dan benar-benar memerlukan bantuan kita... kita pula berasa sungguh simpati dan seikhlas hati hendak membantu (atas nama kawan baik)... Boleh jadi, kita keluarkan semua simpanan yang kita ada di dalam bank. Huh! Muthiah ni... sakit jiwakah atau apa? Iyalah. Daripada kita tambah beban dengan hutang baru... lebih baik kita habiskan duit kita yang sedia ada. Sekurang-kurangnya, tidak perlu bayar duit bunga (riba).

  • Kenalpasti... sebab apa sang teman itu mahu berhutang? Jika dia berhutang sebab hendak bayar duit kereta sport yang tidak mampu dibayar... fikirlah berkali-kali. Ada cara lain untuk melangsaikan hutang tersebut daripada meminta kita berhutang dengan bank, atas nama kita.

  • Hisy! Sibuklah, Muthiah ni. Suka hatilah. Aku yang berhutang, bukan kamu. ^_____^ Jika begitu, redhalah dengan apa yang telah kita putuskan. Anggaplah yang bebanan itu bukan untuk orang lain, kawan karib kita juga. Usah berkeluh-kesah. Jika tersilap penghitungan dalam memberi hutang?

  • Mintalah kembali duit kita sebaiknya. Namun sebelum itu, jangan lupa. Fikir semasaknya sebelum memberi hutang. Khuatir kita merungut... mengata... berlebih-lebih dalam segala hal pada kemudian hari. Dikhuatiri... teman yang dahulunya sungguh akrab bertukar menjadi musuh ketat kita pula!

  • Satu lagi, cuba fikirkan cara lain untuk membantu sang rakan untuk melangsaikan hutangnya. Memberi hutang kepadanya adalah salah satu cara tetapi... tentu ada cara lain, bukan?

Huhuhu...

*** Perkongsian ini adalah berdasarkan kes kawan Muthiah. Ada sedikit perubahan fakta. Hmm... jika hendak diteliti, banyak soal jawab dan persoalan yang perlu dirungkai tetapi... sikit-sikit sahajalah, ya ...

Sahabat-sahabat, bagaimana pula? Pernah hadapi masalah yang sama??? ***

Ada hadis tentang memberi dan membayar hutang. Boleh carikan untuk Muthiah???

Muthiah : Marilah kita mendoakan agar teman Muthiah... diri kita sendiri dipelihara TUHAN daripada hutang. Hmm.. Ayuh baca Al-Mathurat ^^

Keliru dengan cinta?


“Mintalah dengan ALLAH agar diberi jalan dan petunjuk kerana sesungguhnya, DIA-lah yang merencana segalanya. DIA yang memegang hati-hati manusia. Daripada tidak suka, menjadi cinta. Bukan itu sahaja bahkan DIA juga yang membolak-balikkan hati kita. Daripada cinta kepada membenci,” ~ Aisyah.

Ayuh dapatkan Air Mata Siti Hajar di pasaran segera ^^
m/s : 53

Hati-hati guna telefon bimbit

Assalammualaikum. Apa khabar, sahabat-sahabat semua?

Bersahur pagi tadi?
Sudah membaca al-Quran?
Ada mengumpat atau mengata hari ini?

Apapun, jom muhasabah diri.

Baik. Perkongsian isu semasa hari ini -->

TANAH MERAH : “Saya mahu tidur puas-puas.” Itu ungkapan aneh yang diucapkan Siti Munirah Nordin, 13, pada cuti Nuzul Al-Quran Rabu lalu kepada ibunya sebelum remaja itu maut dipanah petir di bangsal berhampiran rumahnya dipercayai sedang menggunakan telefon bimbit di Kampung Belimbing di sini kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 5.50 petang itu, Siti Munirah meninggal dunia di tempat kejadian dengan kecederaan pada muka sebelah kanan dan kesan terbakar pada telinga, rambut dan punggung.

Mayat mangsa ditemui abangnya, Mohd. Firdaus, 16, pada pukul 9 malam setelah ahli keluarganya keluar mencarinya selepas tidak pulang ke rumah untuk berbuka puasa sejak keluar pada pukul 4.30 petang.

Telefon bimbit milik ibunya yang dipinjam mangsa pula ditemui di atas tanah di bawah bangsal tersebut.

Berita lanjut sila ke web Kosmo.

Johor dibanjiri ayam disembelih tidak sempurna


Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Muthiah... Huhuhu... Sepatutnya bercuti hari ini. Namun, oleh sebab semalam tidak masuk pejabat, 'terpaksa' ganti balik.

Caiyok... caiyok. Moga-moga dapat menyiapkan kerja yang telah dirancang ^^

Baik. Berita hari ini...

JOHOR BAHRU : Percaya atau tidak, beratus-ratus peniaga di negeri ini kini menjual kira-kira 60,000 ekor ayam segar yang amat diragui status halal dan kesuciannya setiap hari.

Jumlah tersebut meliputi 30 peratus daripada bekalan ayam di negeri itu setiap hari yang berjumlah 200,000 ekor.

Masalah tersebut berpunca daripada sikap segelintir pengusaha pusat penyembelihan yang menjalankan kerja-kerja penyembelihan tanpa mengikut prosedur ditetapkan.

Penolong Pengarah Penyelidikan Unit Halal, Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ), Samsudin Paimi berkata, pihaknya bimbang pengusaha kecil kini semakin berani untuk mengaut keuntungan berikutan permintaan yang tinggi daripada umat Islam berikutan sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

"Pengusaha kecil seperti itu semakin berani untuk mengaut keuntungan dengan berselindung di sebalik logo halal tamat tempoh selain tidak mengikut piawaian JAIJ,'' katanya.

Ikuti berita selanjutnya di web Kosmo.

Muthiah : Hendak makan chicken chop di Kamalodge ^^


Putus cinta! Kenapa?


“Kita katakan cinta ini terjalin kerana ALLAH, namun sejauh mana perhubungan ini telah mendekatkan kita kepada PENCIPTA? Khusyukkah kita dalam solat? Ikhlaskah kita dalam ibadah? Atau… kita lakukan semua itu kerana hendak memuaskan hati kita sendiri?” ~ Sarah.

Ayuh dapatkan Air Mata Siti Hajar di pasaran segera ^^
m/s : 45

Serba baru...

Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Muthiah... Alhamdulillah. Baik-baik sahaja, insya-ALLAH.

  • Bagaimana dengan ibadah pada bulan Ramadhan?
  • Sudah mula beriktikaf di masjid?
  • Ada yang telah khatam Al-Quran? Alhamdulillah. Tahniah Muthiah ucapkan ^^

Hari ini, terasa agak kurang rajin untuk menulis. Kenapa? Jam 9.00 nanti ada urusan di luar. Hmm... Kenapa, ya? Bulan Ramadhan ini, kita seolah-olah menjadi lemah (Bukan kita! Muthiah-lah :P). Rasa macam hendak berada di pembaringan. Menanti jam pada dinding rumah menunjukkan pukul 6.00 petang. Seterusnya, berjalan dengan lambat-lambat (macam Upin dan Ipin yang teragak-agak hendak membantu Kak Ros) ke dapur. Peti ais dibuka perlahan. Tidak semena-mena, mata terus membulat. Yeah. Berbuka puasa tidak lama lagi!!!

Muthiah teringat pesan seorang murabbi. Sewajarnya... bulan Ramadhan inilah kita menjadi semakin bersemangat dan kuat. Kenapa? Iyalah. Kelazimannya, waktu inilah kita lebih/ paling akrab dengan ALLAH (walhal, perlu akrab pada bila-bila masa). Tengok... perang Badar pun berlangsung pada bulan Ramadhan.

Jadi, Siti Muthiah...

Bangun... bangkit... bangun...

OK. Cukup bebelan itu. Muthiah masuk kepada entri sebenar untuk hari ini.

Tadaaaaaa.... ^__________________^



Muthiah ingin berkongsi pemandangan dalam pejabat baru Muthiah (mata berkedip mengada-ngada)...

Ayuh...

  • Kita bekerja/ belajar dengan penuh semangat.
  • Manfaatkan minggu-minggu akhir Ramadhan untuk mendekatkan diri kepada ALLAH.
  • Ceria dan senyum sokmo. Sabar... sabar. Kurangkan berkata-kata perkara yang sia-sia.
  • Beli makanan berbuka nanti, beringat-ingat juga. Khuatir terjerumus kepada pembaziran.
Muthiah : Kitalah yang membuat pilihan. Muthiah memilih untuk positif. Sahabat, bila lagi???

Harga terkawal 20 barangan

Assalammualaikum, semua. Untuk semasa di PPNSM hari ini, Muthiah ingin berkongsi tentang harga 20 barangan terkawal. Maklumlah, hari raya semakin dekat.

Selamat beramal ^^

KUALA LUMPUR : Kerajaan semalam menetapkan harga terkawal bagi 20 jenis barangan untuk dikuatkuasakan mulai 23 Ogos hingga 6 September ini di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2010.


Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (gambar) berkata, dua barang telah ditambah ke dalam senarai pada tahun ini iaitu bawang merah kecil (India) dan bawang putih (China).


"Penentuan harga maksimum pengeluar, borong dan runcit ini dibuat berdasarkan kepada maklumat hasil pemantauan di semua daerah, pandangan agensi kerajaan berkaitan dan perbincangan dengan pengeluar, pengimport, pembekal serta pemborong barangan terlibat," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.


Untuk berita lanjut, sila layari web akhbar Kosmo.

^__________^

Assalammualaikum...

Muthiah tersenyum sedikit ^^

Alhamdulillah, hari ini genap usia perkahwinan Muthiah yang ke-x dengan En. Suami.

Senyum Muthiah semakin melebar ^______^


Terasa begitu pantas masa berlalu. Pejam celik pejam celik... usia kami bertambah. Usia perkahwinan pun meningkat. Jangan tidak tahu... masih banyak perkara yang perlu ditaaruf dengan En. Suami. Hmm.. Sukar, bukan mudah hendak kenal (sebenar-benar kenal) dengan pasangan kita.

Hahahaha... <- Senyum sambil menutup mulut. Sopan, bukan?

Justeru, meski sudah terasa lama bersama dengan si dia... sentiasalah bertaaruf dan bermuhasabah bersama.

Moga-moga, perkahwinan ini akan bahagia selamanya. Hukhuk... Batuk ada makna. Hendak makan ...

Bagi pasangan suami isteri ...

  • Ayuh, lakukan solat fardhu secara berjemaah bersama pasangan kita.
  • Ayuh, jadikan rumah tangga kita sentiasa segar dan baru :> Walau sudah berpuluh tahun menikah.
  • Ayuh, saling mempercayai dan usah pula mengkhianati kepercayaan itu. Huh!
  • Ayuh, makan sama-sama. Jangan kau makan pukul 1, aku makan pukul 2. Aku tidak laparlah.
  • Ayuh, ehe... buat kerja rumah sama-sama. Oh, tidak!!!
  • Ayuh dan ayuh...

Peringatan buat diri yang selalu lalai dan lupa ^^

Muthiah : Selamat hari ulang tahun perkahwinan, En. Suami ^^

HENTI dahulu minum kopi luwak

Assalammualaikum. Apa khabar? Buat apa petang-petang ini. Moga kita semua dapat memanfaatkan masa yang ada untuk melakukan perkara yang ________ ^^ Muthiah tahu sahabat-sahabat bijak semuanya. Sila isi tempat kosong dengan jawapan yang sewajarnya.

Hmm.. lagi tentang 'kewaspadaan'. Betulkah penggunaan perkataan ini? Berita hari ini Muthiah petik bulat-bulat dari Harian Metro.

IPOH : Orang ramai dinasihatkan menghentikan sementara aktiviti meminum ‘kopi tahi musang’ atau kopi luwak sehingga Majlis Fatwa Kebangsaan membuat keputusan sama ada produk berasal dari Indonesia itu halal diminum.

Difahamkan, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Jakim sebelum ini pernah mengadakan kajian kopi luwak di Jakarta, Indonesia pada 8 hingga 11 Jun lalu, namun fatwa berhubung kopi berkenaan belum diputuskan hingga kini.


Sumber Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berkata, rombongan kajian itu diketuai Mufti Pulau Pinang merangkap pengerusi Panel Kajian Syariah (PKS), Datuk Hassan Ahmad, pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Madya Dr Mahamad Arifin, Timbalan Mufti Kedah, Datuk Fadhil Awang dan beberapa kakitangan Jakim.

“Tujuan kajian itu dijalankan merujuk kepada keputusan PKS kali ke-73 supaya mengadakan kajian lanjut mengenai status kopi luwak dengan mendapatkan sampel biji kopi yang keluar bersama najis musang serta melihat secara lebih dekat proses penghasilan kopi itu.

Untuk berita selanjutnya, sila kunjungi web Harian Metro.

Muthiah : Berwaspada.

Untung

Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Muthiah... Alhamdulillah. Sudah mula masuk bekerja. Suasana di tempat baru? Alhamdulillah. Baik-baik sahaja. Lagipun, dapat peti ais baru. Hik hik... Alah, orang lain pun ada peti ais juga. Tidak apa. Muthiah sekadar mahu berkongsi rasa bahagia ^____^ Jom sama-sama bahagia.

Ramadhan, oh Ramadhan.

Pada hari pertama Ramadhan, Muthiah dan suami membeli lauk di luar. :> Rezeki mak cik gerai Ramadhan. Gas memasak habis... tidak tahu pula hendak mencari gas di mana. Ditambah dengan peti ais masih tiada. Jadi, tidak ada lauk basah di rumah.


Di Pasar Ramadhan (PARAM)...

Mak ai, banyak sungguh pengunjung PARAM. Sah-sah, keuntungan berganda penjual-penjual di sini. Iyalah. Seketul ayam kecil RM2.50. Seekor ikan keli halus RM2.50. Hampir semua gerai yang Muthiah kunjungi, licin. Itu pun, Muthiah tidak meronda-ronda satu PARAM. Huhu... terasa kurang rajin untuk mencari kuih-muih dek tidak mahu bersesak dengan orang ramai.

Siap membeli, Muthiah memberitahu suami, "Huh. Tak sabar nak masak sendiri. Blablabla..." Ehe... Cukuplah perkongsian bebelan setakat ini. Ringkas..padat :)

"Berganda-ganda untung yang diperolehi. Muthiah baca dalam akhbar, berniaga sebulan, untung setahun," tambah Muthiah lagi.

Suami yang sedari tadi hanya mendiamkan diri kemudian bersuara, "Agaknya, ibadah yang dilakukan berganda-ganda, tak?"

Muthiah hanya terdiam... berfikir-fikir sendiri. Bukan berfikir tentang mak cik pak cik yang berniaga di PARAM namun ... Muthiah terfikir tentang diri Muthiah sendiri.

Sejauh mana Muthiah memanfaatkan peluang yang diberi ALLAH ini? Iyalah. Sehingga ke hari ini, Muthiah masih lagi diberi ruang oleh ALLAH untuk menghirup udara-NYA. Berpeluang pula untuk menjalani ibadah puasa bersama rakan-rakan yang lain. Dapat bersahur, berpuasa, menunaikan solat tarawih...

Hmm...

Apa yang boleh direnungkan di sini?

Persoalan : Sejauh mana kita memanfaatkan ruang yang diberikan ALLAH ini?

Maka, ayuhlah diri... ayuhlah sahabat-sahabat semua. Usah dipersiakan peluang ini. Manalah kita tahu. Ramadhan tahun ini adalah Ramadhan yang terakhir bagi diri kita?

Ayuh... Sambung buat kerja. Lakukanlah kerana ALLAH. Insya-ALLAH, dikira sebagai ibadah juga ^^

Muthiah : Ya ALLAH...

JAKIM sahkan mentega haram


Assalammualaikum. Berita ini Muthiah petik bulat-bulat daripada akhbar Kosmo.

KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam mengesahkan mentega jenama Pure Creamery Butter-Golden Churn yang dipasarkan di Malaysia adalah tidak halal.

Ketua Pengarahnya, Othman Mustapha (gambar kecil) berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapati produk tersebut datang dari kilang yang sama dengan yang diedarkan di Sarawak walaupun pengimportnya berbeza dan untuk pasaran berlainan.

"Perkara ini disahkan sendiri oleh wakil syarikat Ballantyne Food dari New Zealand yang mengeluarkan produk itu.

"Sehubungan itu umat Islam seluruh negara diminta untuk tidak menggunakan produk tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Berita lanjut, sila ke web Kosmo.

Muthiah : Moga kita semua lebih berwaspada.

Udang campur

Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Muthiah... Alhamdulillah. Baik-baik sahaja. Hidup sentiasa positif dan optimis. Ya. Dalam apa jua kondisi, katakan pada diri yang...

AKU POSITIF...

Meski hati menidakkannya ^^

Ehe. Terasa bagai hendak berkongsi resipi dengan rakan-rakan semua. Hmm... sebenarnya, Muthiah ada blog khas untuk perkongsian resipi tetapi.. semakin hari, semakin tidak aktif pula. Bukan apa, masa agak mencemburui serta tidak mengizinkan Muthiah untuk memberi komitmen di situ.

Jom...

Udang masak cinta


Kenapa, cinta?

Kerana... masaklah dengan ikhlas dan kasih sayang. Chewah. Aik. Bolehkah menilai keikhlasan hati sendiri? Entahlah. ALLAH lebih tahu namun, buatlah sebaiknya ^^

Bahan-bahan

15 ekor udang - dibersihkan. Tidak perlu buang kepala tetapi buanglah otaknya.
2 biji kentang - dihiris halus
4 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih, 2 biji cili api dan sedikit halia - ditumbuk (hendak kisar pun boleh)
1 biji bawang kuning - dimayang
Cili kering yang telah dikisar
Kunyit debu/ kunyit hidup yang ditumbuk - Setelah bersihkan udang dan ubi kentang, campurkan dengan kunyit dan garam
Garam dan gula secukup rasa
Sos cili serta sos tomato (tidak letak pun tidak apa)

Cara membuatnya

  • Goreng udang dan ubi kentang yang telah digaul dengan kunyit.

  • Setelah masak, angkat udang dan ubi kentang. Letakkan ke tepi dahulu.

  • Selepas itu, tumis bahan ditumbuk dan bawang kuning sampai naik bau.

  • Kemudian, masukkan cili kering yang sudah dikisar, sos cili serta sos tomato. Masukkan sekali sedikit air. Dalam masa yang sama, masukkankanlah gula atau garam. Kalau Muthiah, Muthiah tidak letakkan garam sebab sos sudah boleh memasinkan.

  • Apabila sudah mendidih, masukkan udang dan ubi kentang yang siap digoreng tadi. Tunggu sampai kuah pekat.

  • Kemudian... siap. Jika hendak nampak cantik, tambahkan lada benggala yang siap dihiris ^^
Sekian, terima kasih :>

Muthiah : Hendak makan nasi kerabu...
Labels: 0 comments | | edit post

Remaja hilang - Minta jasa baik sebarkan

Assalammualaikum. Selamat beramal, sahabat-sahabat. Mohon untuk sebarkan gambar remaja yang hilang ini. Adik Ameerah adalah anak kepada salah seorang novelis. Tidak salah Muthiah, karya novelis berkenaan berjudul Tunjuk Langit Cinta. Mohon doa daripada rakan-rakan juga.

OK. Moga ALLAH melindungi dan memelihara kita semua.

Si Legam itu... menantuku

Assalammualaikum, semua.

Hello, apa khabar kalian di sana? Moga dirahmati ALLAH selalu.

^______^

Alhamdulillah. Cerpen ketiga Muthiah untuk tahun ini diterima terbit oleh Majalah Perempuan, sesudah Kini ku tahu (Sri Dewi & Keluarga) serta Menantu Hantu (Mingguan Wanita).

Jeng jeng jeng...

Si Legam itu... menantuku


Huh! Tidak ada cerita lainkah?
Huhu... Usah terpedaya dengan tajuknya.

Begini...

Hmm...

Entahlah. Pabila melihat seorang teman teresak-esak tatkala bakal teman hidupnya diperlekeh... dek kekurangan diri... Muthiah terfikir-fikir sendiri.

Kecantikan itu satu bonus.
Kekayaan itu juga satu kebanggaan (bagi sebilangan orang).

Namun, usah kita lupa.

Ketakwaan itu yang paling utama. Siapa kita hendak memperlekeh manusia lainnya???

Maka, lahirlah...

Si Legam itu... menantuku^^

Jom... dapatkan Majalah Perempuan sekarang!

Contest aku berpuisi : Ops

Assalammualaikum. Jom kita berpuisi. Tahniah Muthiah ucapkan kepada Azhan atas pengajuran pertandingan puisi ini. Sedikit sebanyak, Muthiah yang tidak mahir berpuisi ini boleh mencuba. Menang kalah soal yang kedua. Apa yang penting, kita semua ber-G-E-M-B-I-R-A^^

Ayuh, hayatikan puisi Muthiah ini...Puisi? Hahaha (Gelak sopan)

Ops



Ops
Aku tak pandai mencoret puisi
Namun ku mahu mengenal diri
Lantas ku gagahi untuk berlari

Ops
Aku tak bisa bermadah pujangga
Namun ku mahu meluah rasa
Lantas ku terus menggerak jari

Ops
Aku tak mampu berfikir lagi
Namun ku mahu masuk contest ini
Lantas ku buka mata, ku menaip di sini

Ops
Ku kira cukup sampai di sini
Aku melalut tidak henti-henti
Terima kasih daun keladi
Tuan penganjur yang mulia hati

Ops...

^_______^

Pengajaran :

  • Hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih.

Moga-moga puisi yang tidak seberapa ini diterima penganjur ....

Salam Ramadhan buat semua.

Muthiah : Moga sukses Azhan ^^
Labels: 8 comments | | edit post

Hai, sejak bila jadi ustaz ni? ^^



“Bukan ustaz tetapi LELAKI. Selaku anak jantan, aku pasti mahukan yang terbaik walaupun diri aku sendiri sebenarnya tidak cukup baik. Maklumlah, yang dipilih itu hendak dijadikan bini. Bukan teman merempit. Mestilah aku mahu yang paling baik,” ~ Ibrahim.

m/s : 44

Adakah benar cinta?


“Sekiranya aku ingin menikahi Hajar kerana rupa, khuatir rupa yang manis itu akan hilang satu hari nanti. Bukankah apabila usia bertambah, kerut di muka juga akan turut bertambah?

Sekiranya aku ingin menikahi Hajar kerana harta, takut harta itu kelak bisa melalaikan aku dan dia. Lagipun, tidak ada yang mustahil dalam kehidupan ini. ALLAH boleh memberi dan mengambil apa-apa milik-NYA kembali. Seperti apa yang telah berlaku antara aku dan Sarah. Dahulu, kami bahagia dalam cinta dan merancang untuk hidup bersama tetapi kekuasaan TUHAN tidak mengkehendakinya...”

“Lantas, aku memilih untuk menikahi Hajar kerana ALLAH. Aku yakin, DIA pasti akan memelihara perhubungan ini,” ~ Ibrahim.

m/s : 34

Air Mata Siti Hajar

Assalammualaikum, semua. Apa khabar? Moga dirahmati ALLAH selalu. Ehe...

Promosi novel NUR minggu ini. Jeng jeng jeng...

Novel NUR Muthiah yang kedua sesudah Mencari Naurah...



Sinopsis

SITI HAJAR – Rasa cintanya terhadap Ibrahim sangat mendalam. Meskipun dimusuhi Khadijah… Hajar tetap mampu bertahan kerana ALLAH sentiasa melindunginya. ILAH itu dekat dengannya, lebih hampir daripada urat merihnya sendiri.

IBRAHIM – Tidak diragui sama sekali, cintanya terhadap Hajar menggunung tinggi. Namun sayang, dia berlaku tidak adil tatkala mengadili konflik antara Hajar dan adiknya, Khadijah. Akibatnya, sang isteri asyik menjeruk hati.

Namun, rasa cinta Ibrahim berubah sejak kehadiran Sarah. Dia kasihkan Hajar tetapi tidak mampu menidakkan kesetiaan Sarah terhadapnya. Hajar pula, sudah tidak berdaya mempertahankan cintanya lagi. Kata-kata Aisyah mungkin ada benarnya. Cinta Hajar kepada Ibrahim selama ini bukanlah kerana ALLAH. Buktinya jelas. Hajar tidak mampu menerima hakikat hidup bermadu. Ada, tetapi… Hajar bukanlah gerangannya.

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat ILAHI atas peluang dan ruang yang diberikan ini.

Salam sayang buat semua ^^

Gusar???

Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Muthiah. Alhamdulillah. Baik-baik sahaja ^^

:>

Setelah hampir dua minggu tidak melayari internet, Muthiah kini kembali. Huhu. Mula-mula, terkeliru dan lupa dengan password sendiri. Lupa maaaa... Alhamdulillah, akhirnya... BERJAYA!

Hmm... Sebelum itu, Muthiah ingin meminta maaf jika ayat-ayat Muthiah di sini macam budak yang tidak pernah menulis blog. Agak lama bercuti. Mahu memulakan kembali, rasa blurseketika.

Ayuh, ayuh, ayuh... Muthiah... 'Selamat kembali ke dunia penulisan....'

^____^


Alhamdulillah. Novel terbaru Muthiah sudah Muthiah promosi di facebook dan blog. Terima kasih atas ucapan daripada rakan-rakan. Muthiah sangat hargainya. Doa dan sokongan kalian adalah penguat semangat Muthiah untuk terus berkarya dan memperbaiki mutu penulisan.

Namun entah kenapa... malam semalam, Muthiah berasa sedikit gentar. Kenapa? Hmm...

Muthiah lantas menghampiri suami yang sedang duduk di atas sejadah (Entahkan sudah menyudahkan doa yang dibaca entahkan tidak. Muthiah ganggu sekejap T__T).

"Abe, Muthiah dah promosi di blog dan juga facebook," Muthiah memberitahu suami.

Suami segera mendongak. "Alhamdulillah," jawabnya pendek.

"Abe, Muthiah rasa gembira tetapi gusar juga," tambah Muthiah dengar tidak dengar.

Dahi suami berkerut (bahagian berkerut ini, Muthiah tambah untuk menyedapkan cerita ^^). "Kenapa pula?"

Muthiah mendengkus kecil. "Takut terlalai. Khuatir juga tidak bersedia menerima dengan sesuatu yang negatif. Iyalah. Positif kan lawannya negatif..."

Maklumlah, banyak ucapan tahniah yang Muthiah terima daripada rakan-rakan semua. Muthiah terharu, dalam masa yang sama... Muthiah gusar, takut terlupa.

Suami tersenyum kecil lalu bersuara, "Jadikan semua itu sebagai satu cabaran bagi diri untuk mempertingkatkan kebolehan diri. Apa yang penting, Muthiah cuba lakukan yang terbaik. Buat yang terbaik. Cuba memperbaiki apa-apa yang kurang. Blabla..."

Muthiah terdiam agak lama. Dalam hati... payahnya untuk diaplikasi. Kemudian, Muthiah mengangguk laju.

"Jika Muthiah terlalai dari tanggungjawab Muthiah sebagai isteri, Abe ingatkan juga ya..." Muthiah menyambung.

Suami mengangguk laju. "Jika Muthiah lupa, Abe kok kepala (ketuk kepala) Muthiah. Tidak pun, akan lahir novel baru terbitan Alaf21 yang bertajuk, 'Isteri kerja sampai lupakan suami.'..."

Pengajaran yang boleh diambil :

  • Ingatlah, wahai diri. Hakikatnya, kita bukanlah siapa-siapa di atas muka bumi ini. Segalanya adalah hak serta milik ALLAH.

  • Sentiasalah positif dalam kehidupan. Usah sekali-kali berputus asa dalam berusaha dan cubalah untuk meningkatkan potensi dalam dri.

  • Isteri... Kerja.. kerja juga. Impian... impian namun jangan sampai kamu lupa pada tanggungjawab kamu. Huhu... Peringatan buat diri dan kita semua ^^

Muthiah : Moga Ramadhan ini adalah yang terbaik.

Kahwin itu tidak mudah...


“Ya. Perkahwinan bukanlah satu perkara yang mudah. Bukanlah satu benda yang boleh dibuat main. Kalau boleh, kita hendak sehidup semati dengan pasangan pilihan kita sampai hujung nyawa. Bahkan, sampai ke syurga, insya-ALLAH.

Cabaran dalam sebuah perkahwinan itu tetap ada. Itu pasti. ‘Jangan kamu kata kamu beriman, selagimana kamu tidak diuji.’ Itu janji TUHAN. Oleh sebab kita hanyalah seorang hamba, hendak tidak hendak kita perlu kembali kepada PENCIPTA apabila berhadapan dengan dugaan dan cubaan. Kita tidak boleh lari daripada-NYA.

Dalam perkahwinan, kita akan belajar dan terus belajar. Kita belajar mengenali pasangan. Belajar menerima kelemahan. Dalam masa yang sama, kita berusaha untuk memperbaiki diri dan rumah tangga. Pokok pangkalnya, adalah diri kita sendiri. Adakah kita benar-benar mahu mewujudkan kebahagiaan dalam rumah tangga yang kita bina? Jika ya, belajarlah. Bersabarlah. Bertolak ansurlah,” ~ Zulkarnain.

Mode : Cinta dalam diam...

HATI…



Sampaikah jentikan ALLAH untuk mengingatkan mereka yang sedang lupa lagi alpa? Sekali pandang, hubungan persahabatan itu terjalin tanpa melangkaui batasan syariat, namun bagaimana pula halnya dengan sesuatu yang tersembunyi dan tersirat? Hanya mereka dan keluarga mereka yang tahu. Keluarga pun tahu? Apa yang pasti, cinta dalam diam telah hadir dalam hati kedua-dua teruna dan dara…

AMSH dibintangi oleh....

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Hmm... sudah berapa muka surat tadarus Al-Quran? Alhamdulillah. Semakin banyak dari sehari ke sehari. Moga kan terus istiqamah sampai sesudah Ramadhan. Kita mahu menjadi hamba yang dekat dengan ALLAH, bukan pada bulan ini sahaja bahkan sampai hujung nyawa. Salam sayang daripada Muthiah ^___^

Hari ini... jom kita berbicara serba sedikit (sedikit sahaja tau ^^) tentang watak-watak utama dalam Air Mata Siti Hajar...

Jeng jeng jeng...

Siti Hajar


Dalam hati, ada taman. Hajar mencintai Zulkarnain dalam diam. Sungguh. Kata hati itu hanya diketahui oleh TUHAN. Namun, ketentuan-NYA... Hajar menikahi Ibrahim. Jodoh. Ibrahim serius mahu menjadikan Hajar sebagai suri di hatinya. Namun, panas yang disangka sampai ke petang... hujan pula pada tengah hari T_____T

Khadijah benar-benar telah keterlaluan. Dia bencikan Hajar dan dia tidak dapat menerima kehadiran wanita itu di dalam hati abangnya. Biarlah... biarlah... Biar apa hendak jadi, Hajar dan Ibrahim mesti dipisahkan. Ibrahim pula... acap kali berada di dalam dilema. Adikkah? Atau isterikah yang harus disebelahi? Namun, acap kali Siti Hajar yang menjadi mangsa.

Dek kerana cinta, Hajar mampu bertahan dengan kerenah adik ipar dan ketidakadilan suaminya dalam membuat penghitungan. Namun... kehadiran Siti Sarah yang sekelip mata telah mengubah segalanya. Hajar tidak cukup kuat untuk menerima kehadiran wanita yang pernah muncul di dalam hati suaminya itu.

Ibrahim

Guruh tidak. Kilat pun tidak. Tidak semena-mena, hujan pun turun. Pelik bin ajaib. Tidak ada simpton menunjukkan lelaki ini menyintai Siti Hajar dalam diam. Namun tup-tup... pinangan dihantar, mahu memetik bunga yang sedang mekar di taman.

Alhamdulillah. Siti Hajar sudi menerimanya sebagai suami. Semudah itu? Tidaklah mudah tetapi pasti... kesabarannya membuahkan hasil, tidaklah sia-sia. Bukankah Siti Hajar temannya Ibrahim?

Namun... lelaki ini acap kali bertindak tidak adil apabila menghakimi adik dan isterinya. Akibatnya, rumah tangganya sedikit goyah. Semakin lama, semakin hilang roh kebahagiaan. Kehadiran Siti Sarah yang setia menantinya sejak sekian lama menambah kecelaruan. Hmm... bukankah Siti Sarah juga temannya Ibrahim?

Zulkarnain


Hmm... acap kali berlaku kebetulan yang tidak disangka-sangka. Dia pakai baju merah, Siti Hajar pun sama. Adakah benar mereka berjodoh? Entahlah. Apa yang pasti, di dalam hatinya juga ada taman. Ya. Zulkarnain turut menyintai Siti Hajar dalam diam. Hanya dia dan ALLAH yang tahu apa yang sedang bergelora di dalam hatinya. Ops. Siti Aisyah pun boleh jadi dapat meneka sama.

Namun, dek kerana persahabatan yang terjalin dengan Ibrahim... Zulkarnain memilih untuk mengundurkan diri. Bunga bukan sekuntum dan dia mengasihi saudaranya, Ibrahim melebihi rasa kasihnya pada dirinya sendiri.

Kecewakah Zulkarnain? Entahlah. Hanya dia dan ALLAH sahaja yang mengetahuinya.

Siti Sarah

Sarah bukanlah perampas cinta. Dia hanya mahu berkongsi kasih sementelah Ibrahim adalah kisah cinta lampaunya. Siti Sarah tidak berdaya membuang wajah lelaki itu dari kamus hidupnya. Itu pasti!

Maafkan Sarah, Hajar.... Mungkin inilah yang telah ditentukan buat mereka. Seperti Hajar yang tidak bersedia berpoligami, Sarah juga tidak mampu lagi menyahkan Ibrahim dari hatinya.

^_____________________^

Ehe... Air Mata Siti Hajar juga dibintangi oleh (Chewah. Macam filem pula)..

Siti Aisyah - kawan baik Hajar
Khadijah - adik Ibrahim

ps: Nantikan kata-kata hikmah di sebalik Air Mata Siti Hajar. Insya-ALLAH, Muthiah akan kongsikan secara berperingkat.

Moga kan mendapat manfaat daripada kisah ini ....

Sumber inspirasi di sebalik AMSH

Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Masih lagi setia menunaikan solat sunat tarawih di masjid/ surau? Moga-moga, kita semua akan terus dipilih ALLAH sebagai tetamu-NYA pada bulan yang penuh dengan barakah ini.

Baik ^____^ Berbalik kepada entri hari ini...

Sumber inspirasi? Mungkin... lebih tepat dikatakan sebagai - 'asas' kepada penghasilan novel Air Mata Siti Hajar. Asas? Entahlah. Tidak tahu hendak guna perkataan apa. Huhu ;) Apa daa....

Kembali Bercinta [cerpen]...

Sewaktu belajar di kampus, seorang kakak yang baik perilakunya telah memberitahu Muthiah, "Akak sudah dapat menyelami hati mak akak." Dengar tidak dengar sahaja dia mengungkap kata.

Muthiah terus memandang tepat anak matanya yang bundar. "Kenapa, kak?"

Si kakak terus membisu, sedang memikirkan sesuatu agaknya. "Mak akak nampak tabah. Senyum sentiasa terukir di bibirnya. Namun, di sebalik ketabahan hatinya... dia sebenarnya sedang menangis luka," tambahnya lagi.

Muthiah tercengang. Masih tidak faham sebenarnya. What's going on? Chewah. Cakap orang putih sekejap.

"Satu hari, akak terlihat mak akak bersujud, merintih sayu kepada ALLAH pada sepertiga malam. Mohon kekuatan daripada-NYA. Air matanya mengalir laju. Sungguh. Akak tidak pernah melihat dia menangis sebegitu melainkan pada waktu itu..."

Muthiah yang masih lagi tidak mengerti terus terpinga-pinga.

Menyedari hal tersebut, teman Muthiah pun bersuara lagi, "Ayah akak kahwin satu lagi..."

Nah! Faham sudah. Begitu hebat wanita yang bergelar isteri dan ibu itu. Daripada kisah benar ini, lahirlah cerpen Kembali Bercinta ^^


Apabila Lis meminta Muthiah mengubah jalan akhir cerita... terpinga-pinga juga Muthiah dibuatnya. Hendak buat macam mana? Namun, Alhamdulillah. Idea datang tidak lama kemudian. Terima kasih TUHAN kerana mempermudahkan. Sememangnya segalanya adalah daripada ALLAH... milik ILah ^^

Muthiah terkenangkan satu cerita...

Seorang teman berkasihan dengan majikan di pejabatnya. Menurut kata sang majikan, insya-ALLAH... segalanya akan beres. Isterinya pasti tidak akan menghalang percintaan mereka. Dengan kata lain, sang isteri... insya-ALLAH rela dimadukan. Dia... baik bangat!

Sekali pandang...

Ya. Muthiah pun setuju. Isteri lelaki ini sememangnya tampak lembut bicaranya. Hatinya juga kelihatan tulus dan telus. Ia pasti mampu menerima kehadiran orang ketiga. Sudahlah berwajah manis, huh... sejuk mata memandangnya. Cantik...

Namun...

Entah di manakah silapnya, lain yang diharapkan... lain pula yang terjadi.
Akibatnya...

Berlaku pergolakan antara sang isteri, majikan serta teman Muthiah ini. Wanita yang Muthiah sangka seorang yang lembut dan mungkin... boleh menerima kehadiran teman Muthiah dalam rumah tangganya berubah rupa apabila mendapat tahu suaminya hendak bernikah satu lagi.
Apa???

Benar. Dia benar-benar tidak dapat menerima keputusan itu bahkan... dia telah menetapkan pilihan kepada sang suami.

Mahu bersamanya atau teman Muthiah yang masih lagi anak dara? Dengan kata lain, JANGAN BERPOLIGAMI! Alhamdulillah. Sang lelaki memilih untuk kekal bersama isterinya yang telah dinikahi lebih 20 tahun.

Kesimpulannya... ayuh fikir sendiri...

OK. Panjang sudah. Sambung lagi, ya ^^

Muthiah : Air Mata Siti Muthiah -> T_______T (Alasan menangis : Saja-saja ^^) Hisy. Menangislah, wahai hati dalam mengenang dosa yang menggunung...

Di sebalik Air Mata Siti Hajar ...

Assalammualaikum. Moga kita semua diberkati dan dirahmati ALLAH selalu, insya-ALLAH.

Ayuh... Terus kepada sambungan semalam. Hmmm... Macam mana Muthiah hendak mulakan, ya?


Setelah menghantar manuskrip Air Mata Siti Hajar (asalnya bertajuk Kembali Bercinta) kepada kepada Alaf21, Lis (editor untuk novel NUR) telah menghubungi Muthiah. Huh! Apabila panggilan itu datangnya daripada Lis... dup dap dup dap... Jantung pastinya berdegup kencang.

  • Adakah manuskrip ini akan ditolak?
  • Adakah terlalu banyak kesalahan yang Muthiah buat?
  • Adakah, apakah? Segalanya mungkin... Oh, tidak!
Peringatan : Sewajarnya, positiflah dahulu. Katakan pada diri -> Yeah, manuskripku diterima ^^

Alhamdulillah. Lis memaklumkan yang manuskrip Muthiah diterima untuk diterbitkan. Namun sebelum itu, Muthiah perlu mengubah hujung cerita. Ubah? Ubah hujung, awalnya pasti terkena impak sama.

Ehe. Muthiah positif dan optimis. Jika penulis tersohor, Ramlee Awang Murshid boleh edit manuskripnya sampai beberapa kali, untuk berjaya... Muthiah yang masih baru ni... sewajarnya tidak cepat melatah :) Buat dan cuba memperbaiki apa-apa yang patut.

Persoalan : Ubah yang macam mana???

Sebenarnya, kisah Air Mata Siti Hajar adalah berdasarkan cerpen Muthiah yang bertajuk Kembali Bercinta. Jika merujuk kepada cerpen...

Pada akhir cerita... Siti Hajar menerima keputusan Ibrahim untuk bernikah satu lagi. Siti Hajar tidak mampu untuk menidakkan cinta Ibrahim kepada Siti Sarah, kekasih lamanya. Di sebalik khabar pilu itu, muncul 'sesuatu' yang lebih bermakna. Ya. Bermula dari situlah hubungan Hajar dengan PENCIPTA menjadi semakin akrab. Lebih rapat daripada dahulu. Kepada DIA Hajar meluahkan segalanya. Kepada DIA juga Siti Hajar merintih dan merayu. Rasa duka di hati, hanya ALLAH yang tahu. Cintakan manusia, hatinya bisa berubah hati. Cintakan ALLAH, insya-ALLAH akan berbahagia selamanya, di dunia dan akhirat.

Namun... dalam novel Air Mata Siti Hajar... klimaksnya berbeda.Penutupnya lain benar. Moga-moga, yang sedikit ini akan memberi iktibar kepada semua.

Perkara pokok/ persoalan utama yang ingin Muthiah sampaikan dalam cerita ini ialah...

Kerana apa kita lakukan sesuatu?

Awalnya, Siti Hajar mampu bertahan. Meski dibenci adik ipar sendiri... dituduh sang suami... hidup berendam air mata... Hajar tetap tabah. Dia cintakan Ibrahim dan dia sanggup menempuh segala cabaran. Lebih utama, dia mendambakan redha sang suami sementelah dengan redha lelaki itulah dia berdaya mengecap redha ALLAH. Dan... melalui redha ALLAH, insya-ALLAH... lorongnya untuk ke syurga ILAH akan dipermudahkan. Akan tetapi, kehadiran Siti Sarah telah mengubah segalanya...

Jeng jeng jeng...

^___^ Panjang sudah. Jom sambung esok. Sumber inspirasiku...

Muthiah : Yang baik, jadikan teladan. Yang tidakn elok, jadikanlah sempadan. Cerita tetaplah cerita namun buatlah pilihan yang bisa mendekatkan diri kepada PENCIPTA.

Sekalung penghargaan

Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Bagaimana dengan ibadah puasa hari ini? Muthiah... 'Ala kullihal, Alhamdulillah.

Jeng jeng jeng....

Lantas, Muthiah tersenyum sampai ke telinga.

^________________________^

Kenapa?

Alhamdulillah. Setelah satu tahun, satu bulan ++...

Jeng jeng jeng, lagi....

Lahirlah novel NUR kedua Muthiah, sesudah Mencari Naurah. Mode : Senyum lagi ^__^

Sekalung penghargaan yang tidak terhingga Muthiah titipkan buat...

  • Suami tercinta, yang tidak putus-putus menyokong Muthiah. Saya sayang sama kamu selamanya, insya-ALLAH.

  • Ahli keluarga yang sentiasa mendoakan Muthiah dari jauh. Saya sayang sama kalian juga. Mwah ;)

  • Sahabat-sahabat SK (2) Kelana Jaya, SK Sungai Tong, SM Sungai Tong, Kolej Islam Sultan Alam Shah, Pusat Matrikulasi Kolej Negeri serta Universiti Malaya. Uhibbukum fillah, insya-ALLAH. Tidak terkecuali cikgu-cikgu serta pensyarah yang Muthiah sanjungi (Al-Fatihah buat Teacher Norsilah yang telah kembali ke rahmatullah baru-baru ini).

  • Rakan-rakan penulis... teman-teman sekerja di JPK, CEMEX, CIMB Bank Berhad serta team Wasilah dan Majalah Konsep. Ikatan ukhwah yang terjalin, moga kan lestari selamanya.

  • Tidak lupa juga, titipan penghargaan ini Muthiah kalungkan buat sahabat-sahabat maya yang sudi berteman dengan Muthiah di blog mahupun di Facebook... Menyokong Muthiah secara langsung dan juga tidak :)

  • ^^ Hehe... Ada lagi. Terima kasih daun keladi Muthiah ucapkan kepada para penggemar novel di luar sana. Saya budak baru belajar. Doakan Muthiah (juga kita semua) agar terus maju dalam apa jua lapangan yang kita lakukan.

  • Eh... satu lagi. Last but not least (Huhu... Muthiah guna bahasa rojak sikit T__T), editor-editor, unit grafik, model, serta semua yang terlibat dalam penghasilan novel Air Mata Siti Hajar ini. Terima kasih Alaf21... Syukran Grup Buku Karangkraf ^^

Panjang sudah. Kita sambung esok, ya. Nantikan 'Di sebalik Air Mata Siti Hajar'.

Kata-kata hari ini - Saya sayang sama kamu :>

Muthiah : Alhamdulillah. Semuanya adalah dengan izin ALLAH ^^

Salam Ramadhan buat semua :>

Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Hati? Muthiah... Alhamdulillah. Moga kan terus bahagia sampai ke akhir. Sahabat-sahabat? Hmm... Apapun yang kita rasa... ungkapkan terus begini, 'Insya-ALLAH, aku bahagia.' Ungkap berkali-kali, insya-ALLAH bisa menjadi doa buat diri ^^


Jom refresh kembali ...


Moga-moga, Ramadhan kali ini akan menjadikan kita hamba ALLAH yang...

Lebih baik daripada semalam.
Sentiasa bersyukur dengan kurniaan-NYA.
Dekat pada-NYA, kala senang dan ketika dihimpit kesulitan.
Merapatkan perhubungan sesama manusia.
Buang yang keruh, ambil yang jernih; berlapang dada.
Menjaga bahasa serta tingkahlaku kita.

OK. Muthiah masuk pejabat dahulu. Alhamdulillah. Hore.

Mode : Kembali bekerja ^^