Kawan tiada... ALLAH ada! (ii)


Ya… kita semua, tidak akan dapat lari daripada berhadapan dengan masalah. Itu lumrah. Bilamana dia bernama manusia, dia pasti akan diuji dan ujian ini pula macam-macam (macam-macam ada ;)). Apabila berhadapan dengan masalah/ musibah, secara lumrahnya… kita pasti memerlukan sesuatu yang bisa menyelesaikan masalah kita. Paling tidak pun, kita memerlukan sesuatu/ seseorang yang boleh menenangkan hati kita. Ada bersama kita mendengar rintihan hati kita. Lantas, kita mencari orang yang dekat dengan kita…

Seorang teman ~ mencari teman akrabnya.
Seorang isteri/ suami ~ mencari pasangannya.

Normal! Tidak salah.

Akan tetapi, selaku manusia yang kadang-kadang tertidur..hehe..macam kes Muthiah. Acap kali terlepas pandang. Kita mengharapkan teman kita untuk membantu kita… berada di sisi kita saat kita membutuhkannya. Namun, banyak pula aral yang datang. Boleh jadi saat itu dia pun sedang berada dalam ketidakstabilan emosi. Jadi, tidak bersedia menjadi pendengar setia. Boleh jadi juga dia sedang… sibuk bangat dan tidak dapat membantu kita. Hal ini berlaku kerana kita dan mereka adalah sama-sama manusia ;)

Sebaliknya…

Tanpa sedar… ada yang lebih dekat dan memahami kita daripada sahabat karib kita itu. Siapa??? ALLAH. Ya! ALLAH-lah jawabnya sedang kita selalu sahaja terlupa.

~ ALLAH tidak tidur.
~ ALLAH Maha Segalanya.

Sahabat…boleh menjadi pendengar setia. Boleh menenangkan hati kita dengan nasihat dan keprihatinannya tetapi ALLAH?? ~ ALLAH lebih daripada itu. ALLAH Maha Mendengar… Maha Melihat dan Maha Tahu apa-apa yang terbaik buat diri kita. Kita tidak akan berasa sendiri andai kita meletakkan ALLAH sentiasa dekat dalam hati kita. DIA ada… DIA sama sekali tidak meninggalkan kita.

Namun, ALLAH tidak boleh dilihat? ~ Ya. Mata kasar sememangnya tidak dapat melihat ALLAH. Akan tetapi, DIA tetap ADA. Itu pasti.

Hmmm... kipas di dalam bilik kita berpusing. Macam mana? Sebab kita sudah on-kan suiznya. Jadi, aliran elektrik sampai. Satu persoalan yang boleh kita fikir-fikirkan. Adakah kita nampak aliran elektrik tersebut? Tidak. Adakah aliran elektrik itu wujud? Pasti wujud. Kalau tidak, masakan kipas boleh berpusing?

Berbalik kepada ALLAH yang kita katakan kita tidak nampak… kita berasa jauh daripada-NYA. Memang… kita tidak nampak ALLAH dengan mata kasar kita tetapi yakinlah bahawa ALLAH itu ada. ALLAH wujud. Itu pasti. Kewujudan udara… dan diri kita sendiri sudah cukup membuktikan kewujudan dan kekuasaan ALLAH.

Jadi??? Adakah kita masih mahu berasa sendiri lagi? Renung-renungkan…

Kita tidak sendiri..ALLAH ada… ALLAH dekat. Lebih dekat daripada urat merih kita ;)

Muthiah : ALLAH ada mendengar dan melihat..
Labels: | edit post
0 Responses