Ayuh, BERMULALAH...
Tuesday, July 13, 2010
'KITA MUNGKIN TIDAK SELALU MENANG (BERJAYA) TETAPI KITA TIDAK PERNAH MENGALAH (BERHENTI BERJUANG)!'
Assalammualaikum, semua. Apa khabar? Muthiah...Huhu... fikir banyak. Jadi, terasa hendak makan banyak. Risau... bersenam malas. Makan rajin. Kesan dan hasilnya. Hiii ;)
Hmmm... banyak yang bertanya. Bagaimana hendak mula menulis? Secara peribadi, jauh dari dalam hati, Muthiah ragu-ragu untuk menjawab soalan tersebut. Kenapa? Kerana Muthiah berasakan diri Muthiah bukanlah orang yang selayaknya untuk bercerita. Namun, jauh dari dalam hati juga... kuat untuk berkongsi segala apa yang Muthiah ketahui walaupun tidaklah seberapa.
Ada seorang teman memberitahu, "Saya hendak menulis tetapi takut karya saya tidak diterima oleh syarikat penerbitan. Jadi, perancangan saya selalu sahaja tertangguh. Tidak pun, berhenti separuh jalan.." ;) Muthiah hanya tersenyum sendiri.
Sedikit perkongsian pengalaman Muthiah. Sewaktu manuskrip MENCARI NAURAH siap dihasilkan, Muthiah memberitahu suami perihal ketidakyakinan Muthiah terhadap hasil karya Muthiah sendiri. Siapalah Muthiah. Sudahlah baru belajar menjinak-jinakkan diri dalam bidang penulisan. Jawapan suami cukup mudah tetapi terdapat unsur motivasi di dalamnya, "Kalau 10 kali mereka tolak, berpuluh-puluh kali Muthiah perlu gandakan usaha. Apa yang penting, tidak sekali-kali berputus asa."
Ya. Apa yang penting, MULA dahulu. CUBA dahulu. Usaha dan terus berusaha. Cuba dan usaha lakukan yang paling baik. Kalau kita tidak BERMULA dan MENCUBA, kita tidak akan tahu ~ KELEMAHANNYA... KELEBIHANNYA... KEKUATANNYA. Kerana, setelah berMULAlah kita akan dapat mengenalpasti beberapa perkara (bahkan mungkin banyak benda). Setelah itu, barulah kita boleh memperbaiki menjadikannya lebih baik. Di samping itu, setelah bermula... barulah kita lebih tahu dengan kehendak semasa tanpa mengabaikan prinsip yang telah kita gariskan dalam penulisan kita.
Alhamdulillah. Cubaan pertama Muthiah dalam MENCARI NAURAH dipermudahkan TUHAN. Muthiah tidak perlu menunggu terlalu lama untuk diterima terbit. Ini adalah satu peluang sebenarnya. Akan tetapi, bagaimana dengan penerimaan? Alhamdulillah. Muthiah menerima banyak respons yang cukup membina daripada pembaca. Dan... daripada respons inilah Muthiah akan cuba menjadikan hasil kerja Muthiah akan datang lebih baik daripada yang sedia ada (yakni MENCARI NAURAH).PERMULAAN yang membolehkan kita terus melangkah ke hadapan. Dan... kita akan terus belajar dan berusaha sampai berjaya.
Jadi...
Ayuh... BERMULALAH bagi mereka yang benar-benar mahu melibatkan diri dalam bidang ini (atau apa jua bidang lainnya). Hendak tetapi tidak buat apa-apa adalah dua perkara yang berbeza. Kita hendak menulis tetapi kita tidak berani mencuba. Kita tidak akan tahu... Cuba dahulu. Berjaya tidak berjaya... nombor dua. Kalau berjaya, Alhamdulillah. Kalau belum berjaya, usaha lagi. Muthiah pun... sedikit sebanyak, MENCARI NAURAH memberi semangat kepada Muthiah untuk menghasilkan karya yang lebih baik dan bermutu untuk masa akan datang (andai dipanjangkan usia) ;)
Muthiah : Ada seorang teman mencadang..."Buatlah cerita cinta yang ada unsur-unsur erotik sedikit. Pembaca lagi suka. Selepas ada nama, baru menulis mengikut apa yang Muthiah inginkan..." Muthiah tersenyum lagi.
Terima Kasih Kak (=
Sama-sama, dik ;)