Cabaran hidup...


Assalammualaikum. Apa khabar? Isu apa, ya? Hehe… Buntu buntu… tepu tepu… Jadi, bagaimana? Mintalah daripada ALLAH ;)

Kuang kuang kuang… Syok sendiri. Tidak tahu hendak tulis apa. Hmmm…

Semalam, Muthiah bertanya suami, “Sejak kita kahwin, apakah cabaran rumah tangga yang paling besar Abe rasa kita pernah lalui?”

Suami berfikir sejenak. Dia kemudian menjawab, “Makan banyak…”

Huhuhu… Apa pun jawabnya… kita pasti akan berhadapan dengan cabaran hidup. Tidak kira sama ada cabaran tersebut ‘biasa-biasa’ sahaja (bagi kita) atau … sememangnya cukup mencabar. Sampai menguji tahap keimanan dan kesabaran kita. Adakah kita berjaya mendepaninya atau sebaliknya? Tepuk dada, tanya iman.

Jadi, bagaimana? ~ Persiapkan diri kepadanya… Cabaran PASTI ada!
Pokoknya, bagaimana? ~ Hehe…

1- Sabar. Sabar adalah kunci keresahan dan kegundahan hati. Memang… cabaran yang perit itu sungguh menyakitkan. Namun, andai kita cuba sabar dan terus sabar… apabila sampai waktu yang telah ditetapkan ALLAH, kita akan kembali tenang, insya-ALLAH.

2- Untuk sabar, perlukan kekuatan. Jadi, kuatlah. Kuat yang bagaimana? Kuat dalam menghadapi dugaan. Hakikatnya, kita bukanlah siapa-siapa. Kita tidak kuat dan terlalu lemah sebenarnya. Justeru, mintalah kekuatan daripada ALLAH agar dikurniakan rasa sabar dalam diri.

Serius. Secara peribadi, Muthiah juga pernah berhadapan dengan sesuatu yang Muthiah kira sungguh berat untuk ditanggung. Sudahlah berat, tidak mampu diluahkan kepada siapa-siapa. Apabila masalah dibiarkan terpendam, otak akan menjadi runsing…membawa kepada stres. Akhirnya… melayan emosi.

Apa penyelesaian Muthiah? Hmmm… Apabila tersedar, Muthiah akan kembali kepada ALLAH. Muthiah berkongsi di sini agar sahabat-sahabat semua pun boleh berbuat begitu kalau berhadapan dengan situasi yang tidak diingini. Apabila kita buntu… tidak tahu… carilah DIA yang Maha Tahu. Mungkin, kita tidak akan mendapat jawapan yang dikehendaki itu terus tetapi percayalah… ALLAH akan memberi kita ketenangan hati… sedikit demi sedikit.


3- Tidak berputus asa dan terus mengharapkan pertolongan daripada-NYA. Dalam masa yang sama, perlulah berusaha memperbaik keadaan. Kalau doa sahaja pun tidak kena. Sebagai contoh. Selalu berlaku perbalahan dengan rakan sebilik kita. Puncanya, kawan sebilik tidak suka dengan sikap kita yang gemar menyepahkan buku merata-rata. Solusinya, bukan setakat berdoa pada TUHAN agar kawan tidak ‘hangin’ lagi tetapi dalam masa yang sama, cari inisiatif, tidak lagi sepahkan buku dalam bilik.

4- Banyakkan berdoa kepada ALLAH… Dalam apa jua keadaan… DOALAH keuatan kita..

Okey…cabaran pasti datang.. Jom sama-sama kita saling membantu..mendoakan agar kita semua dapat mendepani cabaran itu sebaiknya… (Jangan lupa berusaha)... Andai kita tersungkur, jangan sampai terlalu lama… Cuba bangkit dan berjalan kembali..

Muthiah : Cabaran paling besar… HTT~
Labels: | edit post
0 Responses