Hendak menulis??? (iv)


-sambungan semalam-


3- Banyakkan membaca. Sebab… secara langsung dan tidak langsung, kita akan belajar daripada pembacaan (dan pengalaman). Muthiah? Muthiah sebenarnya kurang berminat membaca novel. Muthiah lebih suka ‘melayan’ komik Detektif Conan dan buku-buku yang berkait dengan hati (pembersihan/ muhasabah dan lain-lain). Huhu. Akan tetapi, disebabkan Muthiah hendak menulis novel, Muthiah ‘paksa’ diri membaca novel. Bermula dengan ‘memaksa’ diri membeli novel. Iyalah… sudah beli, mestilah kena baca. Kalau tidak… rugi.. Alhamdulillah. Ada juga novel yang Muthiah minati. Siapa lagi kalau bukan Ramlee Awang Murshid?

Hmmm… selingan hadis sekejap ~ Sabda Nabi SAW, ‘Jika kamu mahukan dunia, dengan ilmu. Jika kamu mahukan akhirat, dengan ilmu. Jika kamu mahukan dunia dan akhirat, dengan ilmu…’

4- Satu lagi… kena berdisiplin. Bukan sahaja dalam bidang penulisan (bagi yang mahu menulis) tetapi dalam apa jua perkara yang kita lakukan. Kita mesti berdisiplin. Ikut jadual yang ditetapkan. Sebab, tanpa semangat dan disiplin yang tinggi… boleh jadi apa-apa yang kita lakukan tidak akan sampai ke mana. Kerja kita hanya separuh jalan. Kita cepat bosan. Ditambah dengan sikap sambil lewa kita. Hasilnya, cita-cita akan tinggal cita-cita. Kita akan terus berada di situ tanpa berganjak.

5- Usaha dengan bersungguh-sungguh. Ya! Sepertimana yang telah Muthiah perkatakan sebelumnya. Terus berusaha sampai berjaya. Walaupun perlu menanti berbulan lamanya. Kita tidak dikatakan gagal andai kita tidak berjaya mencapai matlamat pada peringkat awal percubaan. Yang menjadikan kita seorang yang gagal ialah bilamana kita berhenti separuh jalan dengan apa yang telah kita lakukan. Dengan kata lain, kita sudah berputus asa.

Kita terjatuh dan kita tidak mahu bangun. Tidak salah andai kita tersungkur. Biasalah… kadang-kadang, ‘terbolah’.. Tidak salah juga andai kita ‘berehat’ seketika sewaktu tersungkur itu. Namun, jangan biarkan kita terduduk terlalu lama. Bangunlah.. dan cari kekuatan kembali untuk meneruskan cita-cita. Bagaimana hendak cari kekuatan? Carilah ALLAH kerana hanya DIA sumber kekuatan. Semat tekad dalam diri… ‘AKU MAHU BERJAYA…’

6- Hmmm… apa lagi, ya? Yang paling penting… BANYAKKAN BERDOA KEPADA ALLAH. Kerana hakikatnya, kita bukanlah siapa-siapa. Kita hendak menghasilkan karya yang boleh mendidik. Karya yang bisa membawa manusia kepada ALLAH. Mungkin sahaja, karya kita tidak cukup baik berbanding dengan karya-karya yang sedia ada… namun percayalah… apa yang lebih penting ialah kesungguhan kita untuk menyampaikan kebaikan. Dan… kesungguhan kita untuk melakukan (penulisan) yang terbaik. Masa, pengalaman dan usaha akan membantu kita menjadi dan menghasilkan yang paling baik.

Setelah itu… serahlah segalanya kepada ALLAH. Kerana hanya DIA yang menjentik dan memegang hati-hati manusia.

Huh… panjang bangat. Rasanya..cukuplah untuk setakat ini. Kalau ada apa-apa lagi, insya-ALLAH Muthiah kongsikan di sini.

Muthiah : Yaasin… ALLAH sebagai sumber kekuatan…
0 Responses