Awas! Jagalah niatmu ... (ii)
Thursday, July 22, 2010
-sambungan semalam-
2) Berbicara tentang ISLAM tetapi yang ditonjolkan adalah sebaliknya.
Dalam hal ini, teman Muthiah menyatakan ketidakselesaannya melihat si penyampai agama ini yang tidak segan silu ber ‘abang’ ber ‘sayang’ dengan kekasih hati. Bukan itu sahaja, pada paparan gambar yang diletakkan juga secara tidak langsung sebenarnya mengundang fitnah. Dia berkata tentang hebatnya kuasa ALLAH tetapi dalam masa yang sama dia berasa senang dengan pujian dan perhatian. Dan… yang memuji dan memuja itu bukanlah satu kaum yang sama dengannya tetapi mereka yang lain jantina. Huhu… Jadi, bagaimana?
Ada benarnya kata sahabat Muthiah ini dan pasti! Orang akan lebih mudah melihat kesilapan atau kesalahan mereka yang membawa kalimah ALLAH berbanding mereka yang ‘biasa-biasa’ sahaja. Walhal, apa yang dilakukan itu adalah perkara yang sama. Sebagai contoh ;
a) A – seorang gadis yang bersosial dan lain-lain ~ Dia berkata sayang kepada kekasihnya.
b) B – seorang gadis yang menutup aurat. Ditambah dengan dirinya yang sering berbicara tentang Islam ~ Seperti gadis A, gadis B juga berkata sayang kepada kekasih hatinya.
Kesalahan yang sama tetapi yang lebih menarik perhatian adalah mereka yang dilihat punya didikan agama. Kenapakah berlaku sebegini? Kerana… ilmu (agama) itulah yang membezakan antara dengan si A dengan si B. Si A boleh jadi tidak sedar akan kesalahan yang dilakukannya. Namun, adakah si B sebenarnya tahu? Boleh jadi, dia pun tidak tahu dan tidak sedar. Tidak ada siapa yang mahu mengingatkan. Apa yang dia tahu, dia mahu menyampaikan apa-apa yang telah diketahuinya (sedang masih terlalu banyak yang dia tidak tahu). Huhu… berbelit sungguh ayat ini. Sabar, ya ;)
PS -Foto : Sekadar gambar hiasan.
-bersambung-
Muthiah : Moga-moga kita kan saling mengingati kerana Muthiah juga manusia biasa yang banyak khilafnya.