Komen yang membina ;)
Friday, July 30, 2010
Assalammualaikum. Terima kasih kepada mereka yang banyak menyokong Muthiah dengan mendapatkan novel pertama Muthiah yang bertajuk MENCARI NAURAH. Muthiah betul-betul terharu dan termotivasi dengan sokongan semua. Membuatkan Muthiah lebih bersemangat untuk menulis. Insya-ALLAH, untuk masa akan datang (jika dipanjangkan usia), Muthiah akan cuba lakukan yang lebih baik.
MENCARI NAURAH... Banyak komen yang membina. Alhamdulillah. Muthiah menerimanya dengan hati terbuka. Kalau terduduk sekali pun... hehe... insya-ALLAH, Muthiah akan cuba bangkit semula. Apa yang pasti. Muthiah akan terus belajar dan cuba menghasilkan yang paling baik.
Di sini, Muthiah sertakan beberapa komen daripada mereka yang telah membaca novel Muthiah. Terima kasih atas komen-komen yang cukup memotivasi ini ;)
Qma ~ Salam sayang, Kak Liza...Erm..Alhamdulillah...Qma dah habis baca dah "Mencari Naurah"...Best sangat!! Banyak ilmu yang Qma dapat dalam buku tu:) Yang lagi seronok, Happy Ending:)...Ada sambungan tak :)
(Buat masa ini, tidak ada perancangan besar (perancangan kecil ada agaknya) untuk buat sambungan novel ini. Namun, manalah tahu. Kita merancang, ALLAH merancang...)
Iza ~ Alhamdulilah, selesai baca buku adik weekend lepas.. very informative.. ending cerita memang best..cuma tidak tahu apa kesudahan Kak Rose?...
(Ehe... Kak Rose... insya-ALLAH, kisah Kak Rose ada di...)
Normen ~ Kak NH: Kak, saya dah habis baca novel akak. Banyak status fb saya ni saya cedok dari novel akak tapi saya ubah sikit-sikit agar tidak nampak sangat copy paste. Jazakillah, kak. Moga-moga tinta dakwah akak sterusnya dapat mengajak manusia mendekati ALLAH.
(Moga-moga, Muthiah dapat istiqomah dengan apa yang Muthiah ingin lakukan.)
Kak Rynie ~ Liza, Kak Rynie dah habis baca novel sulungmu.. banyak nasihat yang boleh diguna pakai..sarat dengan hadis dan kata nasihat.. very islamic.. :) masih ada ruang yang perlu diperbaiki (cewwahh..!) Anyway, permulaan yang baik.. teruskan usahamu, teruskan berkarya.. will always support you.. all da best dear..
(Insya-ALLAH,untuk novel akan datang, Muthiah akan buat yang lebih santai dan tidak terlalu islamik. Cuma, garis panduan yang Muthiah tetapkan masih lagi Muthiah jaga. Terima kasih atas respons. Hehe... Mungkin, ada sedikit sebanyak daripada buku ilmiah tarbiah yang Muthiah baca sebelum ini.)
Wan ~ K. Adik..tahniah for ur novel...best n touching... alhamdulillah, banyak input dalam tu...Watak 'asha' tue cam kenal je sape..hehe.
(Alhamdulillah. Moga, input itu akan dimanfaatkan sebaiknya. Hehe... Asha? Hanya watak semata-mata.)
Mudi ~ Salam. Saya dah habis baca novel Mencari Naurah.Best! Mesej sampai pada saya. Pengisian padat dengan pengajaran.
(Alhamdulillah, Mudi. Muthiah senang mendengarnya. Apa yang penting, ada hati yang terjentik dengannya.)
Terima kasih banyak-banyak semua. Insya-ALLAH... setiap komen (sama ada yang tercatat di sini atau tidak) akan Muthiah jadikan panduan untuk karya Muthiah akan datang). Doakan Muthiah. Moga-moga niat Muthiah dalam bidang ini akan sentiasa terjaga, insya-ALLAH :)
Muthiah : Belajar dan terus belajar...
Yatie - Novel mu banyak sangat hadis la zaa...insaf jap aku dibuatnya ..... btw, aku akan habiskan gak novel mu tu dalam masa terdekat ni.....tragis gak la kisah dia....aku marah tol bab anak kurang ajar tapi mak lak lebih-lebih sayangkan anak tu.....
Nudra - Heee. Kenapa akak buat Asyraf meninggal? huu , sian dia :(:(
Muthiah - Sebab...Manalah tahu kalau ada yang terfikir. Kitatak boleh nak harapkan manusia.Macam Asha.Bukankah dia sayang sangat pada Asyraf.Cinta sungguh-sungguh.
Namun hakikatnya...
Hanya ALLAH yg kekal abadi;);)
Kak, saya dah habis baca novel akak. Pandainya akak menulis. Sedihlah kak wat watak Asyraf meninggal. Menangis jugak sikit. Hehe... Akak buatlah novel lagi eh. Saya mesti beli punya ;)
Salam Muthiah. Saya nak ucapkan syabas kerana menghasilkan Mencari Naurah. Saya suka buku ni yang interesting walaupun genre islamic.Syabas skali lagi
http://nadia-azraq.blogspot.com/2010/10/mencari-naurah.html
MENCARI NAURAH...
nama sebuah novel islamik yang telah kubaca...
mantap penulisannya...
berkisarkan cinta...
cinta manusia...
dan paling utama,
cinta ILAHI...
aku suka jalan ceritanya...
kembali kepada fitrah manusia
secara kasarnya...
ingin cinta dan dicintai..
tapi punyai maksud tersirat yang mendalam...
CINTAILAH YANG MAHA MEMILIKI CINTA
SEBELUM KAU MENCINTAI NIKMAT YANG
DIBERIKANNYA....
dalam aku menghayati kisah2 cinta
dalam novel tersebut,
watak utama mengingatkan aku pada seseorang..
ya... seseorang yang pernah aku kagumi...
keperibadiannya persis ASYRAF...
kesantunannya umpama SAIFUDIN@LAKSAMANA SUNAN
kesabarannya laksana ANUAR
tetapi..
semestinya aku BUKAN NATASYA...
HAHA
kenapa ya mesti dia yang kuingati...
hahaha...
mula da aku nak mengarut ni...
tapi seriously memang wajah dia
yang aku nampak lepas baca novel ni...
haha..
mengarut kan????
ASTAGHFIRULLAH
duhai hati...menjauhlah kau dari zina hati
okey..cukup2...
lets take a look the synopsis...
http://krwrdwidia.blogspot.com/2010/07/jom-baca.html
Bibir acap kali berkata dusta namun hanya hati yang tahu…..Mencari Naurah oleh Nazihatul Hanan adalah novel Islamik. Pertama kalinya, aku membaca novel karya seorang wanita. Memang agak berbeza sentuhan pengkarya wanita dan lelaki. Bila lelaki yang mengarang bahasa yang digunakan lebih bersahaja tidak seperti perempuan bahasanya lebih halus. Fitrah manusia sukakan kasih sayang maka semua novel tetap berunsurkan percintaan cuma cara penggarapannya sahaja berbeza.
Mencari Naurah hanya berlatarkan sekitar Kelantan dan Kuala Lumpur. Mengisahkan kisah hidup Natasha yang dicintai 2 insan.Walaupun kisah ini macam biasa-biasa sahaja tetapi apa yang mampu menarik perhatianku ialah persoalan menjaga H.A.T.I…Menjaga hati bukannya perkara mudah. Cinta fitrah sekiranya tidak diawasi boleh mengundang fitnah. Hati yang tidak garang dalam mempertahankan iman dalam jiwa boleh membawa manusia jauh daripada PENCIPTA. Kadang-kadang kita merasakan diri telah akrab dengan RAB namun hakikatnya jasad semakin jauh dan menjauh. Semuanya berlaku luar sedar kita. Sedarkah aku?( lbh ditujukan kepada diriku sendiri,hamba hina ini)
Sebenarnya novel Mencari Naurah itu dimiliki oleh murid Tingkatan 3. Begitu tekun dia membaca sehinggalah menarik hatiku untuk mendekatinya dan cuba mengetahui apa yang membuat dia begitu tertarik dengan buku tersebut. Semalaman ku membacanya barulah ku ketahui jawapannya.
Harapanku semoga lebih ramai lagi yang sudi membelek-belek buku ini. Inilah antara usaha dakwah para sahabat kita dalam memberikan peringatan kepada sahabat yang lain. Dakwah tak semestinya perlu memberi ceramah di masjid atau surau tetapi lebih halus lagi melalui penulisan. Dakwah bukan semudah yang disangka perlukan kesabaran dan istiqamah untuk melakukannya. Tahniah kepada penulis dan pembaca jua...kerana dengan keizinanNya semua ini telah terjadi.....Alhamdulilah
kak,da beberape kali naz bce buku "mencari naurah" xjemu...huhu..yg paling best da rse diri naz mcm asha la skg...hahahah...ishhh tp xboleh ade rse cinta ngn seseorg selagi belum tibe mse nye....
huhuhu...betul2,byk sgt manfaat nye buku tue..sgt membina..walaupun ending nye asyraf mati...agak kecewa la jgk...ske sgt watak tue...tenang jerk org nye...hahahah...-aduh naz da gila bayang dlm bayangan asyraf plak nie-...huhuhu...
insyaallah kak,mudah2han cinta halal akan pasti dimiliki bile da tibe mase nye nanti....semoga allah pelihara hati naz,,akak doakan naz ye... ^_~
salam,za aku abs doh bc mencari naurah,best gop,bla nk kuar kesinambungan?