=)

Assalammualaikum. Apa khabar, semua. Alhamdulillah, Muthiah sihat. Mak pun semakin baik. Insya-ALLAH, jika semuanya OK... hari ini dapat keluar hospital. Doakan, ya ;)


Hmm.. Hendak tulis apa? Afwan. Masa agak mencemburui. Sebenarnya, banyak yang hendak dikongsi. Sesuatu yang insya-ALLAH, boleh diambil dari sisi positif dan dibuat pedoman. Insya-ALLAH, balik Taiping nanti, ya ;)


OK... Sebelum beransur dari sini ...

Setinggi-tinggi tahniah Muthiah ucapkan kepada Kak Raihan Zaffya atas kelahiran novel kedua beliau. Ayuh, teman-teman. Dapatkan segera di pasaran - MENANTI FAJAR SIDIK.


Selamat berpuasa bagi sahabat-sahabat yang sedang berpuasa.


Hmmm... JAGA DIRI HIASI PERIBADI. Kitalah yang membuat pilihan. Mahu menjadi manusia yang baik atau sebaliknya. Letaklah ALLAH di tempat tertinggi dalam hati kita. Payah! Cakap memang senang tetapi tidak salah memotivasi diri begitu, bukan?


Salam sayang daripada Muthiah ;)

Labels: 2 comments | | edit post

Kriteria teman


Assalammualaikum. Pertamanya, Muthiah ingin mengucapkan :

  • Selamat bekerja...
  • Selamat mengajar bagi pendidik...
  • Selamat belajar bagi para pelajar...
  • Selamat menguruskan rumah bagi suri rumah...
  • Selamat dan selamat. Moga kita semua kan selamat di dunia dan akhirat.

Hmm... masih lagi berada dalam mode kurang aktif menulis. Ehe. Apapun, kitalah yang membuat pilihan, bukan?


Facebook oh facebook. Macam-macam boleh dilihat di facebook. Macam-macam ada. Kadang-kadang, tidak perlu beli surat khabar. Ada yang sudi berkongsi informasi tentang hal ehwal semasa. Satu persoalan, apakah kriteria teman yang membuatkan kita tergerak hati untuk menambah seseorang sebagai salah seorang kawan kita?

  • Cantik/ kacak. Sedap mata memandang. Betul?
  • Kawan sekolah/ kolej/ U dan yang seangkatan dengannya. Dengan kata lain, berjejak kasih.
  • Kawan sekerja. Mudah kalau hendak meluah ketidakpuasan hati terhadap sesiapa tetapi ingat, jangan tambah bos sebagai teman.
  • Kenal satu kampung. Mudahlah kalau ada apa-apa.
  • Orang glamor. Macam artis... ahli politik.
  • Rakan penulis. Ehe. Boleh bertukar-tukar fikiran dan belajar daripada mereka yang berpengalaman.
  • Tambah siapa sahaja. Yang penting, jumlah kawan kita ramai.
  • Dia kuat bergosip. Memudahkan kita mendapat maklumat terkini.
Apa lagi, ya? Baik. Muthiah hendak tengok mama Muthiah dahulu. Nanti, kalau ada idea... kita sambung ;)

Wassalam ;)
Labels: 4 comments | | edit post

3D Burst (Episod 3)

Assalammualaikum, semua. Apa khabar? Muthiah sekarang berada di Hospital Kuala Terengganu. Insya-ALLAH, mama Muthiah akan menjalani pembedahan pagi ini. Doakan semuanya dipermudahkan ALLAH, ya.

Hmm... tidak tahu hendak tulis apa. Jom, layan. Komik yang ditulis oleh adik lelaki Muthiah yang nombor 3.


Selamat bekerja ;)

** Episod terdahulu : (1) dan (2)
Labels: 0 comments | | edit post

Ainul Mardhiah

Assalammualaikum. Selamat berhujung minggu. Apa khabar? Masak apa pagi ini? Apa?? Makan di luar? Ehe. Tidak apa. Sekali-sekala, apa salahnya. Muthiah pun selalu buat. Hihi...Hari-hari, dikhuatiri botak kepala. Hmm.. tidak apa. Duit banyak. Okey ;) Selamat menjamu selera.

Dahulu... masa Muthiah belajar di UM. Muthiah ada cemburukan seseorang.

  • Siapakah dia?
  • Mengapa sampai begitu sekali?


Hmm... entahlah. Automatik perasaan itu menjelma. Bukan hendak tetapi ia datang sendiri. Namun, inilah ketetapan, bukan? Telah disediakan bidadari-bidadari buat mereka yang bertakwa. Jadi...

Buat sisi diri...

  • Berusahalah untuk menjadi hamba/ isteri yang terbaik.
  • Dekatkan diri dengan ALLAH agar terhindar perasaan yang tidak sepatutnya.
  • Mohon kekuatan daripada-NYA untuk menempuh segala dugaan di atas muka bumi ini.

Kadang-kadang, bahkan acap kali... setiap kali gembira, kita lupakan DIA tetapi... bilamana dirundung duka, terkial-kial kita mencari TUHAN. Moga Muthiah kan sentiasa diingatkan tentang ini. ALLAH-lah segalanya saat suka dan duka. Harapnya, sahabat-sahabat pun begitu ;)

Muthiah : Ya, ALLAH. Kurniakan aku.. dia dan mereka kesucian hati dan jiwa ...

Terucap Syahadah

Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Muthiah sebenarnya dalam perjalanan balik ke kampung. Ibu Muthiah akan membuat pembedahan tonsil. Doakan semuanya selamat, ya. Insya-ALLAH Muthiah akan berada di kampung halaman selama seminggu.

Okey. Promosi Novel NUR minggu ini. Jeng jeng jeng...

Terucap Syahadah



Sinopsis

Takdir telah menemukan Ain dan Alvin. Jalinan persahabatan itu membawa Ain ke dunia kongsi gelap Alvin yang sentiasa mengancam keselamatannya. Namun, itu tidak membawanya jauh daripada Alvin. Apatah lagi, Alvin sentiasa ada di sisinya apabila dia memerlukan pertolongan. Akhirnya, persahabatan yang terbina bertukar kepada rasa cinta.

Ada sesuatu yang menghalang cinta mereka iaitu perbezaan agama. Walaupun Alvin bersetuju untuk memeluk agama Islam demi cintanya pada Ain, namun Ain masih tidak boleh menerima lelaki itu. Baginya, Alvin tidak seharusnya menerima Islam hanya kerana dirinya. Bagi Ain, jodoh itu ketentuan ALLAH. Dia yakin dan amat pasti, saat itu akan tiba jua.

Maaf. Tiada facebook atau blog penulis Muthiah temui. Cuma, kalau hendak kenal tuannya, bolehlah jengah ke sini ~ Lydia Nazura.

Selamat membaca dan semoga mendapat manfaat daripadanya ;)

Muthiah : Moga kita semua kan sentiasa berada di atas jalan-NYA.

Mencari Naurah (Bab 5 - Samb.)


“ASSALAMMUALAIKUM. Mak, Asha dah balik,” jeritku dari muka pintu. Kelihatan tingkap rumah telah dibuka menandakan ibu sudah bangun. Setiap pagi, seawal jam 3.00 pagi, ibu sudah terkocoh-kocoh di dapur. Sesudah subuh, dia perlu menghantar kuih-muih dan nasi minyak ke beberapa buah kedai makan sekitar kampungku.

Untuk berniaga sendiri, mak tidak mampu. Kudratnya tidak mengizinkannya menjadi seperti dahulu... waktu muda-muda dahulu. Mak dan arwah ayah sama-sama berniaga. Tidak kira pagi mahupun malam. Waktu pagi, mak akan menjual nasi di pasar pagi. Malamnya pula, dia akan berniaga di pasar malam.

“Asha... bila sampai?” Mak menyapa dari arah belakang.

“Assalammualaikum, mak. Asha baru aje sampai.” Aku ulangi salam yang diberi lantas mencium tangan makku yang semakin lanjut usianya. Terasa kedut-kedut pada jari-jemari tua itu.

Tahun ini, genap usia mak 51 tahun. Meskipun sudah melebihi usia setengah abad, mak nampak masih bertenaga walaupun kudratnya tidak sekuat waktu muda-muda dahulu. Baju yang dipakai mak kelihatan lusuh. Sayu hatiku dibuatnya. Aku tahu, baju itu telah dihadiahi arwah ayah sebelum dia kembali ke rahmatullah. Sebab itulah mak sentiasa memakainya.

Mungkin untuk melepaskan rasa rindu di dalam jiwanya. Ditambah dengan putera puterinya yang berada jauh di perantauan. Aku di Kuala Lumpur. Lapan jam perjalanan untuk sampai ke rumah. Jadi, jarang sekali dapat bertemu dengan ibu. Adik bongsuku, Adilla pula melanjutkan pelajaran di Politeknik Ungku Omar manakala Efendy merantau jauh ke Timur Tengah. Aku begitu kagum dengan kekentalannya berada di negara orang.

~bersambung~

Anda juga seperti SAYA!

Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Muthiah. Alhamdulillah, sihat.

Perkembangan kerja?
Alhamdulillah, walaupun berlangsung agak perlahan. Doakan, ya.

Perkembangan hati?
Alhamdulillah, semakin tenang sehari-hari. Moga dipelihara ALLAH selalu.

Perkembangan rumah tangga?
Alhamdulillah, syukur atas segalanya. Moga berkekalan begini hendaknya ;)


Ehe. Terlewat pos entri hari ini. Hendak tulis apa, ya? Hmm... tidak ada idea tetapi, ada satu kata-kata menarik yang Muthiah baca di wall seorang akhi di Facebook. Ungkapan tersebut berbunyi ...

Saya bukan ustaz tapi saya boleh baca Quran dengan tajweed
Saya bukan ustaz tapi saya boleh baca hadith Nabi SAW
Saya bukan ustaz tapi saya boleh jadi imam solat
Saya bukan ustaz tapi saya hafal Quran (sikit-sikit)
Saya bukan ustaz tapi saya boleh ajak org lain suka kepada ISLAM

... Hey! Bukankah ANDA juga seperti saya?

~Ammar Mohd Zain~

Apakah yang kita boleh renungkan di sini?

Satu kesimpulan yang boleh Muthiah buat, kita semua adalah PENDAKWAH yang mengajak manusia kepada ALLAH ;)
Labels: 2 comments | | edit post

Jalan-jalan hujung minggu ;)

Assalammualaikum. Apa khabar? Bagaimana dengan hujung minggu yang lalu? Alhamdulillah.

Pertama : Dapat makan Radix Fried Chicken di Ipoh. Ehe. Promsi RFC sekejap, boleh? Marilah kita sama-sama menyokong produk Muslim. Kalau bukan kita, siapa lagi? Muthiah yakin. Satu hari nanti, RFC akan berkembang maju dan dapat bersaing dengan...

Kedua : Dapat jalan-jalan ke Istana Kellie yang terletak di tepi jalan Simpang Pulai ke Batu Gajah. Bayaran masuk untuk dewasa ialah RM4. Untuk kanak-kanak, Muthiah tidak pasti. Jom jalan ;)


Apabila mula-mula sampai, beginilah pemandangannya. Ruang dalam rumah agak unik, luas dan berseni.

Rumah awal Kellie sebelum runtuh akibat perang dunia ke-2. Hendak tahu lanjut, boleh tengok Wikipedia, ya ;)

Pokok ini dinamakan sebagai Pokok Beruang. Mungkin bentuknya menyerupai beruang.

Ketiga : Dapat bersama dia saat senang dan susah ;)

Walau di mana kita berada, ayuh bersihkan hati daripada sesuatu yang tidak sepatutnya. Orang lain tidak rugi apa-apa. Kitalah yang kelak menerima tempiasnya ...

Muthiah : Jadi pegawai pelancong pula hari ini. Hiiii...
Labels: 4 comments | | edit post

Minta tolong... tolong... tolong...


Assalammualaikum. Siapa-siapa yang tahu... hendak mendengar secara berterusan setiap kali habis satu-satu surah? Sebagai contoh, kita hendak dengar semua surah dari juz 30. Macam mana hendak buat automatik? Jasa baik sahabat-sahabat, amatlah Muthiah hargai.

Jazakallah ;)
Labels: 0 comments | | edit post

Penulis Perancis didakwa tiru karya Hemingway

Assalammualaikum. Apa khabar? Apa macam... sudah bersedia untuk menjalankan amanah di tempat kerja? Hmm... banyak berat pula apabila istilah amanah digunakan tetapi itulah hakikatnya. Sebagai pekerja, kita punya amanah terhadap tugasan yang diberikan kepada kita. Bagaimana halnya dengan amanah kita sebagai seorang khalifah di atas muka bumi ini?

Baiklah. Entri hari ini Muthiah salin bulat-bulat dari Berita Harian Online. Moga kita kan mendapat info daripadanya. Selamat membaca ;)

Penulis Perancis didakwa tiru karya Hemingway


JANUARI 2011 mungkin tercatat sebagai ‘bulan bencana’ bagi wartawan terkenal yang juga penulis laris di pasaran Perancis, Patrick Poivre d’Arvor atau lebih dikenali sebagai PPDA, apabila dia berhadapan dengan dua skandal plagiarisme dengan satu daripadanya sudah dibawa ke mahkamah. Awal Januari lalu, PPDA dituduh memplagiat 100 halaman daripada 258 halaman buku Along With Youth: Hemingway, The Early Years karya penulis Amerika, Peter Griffin yang terbit pada 1985.

Halaman yang diplagiat itu dimasukkan sebagai sebahagian daripada manuskrip bukunya, Hemingway, la vie jusqu’à l’excès dan dijadualkan terbit pada 17 Januari lalu, namun penerbitannya ditangguhkan selepas akhbar mingguan Perancis, L’Express mendedahkan skandal plagiat yang memalukan itu.

L’Express dalam pendedahan berkenaan, mencetak salinan asal buku Griffin bersebelahan dengan manuskrip PPDA yang memperlihatkan deskripsi serupa kedua-duanya, bagi menjelaskan mengenai rawatan dan pembedahan yang dialami oleh Hemingway akibat luka tembakan.

Penulis Perancis itu seakan-akan tidak mampu menepis dakwaan terbabit apabila penerangan PPDA mengenai bau antiseptik dan darah di klinik hinggalah kepada watak doktor berbangsa Itali yang menawarkan Hemingway meminum cognac - sejenis wain sebagai antiseptik, juga serupa. PPDA bagaimanapun menafikan wujudnya plagiarisme, sebaliknya dia tidak menafikan menjadikan buku Griffin itu sebagai rujukan, selain menyifatkan tuduhan itu adalah satu kesilapan kerana dia menghabiskan masa selama setahun untuk membuat penyelidikan.

“Hanya tiga kesalahan, fail yang berkecamuk, tidak membaca pruf yang dihantar editor dan tidak membuka salinan buku yang dihantar,” katanya. Kes terbaru ini sebenarnya menambahkan lagi catatan hitam dalam resume PPDA yang sebelum ini, didapati bersalah memalsukan temubual dengan pemimpin Cuba, Fidel Castro dan mendakwanya sebagai ‘berita ekslusif, sedangkan apa yang dilakukan memanipulasikan rakaman sidang akhbar pemimpin itu.

The New York Times, Francenews 24 & timesonline turut mendedahkan, PPDA juga pernah didenda dan dijatuhkan hukuman penjara 15 bulan oleh Mahkamah Perancis kerana menerima hadiah dan cenderamata daripada ahli perniagaan yang berkepentingan. Syarikat penerbitannya, Atrhaud mendakwa 100 halaman daripada buku Griffin yang terkandung dalam manuskrip PPDA adalah ‘draft akhir yang belum diputuskan’ yang didedahkan secara tidak sengaja pada Disember lalu, manakala penerbitnya, Oxford University Press, akan melakukan siasatan dan akan mengambil tindakan selepas itu.

Tidak lama selepas skandal plagiat berkenaan, PPDA berhadapan dengan saman oleh bekas kekasihnya Agathe Borne, kerana memplagiat surat-suratnya dengan menerbitkannya sebagai sebahagian daripada isi kandungan novel PPDA yang terbit pada 2009, dan tuduhan itu menyebabkan penulis Perancis itu diheret ke mahkamah, baru-baru ini. Undang-undang Hak Cipta di Perancis atau disebut ‘droit d'auteur’ mencatatkan jika didapati bersalah, penalti 300,000 euro (RM1.2juta) akan dikenakan dan penjara tiga tahun, manakala kesalahan secara berkumpulan akan menyebabkan pelakunya didenda 500,000 euro (RM2.07juta) dan penjara lima tahun.

Bagi kes PPDA, tindakan undang-undang mungkin dibuat di Amerika Syarikat dan mengikut undang-undang negara itu, kesalahan plagiat menyebabkan pesalah didenda tidak lebih 500,000 dolar US (RM1.5juta) atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duannya untuk kesalahan pertama atau denda tidak melebihi 1 juta dan penjara tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berulang. Perancis adalah negara yang menerima pakai Konvensyen Berne bagi Perlindungan Karya Sastera dan Seni 1886, selain kesedaran masyarakat di Eropah berkaitan dengan isu plagiarism sangat tinggi berbanding di Malaysia, tetapi hal terbabit tetap berlaku.

Tidak ramai penulis Malaysia yang berjuang di mahkamah apabila karya mereka diplagiat, meskipun kes plagiat karya kreatif seperti cerpen kerap berlaku, malahan sorotan Akta Hak Cipta 1987 menunjukkan hanya satu peruntukan dalam seksyen 36 (1) berhubung perkara terbabit. Akta itu antara lain menyebut bahawa pelanggaran hak cipta terjadi apabila seseorang yang tidak memegang hak cipta melakukan atau menyebabkan orang lain melakukan perbuatan yang perlakuannya dikawal oleh hak cipta di bawah akta itu.

Seksyen 41 Akta Hakcipta 1987 pula menggariskan mereka yang melakukan plagiarisme boleh didenda tidak melebihi RM10,000 setiap salinan langgaran atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali (bagi kesalahan pertama). Walaupun termaktub demikian, kedua-duanya kelihatan sangat longgar, apatah lagi jika dibandingkan dengan penalti kesalahan cetak rompak yang terkandung dalam akta sama, mengenakan denda minimum RM2,000 dan satu denda maksimum RM20,000 bagi setiap salinan.

Di bawah seksyen yang sama, turut menggariskan mereka yang melakukan muat turun daripada internet secara haram boleh dikenakan penalti lebih tinggi dengan denda tidak lebih daripada RM250,000 atau penjara tidak lebih daripada lima tahun.

Muthiah : Belajar dan belajar daripada kesilapan. Jom...

Doa seorang kekasih

Assalammualaikum. Mulakan harimu dengan senyuman. Senyumlah walau ada yang tidak menyukainya. Iyalah. Hati manusia macam-macam. Ada yang bersih, ada yang berkarat. Cuma, janganlah kita biarkan hati kita tergolong dalam hati yang ....

Hmm... hendak tulis tentang apa, ya? Oh, ya tetapi sebelum itu Muthiah ingin berkongsi sesuatu. Ehe... Insya-ALLAH, dalam 2 minggu lagi, kerja fasa pertama Muthiah akan siap. Rasanya, dalam 1 minggu untuk fasa terakhir. Doakan dipermudahkannya.

Lama pula tidak layan lagu di Youtube. Sebab sekarang, Muthiah asyik duk layan lagu dekat QE ;) Rasa tenang jiwa. Jomlah, kita sama-sama menghayatinya.

Baik, hari ini... Muthiah hendak pos lagu ini. Harap-harap, bagi yang mendengar lagu ini... tidaklah sampai tersengih sorang-sorang. Eh, boleh senyum tetapi tidaklah terlampau-lampau. Khuatir lagu yang baik senikatanya menjadi tuba buat jiwa. Betulkah perkataan tuba? Sebab kamus online tidak dapat digunakan hari ini.


Ambil yang baik... yang tidak... buang jauh-jauh. Kalau tidak mampu membuangnya, abaikan sahaja. Selamat berhujung minggu ;)

Muthiah : Sabar menanti ;)

Tiada Khatimah Cinta

Assalammualaikum. Novel NUR pilihan minggu ini adalah tulisan novelis yang pastinya dikenali ramai. Kak Salina Ibrahim. Muthiah tidak cukup mengenali beliau tetapi banyak buku yang telah dihasilkannya. Selamat membaca ;)

Tiada Khatimah Cinta


Sinopsis

Kata Anis Hasanah, dia mahu memulakan hidup baru. Dia sudah bertaubat dan ingin melihat dunia secara penuh insaf. Katanya, dia ingin lenyapkan ‘momok’ silam yang menghantui hidup sejak sekian tahun ini. Kerana dia mahu melangkah ke hadapan memburu khatimah yang tenang lagi diredhai.

Kata Hatim, hidup perlu realistik. Ini bukan pengakhiran kisah Cinderella tetapi permulaan pada sebuah kehidupan yang bermakna. Katanya, dia hanya punya hati yang ikhlas dan tulus. Dia sekadar mampu menawarkan harapan dan cinta untuk sama-sama melangkah, menuju masa depan.

Kata Ehsan, hidup mesti ikut hati. Dia kembali beroleh ‘nyawa’ selepas bertahun-tahun tenggelam di bawah bayang-bayang orang lain. Katanya, dia mahu mencari arah baru dan memulakan langkah sendiri yang bebas tanpa belenggu. Dia mahu mendapatkan semula cintanya yang pernah hilang. Khatimah hidup bagaimanakah yang mereka kejar? Dan inilah kisah mereka!

Novel ini merupakan novel NUR kedua Kak Salina selepas Setenang Cahaya Hati. Boleh temuinya di...

Muthiah : Selamat membaca sambil TERSENYUM ;)

Tidak sabar

Mode : Tidak sabar

:) Tidak sabar hendak tunggu esok. Sebab... hendak keluar jalan-jalan. Sudah tepu rasanya otak. Ehe...

Muthiah, sabar itu separuh daripada iman...
Baik-baik, Muthiah akan sabar menanti esok hari.

Selamat berhujung minggu. Manfaatkan waktu yang ada untuk bersama insan tercinta.

Namun awas!!! Insan itu biarlah muhrim/ suami kita. Tidak kahwin lagi, jangan pula hendak berdua-duaan ~ atas nama CINTA. Kahwin dahulu, kemudian bercintalah ;)
Labels: 3 comments | | edit post

Mencari Naurah (Bab 5)


“KOTA BHARU... Kota Bharu,” jerit pemandu bas kedua.

“Dik... dik. Bangun. Dah sampai stesen,” seorang wanita pertengahan usia menepuk-nepuk bahuku dengan perlahan.

“Terima kasih, kak.” Cepat-cepat kucelikkan mata. Wanita bertudung labuh yang mengejutku sebentar tadi berjalan laju menuruni bas. Kemudian, bergerak ke arah sebuah kereta Toyota Wagon yang diparkir di tepi stesen. Rupa-rupanya, ada seseorang yang sudah menanti. Boleh jadi suaminya. Setelah menyalami lelaki yang berkopiah hijau itu, mereka segera menaiki kereta. Aku tersenyum sendiri tatkala membaca tulisan pada sticker yang ditampal... ‘Belilah barangan buatan Malaysia.’ Ya! Belilah produk hasil penduduk tempatan.

Aku mencari-cari kelibat seseorang. Aku sudah maklumkan kepada Nasrul untuk datang menjemputku jam 6.00 pagi. Di manakah dia pergi atau belum bangun lagi? Aku cuba hubungi telefon bimbitnya berkali-kali, namun tiada jawapan. ‘Tidur mati gamaknya,’ getus hatiku.

Aku tidak mahu menyusahkan mak. Jika aku menghubunginya, sudah tentu dia akan kelam-kabut meminta Nasrul mengambilku. Nasrul pula pastinya acuh tidak acuh sahaja dengan permintaan mak. Mak yang keletihan akan bertambah penat.

Semalam, ada bekwah di rumah Pak Mat. Sudah tentu seharian ibu membantu. Begitulah kehidupan di kampung. Saling menolong dan bekerjasama. Tidak seperti Kuala Lumpur, jiran sendiri pun tidak kenal!

Hisy Nasrul... kalau begini, lebih baik aku solat subuh dahulu. Lagipun, sudah hampir masuk waktu. Jam 7.00 nanti, aku akan hubungi dia lagi. Jika masih tiada jawapan, nampaknya perlulah aku menaiki bas buat kesekian kalinya.

‘Sabar Natasha, sabar. Pasti ada hikmah di sebalik sesuatu,’ pujuk hatiku.

~bersambung~

Rumah baru ikan...

Assalammualaikum...

Mode Muthiah : GEMBIRA ;)



Sebab ada binatang peliharaan. Paling best... dapat buat rumah untuknya. Ada cadangan untuk mencantikkan?

Sahabat di Facebook mencadangkan Muthiah kosongkan ruang hadapan akuarium. Sudah dibuat. Terima kasih. Suka sorang-sorang. Memang lagi menarik ;)
Labels: 2 comments | | edit post

Jom koreksi diri

Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Muthiah membelek fail lama. Terjumpa jadual yang Muthiah buat untuk diri Muthiah sendiri, sewaktu zaman muda-muda dahulu. Bukan apa... sekadar hendak mengingatkan diri sendiri yang selalu lupa. Jadual begini hampir sama dengan jadual untuk mutabaah ibadah sewaktu berhalaqah.

(klik pada gambar untuk besarkan)

Ayuh... Jom kita buat jadual kita sendiri. Tuliskan amalan-amalan baik yang boleh/ hendak kita lakukan. Kemudian, sebelum tidur, kita tandakan apa-apa yang telah kita buat untuk hari itu. Setelah sebulan, kita tengok balik. Sepanjang sebulan, apa yang telah kita lakukan?

Positifnya jadual ini untuk diri sendiri..

Sebagai contoh, hari-hari kita berasa iri hati melihat seseorang. Jadi, tandakanlah pada kotak mengikut hari. Cuba bayangkan. Barisan untuk sikap buruk iri hati itu telah ditanda penuh. Tentu terasa hodoh, bukan? Kalau rajin, buat peratusan. Kemudian, ambillah tindakan susulan. Kalau hati kita dipenuhi dengan perasaan iri hati, huhu... menakutkan. Beristighfarlah kepada ALLAH.

Negatifnya...

Hmm... Muthiah tidak mahu menulis yang negatif. Ambil yang positif sahaja. Kalau baik, bolehlah dipraktikkan. Kalau tidak, abaikan sahaja ;)

Selamat beribadah ...

Muthiah : Hari ini belum...
Labels: 2 comments | | edit post

Hobi baru Muthiah...

Ehe... Hobi baru Muthiah ~ memelihara ikan. Apa pula hobi sahabat-sahabat???

Bebe yang pemalu ;)

Lulu yang belum memulakan kerjanya menjaga @ membersihkan akuarium.

Pupu yang nakal. Suka membuli ...

Hmm... ekornya berwarna keemasan.

Matanya betul-betul merah.
Labels: 2 comments | | edit post

Popeye


Assalammualaikum. Selamat pagi Malaysia. Hehe... Alhamdulillah. Kerja Muthiah untuk hari ini sudah siap. Blog pun sudah buat satu tajuk. Hmm... lapar tetapi dia keluar. Jadi, Muthiah buat blogwalking. Ehe. Terjumpa gambar ini. Menurut papa Muthiah... Popeye adalah kartun kegemaran Muthiah waktu kecil dahulu. Sahabat-sahabat, bagaimana? Ayuh... kita kenang kembali saat suka-duka waktu jadi budak-budak.

Yang seronoknya... waktu kecil, hati kita mesti putih bersih, bukan?

Kalau iri hati pun, tidaklah sekeji orang dewasa yang cemburu.
Kalau bergaduh pun, tidak semelampau orang tua bertikam lidah.
Kalau mengutuk dan menghina pun, tidak se... orang dewasa.
Kalau nakal pun, tidak seteruk orang dewasa yang tidak baik akhlak dan perilakunya.
Kalau dan kalau.

Betulkah?

Hmm... Moga kan dapat direnungkan bersama. Sebalik di sebaliknya ;)

Muthiah : Oleh sebab Muthiah berkulit sawo matang, Muthiah tidak marah apabila orang kata Muthiah hitam sebab sememangnya Muthiah tidak hitam. Jadi, abaikan sahaja...
Labels: 2 comments | | edit post

Jom fikir dan bersemangat!



Assalammualaikum. Salam sejahtera buat semua ;) Ehe... Muthiah sedang berfikir dan berfikir. Mencari idea untuk menulis tetapi masih belum menemui rentak.Ayuh, kita sama-sama gandakan usaha dalam melakukan sesuatu. Bak kata Amir dalam Ayah, Amir nak masuk U! "Kita tidak selalu menang tetapi kita tidak sekali-kali berputus asa dalam berusaha." Gambatte ;)
Labels: 2 comments | | edit post

Tawakal?

Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Muthiah. Alhamdulillah. Sedang berusaha menyudahkan apa-apa yang patut. Doakan, ya. Insya-ALLAH, Muthiah memilih untuk melakukan yang terbaik. Gambatte ;)


Hmm...

Sejak akhir-akhir ini, otak Muthiah ligat berfikir tentang TAWAKAL.

  • Mudah untuk menyebutnya.
  • Mudah juga menulisnya.
  • Mudah untuk memperkatakannya tetapi...

HUH... sangat susah untuk mengaplikasikannya. Muthiah berfikir dan terus berfikir. Cuba menyelaminya dalam-dalam. Cuba semat dalam hati dan jiwa. Hmm...

Apapun, jom...

Usah sekali-kali berputus asa dalam berusaha. Cuba dan terus cuba. Minta kepada ALLAH dan terus meminta. Kemudian, bertawakallah kepada DIA yang Maha Tahu segalanya. Meski sukar untuk menjadi seorang hamba yang benar-benar bertawakal, tetap katakan pada diri...

"AKU BERTAWAKAL KEPADA-MU, YA ALLAH."

SMILE :)

Muthiah : Mahu terus jadi yang terbaik di sisi DIA, dia dan mereka. Insya-ALLAH. Amin.
Labels: 0 comments | | edit post

Seteguh Impianku

Assalammualaikum. Dedikasi buat pembaca novel Ayah, Amir nak masuk U! dan Ayah, Amir nak jadi doktor!


~~~ Apabila Amir berbicara ~~~


Air mata dukaku semalam

Masih belum berhenti mengalir

Kerna mata-matamu yang memandang buta

Memandang dengan kedayusan cita-cita

Memandang dengan kehinaan si miskin

Memandang dengan kesuraman motivasi

Memandang dengan hipokrit materialistik harta benda

Memandang dengan kepalsuan kasih sayang

Mendera jiwa si anak kecil....

Mataku melihat ada bayangan

Bayang di dalam cermin nan kecil

Bertemankan lilin di kesuraman malam

Kuperhati, kutenung, kuteliti jutaan kali

Bayangnya tetap ada tanpa berganjak

Teguh di dalam bayangan ada sebuah impian

Impian yang perlu didaki,

Impian yang perlu dijunjung,

Impian yang perlu dipilih,

Rupanya bayang itu adalah aku....

Mendaki, menjunjung dan memilih....

Siapa yang patut mulakannya....

Bayangkah atau aku?

Aku kekal aku

Kemuliaan ibu bapaku bukanlah aku

Bahkan akulah yang memuliakan mereka

Kehormatan adik-beradikku bukanlah aku

Bahkan akulah yang menghormatkan mereka

Keikhlasan kawan-kawan bukanlah aku

Bahkan akulah yang mengikhlaskan mereka

Walaupun wujudku di pulau kegagalan, pilihanku hanyalah berjaya,

Berjaya untuk mendaki, menjunjung dan memilih impian...

Setinggi mana gunung, aku memilih untuk mendaki

Seberat mana beban, aku memilih untuk menjunjungnya

Sejuta jenis pilihan, aku memilih impianku

Kerna impianku adalah aku

Aku yang memilih...

Datanglah segenap pelusuk halangan dan dugaan,

Adakah aku kisah?

Akan kutukar air mata duka menjadi bara semangatku

Sekali gagal berkali-kali kan kuusaha

Setiap langkahku adalah matlamatku

Tidak boleh bertatih, akan ku berlari

Tidak boleh berlari, akan ku terbang

Terima kasih ALLAH, punca segalanya

Terima kasih Muhammad, Penghulu kebaikan

Terima kasih orang kesayangan kerana menyayangiku,

Menjadikan aku seteguh impian

Merealisasikan aku seorang Impian.


Oleh : A’amir Asyraf bin Abdullah

Fakulti Perubatan Universiti Malaya


Muthiah : Kredit buat penulis asal puisi, Azim Prozi.

For the rest of my life

Assalammualaikum... Apa khabar? Hmmm... tidak ada apa yang mampu Muthiah ungkapkan di sini. Apapun, Muthiah berharap agar sentiasa dapat jadi yang terbaik buat... sentiasa menyenangkan hati.... sentiasa dan sentiasa. Amin.

Jom layan ~


I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I'm here with you
Now let me let you know
You've opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And there's a couple words I want to say
For the rest of my life
I'll be with you
I'll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I'll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I'll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I'll be there for you
I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You're my wife and my friend and my strength
And I pray we're together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And there's a couple word I want to say
For the rest of my life
I'll be with you
I'll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I'll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I'll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I'll be there for you
I know that deep in my heart now that you're here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I'm singing loud that I'll love you eternally
For the rest of my life
I'll be with you
I'll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I'll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I'll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I'll be there for you
I know that deep in my heart

Muthiah : Who/ what/ where/ when... I will always at your side, insya-ALLAH.

Bila salam bersambut

Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Muthiah. Alhamdulillah. Sekarang, menanam satu keazaman dalam diri. Aik. Sebelum ini tidak ada azamkah? Ada... cuma, mahu memperbaharuinya. Hii...

Okay. Promosi novel NUR minggu ini ~

Bila salam bersambut



Sinopsis

ARMIA... seindah namanya, seindah itu juga wajah dan tingkah lakunya. Menjadi igauan ramai lelaki tatkala memandangnya. Didikan agama di dalam jiwanya sejak kecil umpama pelita yang menerangi kegelapan. Kecantikan dan budi bahasa yang dimiliki serta bakat dalam bidang penulisan membuatkan dia menjadi rebutan tiga jejaka yang berlainan watak dan karakter. Armia keliru. Siapakah jejaka yang terbaik untuknya? Hanya istikharah penentu segalanya….

Penulis : Hasif Asyraf

Puas mencari informasi tentang penulis tetapi tidak berjumpa. Kalau ada, Muthiah akan tambah pada ruangan komen, insya-ALLAH.

Jom, dapatkan di pasaran.

Muthiah : Jom doakan agar semua orang suka hati belaka T_________T

Happy ;)


Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Apa macam hari Jumaat anda?

Zaman bekerja di bank dahulu, Jumaatlah hari yang dinanti-nanti. Iyalah. Sabtu Ahad kan cuti ;) Sengih sampai ke telinga. Billing dilupakan seketika. Report untuk Bank Negara pun... tak mahu difikirkan langsung. Vendor, client dan team yang chase report pun tidak mahu diingat-ingat. Tetapi tup-tup, Sabtu kena datang pejabat sebab ada lancar produk baru. Senyum girang menghilang sekelip mata.

'Bekerja' sendiri di rumah, hmm... Jumaat pun hari yang dinanti-nanti. Sebab Sabtu dan Ahad dapat meluangkan masa dengan suami ;)

Selamat berhujung minggu...

Mencari Naurah (Bab 4 ~ Samb.)


Astaghfirullah... Bulu romaku meremang. Tiba-tiba, rasa takut menghantui diri. Aku gusar kerana sering melupakan-NYA. Bibirku mengatakan ALLAHlah segalanya tetapi tidak bagi hati yang terletak jauh dalam jasadku. Hatiku meronta-ronta memanggil nama insan lain. Aku pasti!

‘Ampunilah dosaku. Ampunilah aku...’

‘Ya, ALLAH. Kurniakanlah rahmat-MU buatku yang sentiasa berbuat dosa ini...’

Aku tunduk memandang lantai bas yang berwarna kelabu. Perlahan-lahan kupejamkan mata. Entah kenapa tidak semena-mena aku berasa takut dan gelisah.

‘Ya, ALLAH. Ya, ALLAH. Ya, ALLAH...’ batinku menjerit-jerit memanggil TUHANku.

Aku yang tadinya membongkok sedikit ke hadapan kembali bersandar pada kerusi bas. Cepat-cepat kucelikkan mata. Takut kalau-kalau mataku tidak dapat melihat dunia lagi. Nah!!! Wajah Asyraf juga yang hadir...

Entah kenapa hanya wajah itu yang sering datang dalam kotak pemikiranku... ungkapannya, tingkah lakunya dan segala sesuatu yang berkait dengan dirinya! Meskipun bibirku menyebut nama TUHAN, hatiku tidak mahu turut serta. Aku yang tadinya tidak keruan menjadi semakin gelisah. Aku mengatup kembali mataku. Dengan harapan, wajah itu akan beransur pergi tatkala aku mencelikkan mata semula.

‘Ya, ALLAH. Sesungguhnya aku tidak dapat melakukannya tanpa pertolongan serta petunjuk daripada-MU.’ Aku merayu dengan penuh pengharapan. Kali ini, aku membuka mataku perlahan-lahan. Alhamdulillah, ia sudah hilang dari pandangan. Aku segera mengambil majalah Al-Islam yang kusimpan di dalam beg sandangku. Beg tersebut pula terletak betul-betul di tepi kerusiku.

‘Astaghfirullah... astaghfirullah... astaghfirullah,’ ucapku di dalam hati. Moga-moga ungkapan ini dapat menyucikan bintik hitam yang sedang menjalar.

Mengantuk... Lebih baik aku tidur dahulu. Tidak sabar rasanya menghirup udara segar di desa. Berjumpa dengan ibu yang banyak mencurahkan bakti buat aku dan adik-adik. Setelah ayah meninggal dunia lima tahun dahulu, ibulah ayah dan jua ibu. Ibu tidak pernah mengeluh dengan keperitan hidup yang dialami.

Tidak dapat aku lupakan saat dia mengalirkan air mata tatkala aku menerima tawaran memasuki universiti tersohor ini. Lantas dia membuat sujud syukur sebagai tanda terima kasih kepada ALLAH atas peluang yang diberikan-NYA kepadaku. ‘Terima kasih, TUHAN,’ ucapku perlahan. Mataku semakin layu. Entah bila aku terlelap, aku sendiri tidak tahu...


~bersambung~

TERBAIK


Alhamdulillah. Siap satu kerja tetapi hasilnya tidak memuaskan. Sedang berusaha memperbaik apa-apa yang boleh. Gambatte, Muthiah. Sahabat-sahabat, bagaimana???

Jom kita sama-sama buat dan jadi yang terbaik!! Buat apa? Jadi apa? Tepuk dada, tanya diri dan iman. Selamat malam ;)

Marah?

Assalammualaikum, semua. Mulakan hati dengan senyum ceria... Senyumlah pada siapa sahaja... SIAPA SAHAJA? =)

Ayuh... renungi tazkirah ringkas pagi yang .... ini (Sila isi tempat kosong sendiri).

Muthiah : Selalu senyum. Lebih-lebih lagi kepada si pengembara pada waktu malam ;)

Isteri derhaka??? (ii)

Assalammualaikum. Apa khabar? Muthiah... Alhamdulillah. Sihat. Tidak sabar pula rasanya menanti awal bulan April. Kenapa? Hmm... Adakah perancangan kerja Muthiah berjalan seperti yang diharapkan?Doakan Muthiah, ya ;)

Baik. Sambung perkongsian semalam. Ayuh...


Tanda isteri derhaka

4- Keluar rumah tanpa izin suami ~ Hatta hendak ke rumah jiran terdekat sekalipun, perlu meminta izin. Jadi, beringatlah, wahai diri. Kadang-kadang, kita memandang sesuatu perkara itu mudah dan enteng tetapi tanpa sedar, kita telah melakukan sesuatu kesalahan yang BESAR di sisi ALLAH.

Nabi SAW bersabda, "Apabila seorang perempuan keluar rumah, sedangkan suaminya membencinya, dia dilaknat oleh semua malaikat di langit, dan segala apa yang dilaluinya, selain daripada jin dan manusia sehinggalah dia kembali." (H.R. Thabrani).

5- Tidak menunaikan hajat suami ~ Muthiah banyak membaca perdebatan tentang ini (info lanjut, boleh tanya pak cik Google). Hmm... tidak tahu hendak ulas secara terbuka bagaimana. Kalau hendak berkongsi pandangan, Muthiah alu-alukan. Kita sama-sama belajar sih ;D

Sabda Nabi SAW, "Apabila seorang suami memanggil isterinya ke tempat tidur, tetapi ditolak (sang isteri) sehingga marahlah suaminya, maka akan tidurlah wanita itu dalam laknat malaikat sehingga pagi." (H.R. Bukhari dan Muslim).

6- Minta cerai daripada suami.

Nabi SAW bersabda, "Mana-mana isteri yang meminta suaminya menceraikannya dengan alasan yang tidak dibenarkan syarak, haram baginya berbau syurga."(H.R. Daud dan Tarmidzi).

Moga yang sedikit ini boleh menjadi peringatan buat diri kita. Lebih-lebih lagi buat diri Muthiah yang selalu lupa.

Muthiah : Ya, ALLAH. Peliharalah kami daripada azab api neraka-MU.
Labels: 0 comments | | edit post

Hmm...

Assalammualaikum. Selamat malam, semua. Muthiah??? Ingat hendak buat kerja tetapi...


  • Tidak cukup bersemangat.
  • Mood menulis tidak ada.
  • Banyak benda fikir.

Solusinya... jom REHAT ... Hehehe...

Kini Ku Tahu

Assalammualaikum. Setelah sekian lama sunyi daripada penulisan karya pendek, cerpen Muthiah diterima terbit oleh majalah Seri Dewi dan Keluarga ;)

Kisah seorang anak yang merasakan dirinya sentiasa dikongkong ibunya. Hal ini membuatkan dia berasa rimas dan tidak selesa. Izy sudah besar... Izy hendak berdikari.

Sesudah dia dewasa dan memiliki anak sendiri, barulah dia dapat menyelami hati ibunya satu ketika dahulu.


Semoga kan mendapat manfaat daripadanya ;)

Moga dipermudahkan...


Ya, ALLAH. Permudahkan urusannya dalam apa jua yang dia lakukan. Amin.

Isteri Derhaka??? (i)

Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Muthiah... Alhamdulillah. Ada berlaku sedikit kecelaruan dalam membahagikan masa (antara menulis manuskrip, mengemaskini blog dan menulis cerpen). Insya-ALLAH... selepas ini, Muthiah akan cuba menyusun masa sebaiknya. Agar Muthiah tidak menumpukan satu-satu perkara sampai mengabaikan yang lainnya.

Bagaimana dengan kehidupan hari ini? Muthiah... Alhamdulillah. Sentiasa berfikiran positif dan tidak mahu mengenangkan sesuatu yang boleh menyungkurkan diri. Jika bukan Muthiah yang membuat pilihan (ke arah positif itu), siapa lagi?

Jadi... AYUH!! Bagi yang tidak bermaya. Mari sama-sama kita bangkit kembali. Alah! Cakap senanglah. Hmm... Jadi, pilihlah untuk berterusan lemah dan tidak bermaya ;)

Hari ini, Muthiah ingin berkongsi sesuatu tentang peranan isteri. Secara tidak langsung, mahu mengingatkan diri Muthiah sendiri sebenarnya. Agar tidak terjerumus ke arah itu. Apa dia???

Tanda isteri yang derhaka...

1- Menyakiti hati suami ~ Nauzubillah. Mohon dijauhkan dan jika ada... Mohon keampunan daripadanya.

Nabi SAW bersabda, "Tidaklah seorang isteri menyakiti hati suaminya di dunia kecuali berkata hurun'in (bidadari-bidadari syurga), 'Janganlah engkau menyakitinya kerana dia di sisimu hanyalah sebagai tamu dan hampir-hampir berpisah denganmu untuk bertemu dengan kami,'." (H.R. Al-Tarmidzi dan Ibnu Majah).

2- Berpuasa sunat tanpa izin suami ~ Khuatir, amalan sunat yang sewajarnya mendapat ganjaran pahala daripada ALLAH menjadi sebaliknya.

Nabi SAW bersabda, "Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat jika suaminya ada di rumah serta tanpa izinnya. Dan, tidak boleh membenarkan seorang lelaki masuk ke dalam rumahnya tanpa izin suaminya."

3- Tidak mensyukuri kebaikan yang dilakukan suami ~

Bersabda Nabi SAW (sesudah solat gerhana), "Diperlihatkan neraka kepadaku. Ternyata kebanyakannya terdiri daripada wanita yang kufur." Rasulullah ditanya, "Adakah wanita itu kufur kepada ALLAH, ya Rasulullah?" Nabi SAW menjawab, "Tidak melainkan mereka kufur kepada suami dan mengkufuri kebaikan suami. Seandainya engkau berbuat baik kepadanya, sebanyak mana sekalipun, dia masih berasa belum puas dan tidak cukup." (H.R. Al-Bukhari).

Dengan kata lain, kita sentiasa berasa tidak cukup dengan apa yang suami berikan kepada kita.

Hmm... Pernah merasa tidak cukup dengan apa yang kita miliki? Selaku manusia, kadang-kadang kita terlupa dan teralpa. Kita mahukan sesuatu yang bukan ketetapan ALLAH menjadi milik kita (buat masa ini). Apabila tidak berjaya memperolehinya, kita kecewa dan putus asa. Sedih... marah... sakit hati... busuk hati... Paling parah, kita berasa iri hati terhadap orang lain yang telah memilikinya. Bertambah-tambah parah jika kita memilih untuk memusnahkan kebahagiaan orang lain pula. Tepuk dada, tanya iman. Kita dan ALLAH sendiri yang lebih tahu.

Jadi, bagaimana? Ayuh... kita renungi ayat ini yang bermaksud, "Dan ingatlah, tatkala TUHAN-mu memberitahu, 'Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti KAMI akan menambah nikmat kepadamu dan sekiranya kamu mengingkari nikmat-KU, maka sesungguhnya azab-KU sangat pedih,'."

~bersambung~
Labels: 0 comments | | edit post

ISLAM itu indah...

..... Namun acap kali manusia melupakannya....

Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Muthiah... Hmm... ada sesuatu yang sedang bermain dalam minda. Moga-moga kan dimakbulkan ALLAH dan dikurniakan kesabaran oleh-NYA. Sesungguhnya, ALLAH lebih tahu segala sesuatu yang tidak kita ketahui.

Muthiah terjumpa gambar-gambar ini di dalam sebuah laman web . Sekali pandang, macam biasa sahaja tetapi apabila direnung lama-lama, banyak yang boleh dimuhasabah. Ayuh... sama-sama kita renung dan fikir ;)


ISLAM itu indah!

ISLAM itu cantik dan sempurna!



ISLAM adalah segalanya!

Ayuh... Boleh :

  • Baca dan tengok sahaja.
  • Renung sahaja.
  • Renung, fikir dan menganalisa.
  • Hmm... Ambil tindakan segera. Tindakan yang macam mana?
Semoga kan mendapat manfaat daripadanya. Sambungan... bolehlah ke sini ~ http://islamgreatreligion.wordpress.com/2010/09/25/wanted-muslimdead-or-alive/

Muthiah : Bukanlah yang terbaik tetapi akan berusaha menjadi lebih baik, insya-ALLAH ;)
Labels: 0 comments | | edit post

All to best to ME and YOU!


Assalammualaikum. Ehe... Sekadar mahu memotivasi diri sendiri. Semalam, melakukan sesuatu dan tidak berpuas hati dengan hasilnya. MAHU YANG LAGI BAIK. Jadi, hari ini usaha lagi. Kawan-kawan macam mana? Hiiii ;)

Ayah, Amir nak jadi doktor!

Assalammualaikum. Apa khabar? Muthiah. Alhamdulillah. Sihat dan seronok. Seronok sebab dapat berjumpa semula dengan teman lama di KISAS (melalui facebook).

Hmm... Alhamdulillah. Pejam celik, pejam celik. Novel Muthiah yang ketiga sudah pun berada di pasaran pada pertengahan Januari lalu. Alhamdulillah. Respons dan sambutan yang diterima pun agak menggalakkan (bagi penulis baru seperti Muthiah).

  • Terima kasih kepada semua yang telah pun mendapatkannya.
  • Terima kasih atas doa yang dititipkan.
  • Terima kasih atas sokongan yang diberikan.

Harapan Muthiah... agar novel ini sedikit sebanyak dapat menyuntik semangat adik-adik untuk berusaha keras sampai berjaya.

Ya! Muthiah doakan agar adik-adik yang masih belajar dapat mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran... juga cemerlang dalam sahsiah dan kehidupan.



Sedikit imbasan tentang Ayah, Amir nak masuk U! ~ Perihal perhubungan seorang anak dengan ayah. Anak yang mahu berjaya tetapi tidak mendapat galakan daripada orang tuanya. Si ayah pula, hakikatnya sangat peka dan prihatin kepada si anak dan keinginannya namun disebabkan oleh desakan hidup, dia dilihat bagai seorang ayah yang tidak sayangkan sang anak... tidak menitik-beratkan pelajarannya... tidak dan tidak. Lagi...

Untuk siri yang kedua (sambungan Ayah, Amir nak masuk U!)... Muthiah menekankan perihal hubungan persahabatan antara Amir, Zaqwan dan Preshnan. Ya! Mereka merupakan sahabat baik yang saling menolong antara satu sama lain. Namun, kehadiran Natasha sedikit sebanyak sudah mengubah segalanya. Amir dianggap perampas oleh Zaqwan yang sebenarnya menaruh perasaan terhadap Natasha. Akibatnya, hubungan yang selama ini baik menjadi renggang. Mujur... pertelingkahan itu tidak lama. Masing-masing sedar dengan kesalahan diri dan kembali bangkit mengejar impian yang sebenar iaitu hendak berjaya dalam pelajaran ;)

Sumari :

  • Keluarga adalah segalanya.
  • Persahabatan yang indah.
  • Antara cinta dan cita-cita.
  • Cabaran hendak berjaya.
Ayuh... dapatkannya di pasaran ;) Insya-ALLAH, ada terselit manfaat di dalamnya.

Muthiah : Suka ;) Senyum :)

Demi Masa

Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Muthiah... 'Ala kullihal Alhamdulillah. Insya-ALLAH, segalanya baik-baik belaka. Sentiasa optimis dan terus bangkit andai tersungkur.

Hmm... Pernah tersungkur? Jangan bimbang...

Kita masih punya suami/isteri/keluarga/ teman yang menyayangi kita dan sentiasa mendoakan kita.

Santapan halwa telinga hari ini... DEMI MASA...


Demi masa...
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan...
Yang beriman dan beramal saleh
Ah...

Demi masa...
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan...
Nasihat kepada kebenaran dan kesabaran
Ah...

Gunakan kesempatan yang masih diberi
Moga kita takkan menyesal
Masa usia kita jangan disiakan
Kerna ia takkan kembali

Ingat lima perkara, sebelum lima perkara
Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua, kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati

Demi masa...
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan...
Yang beriman dan beramal saleh
Ah...

Moga-moga Muthiah kan dipilih ALLAH untuk tergolong dalam golongan yang sentiasa menjaga masanya. Muthiah bukanlah yang terbaik tetapi akan cuba untuk melakukan yang terbaik. Kawan-kawan macam mana?

Muthiah : =D

Doa Terakhir

Assalammualaikum. Promosi buku NUR minggu ini. Jeng jeng jeng...

Doa Terakhir



Sinopsis

Ustaz Kamal menghadapi dilema dalam menegakkan syiar Islam di kampungnya. Penduduk kampungnya lebih taksub dengan amalan khurafat dan mempercayai bomoh-bomoh yang menggunakan syaitan laknatullah sebagai pengantara. Malah Ustaz Kamal dipukul dengan teruk oleh suami Norita, Tuan Musa hanya kerana mengajar Norita tentang agama.

Norita sendiri teruk diseksa oleh Tuan Musa. Cubaannya melarikan diri juga gagal. Dia dikurung dan tiada sesiapa yang dibenarkan berjumpa dengannya. Norita hanya mampu menangis dan bermohon kepada ALLAH agar meringankan seksaan yang ditanggung. DOA TERAKHIR, merubah segala-galanya.

Penulis : Fuad Haji Sam

** Muthiah kira penulis ada facebook tetapi tidak berjumpa pula **

Ayuh, dapatkannya di pasaran. Dan... jom kita meluncur bersama ~

Horey...


Alhamdulillah. Setelah dekat 2 minggu 'bekerja' tanpa roh disebabkan ...

Berjalan sana sini.
Letih akibat berjalan... Otak jadi tepu.
Kurang rajin.
Bla bla bla...

Hari ini kembali bersemangat. Apa pun, kitalah yang MEMBUAT PILIHAN. Bagi sahabat-sahabat, jangan biarkan sesuatu yang tidak menguntungkan menguasai diri secara berpanjangan. Carilah jalan untuk mengatasinya. Kuatkan semangat untuk bergerak menuju puncak. Gambatte :)

Mencari Naurah (Bab 4 - samb.)


Aku memandang sebelah kiri... kelihatan seorang pak cik begitu khusyuk membaca majalah. Mungkin dia baru membelinya sementara menanti ketibaan bas. Pasti bosan menunggu bas yang kadang-kadang tertangguh sehingga berjam-jam lamanya! Lebih-lebih lagi pada musim perayaan. Mahu pitam dibuatnya.

Kulihat pak cik itu sedang membelek majalah Mastika dengan teliti. Jika Mastika yang dibaca, sudah tentu ada isu hangat yang dipaparkan. Muka hadapan majalah tersebut kuperhatikan dari jauh. Terpapar gambar sekumpulan remaja yang berpakaian serba hitam. Wajah-wajah mereka dikaburkan. ‘Kumpulan Black Metal gamaknya,’ aku berkata sendiri. Entah apa hendak jadi dengan dunia hari ini.

Islam itu sudah cukup cantik. ALLAH yang Maha Tahu sudah menyediakan yang terbaik untuk setiap makhluk di atas muka bumi ini. Bukankah PENCIPTA itu lebih arif atas sesuatu yang dicipta-NYA? DIA tidak lokek dengan kurniaan dan yang paling utama, DIA sama sekali tidak kedekut dengan kasih sayang-NYA yang Maha Agung. Tanpa cinta al-Malik, pasti kita tidak akan aman dan tenteram. Justeru, sentiasalah kembali dan ingat kepada PENCIPTA... sebagai tanda kesyukuran dan terima kasih.

Sekiranya ditanya kepada murid-murid sekolah rendah yang bakal menduduki peperiksaan UPSR, “Siapakah Alexander Graham Bell?” Pasti ada yang terloncat-loncat hendak menjawabnya. Maklumlah, mereka sudah sinonim dengan nama ini. Saintis barat yang sememangnya sudah cukup dikenali.

Bapa orang-orang pekak ini menjadi terkenal apabila berjaya mencipta telefon pada tahun 1876. Meskipun berabad sudah berlalu, namanya masih menjadi sebutan. Mengapa? Kerana jasanya! Atas sebab itulah sewaktu kematiannya pada Ogos 1922, semua telefon di Amerika Syarikat telah berhenti berdering selama seminit, sebagai tanda penghormatan atas sumbangannya dalam bidang saintis khususnya aliran komunikasi.

Itu Graham Bell, bagaimana pula dengan ALLAH SWT yang telah mencipta seorang lelaki genius bernama Alexander Graham Bell itu? Bukan itu sahaja bahkan RAB yang satu ini telah menjadikan alam semesta dalam sekelip mata. Alam semesta tersebut pula diduduki oleh berbilion nyawa. Ada yang taat dan ada juga yang ingkar terhadap-NYA. Mereka yang derhaka ini mungkin lupa dan boleh jadi tidak pernah diingatkan. Apabila DIA katakan, “Kunfayakun,” maka jadilah segala sesuatu tanpa sebarang halangan. Tidak kira sama ada satu kehidupan baru mahupun kemusnahan yang bisa melenyapkan mereka yang angkuh lagi sombong itu.

Aku menggeleng perlahan. Khuatir diriku tergolong dalam golongan yang ingkar. Khuatir menjadi insan ‘terpilih’ yang dilenyapkan TUHAN dari atas muka bumi ini dalam keadaan hina dan mengaibkan.


~bersambung~