Buntu!!! Adakah dia jodohku??? (iii)
Wednesday, July 28, 2010
-sambungan semalam-
Jadi…
Banyakkan berdoa kepada ALLAH agar pilihan kita itu adalah yang paling baik buat diri kita. Mohonlah sentiasa kepada DIA yang lebih tahu segalanya. Kita bukanlah siapa-siapa yang dapat menentukan hari esok. Namun, kita tidak boleh berdiam diri begitu sahaja. Perlu sentiasa berusaha agar hari esok adalah lebih baik daripada hari ini.
Selain berdoa, kita juga perlu banyak bersabar. Ujian pasti datang. Tidak kira sama ada sebelum nikah atau sesudahnya. Apa yang boleh Muthiah katakan, kehidupan sesudah bergelar isteri (oleh sebab Muthiah adalah seorang isteri) adalah lebih mencabar berbanding sewaktu masih solo. Tanggungjawab seorang isteri sangat besar (bagi mereka yang ingin menjadi isteri yang terbaik). Untuk menyenangkan hati suami sentiasa bukanlah satu perkara yang mudah. Kadang-kadang, terpaksa mengorbankan diri. Korban? Hehe… Usah risau… andai kita memilih untuk memberi keutamaan itu, insya-ALLAH… DIA akan memberi sesuatu yang lebih baik buat diri kita. Apa yang penting… SABAR..
Selain sabar, apakah yang perlu kita lakukan? Hmmm… persiapkanlah diri ke arah itu. Bukan setakat hendak berfikir tentang majlis gilang-gemilang yang hendak dilangsungkan tetapi …
~ Fikirkanlah tentang apa yang perlu kita lakukan setelah bergelar suami/ isteri kelak.
~ Fikirkan bagaimana hendak menjalani kehidupan berkeluarga yang berlandaskan syariat ISLAM.
~ Fikirkan bagaimana hendak menjadikan rumah tangga itu sebagai rumah tangga yang diredhai ALLAH.
Fikirkan oh fikirkan, wahai teman-temanku…
Muthiah : Suka duka… pahit getir…