Wednesday, July 31, 2013
Nurliza Mohd Nasir
Sewaktu berbuka puasa..."Abang, sedap tak ayam goreng rempah ni?" isteri bertanya lembut.Suami berhenti mengunyah. Dia memandang isterinya atas bawah.
"Sedap," jawab suami pendek.
Isteri mengangguk-angguk seraya tersenyum nipis.
"Ada rasa macam pelik-pelik tak? Macam lain macam tak? Cuba Abang rasa sekali lagi," ujar sang isteri sungguh-sungguh.
Dahi suami berkerut namun dia tetap melakukan apa yang diminta isterinya.
"Okey saja. Tak ada rasa pelik pun," dia memberitahu.
Isteri mengangguk-angguk. Agak lama dia mendiamkan diri.
"Sebenarnya, rempah kari daging tak ada. Jadi, Ayang guna rempah kari ikan buat ayam goreng masak rempah ni," akhirnya, isteri berterus-terang.
Mulut suami ternganga separuh...
Tuesday, July 30, 2013
Nurliza Mohd Nasir
Cerpen : Kasihnya ibu
Nama pena : Siti Muthiah
Majalah : Harmoni
Bulan : 1 - 15 Mei 2013 (Bil:204)
Tuesday, July 30, 2013
Nurliza Mohd Nasir
Stres? Jom senyum sorang-sorang. Kita tidak pernah sendiri kerana ALLAH dekat...
Tuesday, July 30, 2013
Nurliza Mohd Nasir
Usai menunaikan solat Maghrib secara berjemaah, berkata isteri kepada suami, "Abang..."
Suami segera menoleh ke arah sang isteri seraya mengangguk perlahan.
"Ayang baca dekat Facebook. Antara sikap perempuan yang dibenci lelaki ialah cemburu buta kan?" isteri bertanya mendapatkan kepastian.
Suami mengangguk lagi mengeyakan.
Isteri segera mendekati sang suami. Dia memandang tepat anak mata lelaki itu lantas menambah, "Ayang tak cemburu buta kan? Ayang cemburu bertempat kan?"
Dahi suami berkerut. Agak lama dia mendiamkan diri. Kemudian, sang suami pun membalas, "Ya. Ayang cemburu bertempat dan banyak tempat pula tu."
Mulut isteri ternganga separuh. Suami pula tersenyum nipis penuh makna.
Monday, July 29, 2013
Nurliza Mohd Nasir
Wahai, diri.Yakinlah... sesungguhnya janji ALLAH itu benar "... dan siapakah yang lebih benar perkataan-NYA daripada ALLAH?" (an-Nisa', 4:87)Tidak ada yang lebih manis dalam kehidupan ini melainkan tatkala berjaya mencapai kemanisan iman dan mengecap cinta Ilahi," Siti Muthiah @ #MH.
Friday, July 26, 2013
Nurliza Mohd Nasir
Takwa...
"... Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi ALLAH ialah orang yang paling takwa di antara kamu. Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." (al-Hujurat, 49:13)
Tidak ada yang lebih manis dalam kehidupan ini melainkan tatkala berjaya mencapai kemanisan iman dan mengecap cinta Ilahi," Siti Muthiah @ #MH.
Thursday, July 25, 2013
Nurliza Mohd Nasir
Sampaikan walau satu ayat..."Serulah (manusia) kepada jalan TUHAN-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik; dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya TUHAN-mu DIA-lah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-NYA dan DIA-lah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk." (an-Nahl, 16:125) ~Hanya ALLAH yang tahu siapa yang sesat dan siapa pula yang mendapat petunjuk~Tidak ada yang lebih manis dalam kehidupan ini melainkan tatkala berjaya mencapai kemanisan iman dan mengecap cinta Ilahi," Siti Muthiah @ #MH
Tuesday, July 23, 2013
Nurliza Mohd Nasir
Sampaikan walau satu ayat..."Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi ALLAH memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-NYA, dan ALLAH lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk." (al-Qashash, 28:56)"Tidak ada yang lebih manis dalam kehidupan ini melainkan tatkala berjaya mencapai kemanisan iman dan mengecap cinta Ilahi," Siti Muthiah @ #MH.
Wednesday, July 17, 2013
Nurliza Mohd Nasir
Sampaikanlah walau satu ayat...
"Dan hendaklah ada di antara kalian segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar; merekalah orang-orang yang beruntung." (ali-Imran, 3:104)
"Tidak ada yang lebih manis dalam kehidupan ini melainkan tatkala berjaya mencapai kemanisan iman dan mengecap cinta Ilahi," Siti Muthiah @ #MH.
Tuesday, July 16, 2013
Nurliza Mohd Nasir
Usai iftar, berkata isteri kepada sang suami, "Abang."Suami mendongak seraya tersenyum nipis."Untung jadi perempuan dan bini ni tau. Kalau dia nak makan apa-apa, dia boleh masak. Selesai masalah," tambah isteri lembut.
Suami mengangguk tetapi mulutnya memuncung sedikit.
"Kenapa, bang?" isteri menyoal cemas. Khuatir dia tersalah cakap. Reda lelaki itu didambakan untuk masuk ke syurga ALLAH.
Suami menarik nafas, kemudian menghembusnya perlahan.
"Suami lagi untung," balas suami pendek.
Dahi isteri berkerut.
"Sebab?"
Kali ini, senyuman suami terukir lebar.
"Kalau dia nak makan apa-apa, dia cakap saja pada isteri dia. Selesai masalah."
Mata isteri membulat...
Tuesday, July 16, 2013
Nurliza Mohd Nasir
"ALLAH sekali-kali tidak menjadikan bagi seseorang dua buah hati dalam rongganya..." (al-Ahzab, 33:4)
Mana mungkin pemilik hati yang sarat dengan cinta dan keimanan turut memiliki hati yang gersang serta penuh dengan kebencian.
Salam kasih sayang kerana ALLAH SWT.
"Tidak ada yang lebih manis dalam kehidupan ini melainkan tatkala berjaya mencapai kemanisan iman dan mengecap cinta Ilahi," Siti Muthiah @ #MH.
#BagaimanaMenyentuhHati, Abbas As-Siisiy.
Monday, July 15, 2013
Nurliza Mohd Nasir
Sang suami sudah bersiap-siap untuk ke tempat kerja. Berkata dia pada sang isteri, "Hari ini, abang pergi kerja naik motor saja. Mudah nak mencelah. Jem bulan puasa ni."Si isteri mengangguk-angguk.
"Okey tapi hati-hati tau. Jauhi lori besar. Bahaya," ujar sang isteri sungguh-sungguh.
Suami tersenyum nipis, kemudian mencium dahi sang isteri agak lama. Selepas itu, dia pun bersuara, "Baik. Jauhi lori besar dan awek."
Isteri terpinga-pinga...
Monday, July 15, 2013
Nurliza Mohd Nasir
"Sesungguhnya taubat di sisi ALLAH hanyalah taubat bagi orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan; yang kemudian mereka bertaubat dengan segera; maka mereka itulah yang diterima ALLAH taubatnya; dan ALLAH Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana." (an-Nisa', 4:17)
"Tidak ada yang lebih manis dalam kehidupan ini melainkan tatkala berjaya mencapai kemanisan iman dan mengecap cinta Ilahi," Siti Muthiah @ #MH.
Sunday, July 14, 2013
Nurliza Mohd Nasir
Sesiapa yang mentaati ALLAH dan RAsul...
"Dan barangsiapa yang mentaati ALLAH dan Rasul-NYA, mereka itu akan bersama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah; iaitu para Nabi, para Shiddiqin, para syuhada, dan orang-orang soleh; dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya." (an-Nisa', 4:69)
"Tidak ada yang lebih manis dalam kehidupan ini melainkan tatkala berjaya mencapai kemanisan iman dan mengecap cinta Ilahi," Siti Muthiah @ #MH.
Friday, July 12, 2013
Nurliza Mohd Nasir
Bersyukurlah... Dan (ingatlah juga), tatkala TUHAN-mu memaklumkan, "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti KAMI akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-KU), maka sesungguhnya azab-KU sangat pedih." (Ibrahim, 14:7)Acap kali kita lupa...... segala nikmat yang ALLAH kurnia buat diri kita.Selalu sahaja kita alpa...... asyik merintih atas apa yang belum kita miliki sedang jelas, ALLAH pasti akan beri pabila sampai masa yang telah ditetapkan oleh-NYA.
Sering kita berputus asa...
... sedang nyata ALLAH begitu dekat; lebih hampir dari urat merih kita sendiri. DIA Maha Melihat, Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
"Tidak ada yang lebih manis dalam kehidupan ini melainkan tatkala berjaya mencapai kemanisan iman dan mengecap cinta Ilahi," Siti Muthiah @ #MH.
Thursday, July 11, 2013
Nurliza Mohd Nasir
Berwaspadalah agar tidak terpijak duri - takwa.... "Maka barangsiapa mengerjakan kebaikan seberat zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)-nya; dan barangsiapa mengerjakan kejahatan seberat zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya." (az-Zalzalah, 99:7-8)Berbuat baik. Hindari kejahatan. Andai tersilap langkah, kembalilah. Sesungguhnya ALLAH Maha TELITI Penghitungan-NYA."Tidak ada yang lebih manis dalam kehidupan ini melainkan tatkala berjaya mencapai kemanisan iman dan mengecap cinta Ilahi," Siti Muthiah @ # MH.
Wednesday, July 10, 2013
Nurliza Mohd Nasir
Manfaatkanlah ruang yang ada selagi punya peluang..."(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan di antara yang benar dengan yang salah..." (al-Baqarah, 2:185)Salam Ramadan al-mubarak.
Moga hari ini lebih baik daripada hari semalam; dan di penghujung hidup kelak berakhir dengan kesudahan yang baik, insya-ALLAH.
"Tidak ada yang lebih manis dalam kehidupan ini melainkan tatkala berjaya mencapai kemanisan iman dan mengecap cinta Ilahi," Siti Muthiah @ #MH.
Tuesday, July 09, 2013
Nurliza Mohd Nasir
Buat para pejuang...
"Sesungguhnya ALLAH telah membeli daripada orang-orang Mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Balasan syurga yang sedemikian ialah) janji yang benar daripada ALLAH di dalam Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada ALLAH? Maka, bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar." (at-Taubah, 9:111)
"Tidak ada yang lebih manis dalam kehidupan ini melainkan tatkala berjaya mencapai kemanisan iman dan mengecap cinta Ilahi," Siti Muthiah @ #MH.
Tuesday, July 09, 2013
Nurliza Mohd Nasir
Ingatlah wahai hati yang hanya nampak kecacatan orang..."Wahai, orang-orang yang beriman. Jauhilah kebanyakan daripada persangkaan kerana sesungguhnya sebahagian daripada persangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengah yang lain. Adakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? Maka, sudah tentu kamu jijik kepadanya; dan bertakwalah kamu kepada ALLAH; sesungguhnya ALLAH penerima taubat, lagi Maha Mengasihani." (al-Hujurat, 49:12)
~ Andai tidak mampu buat semua, jangan tinggal segalanya~
"Tidak ada yang lebih manis dalam kehidupan ini melainkan tatkala berjaya mencapai kemanisan iman dan mengecap cinta Ilahi," Siti Muthiah @ #MH.
Monday, July 08, 2013
Nurliza Mohd Nasir
Wahai, pejuang...Hai, orang-orang beriman. Sekiranya kamu membantu (agama) ALLAH, nescaya DIA akan membantumu dan meneguhkan tapak pendirianmu." (Muhammad, 47:7)"Tidak ada yang lebih manis dalam kehidupan ini melainkan tatkala berjaya mencapai kemanisan iman dan mengecap cinta Ilahi," Siti Muthiah @ #MH.
Friday, July 05, 2013
Nurliza Mohd Nasir
Motivasi pagi | Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui...Peringatan untuk jasad dan jiwa agar berusaha menghindar dosa. Andai tersungkur jua, kembalilah kepada DIA yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. "Dan pada sisi ALLAH-lah kunci-kunci semua yang ghaib; tidak ada yang mengetahuinya kecuali DIA sendiri; dan DIA mengetahui apa yang di daratan dan apa yang di lautan; dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan DIA mengetahuinya (pula); dan tidak jatuh sebutir biji pun dalam kegelapan bumi, dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan tertulis dalam kitab yang nyata (lohmahfuz)". (al-An'am, 6:59)
"Tidak ada yang lebih manis dalam kehidupan ini melainkan tatkala berjaya mencapai kemanisan iman dan mengecap cinta Ilahi," Siti Muthiah @ #MH.
Wednesday, July 03, 2013
Nurliza Mohd Nasir
Segalanya milik ALLAH...Sekiranya ALLAH berkehendak untuk melapangkan rezeki kepada hamba-hamba pilihan-NYA, tidak akan ada seorang pun yang mampu menghalanginya.Dan sekiranya ALLAH berkehendak untuk membataskan rezeki hamba-hamba-NYA, tidak akan ada seorang pun yang mampu memberinya."Sesungguhnya, RAB-mu melapangkan dan menyempitkan rezeki kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki-NYA; sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui lagi Maha Melihat hamba-hamba-NYA." (al-Isra', 17:30)"Tidak ada yang lebih manis dalam kehidupan ini melainkan tatkala berjaya mencapai kemanisan iman dan mengecap cinta Ilahi," Siti Muthiah @ #MH.
Tuesday, July 02, 2013
Nurliza Mohd Nasir
Katakanlah (Wahai, Muhammad), "Sekali-kali tidak akan menimpa kami kecuali apa yang telah ALLAH tetapkan untuk kami. DIA-lah Pelindung kami, dan hanya kepada ALLAH-lah orang-orang beriman harus bertawakal." (at-Taubah, 9:51)"Tidak ada yang lebih manis dalam kehidupan ini melainkan tatkala berjaya mencapai kemanisan iman dan mengecap cinta Ilahi," Siti Muthiah @ #MH.