Nampak bintik hitam ~ MENCARI NAURAH


Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Hehe… sudah mendapatkan MENCARI NAURAH? Ada sisi positif yang kita perolehi atau hiburan semata-mata? Hmmm… apapun, Muthiah doakan agar sahabat-sahabat akan mendapat manfaat daripadanya.

Ringkasan perbualan antara Kak Rose dan Natasha daripada bab 2, MENCARI NAURAH ~

Apabila ditunjukkan sehelai kertas putih yang terdapat bintik hitam di atasnya, Natasha menyatakan bahawa dia dapat melihat bintik hitam pada kertas tersebut.

Kemudian, Kak Rose menyatakan bahawasanya… lumrahnya manusia ini lebih mudah nampak sesuatu yang tidak baik (buruk) sedang perkara baik sudah terpampang di hadapan mata. Hampir keseluruhan kertas yang diunjukkan Kak Rose kepada Natasha adalah berwarna putih. Namun, apa yang terlihat oleh mata dan fikiran Natasha hanyalah warna hitam yang setitik.


Apa yang dapat kita renungkan?


Inilah lumrah kehidupan. Orang acap kali terlihat dan melihat sesuatu keburukan mendahului kebaikan. Penerimaan awal dengan sesuatu yang dipandang pertama kali selalu sahaja yang negatif. Hati dan pemikirannya telah disetkan begitu. Kemudian, apabila diperjelas tentang keadaan yang sebenar, barulah dia mahu bersangka baik.

Sebagai contoh… Natasha yang dilihat bercakap-cakap dengan Anuar. Natasha dan Anuar berada dalam situasi dan perasaan yang berbeza. Anuar memang hendak bermesra dengan Natasha tetapi tidak bagi gadis sunti itu.

Bagaimana pula dengan pandangan mereka yang melihat? Ya! Bisa sahaja mengundang fitnah. Jadi, salah siapa? Adakah salah mereka yang memandang? Jawabnya ya dan tidak. Ya… kerana mudah sangat untuk bersangka-sangka. Dan tidak! Kerana… situasi yang menunjukkan Natasha dan Anuar sedang berbicara berdua-duaan (walaupun keadaan itu berlaku di tempat awam) mendorong tanggapan sebegitu.

Jadi???

Fikir dan renung-renungkan…

Muthiah : Adakah Natasha dapat memelihara hatinya?
0 Responses