Hari Jumaat yang barakah

Assalammualaikum. Apa macam malam ni? Plan asal, nak menulis blog satu artikel sehari sahaja tapi... oleh sebab esok seharian full, malam ni Muthiah tulis siap-siap lah. Nak tulis pasal apa ya?

Happy meπŸ˜„πŸ˜„

Yup. Hari ni... boleh kata hari yang paling menyenangkan hati Muthiah. Alhamdulillah. Semua yang dirancang berjalan dengan baik. Benda yang datang pun baik-baik belaka. Makan pun sedap je hari ni (naik lif tekan sendiri).

Dalam jam 10.45 pagi, Muthiah berkayuh ke beberapa destinasi. Macam biasa. Demi mencari dan berkongsi rezeki dengan makhluk Tuhan. Sebelum tu, singgah kedai Fathima beli kuih dalam2-3 amah. Dapatlah dalam enam biji karipap. 

Kayuhan hari ini.

Sampai dekat pesisir tasik, Muthiah singgah tengok si lelabi (port biasa Muthiah bagi budak ni makan). Saja cuba nasib kot depa ada. Lazimnya, pagi-pagi depa tak ada. But then, sedang Muthiah memerhati ke dalam tasik... nah, muncul sekor menghampiri Muthiah. Yeha...


Selesai bagi makan lelabi, Muthiah bergerak ke arah Ayer 8 melalui Cyberview. Nampak Muklis, isteri dan rakan-rakan tengah duduk berehat. Alhamdulillah. Rezeki mereka untuk menjamah kuih yang Muthiah beli tadi.

Muthiah kemudiannya meneruskan perjalanan ke tempat Oyen. Alhamdulillah. Another good/ happy news. Oyen yang dah beberapa hari MIA tiba-tiba ada. Muthiah bertanya kepada pekerja am di situ. Ke mana Oyen 2-3 hari ni? Kata mereka, kalau Oyen tak ada di Gazebo, dia akan duduk di rumah banglo berhampiran. Rumah lama Oyen sebelum owner Oyen pindah dan tinggalkan dia. Suka betul Muthiah Oyen sihat dan selamat. Another yeha...

Oyen..

Selesai di tempat Oyen... Muthiah berkayuh menghala ke arah Bazaar 8. Paling best hari ni, sepanjang jalan Muthiah... terserempak dengan berpuluh-puluh atau mungkin beratus ekor burung merpati. Ada satu tempat tu, siap ada seekor burung (Tak tahu nama apa. Kaki panjang dan bulu putih) tengah bertenggek. Biawak melintas pun ada. Haha.

Di Baazar 8, ada jumpa seekor je anak jalanan. Yang lain tak pasti ke mana. Tengah ronda-ronda agaknya. Muthiah tak lama kat situ sebab ada satu tempat lagi nak pergi. Plus some more, rushing nak balik sebelum suami balik untuk lunch di rumah. Syukur dah masak siap-siap. 

Dak Bazaar 8.

Dari Baazar 8, Muthiah naik ke Presint 3 ikut atas jalan raya. Sebenarnya, Muthiah tak gemar sangat berkayuh atas jalan ni sebab kena bertembung dengan kereta. Kalau tepi tasik, jumpa basikal dan orang jogging je.  Lagipun, Muthiah tak berapa berani melintas jalan tapi... sebab destinasi akhir ni memerlukan Muthiah bergerak ke arah sana, terpaksalah. Sampai destinasi... macam ditunggu-tunggu pulak. Ada tiga ekor dak nan sedang menanti. Alhamdulillah. Rezeki buat depa dan Muthiah juga sebenarnya.

Dak nan..

Muthiah sampai rumah agak lewat. Another happy situation. Suami yang dah sampai rumah tolong panaskan lauk. 

Dalam hidup ni... kita lah yang membuat pilihan... 

Pilihlah untuk berbuat yang baik. Walau hanya dengan berkongsi sedikit rezeki dengan makhluk Tuhan. 

Pilihlah untuk bercakap yang baik. Macam yang Muthiah pernah tulis sebelum ni. "Jaga lidah". Muthiah nak tambah satu lagi. "Jaga jari". Elakkan berkata sesuatu yang boleh mengguris hati orang lain. Macam mana nak tahu hal tu bisa mengguris hati atau tak? Ada benda, boleh dibuat gurau. Ada benda, tak boleh. Ada orang, kena maki hamun pun relaks je. Ada orang, cakap sikit dah terasa. 

Contoh... 

"Kau ni hitam lah." vs "Kau tu putih sangat ke?"

"Kau ni gemuk lah." vs "Kau tu kurus sangat ke?"

"Kau ni hodoh lah." vs "Kau tu cantik sangat ke?"

"Kau ni kau ni kau ni lah." vs "Aku lah aku lah aku lah!"

Kalau kita nak orang jaga hati kita, terlebih dahulu kita kena jaga hati orang. Jangan marah kalau kita terlebih sensitif (walhal orang tak ada apa-apa pun) sebab kita sendiri terlebih dahulu tidak peka dengan sekeliling.

Okey. Cukup bebelan hari ini. Yang baik, boleh manfaatkan. Yang tak baik, boleh jadikan teladan. Kita sama-sama berusaha untuk menjadi lebih baik. 

Ada pun kau...

Assalammualaikum, semua. Salam Jumaat. Salam penuh keriangan. 

Nampak kepala dia?

Apa plan hari ni? Muthiah... nak tulis blog ni ha. Kemudian, nak keluar cycling sekitar Putrajaya. Sesiapa duduk sini, kalau nak cycling sesama boleh PM tepi. Tapi... kena ikut route Muthiah lah. Dalam 18 - 21 km. Kenapa kena ikut route Muthiah? Sebab... sebenarnya Muthiah berkayuh sambil bagi budak kaki empat makan. Ada beberapa check point Muthiah kena pi. Dan ada satu check point tambahan... Muthiah sengaja cycling situ sebab nak melambai kepada seorang warga emas yang duduk di atas kerusi roda di hadapan sliding door rumah dia. Saja nak berkawan jarak jauh. 

Okey. Nak tulis apa ya? Oh ya. Selain bagi makan si bulus berbulu, Muthiah ada juga bagi makan dengan kura-kura (tak sure kura-kura ke labi-labi benda alah tu). Dulu... setiap kali Muthiah bagi makan, mesti depa mai dengan geng. Adalah dalam 6 ekor. Siap boleh landing kat tebing lagi. Pun begitu, baru-baru ni... setiap kali Muthiah nak bagi makan... akan ada orang yang rehat/ lepak/ duduk-duduk dekat port dak ni. Jadi, Muthiah tak adalah nak bagi makan dah. Lagipun, ada dari kalangan mereka yang turut berkongsi rezeki dengan depa ekor. 

Beberapa hari sudah... tak ada orang kat port tu. Jadi, Muthiah pun singgah lah untuk bagi makan. Tapi kan... dak-dak ni, timbul sekejap dan menyorok. Tak macam masa mula-mula Muthiah bagi makan. Habis bawa geng. Kecewa gak. Hari selepas tu pun sama. Depa timbul dan terus menyorok. Tak tahu apa masalah.

Semalam... Muthiah cuba lagi bagi makan. Apa yang membuatkan Muthiah agak happy... Depa muncul sekor demi sekor mendekati Muthiah. Maybe sebab Muthiah lama tak turun, depa tak kenal. Ni, dah kenal balik. Haha...



Okey. Nak keluar dulu. Hari ni plan nak cycling pagi sebab nak cari Oyen. Dah dua hari Oyen tak ada kat tempat dia. Nak tanya pekerja am kat tempat Oyen. Doakan Oyen baik-baik sahaja ya.

Jaga Lidah



Assalammualaikum, semua. Buat apa hari ni? 😍😍

Muthiah... sepagi, ada kawan datang rumah. Berkongsi dan mendengar cerita. Agak lama kami dating. Bercakap pasal permasalahan orang awam yang kadang tu, tak nampak jalan penyelesaian. Ada jalan tapi panjang likunya. Apapun, moga segala urusan kawan Muthiah dipermudahkan Allah. Insya-Allah. Muthiah yakin pasti. Allah uji dia dan mereka kerana Allah tahu mereka mampu mendepaninya. 

Okey. Semalam, Muthiah ada berkongsi pasal hadis 29 daripada hadis Arbain kan? Actually, Muthiah ada buat kupasan tentang keseluruhan hadis tu (untuk presentation usrah) tapi hari ni, Muthiah nak bercakap pasal 'Jaga Lidah' sepertimana yang disebut dalam akhir hadis.

LIDAH...

Susah nak jaga lidah ni. Bukan kata kat orang lain tapi Muthiah cakap kat diri Muthiah sendiri. Cakap sesuatu yang tak disukai orang yang diperkatakan, jadi UMPAT. Cakap sesuatu yang tak betul, jadi FITNAH. Dua-dua Allah tak suka. Dua-dua boleh undang dosa. Dua-dua boleh bawa kita ke neraka. Jadi macam mana? Cuba check. Ada involve tak dengan dua benda ni?

Jomlah. Kita sesama. Rakan pembaca blog dan Muthiah sama-sama cuba dan berusaha untuk menjaga lidah masing-masing.

Kita biasakan diri. Cakap benda baik atau diam. Kat sini, kena belajar untuk proses dulu sebelum nak cakap apa-apa. Jangan main ikut sedap mulut je. Benda yang kita cakap tu baik ke idak. Benda kita cakap tu menyakitkan hati orang lain ke tak. Benda yang kita cakap tu betul ke salah atau tanggapan kita sahaja. Benda yang kita cakap tu ada manfaat tak. Benda yang kita cakap tu kita dah siasat betul-betul ke... dah tanya dua-dua belah pihak. Benda yang kita cakap tu Allah suka tak

Kalau tak... lebih baik diam sahaja. Serius. Kalau kita bercakap sesuatu yang tidak betul... boleh undang fitnah. Kita menghukum pulak atas benda yang tak betul tu... boleh menyakitkan hati orang lain. Percayalah. Perbuatan kita ni... walaupun kita rasa puas atau seronok bila dapat mengata atau menghukum (padahal perkara tu tidak jelas atau mungkin tak betul), jiwa kecil kita sebenarnya tak akan tenang. Kenapa kita tidak tenang? Sebab... mana tahu. Kan doa orang yang dizalimi itu diangkat terus oleh Allah SWT.

Hmm...

Hal ni mengingatkan Muthiah pada beberapa peristiwa dulu kala. Ada Polanah binti Polanah ni... selalu bercakap tak elok. Pada kaca mata dia, yang buruk je. Ada je yang tak elok. Semua benda salah dan tak kena. Lebih parah apabila dia hanya mendengar dari sebelah pihak. Sudahlah hanya mendengar dari sebelah pihak... dah dengar tu, terus mengata dan menghukum. Kesan apabila berkata-kata yang buruk sebelum siasat dan mendengar dari kedua belah pihak... bila tahu salah dan mengakui kesalahan... hati yang tersakiti kekal sakit dan disakiti. Chewah ayat. 

Dari sisi orang yang rasa dizalimi...

Sebagai manusia, jiwa kita ni rapuh. Kadang kita boleh hadap dan bolayan. Tapi sampai satu ketika... bila perkara ni berlaku berterusan. Kita yang sedia lemah ni kekadang terlepas juga dengan doa yang tidak menguntungkan sesiapa. Iyalah. Kan tengah tersakiti tu.

Perkara paling besar pernah Muthiah buat dalam berdoa kepada orang lain... 

Muthiah angkat tangan dan merintih pada Allah, "Ya, Allah. Aku berlepas tangan dengan apa yang dia katakan. Ya, Allah. Biarlah buruk sangka dan sakit hati dia sebati dan kekal dalam jiwa dia sampai bila-bila. Dan... (Satu doa ni Muthiah simpan ye. Nak tahu PM tepi. Haha)."

Doa yang agak berat bagi orang yang tersakiti.  Impaknya besar jika dimakbul Tuhan kepada orang yang menzalimi. But then... doa yang sekali ini, setelah Muthiah ungkapkan... Muthiah rasa lega. Kenapa lega? Sebab dah serah 101% pada Allah. Allah Maha Adil. Allah Maha Berkuasa. Allah Maha Segalanya.

Justeru... 

Jagalah lidah kita. Jaga betul-betul. Kalau tak perlu untuk berbicara, diam sahaja. Muthiah pun... banyak je terlepas cakap sesuatu yang mengguris hati tetapi dari semasa ke semasa, Muthiah cuba untuk berkata yang baik-baik sahaja. Sebab boleh jadi Muthiah yang betul. Boleh jadi juga Muthiah yang salah dan sedang menzalimi. Nauzubillah.

Muthiah: Jom cakap dan doa yang baik-baik. 

 

Hadis 29 (Hadis Arbain)



Daripada Mu'az bin Jabal RA berkata bahawa beliau bertanya kepada Rasululullah SAW, "Wahai Rasulullullah, beritahulah kepadaku tentang suatu amal yang dapat memasukkanku ke dalam syurga dan menjauhkanku daripada neraka.

Nabi SAW menjawab, "Engkau bertanya tentang pekara yang besar namun sesungguhnya ia adalah mudah bagi orang yang dimudahkan oleh Allah SWT. Sembahlah Allah dan jangan menyekutukan-Nya dengan sesuatu pun, kerjakanlah solat, keluarkanlah zakat, berpuasalah pada bulan Ramadhan dan kerjakanlah ibadah Haji ke Baitullah."

Kemudian baginda bersabda, “Inginkah engkau kuberi petunjuk akan pintu-pintu kebaikan?”

Puasa itu adalah perisai, sedekah adalah amal yang menghapuskan kesalahan sebagaimana air memadamkan api, dan solatnya seseorang pada tengah malam. Kemudian Baginda membaca ayat daripada surah as-Sajadah, ayat 16-17, “Mereka merenggangkan diri daripada tempat tidur (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan solat tahajud dan amal-amal soleh), mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan murka-Nya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredhaan-Nya) dan mereka selalu menderma sebahagian daripada apa yang Kami beri kepada mereka. Maka tidak ada seorang pun yang mengetahui satu persatu persediaan yang telah dirahsiakan untuk mereka (daripada segala jenis nikmat) yang amat indah dipandang dan mengembirakan, sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang mereka telah kerjakan.”

Kemudian baginda bersabda, “Mahukah engkau kuberitahu tentang pokok amal, tiang dan puncaknya?” 

Saya menjawab  “Mahu, wahai Rasulullah!”

Rasulullah SAW bersabda “Pokok amal adalah Islam, tiangnya adalah solat, dan puncaknya adalah jihad.

Kemudian baginda bersabda, “Mahukah engkau kuberitahu tentang kunci daripada semua perkara itu?”

Saya menjawab, “Mahu, wahai Rasulullah”

Baginda lalu memegang lidahnya dan bersabda, “Jagalah ini!”

Saya berkata, “Wahai Nabi Allah, adakah kita dihisab atas apa yang kita katakan?”

Baginda bersabda, “Semoga ibumu kehilanganmu! (ungkapan hairan). Tidak ada yang menjerumuskan orang ke dalam neraka melainkan hasil daripada ucapannya (yang berbentuk maksiat)?”

(HR Ahmad No. 22016 dan at-Tirmizi No. 2619)

☝☝☝☝☝☝

Assalammualaikum, semua. Buat apa tu? Tengah meeting ni. Haha. Sambil-sambil keng...

Tugasan usrah Muthiah tempoh hari. Tak nak ulas panjang. Cuma mungkin nanti nak berbicara tentang Jaga Lidah. Jom baca hadis dulu dan fikir-fikirkan....

Homestay @ PD (Tiara Bay Apartment)

Assalammualaikum. Apa macam hari ini? Muthiah... so far so good. Dalam usaha untuk dapatkan BMI yang ideal dan berat badan yang dikehendaki. Oleh sebab hobi utama Muthiah ialah makan, maka fokus utama Muthiah untuk capai BMI dan berat badan yang diidamkan ialah dengan melihat kepada DC. Tahu apa itu DC? Aha. Muthiah pun baru tahu. Sejak dua menjak ikut macam-macam grup kurus cara sihat ni.

Okey. Muthiah tak nak cakap pasal projek kurus Muthiah. Next time, bila mood menulis pasal tu datang, Muthiah kongsi. Manalah tahu boleh ambil manfaat. Sampaikan walau satu ayat (kebaikan). 

Hari ni... Muthiah nak kongsi satu tempat penginapan harga mampu bayar milik sahabat Muthiah. Sahabat seorganisasi di Putrajaya. Baik, tegas dan tabah orangnya. Manalah tahu. Kalau ada di antara sahabat maya Muthiah merancang untuk bercuti ke Port Dickson...  boleh tengok-tengok tempat ni kot berkenan. 

Ayuh, kita jelajah ke Homestay Tiara Bay Apartment (studio) sekejap...


☝Antara kemudahan yang disediakan. Boleh contact nombor yang tertera ya.


☝ Keadaan dalam tempat penginapan yang disediakan. Penerangan lanjut, boleh tengok video pendek di bawah ni.



Selamat bercuti bersama insan tercinta. πŸ’—πŸ’—πŸ’—πŸ’—πŸ’—πŸ’—πŸ’—πŸ’—



Oyen...

Assalammualaikum. Mulakan harimu dengan senyuman. Macam ni ha 😊😊

Hari ni, Muthiah nak bercerita tentang Oyen. 

Alah, Oyen. Budak paling glamer kat Malaysia ni. Asal nama Oyen, memang banyak hal lah.


Oyen ni, Muthiah jumpa dan kenal ketika berkayuh dari Putrajaya lalu tasik Cyber kemudian kembali ke Putrajaya semula. Sedang berkayuh, nampak dia sesekor di gazebo tepi tasik. Tidak jauh dari gazebo, ada beberapa buah rumah banglo. Kata pekerja am di situ, dulu... Oyen ni menghuni di salah sebuah banglo kat sana. Pun begitu, apabila tuan rumah pindah... Oyen ditinggalkan. Sedih kan kalau betul seperti apa yang dikata. Sob sob...

Mungkin pada peringkat awal Oyen ni rasa sedih ditinggalkan tapi rasanya dah tak rasa sedih kot. Dia dah move on. Dah jadi retis kat pesisir tasik ni. 

Iyalah. Setiap kali Muthiah lalu di gazebo, ada aja awek dan pakwe cun/ handsome duk bagi dia makan lah... duk selfie dengan dia lah... peluk dia ketat-ketatlah... macam-macam lah. Kata akak pekerja am, ada seorang pak cik selalu bagi dia makan. Muthiah kira... banyak feeder Oyen ni. Iyalah. Dalam bekas makanan dia, ada beberapa kibbles berlainan brand. 

Okey. Tak nak cerita panjang pasal Oyen. Hidup dia aman dan bahagia kat situ. Namun, jauh di sudut hati Muthiah... Muthiah masih mengharap agar ada mummy/ daddy yang baik sudi adopt dia. Ada forever home. Keselamatan terjamin walaupun akak pekerja am bagitahu Muthiah, "Jangan risau, kami ada jaga dia." Moga sesiapa sahaja yang berkongsi rezeki dengan Oyen... dan geng-geng Oyen dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan berbahagia selalu. Macam Muthiah. Haha...


Selain Oyen... banyak budak berkaki empat yang hidup sebagai gelandangan. Di kedai-kedai... di masjid... di surau... di tepi jalan... paling sadis, dekat tempat pembuangan sampah. Hari ni, Muthiah tak nak bercakap pasal TNR. Muthiah just nak ajak sahabat-sahabat yang Muthiah sayang sungguh πŸ’“πŸ’“πŸ’“πŸ’“... jom kita sama-sama berkongsi rezeki dengan makhluk Tuhan yang hanya tahu mengeow sahaja ni. Macam mana?

Jika mampu adopt kucing di jalanan, adoptlah. Vaksin. Neuter dan jadikan mereka macam ahli keluarga sendiri.

Kalau tak mampu... kongsilah rezeki semampunya. Bagi ayam ka... ikan ka... kibbles ka... kalau mampu dan berdaya, bawa kibbles tu ke mana-mana. Letak dalam bekas @ plastik @ apa-apalah yang memudahkan. Mana tahu... 

Sedikit perkongsian kita pada makhluk yang tidak boleh bertutur kata ini diberi ganjaran pahala tanpa halangan.

Muthiah: Jom beramal.

Yeay. Aku Muthiah....

 Assalammualaikum dan salam sejahtera. 


Ni ha. Gambar masa mula-mula aktif berblog.

Masih ingat dengan Siti Muthiah? πŸ’“πŸ’“πŸ’“

Agak aktif di blog sekitar tahun 2008. Jadi, adalah kawan blogger dan kawan maya sesikit. Muthiah menulis untuk belajar menulis. Menulis untuk mencari rentak penulisan. Waktu tu duduk Perak. Tengah nak berjinak-jinak dalam dunia penulisan. Nak jadi novelis. Agak 'lone ranger'. Dunia Muthiah ketika itu adalah rumah dan suami. Baru kahwin kan... Suami pulak keluar pagi balik malam. Jadi, aktiflah meluah rasa hati di sini. Nak marah, tak reti. Nak bercerita, ada juga yang tak terungkap. Sahabat pulak duduk jauh. Pun begitu, gunung berapi pernahlah meletup sekali dua. Haha...

Bila pindah WP, aktif pula dengan alumni... buku sendiri pun dah mula ada di pasaran. Jadi, mula aktif dengan aktiviti penulisan. Kawan depan mata pun makin banyak. Akhirnya... blog jadi makin sepi. Hmm... inilah manusia. Hargai sesuatu bila tiada apa-apa. Dah punya banyak benda, mulalah melupakan. Okay. SENTAP. Stop merapu.

Beberapa hari sudah... ada orang pesan, tulislah walau sedikit. Tulis aja. 

Sebenarnya, tak tahu nak tulis apa. Sis cuba ya. Tulis apa sahaja. Sampaikan walau satu ayat (kebaikan). Mana tahu. Ungkapan yang kita rasa kecil itu amat besar di sisi Allah.

Moga Allah merahmati kita semua. 

Salam kenal. Salam ukhuwah. Salam sayang.

Muthiah: Orang lain dah ber tik tok. Kau main blog lagi? Haha...