Bila salam bersambut




Astaghfirullah... Bulu romaku meremang. Tiba-tiba, rasa takut menghantui diri. Aku gusar kerana sering melupakan-NYA. Bibirku mengatakan ALLAHlah segalanya tetapi tidak bagi hati yang terletak jauh dalam jasadku. Hatiku meronta-ronta memanggil nama insan lain. Aku pasti!
‘Ampunilah dosaku. Ampunilah aku...’
‘Ya, ALLAH. Kurniakanlah rahmat-MU buatku yang sentiasa berbuat dosa ini...’
Aku tunduk memandang lantai bas yang berwarna kelabu. Perlahan-lahan kupejamkan mata. Entah kenapa tidak semena-mena aku berasa takut dan gelisah.
‘Ya, ALLAH. Ya, ALLAH. Ya, ALLAH...’ batinku menjerit-jerit memanggil TUHANku.
Aku yang tadinya membongkok sedikit ke hadapan kembali bersandar pada kerusi bas. Cepat-cepat kucelikkan mata. Takut kalau-kalau mataku tidak dapat melihat dunia lagi. Nah!!! Wajah Asyraf juga yang hadir...
Entah kenapa hanya wajah itu yang sering datang dalam kotak pemikiranku... ungkapannya, tingkah lakunya dan segala sesuatu yang berkait dengan dirinya! Meskipun bibirku menyebut nama TUHAN, hatiku tidak mahu turut serta. Aku yang tadinya tidak keruan menjadi semakin gelisah. Aku mengatup kembali mataku. Dengan harapan, wajah itu akan beransur pergi tatkala aku mencelikkan mata semula.
‘Ya, ALLAH. Sesungguhnya aku tidak dapat melakukannya tanpa pertolongan serta petunjuk daripada-MU.’ Aku merayu dengan penuh pengharapan. Kali ini, aku membuka mataku perlahan-lahan. Alhamdulillah, ia sudah hilang dari pandangan. Aku segera mengambil majalah Al-Islam yang kusimpan di dalam beg sandangku. Beg tersebut pula terletak betul-betul di tepi kerusiku.
‘Astaghfirullah... astaghfirullah... astaghfirullah,’ ucapku di dalam hati. Moga-moga ungkapan ini dapat menyucikan bintik hitam yang sedang menjalar.
Mengantuk... Lebih baik aku tidur dahulu. Tidak sabar rasanya menghirup udara segar di desa. Berjumpa dengan ibu yang banyak mencurahkan bakti buat aku dan adik-adik. Setelah ayah meninggal dunia lima tahun dahulu, ibulah ayah dan jua ibu. Ibu tidak pernah mengeluh dengan keperitan hidup yang dialami.
Tidak dapat aku lupakan saat dia mengalirkan air mata tatkala aku menerima tawaran memasuki universiti tersohor ini. Lantas dia membuat sujud syukur sebagai tanda terima kasih kepada ALLAH atas peluang yang diberikan-NYA kepadaku. ‘Terima kasih, TUHAN,’ ucapku perlahan. Mataku semakin layu. Entah bila aku terlelap, aku sendiri tidak tahu...
~bersambung~



Jadi... AYUH!! Bagi yang tidak bermaya. Mari sama-sama kita bangkit kembali. Alah! Cakap senanglah. Hmm... Jadi, pilihlah untuk berterusan lemah dan tidak bermaya ;)





Aku memandang sebelah kiri... kelihatan seorang pak cik begitu khusyuk membaca majalah. Mungkin dia baru membelinya sementara menanti ketibaan bas. Pasti bosan menunggu bas yang kadang-kadang tertangguh sehingga berjam-jam lamanya! Lebih-lebih lagi pada musim perayaan. Mahu pitam dibuatnya.
Kulihat pak cik itu sedang membelek majalah Mastika dengan teliti. Jika Mastika yang dibaca, sudah tentu ada isu hangat yang dipaparkan. Muka hadapan majalah tersebut kuperhatikan dari jauh. Terpapar gambar sekumpulan remaja yang berpakaian serba hitam. Wajah-wajah mereka dikaburkan. ‘Kumpulan Black Metal gamaknya,’ aku berkata sendiri. Entah apa hendak jadi dengan dunia hari ini.
Islam itu sudah cukup cantik. ALLAH yang Maha Tahu sudah menyediakan yang terbaik untuk setiap makhluk di atas muka bumi ini. Bukankah PENCIPTA itu lebih arif atas sesuatu yang dicipta-NYA? DIA tidak lokek dengan kurniaan dan yang paling utama, DIA sama sekali tidak kedekut dengan kasih sayang-NYA yang Maha Agung. Tanpa cinta al-Malik, pasti kita tidak akan aman dan tenteram. Justeru, sentiasalah kembali dan ingat kepada PENCIPTA... sebagai tanda kesyukuran dan terima kasih.
Sekiranya ditanya kepada murid-murid sekolah rendah yang bakal menduduki peperiksaan UPSR, “Siapakah Alexander Graham Bell?” Pasti ada yang terloncat-loncat hendak menjawabnya. Maklumlah, mereka sudah sinonim dengan nama ini. Saintis barat yang sememangnya sudah cukup dikenali.
Bapa orang-orang pekak ini menjadi terkenal apabila berjaya mencipta telefon pada tahun 1876. Meskipun berabad sudah berlalu, namanya masih menjadi sebutan. Mengapa? Kerana jasanya! Atas sebab itulah sewaktu kematiannya pada Ogos 1922, semua telefon di Amerika Syarikat telah berhenti berdering selama seminit, sebagai tanda penghormatan atas sumbangannya dalam bidang saintis khususnya aliran komunikasi.
Itu Graham Bell, bagaimana pula dengan ALLAH SWT yang telah mencipta seorang lelaki genius bernama Alexander Graham Bell itu? Bukan itu sahaja bahkan RAB yang satu ini telah menjadikan alam semesta dalam sekelip mata. Alam semesta tersebut pula diduduki oleh berbilion nyawa. Ada yang taat dan ada juga yang ingkar terhadap-NYA. Mereka yang derhaka ini mungkin lupa dan boleh jadi tidak pernah diingatkan. Apabila DIA katakan, “Kunfayakun,” maka jadilah segala sesuatu tanpa sebarang halangan. Tidak kira sama ada satu kehidupan baru mahupun kemusnahan yang bisa melenyapkan mereka yang angkuh lagi sombong itu.
Aku menggeleng perlahan. Khuatir diriku tergolong dalam golongan yang ingkar. Khuatir menjadi insan ‘terpilih’ yang dilenyapkan TUHAN dari atas muka bumi ini dalam keadaan hina dan mengaibkan.
~bersambung~


Persoalannya, kenapa perlu fitnah dan dengki-mendengki? Bukankah ALLAH Maha Adil lagi Saksama? Boleh jadi kita merasakan yang dia mendapat apa-apa yang tidak kita perolehi tetapi ingat!!! Kita juga telah mendapat sesuatu yang terbaik untuk diri kita. ALLAH lebih tahu sedang kita tidak mengetahui.
Tanyakan pada diri…
Tidak takutkah kita pada ALLAH yang ESA?
Tidak risaukah kita kepada penghitungan TUHAN yang Maha Teliti?
Tidakkah, tidakkah???
Adakah kita senang melihat orang lain menderita disebabkan sikap busuk hati ini? – Buktinya…
Adakah kita akan berasa bahagia andai kegembiraan orang lain itu berjaya kita ragut? – Mungkin, ya. Kerana kita dapat dia menangis. Hmm… Buktinya? Muthiah… cakap kena pakai bukti!
Tenangkah kita setelah melakukan semua ini? Tidak, bukan? Kita mungkin boleh tersenyum puas tetapi benar-benar tenteramkah hati kita?
Aisey, Muthiah… Ini adalah anggapan sahaja. Mana ada orang yang dengki dan busuk hati?
Hehe… Sekiranya tidak ada, baguslah. Boleh jadikan tulisan ini sebagai satu peringatan buat diri sendiri (Muthiah khususnya). Namun, bagi yang makan cili, tentu akan terasa pedasnya. Seperti yang selalu Muthiah ungkapkan berkali-kali, ambil yang baik, dan tinggalkan yang tidak memberi manfaat.
Apa pun, kitalah yang membuat pilihan. Pada KRZ, bersabarlah. ALLAH ada. ALLAH dekat. ALLAH Maha Adil. Mungkin Muthiah tidak cukup mengenali akak… tidak juga tahu cerita yang sebenar tetapi itulah… kata kunci di sini ialah SABAR. Perihal DENGKI dan BUSUK HATI pula… isu untuk hari ini dan… bagi siapa-siapa yang memiliki sikap ini… Jangan bimbing. Masih ada jalan dan ruang untuk kembali ke pangkal jalan.
Muthiah : Aduh… Panasnya cili…

Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Muthiah… Alhamdulillah. Hehe… Muthiah baru balik ‘outstation’ di Melaka sebenarnya. Ops, bukan Muthiah tetapi suami. Muthiah menjadi peneman sahaja. Internet di sini pula tidak berapa baik. Jadi, hampir seminggu juga Muthiah tidak melayari internet. Perasaan? Biasa-biasa sahaja. Boleh layan My Boss My Hero dan Den-O. Dan…
Hmm… hari ini, Muthiah hendak menulis tentang apa, ya? Sekejap hendak fikir (sambil tersenyum lebar kepada seseorang)…
Baru-baru ini, Muthiah terbaca satu pernyataan di dinding Facebook seorang teman. Oleh sebab kata-kata itu agak pelik, Muthiah pun menghantar mesej peribadi kepadanya,
“As salam. Akak okey?”
Dia lantas menjawab,
“Waalaikumussalam, Hanan. Entahlah, Hanan. Semakin akak bersabar, semakin menjadi-jadi pula fitnah yang dilemparkan…”
Hmm… FITNAH? Bukti difitnah? Kesan difitnah? Akibat difitnah?
FITNAH… DENGKI… HASAD… BUSUK HATI…
Entahlah. Muthiah? Hmmm....
Usahalah melayan... Kerana.... Sekiranya kita melayan dan terus melayan... menyesakkan otak dan membazirkan masa. Maka, cuba dan berusaha PERSETANKAN sahaja!
~bersambung ~
Muthiah : Senyum sokmo ;)
“BAS Sani Ekspres ke Kota Bharu jam 9.00 malam telah memasuki kawasan platform. Sila naik bas nombor sebelas dengan nombor pendaftaran BCL****. Pastikan anda mencari bas kerana bas sama sekali tidak akan mencari anda ...” Pengumuman dibuat, menandakan sudah tiba masanya aku berangkat pulang ke kampung halaman. |
Hiruk-pikuk kota metropolitan akan aku tinggalkan buat sementara waktu. Tiada lagi kesesakan lalu lintas. Aku juga tidak perlu berpanas-panasan di dalam bas tatkala menuju ke fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat yang terletak nun jauh di sana. Tidak dinafikan, kedudukan fakultiku yang dibangunkan di atas bukit menyediakan pemandangan yang indah, namun untuk sampai ke sana, sakit kepala lutut dibuatnya.

‘Natasha, sesungguhnya setiap amal itu bermula dengan niat!’ Bentak hatiku. Semuanya akan kembali kepada diriku sendiri. Sekiranya aku berniat untuk menarik perhatian seseorang, itulah yang akan aku perolehi. Boleh jadi niat yang tidak baik ini kelak akan membinasakan diriku.
Astaghfirullah, sering kali aku dibuai mimpi yang melalaikan. Acap kali juga aku teralpa daripada amaran TUHAN. Bukankah yang halal itu jelas dan yang haram itu nyata? Aku tahu bahawa api neraka itu panas tetapi tidak pernah kujauhi.
‘Ya, ALLAH. Ampunilah dosa hamba-MU yang lemah ini,’ aku berbisik sendiri.
Siap menyimpan beg di tempat meletak barang, aku mula mencari tempat duduk. A18! Alhamdulillah, kali ini aku mendapat single seat. Ditambah dengan keadaan bas yang agak baru membuatkan aku berasa selesa dan lapang. Jika tidak, sukar benar mataku mahu lena. Macam-macam yang akan aku fikirkan. Brek tidak makan... tayar pecah... semua ada di dalam kotak mindaku sekiranya bas yang aku naiki tidak menepati cita rasaku.
~bersambung~


Hmm... Apa lagi, ya? Jom muhasabah...
BIASA didengar bahawa penulis yang ada nama besar enggan membenarkan sebarang suntingan kepada karya mereka kerana beranggapan karyanya sempurna dan kerenah ini akan menyukarkan editor menyempurnakan tugas mengikut syarat ditetapkan sesebuah syarikat penerbitan.

‘Terima kasih, ya ALLAH,’ kataku di dalam hati. Dengan izin-MU, dapat aku hindari fitnah ini... Fitnah yang banyak menimbulkan perpecahan di kalangan umat manusia. Fitnah yang bisa mengganggu-gugat keamanan sejagat. Sama sekali tidak menguntungkan mana-mana pihak. Tidak sama sekali! Fitnah yang membangkitkan perasaan benci dalam diri. Benci dan marah kepada si pemfitnah serta mereka yang difitnah.
Tanpa sedar, banyak kaki yang menuruti langkah Abdullah bin Ubay. Tanpa rasa takut kepada ALLAH yang amat teliti penghitungan dan perkiraan-NYA, Aisyah dan Sofwan dijadikan mangsa. Mangsa fitnah yang jelas boleh membinasakan.
Ah!!! Begitu besar kesan fitnah ke atas manusia dan aku pula sedang menuju kepadanya.
Beruntunglah Sayidatina Aisyah R.A. kerana dibersihkan namanya melalui firman ALLAH yang berbunyi, ‘Sesungguhnya orang yang membawa berita bohong itu adalah daripada golongan kamu juga. Janganlah kamu kira bahawa berita bohong itu buruk bagimu bahkan ia adalah baik buatmu. Tiap-tiap orang daripada mereka mendapat balasan daripada dosa yang dikerjakannya. Dan barang siapa di antara mereka yang mengambil bahagian yang besar dalam penyebaran berita bohong itu, baginya azab yang besar...’
Sedangkan isteri kesayangan Rasulullah menerima tuduhan serong sebegini, inikan pula aku manusia biasa. Insan lemah yang masih memerlukan tarbiah untuk menyucikan hati dan jiwa. Aku begitu naif tentang kehidupan yang begitu banyak pancarobanya. Aku begitu kerdil dan hina di hadapan TUHAN. Masih banyak yang perlu aku pelajari untuk membersihkan hati yang semakin kotor sehari demi sehari.
Moga-moga ALLAH akan sentiasa memberi ruang dan peluang kepadaku untuk kembali mengharapkan keampunan-NYA di atas segala kekhilafanku. Andai kata puteri kesayangan Sayidina Abu Bakar itu disucikan namanya oleh ALLAH melalui wahyu-NYA, aku berharap agar ALLAH memeliharaku daripada fitnah yang boleh memusnahkanku...
“Assalammualaikum dan selamat malam.”
Lamunanku terhenti. Suara itu telah membuatkan aku tersentak sendiri.
“Waalaikumussalam... malam...” bergema dewan makan dengan suara para pelajar.
“Apa khabar semua? Segalanya ditanggung beres?”
Diam sejenak...
“Bersemangatlah sedikit,” katanya lagi.
“Seronok...” jawab pelajar-pelajar junior.
“Baiklah... cukup untuk hari ini. Pagi esok, abang akan umumkan pemenang kumpulan terbaik. Malam ini, balik bilik dan terus tidur. Bagi pelajar yang beragama Islam, jam 4.30 pagi esok ada qiamullail di surau Umar Al-Khattab. Pastikan datang tepat pada waktunya. Kita berkumpul balik dalam dewan ini jam 9.00 pagi, insya-ALLAH,” Asyraf menambah. Sedikit tegas tetapi tetap bersahaja.
“Baik...” jawab satu suara.
“Okey...” sayup-sayup jawapan sebegini kedengaran.
“Insya-ALLAH,” laung Anuar dan diikuti dengan laungan yang sama oleh pelajar-pelajar yang beragama Islam.
“First college...”
“Power!”
“First college...”
“Power!”
“Baik, kita bersurai di sini. Assalammualaikum dan selamat malam,” Asyraf menyudahi kata-katanya.
Aku tersenyum memandang wajahnya yang tenang. Kemudian, aku menoleh ke arah Kak Rose yang begitu ralit memerhatikan Asyraf. Hmm...
Tiba-tiba, wajah ibu berlegar-legar di dalam kotak pemikiranku. Tidak sabar rasanya untuk menjamah air tangan ibu. Malam esok aku akan balik kampung setelah berminggu-minggu berkampung di kampus Universiti Malaya ini!!!
Alhamdulillah, selesai sudah semuanya. ‘Balik kampung... ooo balik kampung,’ bait lagu Balik Kampung dendangan Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad kunyanyikan perlahan-lahan sambil tersenyum manis. Maniskah senyumanku? Entahlah...

