Ayah! Amir nak masuk U



Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Moga-moga, sihat dan ceria hendaknya. Apa? Tidak sihat? Jangan lupa makan ubat, makanan yang berkhasiat, rehat secukupnya (jasad dan minda) dan... ingatlah ALLAH dengan zikrullah.

Hehe... Alhamdulillah. Dengan izin-NYA novel remaja pertama Muthiah sudah pun berada di pasaran. Hanya lafaz syukur yang mampu Muthiah ungkapkan. Setinggi-tinggi penghargaan juga Muthiah ucapkan kepada suami, keluarga, sanak-saudara, geng, adik-adik serta teman-teman yang banyak menyokong dan mendoakan Muthiah. Ya. Muthiah percaya kepada kekuatan doa. Muthiah yakin dengan kesabaran hati yang bisa membawa kita kepada satu kejayaan. Insya-ALLAH, apabila kita berusaha... tidak mengenal erti putus asa... tidak mengabaikan hak ALLAH dan suami (kerana Muthiah adalah seorang isteri), ALLAH pasti akan menunjukkan jalan-NYA.

Novel remaja? Ya. Novel ini sangat sesuai dibaca oleh para remaja. Tidak terkecuali juga orang dewasa. Iyalah. Kadang-kadang bahkan acap kali jiwa kita memerlukan motivasi untuk menggapai jaya. Antara kaedah yang ada ialah melalui membaca. Dengan kata lain, membaca buku yang bisa memotivasi. Insya-ALLAH... Kisah Amir sendiri dapat memberi semangat dan dorongan.



Mengisahkan seorang budak yang tidak pandai, miskin pula... berusaha keras untuk berjaya. Banyak halangan yang perlu ditempuhinya namun... dia sekali-kali tidak berputus asa. Halangan? Ya. Ayah dan abang-abangnya tidak menyokong. Kata Pak Lah, "Keturunan kita bodoh-bodoh belaka." Tidak!!! Amir mampu mengubah nasib keluarga. Amir hendak jadi doktor, macam Abang Amar dan Dr. Nizul.

Hehe... selanjutnya? Bolehlah dapatkan novel ini di pasaran. Moga-moga, sedikit sebanyak akan mendapat manfaat daripadanya.

Selamat membaca ;)

Kata hati : Tidak lupa juga ucapan terima kasih ini ditujukan buat Ida, Aisyah dan Buku Prima kerana telah memberi peluang kepada Muthiah sehingga terhasilnya novel Ayah! Amir nak masuk U.

** Bagi yang meminati novel ISLAMIK, boleh belek-belek juga Mencari Naurah di pasaran ;) **

Muthiah : Abe... Muthiah nak masuk U ;)
11 Responses
  1. menarik novel tu, sesuai utk murid2 time cuti2 ni :)


  2. Betul, betul, betul... (Gaya Ipin mengiyakan kata-kata Upin). Sedikit sebanyak dapat memotivasi, insya-ALLAH ;)


  3. azian_ab Says:

    waaa... novel ni sesuai utk anak2 sdara sy. hehehe nanti sy cari. dah ade di pasaran kan?


  4. Anonymous Says:

    memang bagus untuk memotivasikan para pelajar sekolah, mereka patut ada satu. Jadi, buat la "roadshow" ke sekolah-sekolah tahun depan sebagai promosi. =)


  5. azian_ab ~ Betul, betul, betul. ( Gaya Ipin dalam Upin dan Ipin).. Insya-ALLAH, ada unsur motivasi di dalamnya... Moga-moga, sedikit sebanyak dapat memotivasi.


  6. Insya-ALLAH, sudah ada di pasaran. Biasanya, MPH dan Popular insya-ALLAH ada. Mula terbit pada 3 Disember 2010.


  7. Putra Rman~ Alhamdulillah. ALLAH permudahkan urusan. Roadshow? Cadangan yang baik cuma... akak ni malu2 Doraemon sikit...


  8. ainhany Says:

    salam Muthiah,

    TAHNIAH dan ALhamdulillah novel dah terbit. Ayuh syukur atas ilham yg diizinkan ALLAH jua

    Ain yakin dgn kekuatan novel ini, Muthiah menulis degn pena hati dan kekutan agama yg mnjadi tunjang. Mudah2an ain dapat memilikinya dan mnjadi santapan untuk anak menakan di cuti2 kini.

    dlm berkrya kita mndidik
    dlam mndidik kita berdakwah
    ummh perlu diselamatkan kerana mereka pewaris yg ada
    w'aklam


  9. Ain,

    Alhamdulillah. Berkat redha dan doa suami, sokongan keluarga dan teman-teman juga. Moga-moga, novel remaja ini akan dapat memberi manfaat kepada golongan muda. Iyalah. Hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Atas sebab itu, Muthiah belajar menulis novel remaja pula. Doakan mampu istiqomah di atas jalan ini dan tetap meletakkan ALLAH di tempat teratas ya ;) Jzkk..


  10. ~sue~ Says:

    tak sia2 sue singgah sini..dpt info. tq


  11. Terima kasih kembali, Sue T___T