Dengki ke busuk hati?? (i)

Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Muthiah… Alhamdulillah. Hehe… Muthiah baru balik ‘outstation’ di Melaka sebenarnya. Ops, bukan Muthiah tetapi suami. Muthiah menjadi peneman sahaja. Internet di sini pula tidak berapa baik. Jadi, hampir seminggu juga Muthiah tidak melayari internet. Perasaan? Biasa-biasa sahaja. Boleh layan My Boss My Hero dan Den-O. Dan…

Hmm… hari ini, Muthiah hendak menulis tentang apa, ya? Sekejap hendak fikir (sambil tersenyum lebar kepada seseorang)…

Baru-baru ini, Muthiah terbaca satu pernyataan di dinding Facebook seorang teman. Oleh sebab kata-kata itu agak pelik, Muthiah pun menghantar mesej peribadi kepadanya,

“As salam. Akak okey?”

Dia lantas menjawab,

“Waalaikumussalam, Hanan. Entahlah, Hanan. Semakin akak bersabar, semakin menjadi-jadi pula fitnah yang dilemparkan…”

Hmm… FITNAH? Bukti difitnah? Kesan difitnah? Akibat difitnah?

FITNAH… DENGKI… HASAD… BUSUK HATI…

Entahlah. Muthiah? Hmmm....


  • JIKA berhadapan dengan situasi ini, ayuh kita CUBA dan BERUSAHA untuk serahkan segalanya kepada ALLAH
  • Mohonlah kepada DIA ~ Ya ALLAH. Jauhkan aku daripada sikap ini dan hindari aku daripada menjadi mangsa mereka yang iri hati. Kerana apa? Hanya itu kekuatan kita.
  • KEMBALILAH KEPADA ALLAH. Kerana pasti! ALLAH adalah Maha Segalanya. Jadi, hendak tidak hendak. ALLAH ADA, MELIHAT, MENDENGAR DAN MENGETAHUI.
  • BERSABARLAH kerana ALLAH sangat hampir dengan manusia yang sabar... doa mereka yang dizalimi pula insya-ALLAH akan dimakbulkan-NYA.


Usahalah melayan... Kerana.... Sekiranya kita melayan dan terus melayan... menyesakkan otak dan membazirkan masa. Maka, cuba dan berusaha PERSETANKAN sahaja!


~bersambung ~


Muthiah : Senyum sokmo ;)

Labels: | edit post
0 Responses