Oh, ibu mertuaku...
Tuesday, February 15, 2011
Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Muthiah... Alhamdulillah. Semuanya baik-baik belaka. Cuma... dari satu sisi mutabaah ibadah, terasa 'yankus'nya. Doakan Muthiah bangkit ya. Itulah. Kadang-kadang, kita selalu beralasan dengan KESIBUKAN diri. Muthiah adalah salah seorang daripada KITA itu. Moga-moga, Muthiah dapat bangkit semula. Kerja-kerja juga tetapi....
Hendak tulis apa, ya? Pertama-tamanya, Muthiah ingin mengucapkan SALAM MAULIDUR RASUL buat semua. Bagaimana sahabat-sahabat meraikannya?
- Berarak di atas jalan?
- Berusaha mengikut sunnahnya?
- Berselawat tanpa henti kepadanya?
OK. Hari ini, mahu santai-santai sahaja ;) SENYUM....
Baru-baru ini, En. Suami memberitahu Muthiah, "Bulan ini, Abe tidak mahu makan santan."
Mulut Muthiah ternganga (tetapi di belakang En. Suami). Jadi, hendak masak apa? Dengan kata lain, menu yang variasi. Ada santan, bolehlah buat macam-macam. Semalaman juga Muthiah berfikir, "Hendak masak apa, ya?"
Hihi... banyak sebenarnya. Kemudian, Muthiah pun menelefon ibu mertua Muthiah...
"Ma, ada tak menu sup ayam yang pelbagai. Muthiah hanya tahu buat 2 jenis sahaja," Muthiah memberitahu.
.... Jawapan...
.... Jawapan... (tambah dengan menu sup ikan lagi)...
Kesimpulan yang ingin Muthiah nyatakan...
Jika kita hendak kenal/ tahu tentang suami kita... TANYALAH IBUNYA kerana sesungguhnya... SANG IBU adalah paling dekat dengan ANAK. Anak lelaki, lagi-lagilah. Walaupun hati Muthiah dekat dengan suami... Muthiah tahu... ada hati yang lebih dekat dengannya iaitu IBU-nya yang telah melahirkannya... membesarkannya...
Jadi, apa lagi? Memang kita tidak akan kenal dengan suami kita 100 peratus tetapi setidak-tidaknya, kita mencari inisiatif untuk mengetahui lanjut tentang dia. Lagipun, bukankah ini boleh merapatkan hubungan kita dengan suami dan ibu mertua kita. Ibunya... ibu kita juga. Baru kita tidak rasa gelisah apabila perlu berbakti kepadanya.
Hehe... Tiba-tiba, teringat pula kepada ibu mertua Muthiah.
Muthiah : SENYUM itu sedekah. Jom SENYUM....