Ayah, Amir nak jadi doktor!

Assalammualaikum. Apa khabar? Muthiah. Alhamdulillah. Sihat dan seronok. Seronok sebab dapat berjumpa semula dengan teman lama di KISAS (melalui facebook).

Hmm... Alhamdulillah. Pejam celik, pejam celik. Novel Muthiah yang ketiga sudah pun berada di pasaran pada pertengahan Januari lalu. Alhamdulillah. Respons dan sambutan yang diterima pun agak menggalakkan (bagi penulis baru seperti Muthiah).

  • Terima kasih kepada semua yang telah pun mendapatkannya.
  • Terima kasih atas doa yang dititipkan.
  • Terima kasih atas sokongan yang diberikan.

Harapan Muthiah... agar novel ini sedikit sebanyak dapat menyuntik semangat adik-adik untuk berusaha keras sampai berjaya.

Ya! Muthiah doakan agar adik-adik yang masih belajar dapat mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran... juga cemerlang dalam sahsiah dan kehidupan.



Sedikit imbasan tentang Ayah, Amir nak masuk U! ~ Perihal perhubungan seorang anak dengan ayah. Anak yang mahu berjaya tetapi tidak mendapat galakan daripada orang tuanya. Si ayah pula, hakikatnya sangat peka dan prihatin kepada si anak dan keinginannya namun disebabkan oleh desakan hidup, dia dilihat bagai seorang ayah yang tidak sayangkan sang anak... tidak menitik-beratkan pelajarannya... tidak dan tidak. Lagi...

Untuk siri yang kedua (sambungan Ayah, Amir nak masuk U!)... Muthiah menekankan perihal hubungan persahabatan antara Amir, Zaqwan dan Preshnan. Ya! Mereka merupakan sahabat baik yang saling menolong antara satu sama lain. Namun, kehadiran Natasha sedikit sebanyak sudah mengubah segalanya. Amir dianggap perampas oleh Zaqwan yang sebenarnya menaruh perasaan terhadap Natasha. Akibatnya, hubungan yang selama ini baik menjadi renggang. Mujur... pertelingkahan itu tidak lama. Masing-masing sedar dengan kesalahan diri dan kembali bangkit mengejar impian yang sebenar iaitu hendak berjaya dalam pelajaran ;)

Sumari :

  • Keluarga adalah segalanya.
  • Persahabatan yang indah.
  • Antara cinta dan cita-cita.
  • Cabaran hendak berjaya.
Ayuh... dapatkannya di pasaran ;) Insya-ALLAH, ada terselit manfaat di dalamnya.

Muthiah : Suka ;) Senyum :)
2 Responses
  1. salam kak, ni novel penulisan akak ya? hebatnya.sy baru perasan.terbitan karangkraf lgi tu.hehe tahniah2 :)


  2. salam. ya, dik. A'a...Novel kedua akak. Terima kasih. akak sebenarnya masih belajar dan terus belajar untuk meningkatkan diri ni. doakan ya ;)

    hmmm... Adik dah ada blog ni, bolehlah menulis pulak.... kisah-kisah yang membina masyarakat mungkin. infonya sudah ada.percantikkan sahaja.