(^____^)


Assalammualaikum, semua (~_^)



Hmm... Komputer riba kesayangan Muthiah rosak. Doakan ia cepat sembuh dan nota-nota penting di dalamnya dapat diselamatkan. Amin.

Muthiah : Teman baik kala berhati... T___T
Labels: 4 comments | | edit post

Berita | Arak: Malaysia lebih teruk dari negara bukan Islam

KUALA LUMPUR, 23 Mei: Kemunculan Malaysia sebagai negara yang menduduki tangga ke-10 peminum arak paling ramai di dunia, jelas meletakkan Malaysia sebagai negara lebih teruk dari negara-negara bukan Islam di seluruh dunia.

Dengan kedudukan itu juga, jelas melambangkan kegagalan Kerajaan BN yang ditunjangi Umno dalam mendidik rakyatnya tentang bahaya arak agar menjauhinya.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Ustaz Taib Azamuddin Md Taib (gambar) berkata, kejadian itu turut menjadi satu tamparan hebat kepada umat Islam di negara ini, memandangkan negara ini adalah negara umat Islam dengan Islam sebagai agama rasminya.

Menurut beliau, dalam masa yang sama, ia turut melibatkan maruah para mufti sendiri di tanah air kerana Malaysia turut memiliki mufti yang ramai yang berjumlah 14 orang di seluruh negara.

Katanya, selain itu, ia turut memberikan tamparan hebat kepada menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Islam yang berada di JPM yang walaupun tidak mempunyai kementerian khusus, tetapi berfungsi sebagai menteri yang bertanggungjawab penuh terhadap hal ehwal Islam di negara ini.

"Memang amat mengaibkan. Dah lebih 50 tahun Kerajaan BN yang ditunjangi Umno memerintah negara ini, tetapi masih gagal mengatasi masalah ini," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Akhbar milik MCA, The Star semalam menyiarkan statistik tahun ini yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) bahawa Malaysia menduduki "ranking Top 10" peminum arak paling ramai di dunia.

WHO turut menjelaskan, Malaysia membelanjakan US$500 juta (RM1.5 bilion) untuk alkohol dengan kadar penggunaan per kapita sebanyak 7 liter, manakala penggunaan beer di Malaysia pula mencecah 11 liter per kapita.

Menurut Ustaz Taib, para pemimpin Umno sepatutnya berasa malu dengan statistik itu, memandangkan sebelum ini mereka begitu bangga apabila Amerika Syarikat mengiktiraf Malaysia sebagai negara Islam contoh.

Antara pemimpin Umno yang jelas menyuarakan kebanggaannya dengan pengiktirafan Amerika itu termasuklah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin sendiri.

"Jadi sekarang apakah sudahnya? Patutlah Amerika mahu Malaysia jadi negara Islam contoh. Tidakkah para pemimpin Umno malu dengan apa yang berlaku itu?" katanya sinis.

berita selanjutnya di Harakahdaily.net.

Hindari 4P

Assalammualaikum. Apa khabar? Muthiah. Senyum sorang-sorang sebab... Entahlah. Rasa hendak senyum... Boleh jadi awet muda T_______T

True?

Baiklah. Perkongsian ringkas hari ini Muthiah petik dari slot TV Semanis Kurma di TV9. Isu yang diketengahkan ialah Perigi Mencari Timba. Persoalannya, salahkah jika perempuan yang memulakan dahulu? Dengan kata lain, perempuan approch sang lelaki.

Banyak pandangan yang diutarakan ~

  • Ada yang kata, tidak manis kerana perempuan dilihat terhegeh-hegeh mencari lelaki. Aduh. Sampai ke situ persepsi manusia?
  • Ada yang kata, tidak salah tetapi biarlah dengan maruah dan beradab.
  • Ada yang kata, gunakanlah orang tengah.
  • Hmm... bagaimana halnya jika seorang wanita bertemu dengan seorang lelaki yang baik? Iyalah. Bukan mudah untuk berjumpa dengan lelaki yang benar-benar boleh dijadikan suami? Ada penafian? Perjelaskan (~_~)

Biar apa orang hendak kata. Apa yang paling penting... biarlah syariat dan maruah terjaga ('') - Mode : Fikir dalam-dalam, ya ;)

Baik. Berbalik kepada perkara utama yang ingin Muthiah sampaikan hari ini.

nikah Pictures, Images and Photos

Tazkirah | Selagi belum bergelar suami/ isteri... Hindarilah 4P :

Pandang lebih-lebih ~ Awas, gerak langkahmu ooo. Orang kata, dari mata turun ke hati. Hati pula penuh dengan bintik-bintik hitam. Aduh. Parah. Jadi... solusinya. Bak kata Ustazah Bahyah, "Pandang sekali ... berkenan... cepat-cepat..."

Pegang ~ Huhuhu... Pernah punya pengalaman? Hmm... Sesungguhnya, ALLAH Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Usah ulangi. Bertaubat dengan taubat nasuha. Hindari sesuatu yang boleh mendorong perkara tersebut berulang. Tidak mampu??? Berkahwinlah T___T Belum bersedia? Berpuasalah ('')

Peluk ~ Mula-mula, pegang. Lepas itu... berpeluk-pelukan. Huhu. Sejak akhir-akhir ini, peluk tanpa nikah seolah-olah sudah menjadi perkara lazim. Tidak percaya? Tengok TV. Tidak payah tengok cerita Orang Putih... cerita Melayu pun ada. Alah... Itu arahan pengarah! Arahan ALLAH, bagaimana? Bukan itu sahaja. Tengok facebook. Berapa banyak pasangan yang belum diijab kabul tanpa segan silu berpeluk-pelukan? Huhu. Jadi, bagaimana? Sesungguhnya, ALLAH Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Kembalilah kepada DIA yang Maha Segalanya. Berbuat silap atas kejahilan diri itu... hendak buat macam mana? Bertaubatlah (~_^)

Penzinaan ~ Dan janganlah kamu menghampiri zina. Khuatir... terjebak sekali, kamu mahukannya lagi. Jadi??? Hendak tidak hendak, dekatkanlah diri kepada DIA yang Maha Pengampun, Penyayang, Mengasihani dan ....

Justeru, anak gadis. Jom kita jaga maruah dan martabat kita!!!

Muthiah : ALLAH Maha Pengampun lagi Maha Penyayang ;)
Labels: 0 comments | | edit post

Berita | Ulama Aceh minta pertahan kerajaan Kelantan

Assalammualaikum. Buat warga Kelantan. Baca... renung... fikir dan muhasabah T___T


KOTA BHARU, 22 Mei: Rakyat Kelantan diseru mempertahankan kerajaan Islam yang didokongi PAS, memandangkan pemimpin parti itu menjadi model pada umat Islam di negara lain.

Pengetua Majlis Permesyuaratan Ulama Acheh Besar, Ustaz Fakhruddin Lahmuddin, berkata sejak 21 tahun lalu Kelantan yang dipimpin Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menjadi model pada negara-negara lain, termasuk Acheh.

Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily selepas majlis pertemuan dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz di kediaman rasmi Menteri Besar, di sini sebentar tadi.

Menurutnya, Kelantan satu-satunya contoh negeri yang dipimpin seorang ulama sebagai Menteri Besar yang tidak memisahkan agama dari politik.

“Inilah yang dilakukan di zaman Rasulullah sebelum ini dan ulama yang memimpin Kelantan ini telah mewarisinya.

“Kerana itu saya berharap rakyat seluruhnya memberi sokongan pada kerajaan Islam Kelantan kerana pentadbirannya menjaga kebajikan manusia menurut kacamata Islam,”ujarnya.

Tambahnya, beliau juga berharap rakyat Acheh turut berdoa untuk kemenangan kerajaan PAS Kelantan sampai bila-bila.

Katanya, beliau tidak dapat menahan sebak apabila mendengar ucapan Tuan Guru yang lebih menjaga kebajikan rakyat sehingga menolak kepentingan diri.

Terdahulu ketika berucap pada majlis itu, Tuan Guru menjelaskan tindakan paling sukar baginya sepanjang menjadi seorang Menteri Besar, menjaga diri sendiri dari terjebak dalam sebarang salahlaku.

Sambungnya, menjadi pemimpin tertinggi dalam sebuah kerajaan negeri ujian begitu besar kerana mudah terdedah dengan penyelewengan, salah laku lain seperti rasuah.

“Untuk menjaga itu semua ia bukan sesuatu perkara yang senang kiranya kurang keimanan dalam jiwa kita”,ujarnya.

dipetik dari Harakahdaily.net.

Awas, gerak langkahmu!

Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Muthiah... Alhamdulillah. Sihat. Batuk sikit-sikit sahaja.

Baiklah. Hari ini, Muthiah ingin berkongsi satu cerita yang mungkin (dan sewajarnya) direnung bersama.

Isu | Sticker pada cermin kereta

Pernah tengok?
  • Ya.

Apakah ayat pada sticker yang kita biasa baca?
  • Baby on board ~ Jadi, bertimbangrasalah T______T
  • P (~_^). Hahaha ~ Jangan marah jika aku memandu 20km/jam ('')
  • Ya, ALLAH. Jadikanlah aku orang kaya beriman ~ Satu doa ni ;) Jadi, tampallah sticker yang tertulis kata-kata positif. Kenapa? Apabila orang baca, insya-ALLAH akan menjadi doa pada diri kita.
  • Membangun bersama ISLAM ~ Ehe. Juga satu doa. Jom doa ramai-ramai!
  • Tiada TUHAN melainkan ALLAH ~ Bangga pada agama.
Ada satu lagi yang Muthiah biasa baca. Iaitu Amita***. Pernah baca? Satu hari, Muthiah bertanya kepada suami, "Apalah agaknya maksud Amita*** ini?"

Suami menjawab, "Entah."

Muthiah menambah lagi, "Takut kalau membawa maksud yang boleh memesongkan akidah. Kita pula selalu menyebutnya tanpa sedar."

Suami pun membalas, "Betul juga."

Lalu, Muthiah pun menghantar mesej kepada seorang sahabat berbangsa Cina.

Muthiah | May I know, what is Amita*** means?

Sahabat Muthiah pun menjawab | Amita*** is a buddist way of saying something like bismillah.

Ayuh, kita renungkan bersama.

Muthiah : Ya, ALLAH. Kurniakan aku zuriat yang soleh.

Dugaan berkasih

Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Makan apa pagi ini? Sudah bersenam? Ehe.

Hmm...

  • Pernah kecundang dalam cinta?
  • Apakah rasanya? [Hisy, Muthiah. Soalan yang paling tidak wajar. Betul?] Cuba renung 'rasa' anda saat ini.
  • Apapun, bersabarlah. ALLAH dekat. ALLAH mendengar setiap kata hati kita. Hanya kita yang selalu melupakan DIA.
Jom... mari kita hayati lagu ini ;)


Teman...

Usahlah bersedih kerana kita tidak sendiri.
ALLAH mahu beri yang terbaik kepada diri kita.
Bersangka baiklah pada DIA yang Maha Tahu atas segalanya.

Muthiah : Dugaan, oh dugaan.

Jutawan Nasi Lemak

Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Muthiah. Alhamdulillah. Sentiasa menyibukkan diri agar terasa diri banyak kerja. Hahaha T__________T Senyum Mouri.

Ehe. Lama tidak mempromosi buku. Ayuh. Dapatkan novel remaja tulisan Puan Hanisah Othman, terbitan Buku Prima. Insya-ALLAH, banyak pengajaran yang boleh diambil daripadanya.

Jeng jeng jeng...

Muthiah mempersembahkan ('')
[Macam baca skrip pula]

Jutawan Nasi Lemak

Sinopsis

Kegembiraan Musnad tinggal bersama-sama neneknya di kampung semakin berkurangan tatkala terpaksa berhadapan dengan kawan-kawan yang nakal. Sehinggakan dia digelar sebagai ‘Jenglut’ apabila berada di sekolah! Apabila semuanya berjalan lancar, tiba-tiba sesuatu yang buruk berlaku. Musnad dipanggil oleh guru disiplin sekolahnya untuk disoal siasat! Apakah yang berlaku? Adakah kejadian itu menyebabkan Musnad tidak dapat meneruskan impiannya?Musnad terus berusaha dan menyahut cabaran ibunya dengan menjual nasi lemak.Apakah rahsia Musnad mendapat gelaran jutawan nasi lemak?

Muthiah : Ayuh, dapatkannya di pasaran (^_^)

Mencari Naurah (Bab 8 ~ Samb.)


“Maksud Kak Rose?” Aku berpura-pura tidak faham. Soalan ini betul-betul membunuhku.

“Bersedia untuk melangkah ke dunia baru? Alam perkahwinan,” kata Kak Rose perlahan.

“Err...” Aku diam. Tidak tahu bagaimana ingin menerangkan.

“Banyak senior kita yang bercinta sesudah kahwin,” Rose memulakan ceritanya.

“Alhamdulillah... mereka kekal bahagia sehingga ke hari ini.” Rose merenung ke luar jendela. “Yang penting, niat kita untuk bernikah.” Dia memandangku kembali.

“Jika kita menikahinya kerana harta, dikhuatiri akan musnah sekiranya dia jatuh papa. Seandainya kita menikahinya kerana rupa, dikhuatiri akan berakhir sekiranya dia tidak tampan seperti mana waktu mudanya. Bukankah usia manusia bertambah dan uban semakin banyak? Andai kata kita menikahinya kerana zuriat semata-mata, dikhuatiri tidak kekal lama sekiranya ALLAH menguji kita dengan ketiadaan cahaya mata. Namun...”

Renungan Kak Rose semakin dalam membuatkan aku berasa sedikit gerun.

“Bila mana kita bernikah kerana ALLAH, kita bukan sahaja akan mendapat keredhaan-NYA, bahkan sudah pasti kita akan berjaya di dunia dan akhirat.”

Kak Rose terus bangun menuju ke arah almari pakaian di hadapan katilku. Aku memerhatikan Kak Rose membuka pintu almari tersebut dan mencari-cari sesuatu. Matanya tertumpu pada sebuah buku kecil berwarna merah jambu lantas diambilnya.

“Lapang nanti, Asha bacalah buku nota ini. Hadiah daripada Akak buat adik Akak yang comel ini,” katanya lagi lalu mencium pipiku. Untaian kata yang tertulis pada muka belakang buku tulisan Syeikh Ali Thantawi aku amati dalam-dalam...

Ya! Bak kata ulama tersohor itu, sememangnya seorang gadis mendambakan seorang lelaki yang bisa membimbingnya. Bukan itu sahaja bahkan dia juga bercita-cita menjadi isteri solehah yang taat kepada suami serta ibu mithali buat putera-puteri yang dilahirkannya...

~bersambung~

Hmm...

Assalammualaikum. Jom buat kerja dengan penuh semangat!!!


Mode : Tengah mengelami hati kanak-kanak. Apakah yang disukai oleh sang budak? (^_^)
Labels: 0 comments | | edit post

Tidak layak menjadi SAHABAT


Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Muthiah. Ehe. Mengantuk pagi-pagi buta. Jadi, ayuh. Kita 'senamkan' diri walau jiwa dan raga tidak rela.

Hmm... Hari ini, Muthiah hendak sambung tazkirah semalam sebenarnya. Muthiah petik dari slot TV Semanis Kurma di TV9. Jom, layanz (Ikut FaFau).

Tazkirah | Teman yang tidak layak menjadi kawan :

  1. Miliki perasaan hasad dengaki - Parah, bukan apabila berteman dengan orang sebegini?
  2. Gemar jatuhkan air muka - Duduk elok-elok, tup-tup dimalukan di khalayak umum. Aduh, sedihnya.
  3. Tidak menyimpan rahsia - Parah. Ya, ALLAH. Peliharalah aku dan ampuni aku jika aku tergolong dalam golongan ini, Nauzubillah.
  4. Busuk hati - Hmm... cuba bau hati kita. Bagaimana? Tepuk dada, tanya IMAN (~_^)
  5. Menganggap diri SEMPURNA - Akukah itu? Ya, ALLAH. Peliharalah aku.
  6. Apabila susah, dicari. Apabila senang, makan berseorangan - Dengan kata lain, teman ini hanyalah teman waktu GUMBIRA :(
T_____T

Ehe. Usah fikir... layakkah dia menjadi kawan kita namun renungkan....

LAYAKKAH KITA MENJADI KAWANNYA???


Nabi SAW bersabda, "Ada 4 perkara, sesiapa yang melakukannya maka dia adalah seorang munafik tulen. Barangsiapa yang melakukan 1 daripada yang 4 itu, maka dia mempunyai salah satu daripada sifat munafik itu. Empat sifat itu ialah (1) Apabila diberi amanah, dia khianat; (2) Apabila bercakap, dia berdusta; (3) Apabila berjanji, dia mungkiri; (4) Apabila bertengkar, dia melampaui batas."

Muthiah : Alhamdulillah. Di mana sahaja, Muthiah dikurniakan ALLAH teman yang menyayangi. Muthiah pun sayang sama kamu...
Labels: 0 comments | | edit post

Mini Karnival Karangkraf, Sungai Petani

Mini Karnival Karangkraf muncul di Sungai Petani pula T________T

*** Jeng jeng jeng ***

(klik gambar untuk perbesarkan)

Ayuh, orang Kedah... Perlis dan Pulau Pinang. Sama-sama kita memeriahkan
Mini Karnival Karangkraf
yang akan ...

Tarikh : 10, 11 dan 12 Jun 2011
Masa : 9.00 pagi - 7.00 malam
Tempat : Dataran Jam Besar, Sungai Petani

Jangan lepaskan peluang untuk ...

  • Temui penulis kegemaran anda di sana. Siapa? Tunggukan pengumumannya!
  • Dapatkan buku-buku Grup Buku Karangkraf yang insya-ALLAH tidak mengecewakan.
  • Memenangi cabutan bertuah (~_^) dan banyak lagi!
Ehe. SENYUM...
Labels: 4 comments | | edit post

Teman yang perlu dihindari

Assalammualaikum, semua. Muthiah. Alhamdulillah. Best. Happy. Why???

Sebab... hihi...

Semalam ada orang belanja makan di tempat yang sangat istimewa. Ada kami kisah? Ya. Tidak ada yang kisah tetapi Muthiah tetap mahu berkongsi rasa suka ini. Manalah tahu. Selepas ini, boleh menjadi motivasi bagi para isteri untuk mengajak sang suami keluar berdating... setelah sekian lama tidak melakukannya.


Terima kasih daun keladi. Lain kali belanjalah lagi. Apa macam? Muthiah. Ehe. Salah buat jadual yang membebankan otak. Sampai suami cakap, "Muthiah ini robotkah atau manusia?" T____T

Baik. Sekadar perkongsian ringkas ilmu yang Muthiah peroleh dari slot TV Semanis Kurma yang dihoskan oleh Ustazah Siti Nor Bahyah dan suaminya.

Tazkirah | Teman yang perlu dihindari :

  1. Pembohong - Dikhuatiri... satu hari kita pula kan dibohongi.
  2. Bodoh/ jahil - Teman sebegini tidak memberi manfaat kepada diri kita.
  3. Bakhil - Kedekut sih ('')
  4. Pengecut - Apabila berhadapan dengan sesuatu yang menakutkan (masalah), dia kan lari meninggalkan kita terkapai-kapai sendirian.
  5. Fasik - Dia rela memjual agama demi dunia yang dikejar dan dicita.

Persoalan | Jika mereka dihindari, siapakah yang akan mengajak mereka kepada ALLAH?

Berbalik kepada HR Abu Musa R.A., daripada Nabi SAW, baginda bersabda, "Sesungguhnya perumpamaan berkawan dengan orang soleh dan berkawan dengan orang jahat adalah seperti seorang penjual minyak wangi dan peniup dapur tukang besi. Penjual wangi... dia mungkin akan memberi kamu aroma harum dari minyak wangi yang dijualnya. Namun, peniup dapur tukang besi... mungkin membakar pakaianmu atau kamu bisa mencium bau yang tidak enak darinya."

Ehe. Ayuh, kita fikirkan bersama (~_^)

Muthiah : Berteman dengan sesiapa yang sudi menjadi teman ;)
Labels: 0 comments | | edit post

Cinta pada kaca mata Raihan Zaffya

Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Ehe. Hari ini, blog Muthiah ada segmen baru. Wah… segmen tuuuu. Macam bagus. Positif! Memang bagus pun (Masuk lif tekan sendiri). Muthiah sebenarnya hendak memperkenalkan (atau boleh dikatakan juga sebagai mempromosi) sahabat-sahabat (yang dikasihi). Ehe...

Bagaimana?

Insya-ALLAH. Dari semasa ke semasa Muthiah akan adakan sesi ‘temuramah’ ringkas dengan sahabat penulis pilihan. Huhuhu… Sememangnya, macam bagus. Bolehlah sahabat-sahabat mengenali lebih dekat penulis-penulis kegemaran.

Penulis bulan ini | Raihan Zaffya (RZ)



Muthiah : Boleh RZ ceritakan serba sedikit tentang diri RZ?

RZ : RZ berasal dari Selangor dan pernah bekerja di sebuah syarikat swasta sebagai seorang kerani. Anak ke 6 daripada 7 orang adik-beradik dan kesemuanya adalah perempuan. RZ telah pun bersuami serta memiliki 4 orang anak tetapi seorang telah meninggal dunia. Sekarang, RZ menetap di Senawang, Seremban.

Muthiah : Boleh RZ kongsikan pengalaman pahit dan manis yang pernah RZ lalui sepanjang hidup ini?

RZ : RZ sebenarnya telah melalui banyak pahit manis dalam kehidupan. RZ sering berhijrah dari satu tempat ke satu tempat yang lain pada awal perkahwinan. Kehidupan RZ bermula dari bawah. Alhamdulillah. Berkat usaha yang gigih, RZ sekeluarga sudah boleh bernafas dengan lega.

Bermulanya kerjaya RZ sebagai penulis adalah atas galakan anak sulung RZ. Awalnya, RZ telah menghantar manuskrip ke satu syaritan penerbitan yang terkenal dengan produk Islamiknya. Dijanjikan, apabila manuskrip telah dihasilkan dengan sempurna, pasti akan diterbitkan. Sayangnya, bertahun-tahun menunggu tiada khabar berita. Langsung tiada jawapan 'approve' atau tidak. Terasa penat apabila hasil kerja seperti tidak dihargai.

Selepas agak berputus asa, RZ ingin memulakan lagi. Untuk cubaan kedua, RZ telah menghantar manuskrip ke Alaf 21. Alhamdulillah. Impian akhirnya dapat direalisasi dengan terhasilnya novel pertama RZ yang berjudul KASIH KE SYURGA. Sambutannya amat memberangsangkan dan telah pun diulang cetak. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Alaf 21. Kemudian, menyusul pula novel kedua, MENANTI FAJAR SIDIK dan sedang berlegar di pasaran.


Muthiah : Apakah pandangan RZ tentang cinta?

RZ : CINTA bagi RZ adalah anugerah yang paling indah. Ia disalurkan ke dalam hati-hati manusia dengan cukup halus dan seni. Cinta itu mestilah tulus, saling memberi dan menerima, juga saling memahami. Yang paling penting… cinta itu hendaklah kerana ALLAH.

Muthiah : Akhir kalam, apakah pesanan RZ kepada para pembaca di luar sana?

RZ : Sebagai seorang penulis, RZ telah mencuba yang terbaik untuk dihidangkan kepada para pembaca. Pesanan RZ kepada peminat-peminat novel, jadikanlah bacaan novel itu sebagai satu landasan ilmu dunia mahu pun akhirat. Ambil kira mesej dan pengajaran yang ingin disampaikan dalam sesebuah novel. Novel yang baik tidak semestinya yang terlaris di pasaran. Diharapkan peminat-peminat novel lebih bijak membuat pilihan kerana terlalu banyak lambakan novel di pasaran sekarang ini.

Ehe. Cukup setakat ini. Tidak boleh panjang-panjang. Soalan pun, biarlah santai-santai. Muthiah bukanlah wartawan cuma teringin pula merasai pengalaman seorang wartawan. Hihi…

Jangan lupa dapatkan novel RZ di pasaran T_______T

Muthiah : Buat sesuatu untuk kepuasan hati (‘’)

Ganbatte!!!

Bagi yang tidak punya hati untuk bekerja pagi ini T___T

Photobucket

Ehe. Peringatan untuk diri Muthiah sebenarnya (~_^)

Mode : Lapar....
Labels: 0 comments | | edit post

Rasulullah

Assalammualaikum. Selamat berhujung minggu ;) Makan apa pagi ini? Masak sendiri atau beli di kedai? Ehe. Apapun... moga kita semua dirahmati ALLAH selalu.

T______________T

Pernah dengar lagu ini? Mesti pernah, bukan? Apa perasaan kita tatkala menghayati bait katanya? Syahdu, bukan? Jom kita renung kembali.


Moga-moga...

Kita kan dipilih ALLAH menjadi salah seorang yang menyampaikan agama-NYA. Ehe. Jangan lupa meletakkan diri kita ke arah itu?

Kita akan terus berada di atas landasan ini. Yakni... jalan yang diredhai TUHAN yang SATU.

Kita kan terus istiqamah melakukan kebaikan. Baik secara nyata, mahupun yang tersembunyi.

Kita akan terhindar daripada azab api neraka. Maka... ayuhlah kita saling memperingati (secara hikmah) kerana manusia itu acap kali lalai dan alpa. Hehe... tidak mahulah menyalahkan tidak tentu hala sampai menyakitkan hati. Percayalah. Semakin menjauh nanti. Kalau hendak 'mengutuk' juga. Buat blog sendiri atau tulis pada wall facebook sendiri secara umum. Nanti... siapa yang makan cili, dia pasti akan berasa pedas. Aduh. Ajaran sesat ni ^______^

Muthiah : Ayuh berselawat kepada Nabi SAW.

Kenangan oh, kenangan

Assalammualaikum. SELAMAT BERHUJUNG MINGGU. Muthiah? Entah. Tengok TV sambil kesat air mata. Tahniah. Cerita yang sangat baik sampai Muthiah pun terbuai sama T____T

Hmm... Entah kenapa benak Muthiah terkenang satu kisah. Kisah lama yang .... Serah segalanya pada penghitungan ALLAH Yang Maha Teliti, Adil lagi Saksama.

Berharaplah hanya pada DIA...




Assalammualaikum. Mulakan harimu dengan senyuman meski mungkin senyummu itu menjengkelkan hati seseorang. Ops T_______T

Memetik kata-kata Ustaz di Tanyalah Ustaz...

"Semakin tinggi kita mengharapkan manusia, semakin itu kita akan kecewa."

  • Kita masak penat-penat. Dengan harapan, suami tersenyum suka makan air tangan kita. Tup-tup... sekembalinya dia dari tempat kerja... "Ayang makan dahululah, Abang sudah kenyang." Secara ikhlas ~ Apakah perasaan anda?

  • Kita buat kerja sungguh-sungguh. Orang putih cakap, "All out." Namun tiba-tiba, KPI (Key Performance Indicators)... tidak dapat cemerlang. Bonus pun hanya peroleh 1 bulan gaji sedang orang lain, 1 tahun beb!!!" Frust... frust... frust...

  • Kita punyalah tolong si kawan buat itu dan ini. Siap semua, langsung tidak ucap terima kasih. Bak kata seorang teman di facebook, "Kenapalah sukar memberi ucapan terima kasih kepada seseorang. Payahkah hendak memberi penghargaan?"

Hmm... Ya. Benarlah seperti mana yang diperkata sang ustaz, "Semakin tinggi kita mengharapkan manusia, semakin itu kita akan kecewa."

Jadi, di manakah keikhlasan kita dalam melakukan sesuatu perkara?

Hmm... susah hendak cakap. Fitrahnya. Setiap orang pasti mahu dihargai. Ya. Kita tidak mengharapkan pujian yang tinggi melangit tetapi setidak-tidaknya, tunjukkanlah penghargaan itu.

Jadi, di manakah keikhlasan jika kita mengharapkan penghargaan?

Baiklah. Tepuk dada, tanyalah iman. Soallah diri sendiri. Setakat mana kita terasa hati tika mana tidak dihargai ('')

Jadi????

Jeng jeng jeng...

Berharaplah kepada ALLAH. Insya-ALLAH kita tidak akan kecewa dan dikecewa. Ya. 100% pasti ALLAH tidak akan menghampakan kita.

Justeru...

Berharaplah hanya pada DIA meski sukar untuk disingkirkan kata hati (yang mahu penghargaan manusia). Buat perlahan-lahan. Biasakan diri dahulu. Jika berasa kecewa dengan manusia, hendak buat macam mana. Dalam masa yang sama, usahlah terlalu melayan perasaan kecewa itu. Terus kembali kepada ALLAH. Teruslah mendekat kepada DIA yang Maha Segalanya.

Ehe. Panjang pula tulisan Muthiah hari ini. Ambil yang baik... yang tidak menyenangkan itu letakkan sahaja di tepi kerusi rotan rumah di kampung ;)

Selamat bermuhasabah...

Muthiah : Ingatkan diri sentiasa agar tidak kecewa dengan sesuatu yang tidak sewajarnya. Sikit-sikit... bolehlah ;)
Labels: 2 comments | | edit post

Sepetang di PBAKL

Assalammualaikum. PBAKL berakhir sudah. Banyak borong buku? Sedikit perkongsian Muthiah sewaktu berada di sana pada 24 April 2011, baru-baru ini. Ribuan terima kasih Muthiah ucapkan kepada semua yang sudi hadir ke sini. SELAMAT MEMBACA :)

Bersama adik-adik yang comel dan kacak. Sungguh... si anak gadis sangat cute ;)

Terima kasih kepada Kak Ain sebab sudi luangkan masa ke sini ;) Mwah...

Puan Salmi turut memborong buku untuk Adik Ilham. Terima kasih, Kak kerana turut mendapatkan Ayah, Amir nak masuk U! dan Ayah, Amir nak jadi doktor!

Bersama salah seorang penulis novel remaja Buku Prima, Kak Kusyi Hirdan. Selain menulis novel remaja, beliau juga menulis novel Islamik dengan PTS dan NB Kara (Jika tidak silap Muthiah).

Okey. Selamat berhujung minggu...

Muthiah : Alhamdulillah.

Mencari Naurah (Bab 8 ~ Samb.)


“Kak Rose dah agak dah,” ujar Rose pendek. Dia kelihatan tenang walaupun ada sedikit kerut pada dahinya. Terkejut agaknya. “Kak Rose tahu yang Anuar menyukai Asha dan Kak Rose dapat agak bahawa dia sendiri akan meluahkannya kepada Asha,” Rose berterus-terang.

“Tetapi, kak... bukankah dia selalu berpesan kepada junior-junior kita untuk menjaga itu dan ini? Dia selalu nasihat macam-macam, namun...” aku menyampuk, sedikit beremosi.

“Bila mana dia bernama manusia, dia adalah lemah. Dia terlupa dan kadang-kadang alpa. Sebab itu kita perlu sentiasa mengingatkannya,” Rose cuba meredakan perasaanku.

“Manusia itu punya keterbatasan. Dia punya akal dan nafsu. Tindakannya sepatutnya didasari dengan iman, namun sebagai insan yang lemah, kadang-kadang nafsu menguasainya. Ditambah dengan peranan iblis laknatullah yang menjadikannya semakin jauh daripada TUHAN. Walaupun dia solat, puasa sunat Isnin dan Khamis, dia tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan. Dia bukan malaikat yang sepenuhnya menurut perintah ALLAH. Dia juga bukan Nabi yang maksum,” tambah Rose panjang lebar.

Aku kembali diam.

“Sha...” Rose menyebut namaku lembut. “Asha tahu cabaran utama bagi seorang pendakwah?” Dia bertanya sambil tersenyum manis.

“Istiqomah,” jawabku pendek.

“Lagi?” Rose menyoal lagi.

“Ikhlas,” aku mengerutkan dahi. Aku memandang mata Kak Rose dalam-dalam. Letih untuk berfikir sebenarnya dan aku mengharapkan pengertian Kak Rose.

“Betul, sayang...” Rose masih lagi mengukir senyumannya yang begitu manis. “Firman ALLAH dalam surah as-Saff ayat 2 dan 3 yang bermaksud, wahai orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi ALLAH bila mana kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan.

Seorang pendakwah mengajak manusia kepada kebaikan. Pendakwah itu menyeru manusia lainnya kepada TUHAN dan menyuruh mereka menghindari maksiat. Namun, kadang-kadang dia mungkin teralpa. Sifat manusiawinya yang sering lupa sukar untuk dihapuskan... melainkan dia sentiasa berusaha memperbaharui niat... Antara cabaran seorang pendakwah adalah...” Rose memegang bahuku erat.

“Adalah memelihara hati. Menjaga hati daripada maksiat yang tidak dapat dilihat oleh pancaindera. Dia mungkin hebat di pentas dakwah tetapi punya kelemahan dalam menyucikan hatinya. Mata yang memandang sama sekali tidak dapat menilai atau mengetahui isi hati seseorang. Mungkin dia sedang gundah gulana dek maksiat tersirat yang sedang berlegar-legar di dalam jiwanya,” jelasnya panjang lebar. “Asha dah bersedia?” Tiba-tiba, soalan cepu emas ini terpacul dari bibirnya.

~bersambung~

Bila ajal menjemput

Assalammualaikum. Apa khabar? Bagi yang berpuasa hari ini, Muthiah ingin mengucapkan selamat berpuasa. Hmm... katanya, 1 Ramadhan akan jatuh pada 1 Ogos. Jadi, bagi yang masih belum mengganti puasa, ingat-ingatlah, ya ;)

Setiap yang hidup pasti akan berasa sakitnya mati. Baik Muthiah... mahupun sahabat-sahabat semua. Nanti... anak, isteri, suami, ibu ayah, kawan-kawan, duit royalti, duit pencen, harta pusaka ditinggalkan kepada mereka yang masih bernyawa.

Bersediakah kita untuk menghadapi saat itu? Takut apabila mengenangkannya. Terasa diri masih berterusan melakukan kemaksiatan kepada Yang ESA. Baik yang terlihat, ataupun yang tersembunyi. Moga ALLAH ampunkan dosa-dosa kita semua.

Jom. Kita belajar cara menunaikan solat jenazah ...


Sekiranya Muthiah yang pergi dahulu...

  • Sekiranya hati pernah disakiti...Maaf atas salah dan silap. Khilaf Muthiah manusia biasa.
  • Halalkan makan dan minum Muthiah.
  • Jika ada hutang yang masih berbaki, mintalah dengan suami Muthiah, ya ;)
  • I LOVE MY ZAUJ and FAMILY so much. Mwah... mwah...

Salam sayang buat semua...

Muthiah : Al-Fatihah buat mereka yang telah menghadap PENCIPTA.



Labels: 0 comments | | edit post