ZALIM – Tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya …(ii)


-sambungan semalam-

Sayang… rumah ALLAH yang sewajarnya dihormati tetapi… TIDAK! Kita, dengan sewenang-wenangnya membuang sesuatu yang tidak sepatutnya pada tempat yang tidak kena. Tuala wanita… pampers bayi… panty liner… tisu… apa lagi? Tidak masuk buang makhluk bernyawa yang bernama manusia. Ada, bukan? Bukankah dinamakan zalim, sebegitu?

Nampak kecil tetapi jelas menyerlahkan ketidakpekaan kita… sikap pentingkan diri dan tidak takutkan TUHAN sedang kamera ALLAH ada di mana-mana. Malaikat ada mengiringi langkah kita. Hmmm… mungkin kita lupa.. Mungkin juga kita teralpa… nama lagi manusia yang sering lalai lagi lengah…

Jadi, bagaimana?

Andai kita adalah ‘orang’ itu. Hmmm..berubahlah… Insya-ALLAH… kita pasti boleh lakukannya. Tidak salah dan tidak rugi untuk menjadi lebih baik. Tidak salah juga untuk pernah berbuat silap tetapi jangan biarkan kesilapan itu berterusan sampai bila-bila… sehingga hujung nyawa.

Jadikan hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok lebih baik daripada hari ini. Bagaimana hendak menjadi lebih baik? Banyakkan bermuhasabah. Banyakkan merenung dan menghisab diri. Cuba perbaiki diri dari semasa ke semasa. Setkan dalam minda, ‘AKU MAHU JADI YANG TERBAIK DI SISI ALLAH.’

Lantas, bilamana kita hendak jadi yang terbaik di sisi TUHAN, kita akan sentiasa berusaha untuk berbuat sesuatu yang baik-baik. Lakukan apa yang ALLAH suka dan suruh, tinggalkan apa yang dilarang. Secara tidak langsung, mendekatkan diri kita dengan ALLAH. Dan seterusnya, menjadikan kita insan taqwa yang benar-benar takutkan ALLAH. Boleh jadi, perkara ini berlaku kerana sudah menjadi kebiasaan dalam rutin kita namun, tidak ada yang mustahil andai kita betul-betul hendak berubah. Caiyok caiyok…

Ibu-ibu… bapa-bapa… kakak-kakak… abang-abang… kawan-kawan…berusahalah mewujudkan persekitaran yang elok dalam rumah kita. Sampah, tempatnya tong sampah. Pinggan yang sudah dipakai, tempatnya sink… perlu dibersihkan. Begitu juga dengan baju kotor dan banyak lagi. Khuatir… budaya yang tidak sihat di rumah itu… berterusan dan berkembang di mana-mana, sampai bila-bila. Nanti, diperturunkan pula kepada keturunan di bawahnya.

Jadi… ayuh… JOM BERUBAH… Hehehe…

Muthiah : Terfikir…
Labels: | edit post
0 Responses