MENCARI NAURAH... (vii) - EDISI KHAS
Thursday, June 17, 2010
...
Alhamdulillah, selesai sudah. Hmmm... setelah mendapat kritikan daripada suami dan mereka yang berpengalaman dalam bidang penulisan (Terima kasih Sdr. Zakaria), karya pertama Muthiah ini akhirnya berjaya disiapkan.
Macam tidak percaya juga. Seminggu selepas Muthiah menghantar manuskrip kepada Alaf21, Lis (editor Alaf)telah menghubungi Muthiah. Banyak juga yang perlu dibaiki. Sudahlah sebelum dihantar ke meja Alaf, manuskrip ini sudah berkali-kali Muthiah edit. Hahaha... baiki lagi.
Muthiah? Hmmm... Muthiah tidak rasa letih mahupun penat. Kecewa pun tidak. Bahkan, Muthiah berasa gembira kerana dapat belajar daripada kesilapan. Muthiah diberi peluang untuk membaiki dan memperbaik penulisan Muthiah. Ya! Terlalu banyak perkara baru yang Muthiah belajar. Muthiah menulis dengan pengalaman kosong namun ALLAH izin Muthiah tidak berhenti separuh jalan.
Terima kasih kepada Lis kerana banyak bersabar dengan penulis baru seperti Muthiah. Bak kata pepatah, 'Saya budak baru belajar.' Iyalah... bukan mudah hendak mendidik. Lebih-lebih lagi kepada orang dewasa. Lagi-lagilah..
Dan kini... Muthiah telah melihat hasilnya. Lahirlah karya ini berkat REDHA dan DOA suami Muthiah. Yang pasti, dengan izin ALLAH-lah karya ini boleh menemui pembaca. Moga-moga, ada manfaatnya walau sedikit. Maaf atas segala kekurangan. Maklumlah, orang baru namun insya-ALLAH, Muthiah sudah cuba sedayanya.
Senyum... gembira.. kerana... usaha Muthiah selama ini akhirnya membuahkan hasil. Mungkin ini jalan awal yang ditunjuki TUHAN. Mana tahu, akan datang Muthiah menjadi wanita berkerjaya pula. Harapan Muthiah, ALLAH tetapkan hati Muthiah untuk mengutamakan suami dalam segenap hal. Meski kadang-kadang, ada sesuatu yang diinginkan hati... Muthiah mahu mendahului seseorang yang bisa membawa Muthiah ke syurga dengan izin-NYA. Sesungguhnya, hidup ini tidak lama.
Maaf salah silap dan kekurangan dalam novel ini. Insya-ALLAH... untuk masa yang akan datang, Muthiah akan berusaha untuk menghasilkan yang lebih baik, dengan izin ALLAH ;)
Salam sayang FILLAH,
~ Nazihatul Hanan ~
Muthiah : Nazihatul Hanan - Suci daripada perbuatan keji ;)