MENCARI NAURAH ... (ii) - EDISI KHAS


Assalammualaikum... Ketemu kembali ;)

Imbas kembali...

Keputusan Muthiah untuk berhenti kerja sesudah berumah tangga mendapat respons yang pelbagai. Ada yang bersetuju dan tidak kurang juga yang menentang. Al-maklumlah... graduan universiti. Ditambah dengan perjalanan hidup Muthiah yang sudah biasa berdikari sejak dahulu lagi...

Hmmmm...

Tamat sahaja peperiksaan SPM, Muthiah pernah bekerja dengan pak cik Muthiah. Upah kerja tersebut, Muthiah gunakan untuk belajar komputer.

Tamat sahaja peperiksaan akhir di Universiti Malaya, Alhamdulillah... Muthiah tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan pekerjaan. Walaupun tidak menjadi pekerja tetap, Muthiah sudah punya pendapatan sendiri.

Sehinggalah satu ketika, dengan izin ALLAH, Muthiah mendapat peluang untuk bekerja di sebuah bank dalam negara. Bermula sebagai seorang officer, Muthiah kemudian dilantik menjadi eksekutif. Alhamdulillah... rezeki ALLAH. Banyak pengalaman yang Muthiah timba di sini. Namun, setelah lebih setahun Muthiah mengabdikan diri kepada kerja ini, Muthiah mengambil keputusan untuk berhenti kerja (walaupun Muthiah sudah menjadi permenant staff di sana). Sayang, bukan?

Entahlah... mungkin pekerjaan ini tidak kena dengan jiwa Muthiah. Bos marah juga. Surat peletakan jawatan ditolak namun memang 'CANNOT GO'.

Tidak sempat menganggur, Muthiah pun mendapat kerja di Seri Kembangan sebelum mendapat kerja tetap sebagai penulis/ wartawan/ editor di salah sebuah syarikat penerbitan tempatan. Alhamdulillah. Rezeki ALLAH. Di YMH, Muthiah berasa cukup bahagia. Dengan kawan-kawan yang sangat baik dan memahami, jiwa Muthiah gembira berada di sini. Sudahlah bos selalu beri bonus (bonus raya, bonus kahwin dan lain-lain). Walaupun gaji yang diterima tidak setinggi sewaktu menjadi eksekutif di bank, Muthiah tetap puas hati.

Setelah lima bulan bekerja di sana, Muthiah pun melangsungkan perkahwinan dengan si dia. Alhamdulillah. ALLAH mempermudahkan urusan kami. Semuanya berjalan dengan lancar.

Namun... setelah hampir tiga bulan berkahwin, Muthiah mengambil keputusan untuk berhenti kerja lagi. Hmmmm...

Muthiah : Serah pada ALLAH yang menentukan segalanya.
0 Responses