MENCARI NAURAH - NAZIHATUL HANAN
Thursday, June 10, 2010
Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Alhamdulillah… akhirnya MENCARI NAURAH sudah berada di pasaran.
Alhamdulillah, ya ALLAH. Dengan izin-NYA, impian Muthiah menjadi nyata.
Terima kasih, Abe. Berkat REDHA, DOA dan KASIH Abe… Urusan ini dipermudahkan TUHAN.
MENCARI NAURAH…
Moga-moga akan dapat dimanfaatkan oleh semua. ‘Sampaikanlah walau satu ayat.’ Dalam novel ini, Muthiah cuba menyampaikan kebaikan kepada para pembaca. Dengan kata lain, Muthiah ingin mengajak pembaca kembali kepada PENCIPTA. Ya! Hanya DIA yang Maha Tahu segalanya.
Kisah hati dan perasaan. Perasaan cinta yang merupakan satu fitrah namun AWAS! Andai tidak dijaga dan dipelihara, bisa menjadi FITNAH. Kita mungkin merasakan cinta itu lahir kerana-NYA namun… mungkin tidak bagi hati dan perasaan. Ada ‘sesuatu’ yang lebih hebat daripadanya yakni perasaan CINTA itu sendiri.
Natasha… Asyraf… Anuar….
Cinta TIGA SEGI? Tidak!!! Novel ini tidak memberi penumpuan kepada persoalan cinta semata-mata tetapi diterapkan jua..
~ Kisah persahabatan.
~ Kisah keluarga.
~ Kisah suami dan isteri.
~ Kisah hati dan perasaan ~ Di manakah kita meletakkan TUHAN dalam hati kita???
Dalam diam, Natasha terpaut kepada Asyraf. Ketrampilan lelaki itu membuatkan dia jatuh cinta. Dia cuba menidakkan perasaan itu. Khuatir bisa membentuk bintik hitam di dalam hati namun Natasha gagal! Anak gadis Kak Jarah ini punya alasan yang tersendiri. Dia cintakan Asyraf kerana ALLAH. Itu pasti!!! Namun, hati milik Natasha mempertikaikannya. Adakah cinta itu benar-benar kerana TUHAN-nya? Bibir boleh mengungkapkannya namun benarkah apa yang diperkata? Bibir bisa berdusta tetapi tidak bagi hati yang terkandung di dalam jiwa. Lantas, Natasha berperang dengan perasaannya sendiri.
Kasihan anak Dato’ Baharin. Sejak berada di dalam kampus, Anuar sudah terpikat dengan Natasha. Dia berusaha keras untuk menambat hati gadis itu tanpa kenal erti putus asa. Bukan sebulan dua Anuar setia menunggu tetapi bertahun-tahun lamanya. Anuar tetap sabar menanti meski Natasha sudah pun menjadi milik orang. Hati Anuar, hanya untuk Natasha. Anuar mungkin terlupa. Rasa cinta itu telah menyebabkan dia lalai dalam mendambakan cinta. Lupa pada cinta yang sepatutnya.
Asyraf Danial… Bukan sahaja disukai Natasha bahkan Kak Rose juga. Personalitinya menyebabkan banyak orang jatuh cinta. Asyraf nampak sempurna pada mata-mata yang memandangnya. Namun, selaku manusia, dia juga punya khilafnya. Asyraf hampir tersungkur dengan perasaannya namun mujur… tarbiah Ilahiah membuatkan dia tersedar kembali. Asyraf memberi tempoh pada jiwa. Mencari ketenangan kembali kepada syariat.
Hmmm…
Apakah jahiliah?
Apakah tarbiah?
Apakah fitnah?
Moga-moga, novel ini akan dapat menjentik hati sahabat-sahabat semua. Muthiah ingin menjadi salah seorang yang menyampaikan tetapi Muthiah tidak pasti sejauh mana penyampaian Muthiah dapat menjentik hati-hati mereka yang membaca (karya sulung Muthiah ini). Mungkin ada lompangnya namun… insya-ALLAH, Muthiah sudah cuba lakukan yang terbaik dan untuk masa yang akan datang, Muthiah akan perbaiki corak penulisan Muthiah. Doakan Muthiah ;)
Muthiah : ALLAH-lah yang mengurniakan hidayah. Kita hanya boleh menyampaikan…
~ http://www.facebook.com/Alaf21?v=wall&ref=ts#!/profile.php?id=100000442453875&v=wall&story_fbid=131486773544768
Disalin daripada link Facebook Alaf21 ~
Harga: RM17.00
Penulis: Nazihatul Hanan
Halaman: 448
...ISBN: 978-983-124-553-8
Sinopsis: NATASHA hanyalah gadis kampung. Pertemuannya dengan Asyraf walaupun tanpa sepatah kata menimbulkan bait-bait kasih dalam hatinya. Begitu juga dengan Asyraf. Dia tahu Anuar, sahabat baiknya mencintai Natasha. Hakikatnya, dia hanyalah manusia biasa yang tidak dapat menolak gelora hati yang semakin membara. Mujur masih berbaki iman dan taqwa.
Natasha keliru. Jiwa dia ditagih oleh dua jejaka. Kasih pada Asyraf tidak pernah padam tetapi halangan orang tua membuatkan dia pasrah. Saat hatinya mula terbuka buat Anuar yang setia menanti, Asyraf hadir kembali mendambakan kasihnya.
Tahniah!
Jzkk, Dik ;)
Tahniah adik... :)
Wah...novel ni nampak menariklah... saya memang suka genre novel macam ni... tengok sinopsis pon rasa nak beli je...
Afizz...
Ehe... moga kan mendapat manfaat daripadanya. Apapun, all the best on ur study ;)
assalammualaiku,.novel mencari naurah ini amat menarik.saya sudah membelinya,dan jalan ceritanya amat mengagumkan.ia juga amat menyentuh hati saya.taniah.
Salam.
Terima kasih ya, anis. Moga akan mendapat manfaat (kalau tidak sedikit, banyak pun tidak apa) daripadanya. Moga, hidup kita akan bertambah baik dari semasa ke semasa ;)
salam.. baru je habis baca novel ni.. best sangat2 :))
Terima kasih, dik ;) Moga mendapat manfaat daripadanya, insya-ALLAH <3