MENCARI NAURAH ... (iv) - EDISI KHAS


Assalammualaikum... Mulakan harimu dengan menghisab diri...

Hmmm...

Ya... keputusan tekad (berhenti kerja) itu Muthiah ambil kerana si dia. Muthiah mahu menjadi umpama Siti Muthiah yang mendambakan redha sang suami. Muthiah mungkin tidak mampu menjadi sehebat Sayidatina Khadijah... mahupun seteguh hati Sayidatina Aisyah tetapi Muthiah hendak menjadi insan yang sentiasa menyenangkan hati suami.

Memang... banyak sahaja pasangan yang baru berumah tangga bahkan ada yang sudah lama bersedia untuk BJJ (bercinta jarak jauh) namun tidak bagi Muthiah. Tidak salah. Setiap orang, punya alasan yang tersendiri dengan keputusan yang diambil (Akan tetapi, bagi yang sudah berumah tangga, keputusan yang dibuat biarlah 'win win situation'. Suami dan isteri sama-sama senang).

Akhirnya... Muthiah tekad ;

1) Entah apa yang suami makan pagi/ petang/ malam...

2) Macam mana kehidupannya di rumah? Iyalah. Walaupun sudah berumah tangga, macam hidup bujang. Rumah pun macam rumah orang bujang. Selesakah? Baju/ seluar... Siapa yang basuh/ gosok/ lipat??? Hmmmm.... Mungkin kelemahan Muthiah... Muthiah sebak mengenangkan hal ini.

3) Travel dari Taiping ke Kuala Lumpur, pasti memenatkan. Setiap kali suami datang menemui Muthiah di Kuala Lumpur, Muthiah gembira. Namun, apabila 'dia' mahu kembali... Muthiah risau. Iyalah... Memandu tengah-tengah malam. Bukannya dekat. Esoknya perlu bekerja. Hmmmm...

Dan pasti...

(4) Muthiah mahu menjadi umpama SITI MUTHIAH yang sentiasa mendampingi suami saat senang dan susah. Cita-cita Muthiah sejak anak dara lagi ;)

Ya... banyak yang kata... 'Kita tidak tahu hari mendatang...'

Muthiah sedar dan tahu semua itu namun, Muthiah cuba kuatkan hati...

SERAHKAN segalanya kepada ALLAH.

Muthiah SERAHKAN segalanya kepada pemeliharaan ALLAH.
Muthiah SERAHKAN segalanya kepada kesaksamaan dan keadilan ALLAH.


Bohonglah kalau Muthiah katakan tidak ada rasa takut langsung. Ada namun... Muthiah amat berharap agar dapat jadi isteri yang terbaik (walaupun tidak cukup baik sebenarnya) buat suami di sisi ALLAH. Muthiah mahu masuk syurga dengan rahmat ALLAH yang Maha Tahu segala apa yang telah Muthiah usahakan. Kita tidak tahu, bukan? Bilakah masanya kita dipanggil kembali? Dan... Muthiah mengharapkan... agar pemergian Muthiah satu hari nanti adalah dengan redha suami yang mendoakan Muthiah agar dijauhkan diri dari azab api neraka. Terlalu banyak dosa yang dilakukan namun Muthiah sama sekali tidak bersedia untuk menjengah (masuk apatah lagi) ke dalam api neraka.

Muthiah : Moga-moga kan dipelihara sehingga nafas Muthiah yang terakhir.
0 Responses