SABAR – Kunci keresahan hati…


Assalammualaikum, semua. Apa khabar? Muthiah? ‘Ala kullihal Alhamdulillah. Syukur dengan segala apa yang telah dikurniai ALLAH buat diri Muthiah. Dari semasa ke semasa, terasa kehidupan dan rumah tangga semakin baik. Alhamdulillah. Suami kata, sebab Muthiah selalu sabar dan redha dengan apa yang kami miliki. Juga sebab selalu utamakan suami. Apapun, terima kasih TUHAN. Moga-moga, ada benarnya kata-kata suami itu.

Apa yang Muthiah dapat kongsikan di sini… semua ini adalah bertitik-tolak dengan sikap SABAR dalam diri. Ya! SABAR. Tidak mudah. Bisa membikin air mata mengalir (tatkala berhadapan dengan sesuatu yang tidak kita ingini). Namun, apa lagi yang boleh kita lakukan? Hendak tidak hendak, kita terpaksa mendepaninya. Jadi, mahu tidak mahu kita perlu SABAR. Andai kita memilih jalan singkat yang boleh membawa kepada kebinasaan, akhirnya… kita sendiri yang akan rugi sebenarnya.

Setiap manusia, pasti akan melalui saat jatuh bangunnya dia tetapi berSABARlah. Ada ketika, dia suka dan ada masanya, dia bersedih hati. Itu normal. Fitrah dan realiti. Kita tidak dapat lari daripada ujian dan dugaan. Muthiah pun sama. Bukan gembira sepanjang masa. Ada kalanya menangis juga tetapi sampai bila Muthiah hendak meratapi kesedihan dan kegundahan itu? Kalau dilayan, khuatir akan membawa impak yang lebih besar kepada diri. Jadi… PENYELESAIANNYA – KEMBALI KEPADA ALLAH yang MAHA TAHU segalanya. DIA tahu apa-apa yang tersirat dalam hati kita dan DIA juga tahu segala sesuatu yang paling baik buat diri kita.

Kita mungkin berasa lemah. Normal. Sememangnya manusia ini adalah makhluk yang sangat lemah. Hina dina dan tidak tahu apa-apa. Hendak menulis pun tidak mampu tanpa izin-NYA. Bukan sahaja menulis bahkan tidak akan mampu berbuat apa-apa sekiranya ALLAH tidak mengkehendaki. Jadi, berbalik kepada apa yang telah Muthiah katakan ~ KEMBALILAH KEPADA ALLAH. Merintih..merayu… menangislah di hadapan-NYA. Sesungguhnya, DIA sangat hampir dan dekat dengan diri kita.

OK. Ayuh, teman semua. Kuatkan hati. Katakan pada diri, ‘Sesungguhnya aku kuat. Aku tidak keseorangan. Aku punya ALLAH yang Maha Mendengar, Melihat dan Mengetahui. Akan tiba waktu aku mendapat jawapan…’

Salam sayang FILLAH,

Muthiah : Kadang-kadang, terkenang membuatkan diri menangis sendiri.
Labels: | edit post
0 Responses