Salah siapa? Bayi dibuang ; rogol....


Assalammualaikum. Mulakan harimu dengan;

1) Senyuman.
2) Berlapang dada dan memaafkan.
3) Semangat baru.

~ Demi menggapai redha ILAHI ~

Hmmm....

Hari-hari baca surat khabar/ dengar berita kisah;

1) Mayat bayi ditemui di...

2) Gadis bawah umur dirogol teman lelaki di...

Bagi kes 'rogol' - Menurut laporan, ada yang dirogol di dalam rumah teman lelaki sendiri. Muthiah terfikir. Macam mana, ya? Hmmm....

Ada juga kes, laporan dibuat setelah sekian lama yakni apabila si lelaki tidak mahu bertanggungjawab. Menurut si gadis, lelaki itu berjanji mahu menikahinya. Hmmm...

***Hmmm... bermakna perlu difikir dan direnung kembali.***

Di manakah silapnya???

Baik... usah cari silap siapa-siapa. Tidak ada siapa yang sempurna. Ada kala, teralpa dan terleka. Acap kali juga tersasar daripada landasan yang sebenar. Jadi, bagaimana?

Bagi...

1) Mereka yang terjebak ~

Muthiah sayangkan kalian kerana ALLAH. Bangkitlah. Usah biar diri terus terjebak dengan sesuatu yang melalaikan. Dan yang paling utama, hindarilah sesuatu yang bisa mendatangkan kemurkaan ALLAH. Khuatir. Apabila DIA murka, kita tidak lagi dihiraukan-NYA. Dibiarkan sahaja kita terus menerus melakukan dosa dan maksiat. Akhirnya, kita sendiri yang mendapat padahnya. Sukar? Jangan bimbang. Kalian tidak seorang. Kalian punya saudara seagama yang masih sudi menarik tangan kalian ke jalan yang benar. Pasti!!! Kalian punya TUHAN yang MAHA PENGAMPUN lagi MAHA PENYAYANG.

2) Mereka yang melihat ~

Sekiranya kita mampu mencegah dengan tangan (kuasa), gunakanlah tangan kita. Seandainya tidak mampu, gunakanlah bibir kita. Berbicaralah dengan hikmah dan kasih sayang. Tika mana masih tidak berdaya melarang kemaksiatan yang sedang bermaharajalela di hadapan mata, bencilah di dalam hati.

Semat tekad dalam hati dan jiwa. 'Aku tetap mahu menyampaikan kebaikan walau seayat.' Tetap tidak dapat lakukannya? Perbaharui tekad kita. Ulangi, 'Aku tetap mahu menyampaikan kebaikan walau seayat.' Cuba sedikit demi sedikit. Jika tidak berupaya menyebarluas kebaikan yang besar, lakukanlah yang kecil kerana sesungguhnya, yang kecil itu tinggi nilaiannya andai dilakukan dengan ikhlas kerana ALLAH SWT.

3) Bagi yang baru melangkah ~

BERHENTI!!! Jangan teruskan langkahmu. Diam di situ. Khuatir andai kamu terus mahu mencuba, kamu akan ketagih dan mahu melakukannya lagi. Kamu berasa nikmat sedang hakikatnya satu pembohongan semata-mata. Kemudaratan itu lebih besar. Bukan sahaja di akhirat bahkan di dunia sudah terasa. Tetap mahu melangkah? Hmmmm.... beri ruang kepada hatimu untuk berfikir semasak-masaknya. Tetap mahu? Hmmmm... hehe...'potong' sahaja kaki kamu. Huhaha...

Jadi... ayuh kita DAKWAH. Ayuh kita mengajak manusia kepada KEBAIKAN. Ayuh dan ayuh.

SAMPAIKAN WALAU SEAYAT.

Salam perjuangan...

Muthiah : Bolehkah menyampaikan melalui pena?
Labels: | edit post
0 Responses