Bekal … (i)


Assalammualaikum, semua? Moga-moga, kita akan sentiasa dirahmati ALLAH. Jadikanlah hari ini lebih baik daripada semalam. Esok pula lebih baik daripada hari ini. Bagaimana? Banyakkan bermuhasabah dan menghisab diri. Jadikan istighfar sebagai peneman pada setiap saat dan ketika. Kerana… selaku manusia yang acap kali lupa, kita sering terlalai dan teralpa. Justeru, kembalilah kepada DIA yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Baru-baru ini, Muthiah telah memborong sakan buku-buku dari Fajar Ilmu Baru Enterprise. Hehe. Buku kegemaran Muthiah sebenarnya. Satu ketika dahulu, buku-buku inilah yang sentiasa menemani Muthiah sebelum melelapkan mata. Bisa menjentik hati yang selalu lupa ;)

Hari ini, Muthiah ingin berkongsi satu perkara daripada buku yang Muthiah baca. Tentang bekal yang perlu kita miliki sebelum mengajak orang lain kepada kebaikan. Ya… Setiap daripada kita berperanan untuk mengajak manusia supaya kembali kepada ALLAH. Jadikan ISLAM sebagai cara hidup. Namun, bagaimana? Setiap orang punya cara yang berbeza. Asal mana tidak bertentangan dengan syariat… mengikut landasan yang benar… tidak sampai berbalah-balahan… teruskan sahaja. Tidak sampai berbalah-balahan? Hehe… hmmmm :)

Sebelum menaiki kenderaan untuk ke mana-mana, tangki minyak perlu diisi terlebih dahulu. Dengan apa? Minyak jawabnya. Akan tetapi, kenalah pilih minyak yang sepatutnya. Boleh guna minyak silinder atau minyak masak? Oh, tidak!

Bagi memastikan badan bertenaga, perut perlu diisi terlebih dahulu. Macam mana? Makanlah. Pilihlah makanan yang sewajarnya. Makanan mesti halal. Makan juga jangan sampai berlebih-lebihan. Nanti overdose. Hendak beribadah pun payah. Jadi?

Begitu juga halnya andai kita mahu menjadi seorang yang mengajak manusia kepada kebaikan. Apa yang kita perlukan? Hmmm… menurut buku yang Muthiah baca (pernah juga mengikuti taalim sebelum ini), ada empat perkara yang dititik-beratkan yakni :

1- Iman

2- Ikhlas

3- Sabar

4- Optimis


~ Satu lagi, Muthiah hendak tambah ~ dengan ilmu ~

-bersambung-

Muthiah : Mencari-cari guru tetapi entah di mana…
Labels: | edit post
0 Responses