Israel laknatullah....


Assalammualaikum.

Huhu... aik... awal-awal sudah 'huhuhu'??? Mengantuk sebenarnya. Tidur? Hmmm.... malas rasanya. Jadi??? Hahaha..buat tidak tahu sahaja.

Israel oh Israel.... Ish. Membikin hati panas sahaja. Tidak sabar menanti kehancurannya. Tidak sabar pula menanti kemenangan ISLAM walaupun tidak menjejakkan kaki ke bumi Palestin, berjuang bersama saudara seagama yang dipilih ALLAH untuk mencapai kemenangaan ~ sama ada menang di medan perang atau menang sebagai syuhadah.


Teringat kisah Khabab bin al-Arat...

Berkata ia kepada Rasulullah SAW, “Wahai Rasulullah, Quraisy menyeksa kami. Berdoalah kepada Allah… MOHONLAH BANTUAN dan KEMENANGAN buat kita.”

Balas Muhammad bin Abdullah, “Wahai Khabab, pejuang sebelum kita ditanam hidup-hidup… digergaji… namun semua itu tidak menyebabkan ia berganjak daripada agama dan keyakinannya…”

“Wahai Khabab… Demi Allah, Allah akan MEMENANGKAN AGAMA INI. Tidak ada yang ia ditakuti selain daripada Allah, aman perjalanannya tetapi kamu semua MAHUKAN KEMENANGAN YANG SEGERA,” tambah Nabi SAW lagi.

ISLAM pasti akan menang satu hari nanti. PASTI dan PATI... Cuma ~ adakah kita tergolong dalam golongan yang turut sama memberi sumbangan kepada ISLAM atau...

Sekadar memandang kosong. Kesengsaraan dan kegusaran umat ISLAM sedunia tidak memberi apa-apa impak kepada diri kita. Kita hanya berpeluk tubuh. Bangun pagi, makan pagi. Pergi kerja. Balik rumah, bersantai bersama keluarga. Tengok berita, dahi berkerut tetapi tidak bertindak apa-apa. Mata berkelip berkali-kali namun langkahnya tetap zero.

Atau...

Kita marah... Bagus. Menunjukkan kita peka terhadap agama dan saudara kita. Kita benci. Kita membenci kezaliman dan penganiayaan. Hati kita menggelegak panas. Cukup panas. Tangan kita menggigil pantas. Huhuhu....

Jom ~

1) Hindari MAKSIAT yang boleh mendatangkan kemurkaan ALLAH. Apabila maksiat semakin mekar dalam jiwa, semakin banyak pula bintik-bintik hitam. Bilamana bintik hitam itu sudah mula bermahajalela, kita khuatir diri akan menjadi lemah. Sehari-hari semakin lemah. Akibatnya, bukan sahaja hendak angkat senjata kita tidak mampu... mahu berdoa pun tidak berdaya.

2) SOLAT ~ Solatlah di awal waktu, perbanyakkan membuat solat sunat (serta amalan-amalan sunat lainnya), solat berjemaah. Macam mana hendak kuat kalau asas agama ini tidak kita titik-beratkan?

3) Banyakkan berdoa ~ Diberi kekuatan buat kita dan umat ISLAM seluruhnya. Moga-moga, akan tetap dipilih ALLAH sebagai salah seorang pejuang agama-NYA. Boleh jadi tidak sampai ke Palestin sana namun tetap memberi sumbangan. Beruntunglah mereka yang dipilih ALLAH sebagai syuhadah sedang ramai yang masih tidak peka terhadapnya.

4) BERDAKWAH ~ Bukan kita sahaja hendak menjadi orang yang peka dan ambil peduli tetapi seluruh manusia lainnya. Jadi, sedarkanlah mereka yang masih terlena ini. Boleh jadi mereka terlupa. Dari sini, barulah umat ISLAM boleh bersatu. Bagaimana hendak mencapai kemenangan kalau kita asyik memikirkan tentang diri sendiri sahaja. Hanya kita yang hendak masuk syurga. Hanya kita yang mahu menjadi pejuang agama.

Justeru... renung-renungkan, wahai teman.

Muthiah : Teringat satu ketika. Muthiah pernah berkata kepada seorang kakak, "Kak... apabila baca tentang kisah sahabat Nabi yang mati terbelah dua di medan perang, serasa tidak berani pula. Macam mana hendak wujudkan keberanian itu?" Si kakak hanya tersenyum. Dia menjawab lembut, "Binalah kekuatan dengan kembali kepada ALLAH."
Labels: | edit post
0 Responses