MENCARI NAURAH... (vi) - EDISI KHAS


Assalammualaikum, semua. Terima kasih kerana sudi membaca coretan Muthiah ;) Moga-moga, kita semua akan sentiasa dirahmati dan dilindungi-NYA.

NOVEL...

Hehe... Muthiah belajar menulis novel. Bagaimana? Huhaha... Muthiah MEMAKSA DIRI Muthiah membaca novel. Sebelum ini, Muthiah lebih gemar membaca buku-buku berunsur tarbiah terbitan Pustaka Indonesia. Kemudian, beralih kepada buku komik (sejak Muthiah kerja bank, untuk menghilangkan tekanan. Hahaha). Dengan kata lain, sekarang Muthiah memperbanyakkan bahan bacaan Muthiah walaupun tidak seberapa jika hendak dibandingkan dengan orang lain. Kalau buku sirah, Muthiah boleh khatam sehingga berkali-kali. Bagi novel... hehe...

Selepas itu... Muthiah pun mula berkarya. Hmmm... pening juga. Rasa bercelaru pun ada. Tidak tahu bagaimana mahu menghasilkan bahasa yang indah lagi puitis. Maka, hendak tidak hendak... Muthiah cuba memperbanyakkan lagi bahan bacaan Muthiah. Sampai rasa hendak termuntah pun ada (hendak tetapi belum lagi. Hikhik...).

Apa yang pasti...

Muthiah MAHU menyampaikan kebaikan melalui karya.

Muthiah MAHU menjadi seperti Fathi Yakan yang berjaya membuatkan Muthiah tersentuh tatkala membaca tulisannya (Buku : Tergelincir dari jalan dakwah).

Muthiah MAHU 'memasukkan hati' dalam penulisan Muthiah. Bukankah apabila sesuatu itu disampaikan dari hati, akan turut sampai ke hati? Namun, entahlah..sukar sebenarnya. Muthiah cuba setakat yang Muthiah mampu dan pasti... Sesungguhnya, hanya ALLAH yang dapat menjentik-jentik hati manusia.

Muthiah MAHU turut sama memberi sumbangan kepada agama walaupun apa yang diberikan ini tidaklah seberapa. Itu matlamat Muthiah.

Akan tetapi, sebagai 'orang baru'... Muthiah tahu bahawa TERLALU BANYAK yang perlu Muthiah belajar dan baiki. Dan.... Muthiah bersedia untuk belajar.

Insya-ALLAH, untuk masa-masa akan datang... Muthiah akan cuba lagi dan terus mencuba. Selagi bernyawa, Muthiah MAHU memberikan sesuatu buat semua. Bukan untuk hiburan dan bacaan semata-mata namun sesuatu yang bisa menyentuh hati dan perasaannya, untuk kembali kepada PENCIPTA.

Muthiah serahkan segalanya kepada ALLAH. Muthiah boleh membuat... Muthiah boleh berimpian dan bercita-cita namun hakikatnya adalah daripada ketentuan ALLAH sepertimana sirah Nabi terdahulu....

Allah telah memerintahkan Nabi Ibrahim A.S. untuk membina semula Kaabah yang sudah runtuh dan terkambus. Kemudian, Allah SWT memerintahkan pula Ibrahim untuk menyeru manusia supaya menziarahi Kaabah.

Ibrahim bertanya, “ Bagaimanakah seruanku dapat sampai kepada manusia?”

Allah menegaskan bahawa Dialah yang akan menyentuh hati-hati manusia itu. Ibrahim hanya berperanan membuat seruan.


Ya! Kita hanya boleh berusaha. Berusaha untuk membuat yang terbaik namun penerimaannya... semuanya berlaku dengan izin ALLAH.

ALLAH yang membuka pintu hati manusia untuk terjentik hatinya...
ALLAH yang mengizinkan dia mengambil sesuatu yang positif daripada apa yang dibacanya.

Jadi...

Muthiah : Sampaikanlah walau seayat.
0 Responses