ZALIM – Tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya …(i)


Assalammualaikum.

Apa khabar, semua? Muthiah? A'la kullihal Alhamdulillah. Pagi tadi, rasa down. Ada sesuatu yang mengganggu fikiran Muthiah. Sesuatu yang mungkin tidak dapat diungkap dengan kata-kata. Hanya hati yang bisa berbicara. Muthiah berasa ragu-ragu untuk menyampaikan kebaikan. Rasa tidak termotivasi. Hendak menulis blog pun serasa tidak punya roh. Hendak masuk pejabat??? Huhu…Buntu… sedih pun ada…

Alhamdulillah… perasaan yang hadir ini tidak bersarang lama dalam hati Muthiah. Muthiah tahu Muthiah tidak keseorangan. Muthiah ada ALLAH yang tahu apa yang terkandung di dalam hati Muthiah. ALLAH tahu apa yang Muthiah cita-citakan… apa misi dan visi Muthiah dalam kehidupan ini. Jadi, persetankan kata-kata orang yang bisa menjatuhkan semangat Muthiah. Membuatkan Muthiah berkecil hati dan tidak termotivasi. Lagipun, tidak ada manusia yang sempurna. Kadang-kadang, dia sendiri tidak sedar bahawa kata-katanya itu sebenarnya sedang menjatuhkan. Jadi, salah siapa? Bukan salah siapa-siapa. ALLAH hendak menguji hamba-NYA; Adakah dia sabar tatkala diduga begini? Hehe…

Hmmm… baru-baru ini, Muthiah dan suami berhenti menunaikan solat di Masjid Shah Alam. Wah!!! Cantik sungguh. Alhamdulillah. Sejuk mata memandang. Ditambah dengan kehadiran pelangi yang mencantikkan lagi pemandangan. Kalau dating dengan suami, seronok juga tetapi… kami hendak bergegas balik ke Taiping. Subhanallah… Tidak ada yang lebih hebat daripada ALLAH dan kekuasaan-NYA.

Adoi… Hari ini, Muthiah bukan mahu berbicara soal pemandangan yang cantik tetapi tentang sikap manusia… Pernahkah kita berjumpa dengan orang yang sebegini?

Muthiah telah menggunakan bilik mandi yang sudah tersedia di dalam masjid. Maklumlah, seharian ke sana ke mari… terasa tidak selesa pula. Apa yang mendukacitakan Muthiah… Muthiah telah bertemu dengan tuala wanita yang dibuang di dalam lubang saliran air. Nampak jauh di dalam lubang. Hendak ambil dan buangkan, tidak tergamak. Kalau ada kayu, bolehlah ambil dan buangkan. Huhu… ‘Hendak seribu daya… tidak hendak seribu dalih…’

-bersambung esok, insya-ALLAH-
Labels: | edit post
0 Responses