MENCARI NAURAH (v) ... EDISI KHAS


...

Sejak berada di Taipinglah Muthiah mula menjinak-jinakkan diri dalam bidang penulisan. Muthiah cuba dan terus mencuba.

Maka, bermulalah episod kehidupan Muthiah selaku seorang PENULIS (layakkah dipanggil penulis?). Hehe... Penulislah, bukan? Sebab kerjanya ~ MENULIS ;)

Langkah awal yang Muthiah ambil ialah dengan menulis cerpen. Muthiah tetapkan dalam diri. Satu hari, satu cerpen (cerpen-cerpen ini Muthiah muatkan di dalam blog). Jadi, Muthiah cuba mendisiplinkan diri. MESTI buat. Satu tahap, Muthiah pernah juga berasa tertekan kerana tidak nampak hasilnya. Namun, suami selalu berpesan agar SABAR dan terus berusaha. Insya-ALLAH, Muthiah pasti akan berjaya.

Jatuh sekejap, kemudian bangkit kembali. Itulah Muthiah dan hal ini berlaku berterusan. Selain menulis cerpen, Muthiah juga ada membuat kerja free-lance. Muthiah mahukan pengalaman dan Muthiah hendak belajar daripadanya. Justeru, sewaktu ada 'projek' yang perlu diselesaikan, Muthiah berhenti seketika menulis cerpen. Mungkin sikap dan sifat semulajadi Muthiah. Muthiah adalah seorang yang komited terhadap tugas. Alhamdulillah... segalanya selesai sudah.

Berbicara tentang penulisan cerpen.... Awalnya, agak sukar menembusi media cetak tempatan. Namun, Muthiah tidak berputus asa. Muthiah menulis dan terus menulis. Pengkritik utama Muthiah adalah suami Muthiah sendiri. Setelah sebulan, akhirnya usaha Muthiah membuahkan hasil. Sehingga coretan ini ditulis, sudah enam karya Muthiah diterima oleh editor majalah tempatan. Setinggi-tinggi penghargaan Muthiah ucapkan kepada editor majalah Mingguan Wanita, Harmoni dan Perempuan kerana memberi peluang kepada Muthiah. Walaupun nampak kecil, cukup menaikkan semangat Muthiah untuk terus berkarya.

Komen suami tentang cerpen Muthiah... 'Ada peningkatan...' Alhamdulillah.

Kemudian, Muthiah cuba berjinak-jinak pula dalam penulisan novel....

Muthiah : Alhamdulillah ya, ALLAH.
0 Responses