Ibu ibu bapak bapak tolonglah…
Sunday, June 20, 2010
Assalammualaikum. Hehe. Bukan lagu Cari Jodoh tetapi satu rayuan…. Hehehe…
Isnin lepas, Muthiah menonton filem Bujang Lapok lakonan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dengan tiga rakin karibnya, Sudin dan Ajis. Ada dua pengajaran yang boleh diambil. Jom kita renung bersama…
Sudin dating dengan kekasihnya, Eton di bawah pokok kelapa. Ada masanya, mereka berjumpa pada waktu pagi dan ada ketikanya, mereka bertemu pada waktu malam. Acap kali juga temujanji mereka diganggu oleh si Ayu yang suka benar meminta upah. “Dua puluh sen…” Dapat upah, mulut tutup. Kalau tidak, rahsia buka.
Hmmm… bukan persoalan ini yang ingin Muthiah utarakan tetapi…
Satu hari, ketika Sudin sedang berdating dengan Eton, mereka telah disergah seseorang. Siapa? Hmmm… bukan pegawai pencegah maksiat tetapi ibunya si Sudin sendiri. Apakah yang berlaku? Benar… ibu Sudin tidak marah melihat anaknya yang duduk berdua-duaanya dengan Eton. Bukan itu sahaja, dia turut menyatakan sokongannya terhadap anak terunanya.
Apakah kesalahan yang dilakukan mereka?
Duduk berdua-duaan dengan bukan muhrim.
Apa pula kesalahan yang dilakukan oleh ibu Sudin?
Membiarkan sahaja tingkahlaku anaknya.
Apa pula yang sahabat-sahabat fikirkan? Mahu berkongsi dengan Muthiah? Dari sisi Muthiah, Muthiah terfikir dengan situasi hari ini. Si ibu atau ayah membiarkan sahaja anak-anak mereka ‘bebas’ tanpa kawalan. Dengan alasan, tidak mahu mengongkong anak-anak. Mahu menjadikan anak sebagai teman. Tidak mahu dianggap kolot. Masa dan zaman berubah. Jadi, perlu menurutinya. Tidak mahu si anak menjauh. Benar. Sayidina Umar R.A. juga pernah menyebut, “Didiklah anak mengikut zaman,” namun, jangan sampai maksiat bermaharajalela di hadapan mata.
Kenapa Muthiah berkata begini? Hmmm… entahlah. Pernah juga terlihat di hadapan mata…
Si anak keluar malam-malam buta dengan orang yang tidak sepatutnya (bukan muhrim). Si ibu pula membiarkan sahaja. Sebabnya, si anak bukannya keluar dengan orang lain. Dengan Anak Pak Samad, Tok Imam kampung. Namun, sedarkah si ibu… kumpulan Raihan ada menyebut, “Iman tidak dapat diwarisi..”? Apabila si anak sudah bunting, barulah si ibu ayah naik gelabah. Marahkan si anak yang tidak pandai jaga diri. Si lelaki pula tidak mahu bertanggungjawab. Alasannya, tidak pasti sama ada benih dalam rahim si gadis (yang sudah tidak gadis itu) adalah miliknya. Hmmm…
Satu lagi… Cuba tengok laman web sosial yang agak popular masa kini. Facebook, MySpace, Friendster… Kalau diperhati dengan teliti… banyak gambar yang tidak sepatutnya tersiar di situ. Contohnya???
Si teruna dara (yang bukan muhrim) bergambar sambil berpegangan tangan. Tidak pun, pipi sama pipi bersentuhan. Berpelukan pun ada. Tidak pun, bergambar di tempat yang indah malam-malam hari. Tidak pun, bersantai di pantai nan indah ~ Hanya kita berdua. Siap tercatat pada caption – ‘Hanya aku dan dia…’ Tidak pun… apa lagi? Hehe…
Kalau dilihat kepada senarai kawan (pada Facebook contohnya) teruna dara tadi… Adik-beradik guna Facebook. Ibu bapa pun ada. Iyalah. Zaman teknologi. Semuanya canggih-canggih. Saudara mara, ada juga.
Persoalannya, sejauh mana mereka yang hampir dengan si teruna dara ini menasihati insan-insan yang mereka kata mereka sayangi? Kalau menurut Sherlock Holmes, buktinya sudah ada. Si anak berpelukan dengan bukan muhrim. Jadi, apakah peranan orang yang dekat dengan si anak tadi?
Hmmm…
1) Tidak boleh campur, nanti gaduh besar.
2) Tahu salah tetapi tidak tahu bagaimana hendak menegur dengan hikmah.
3) Huhu… si teruna dara tidak rapat sangat. Semacam tidak kena hendak menasihati. Iyalah. Tidak pernah bertegur sapa. Setakat jadi kawan dalam Facebook. Kalau tiba-tiba bagi ‘kuliah’, orang pun terkedu.
4) Aku pun buat juga. Hahaha… Kubur masing-masing. Azab pun sendiri-sendiri tanggung.
Jadi??? :)
Memang sukar untuk menyatakan kebaikan. Memang payah untuk membawa manusia kepada ALLAH. Namun, cubalah sedikit demi sedikit. Gunakan konsep dakwah fardiah dalam mengajak manusia ke jalan yang sepatutnya. Kalau tiba-tiba terjah, tidak kena juga.
Ingatlah. Tidak ada siapa yang sempurna. Seorang pembuat salah itu tidak semestinya selamanya melakukan kesilapan. Hidayah ALLAH datang tanpa kita duga. Mungkin dia terlupa dan mungkin juga dia tidak tahu. Usah bersangka yang bukan-bukan namun kita tidak boleh mendiamkan diri sahaja melihat kemaksiatan bermaharajalela. Lebih-lebih lagi, yang berbuat salah itu adalah orang yang sangat dekat dengan diri kita. Mungkin… tidak ada siapa yang pernah menegurnya… menjentik hatinya.
Kita sayangkan sahabat kita. Justeru, buktikan kasih sayang kita itu melalui teguran yang boleh membawanya ke arah kebaikan. Tegurlah dengan kasih sayang.
Fikir-fikirkan, wahai teman ;)
** Maaf andai terkasar bahasa. Muthiah sayang sebab itu Muthiah nyatakan.. **
Muthiah : Sentiasa mengharap keampunan ALLAH dengan salah dan silap yang pernah dilakukan. Ya, ALLAH… Ampunilah dosaku..dahulu, kini dan selamanya.