Tokoh dunia Islam



Salam ukhwah… boleh jawab soalah Muthiah?

1- Siapakah Artis Paling Popular ABPBH 2008?
2- Siapakah artis wanita yang paling banyak menerima anugerah vokal terbaik AIM?
3- Sebutkan lagu-lagu popular yang pernah didendangkan oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee?
4- Siapakah nama suami Datuk Siti Nurhaliza?
5- Siapakah yang menyanyikan lagu ‘Cinta Adam dan Hawa’?

Hmmm… daripada lima soalan yang diajukan, berapakah yang betul? Semua salah??? Oooo, tidak minat industri muzik tempatan rupanya. Jadi, kita minat apa? Bola, politik…

Tidak salah untuk mengetahui perkembangan semasa (tidak kira dunia politik, hiburan dan sebagainya). Bahkan perlu bagi kita untuk mengambil tahu apa yang berlaku di sekeliling kita. Contohnya H1N1 atau selsema babi (sepertimana yang diperkata di dalam televisyen).

Baca dan terus baca namun bukan sekadar baca. Baca dan fikir. Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 219, “Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berfikir…”

Contohnya… hal jenayah (rogol, rompak, ragut), maksiat (tangkap khalwat, bersekedudukan), penyakit (H1N1, JE) dan banyak lagi. Muhasabah balik dengan segala apa yang berlaku di hadapan kita. Firman Allah dalam surah An-Nisa’ ayat 79, “Apa sahaja nikmat yang kamu peroleh adalah daripada Allah, dan apa sahaja bencana yang menimpamu adalah dari kesalahan dirimu sendiri…” Semua ini terjadi dengan izin Allah. Maka, kembalilah kepada Allah yang sesungguhnya lebih arif lagi tahu dengan segala sesuatu. Eh, terberi tazkirah pula ;)



Jom… ada soalah cepuk emas ingin Muthiah ajukan buat semua.

Klu : Sepuluh sahabat Rasulullah yang dijamin masuk syurga. Siapakah mereka? :)
1- Singa yang menyembunyikan kukunya; Antara tiga orang sahabat awal yang masuk Islam; Orang pertama yang melepaskan panah untuk Islam.

2- Mukmin yang bijaksana, sanggup kehilangan keuntungan di dunia demi mengejar akhirat. Saat dipersaudara dengan Saad bin Rabi’, bukan isteri dan harta yang diingini tetapi minta ditunjukkan jalan di manakah pasar.

3- Membezakan haq dan batil dengan pintar.

4- Membunuh ayahnya yang kafir dalam peperangan Badar sehingga turun wahyu daripada Allah SWT, Al-Mujadalah ayat 22.

5- Rasulullah SAW menggelarnya ‘Garuda Uhud’ dan ia merupakan seorang ahli pemidato Islam serta fasih berbicara.

6- Seseorang yang malaikat malu kepadanya dan digelar sebagai ‘Dzinurain’.

7- Sahabat yang sentiasa membenarkan Rasulullah SAW.

8- Seorang penyembelih binatang; Sepupu Rasulullah; Terlibat dalam peperangan Jamal dengan Thalhah.

9- Kanak-kanak awal yang masuk Islam.

10- Suami Fatimah Al-Khattab ; Anak Sayidina Umar.

OK. Selamat mencuba… jawab dahulu, kemudian semak jawapan. Renung-renungkan… sejauh mana kita mengenali tokoh-tokoh Islam. Sekiranya masih tidak kenal! Maka kenallah… kemudian, jatuh cinta… seterusnya, hayatilah keindahan Islam yang tidak ada tandingannya. Ilal liqa’ :)
Labels: | edit post
1 Response
  1. 1- Sa’ad bin Abi Waqqas

    - Memeluk Islam dalam usia 17 tahun.
    - Orang pertama yang melepaskan anak panah untuk agama Allah.
    - Orang yang mula-mula terkena anak panah.
    - Mendapat jaminan Rasullah dengan jaminan kedua ibu bapanya.
    - Dipilih Khalifah Umar untuk memimpin pertempuran Qadisiyah.
    - Merupakan seorang yang dimakbulkan doanya.
    - Berhati-hati dalam soal pemakanan, menjaga lisan dan kesucian hatinya.
    - Salah seorang anggota berkuda perang Badar, Uhud dan siri peperangan yang diikuti bersama Rasulullah.
    - Seorang yang tebal imannya. Berkata Sa’ad kepada ibunya, “Demi Allah SAW, ketahuilah wahai ibunda. Seandainya ibu memiliki seratus nyawa, lalu ia keluar satu persatu, tidaklah aku akan meninggalkan agama ini walau ditebus dengan sesuatu apa sekalipun…” Ibunya mogok lapar… moga-moga kan lembut hatinya untuk kembali kepada agama nenek moyangnya.
    Rujukan : SEJARAH 133 Wira Terbilang Di Zaman Rasulullah SAW – Dr. Khalid Muhammad Khalid (Al-Hidayah)