Kembali ke Taiping… (1 Julai 2009)
Saturday, July 04, 2009
Mengikut perancangan asal, Muthiah dan suami hendak bertolak dari kampung Sungai Tong seawal jam 7.00 pagi. Maklumlah, mahu menikmati pemandangan indah Tasik Kenyir di samping menghirup udara segar. Tentu seronok!
Namun, sebagai manusia yang hanya mampu merancang… perjalanan kami tertangguh selama tiga jam setengah. Kenapa ya?
Hmmm… agak panas dan mengantuk tetapi OK lah. Cantik sungguh pemandangan. Sesampainya kami di Tasik Kenyir (tasiknya sangat cantik dan tidak jemu mata memandang), kami berhenti berehat seketika.
Hehe… pergi tengok gajah. Ada tiga ekor semuanya dan yang paling seronok, Muthiah sempat mengusap badan anak gajah :) Kalau ada sesiapa mahu memegang, mengambil gambar atau menunggang gajah (secara percuma), datanglah ke sini. Insya-Allah, pasti puas hati.
Tidak berapa lama kemudian, kami pun meneruskan perjalanan ke Taiping melalui Cameron Highland. Suami bertanya, mahu singgah Cameron dahulukah? Ikut hati, memang mahu tetapi memikirkan ‘kepenatan’ hari itu, kami mengambil keputusan untuk terus pulang ke rumah. Hmmm… tidak dapat beli jagung dan sayur-sayuran segar. Insya-Allah, ada rezeki, lain kali kami singgah ;)
Akhirnya, kami sampai ke ‘rumahku syurgaku’ jam 8.00 ++ malam setelah meronda-ronda sekitar Ipoh. Ikutkan, mahu shopping barangan dapur terus tetapi tidak larat pula rasanya. Entahnya, Muthiah rasa flat. Mujur suami mengangkat semua barang ke dalam rumah. Hendak angkat ‘Tuan Puteri’, berat sangat :)) Mujur juga suami sediakan air dan makan malam special. Hahaha… Alhamdulillah… Jazakallah Abe…
Muthiah : Kalau hendak berperjalanan jauh, sebaiknya bertolaklah pada awal pagi. Waktu ini, udara masih segar dan kenderaan pun tidak banyak (tidak sesak). Insya-Allah, kita akan berasa lebih tenang dan nyaman.