Over weight

Assalammualaikum! Jom bersenam! <- Hisy, terus jerit?


Suami cakap yang Muthiah 'semakin berisi'. Oh... ayat 'semakin berisi' ini sebenarnya Muthiah tukar untuk menyedapkan mata membaca catatan Muthiah sendiri. Maka, bermulalah sesi exercise menggunakan treadmill. Mula-mula, bersemangat waja. Buat dalam 45 minit. Hari kedua dan ketiga, off sebab mood tidak elok. Teringatkan RMR. Hari keempat, kembali... 30 minit. Okey, mesti bersungguh-sungguh!


Bagi diri Muthiah... hal berat badan ini adalah isu sensitif bagi sebilangan wanita. Teringat luahan hati seorang teman...


"Muthiah, tadi kan... Polan bin Polan cakap saya gemuk depan orang ramai. Malunya...


Muthiah hanya tersenyum. 


Kemudian, dia bersuara lagi, "Alah, Muthiah tak apalah tak gemuk..."


Muthiah tetap mengukir senyum manis (Hahaha... syok sendiri. Maniskah senyumanku? Oh, tidak!)


.....


Kawan,


Bukan Muthiah tidak menyelami. Bukan juga Muthiah tidak memahami bahkan Muthiah dapat rasa (walaupun tidak seperti tuan punya badan) apa yang dilalui.


Teringat kisah dulu-dulu yang sampai sekarang Muthiah ingat, tidak boleh lupus dari ingatan...


Meh nak berkongsi cerita...






Tersebutlah kisah... 


Muthiah, Kak Noni dan Kak Mila pergi berhari raya di rumah kawan-kawan Kak Noni. Huhu... rendah diri, usah cakap. Muthiah seorang bersaiz XL. Ke XXL? Kakak-kakak berdua pula bersaiz M. Okey, tidak apa lagi. 'Aku, akulah jua'... <- Lagu XPDC.


Namun, sebaik sahaja sampai di sebuah rumah...


Bertanya seorang mak cik yang anaknya (cantik bangat! Siapa pandang, pasti tertawan), "Kawan Noni ni, siapa?"


Kak Noni terus menjawab, "Mila..."


Selepas itu, mak cik itu berkalih ke arah Muthiah lalu bertanya lagi, "Yang gemuk tu?"


Huh! Sudahlah anak teruna sang mak cik sedang berkumpul di ruang tamu. Ikut hati, hendak berlari dan meninggalkan rumah tersebut pada waktu itu juga. Malu, TUHAN sahaja yang tahu. Rasa jatuh pula saham di hadapan jejaka-jejaka yang tampan. Huhaha...


Beberapa kali peristiwa 'rasa dimalukan' ini berlaku tetapi cukuplah Muthiah ceritakan satu.


Kesan daripada beberapa peristiwa seperti ini...



  • Tahap rendah diri Muthiah semakin meningkat tetapi cuba berlagak selamba dan cool di hadapan kawan-kawan.
  • Jangan tak percaya. Muthiah pernah mendapatkan ubat kurus di klinik swasta. Muthiah beli dan doktor pula mahu jual. Hmm... seingat Muthiah, ubat tersebut membuatkan kita berasa mual. Jadi, tidak lalu makan.
  • Yang ni mesti percaya. Muthiah selalu ambil air teh kurus mama dan minum tanpa pengetahuannya. 
  • Subjek Kemahiran Hidup adalah subjek pilihan. Kenapa? Bukankah ada tips memilih pakaian bagi yang berbadan gempal.
  • Lagi... lagi... lagi...
Dengan kata lain, Muthiah cuba lakukan apa sahaja demi kurus...

Namun!

Hasilnya tetap sama. Tak kurus-kurus. Hmm... nak kurus macam mana lagi? Akhirnya, tidak mahu ambil peduli. Lantaklah kalau tidak ada lelaki yang jatuh hati. Hahaha... Gatal!

....

Apa yang ingin Muthiah sampaikan di sini...

Pekalah terhadap perasaan orang lain. Kita takut, bicara kita tanpa sedar, bukan setakat menghiris hati teman kita tetapi memalukannya juga. 

Alah... bukan berniat nak memalukan pun! Kita pekalah. Sebab itu tegur.

Hmm... lain orang. Lain penerimaannya. Ada orang, jenis tak kisah. Namun, jangan salahkan mereka yang sensitif dalam hal sebegini.

Jika benar-benar sayangkan sang teman... 

Iyalah... berlebihan berat badan memberi impak juga kepada kesihatan. Namun perlu diingat! Ada orang, memang gennya memang begitu. Makan sikit, tetap gempal. Bukan dia tidak berusaha. Maka, berdoalah untuk kesihatannya, juga diri kita.

Ingat ya...

Jika kita benar-benar mahu menegur (bukan dengan niat menghina dan menyakitkan hati). Khuatir satu hari akan kembali pada diri kita sendiri! <- Nada geram...
  • Cakap elok-elok.
  • One by one, face to face. Elakkan berseloroh di khalayak ramai. Kemudian, gelak rama-ramai termasuk empunya diri yang diperkata. Jangan kita ingat dia ketawa, hatinya turut tertawa.
  • Jika ada tips, kongsikan secara baik. 
Akhir kalam...

Sesungguhnya manusia yang paling mulia di sisi ALLAH adalah yang paling takwa. 

Muthiah : Yang baik ambil. Yang tak baik, letak tepi. Moga mengambil yang positif sahaja


Labels: | edit post
0 Responses