Kembali

Assalammualaikum. Apa khabar? Muthiah... Alhamdulillah, sihat cuma (Hisy, ada juga dia punya cuma tu!) kaki Muthiah sedikit membengkak. Pada pergelangan tangan kanan pula ada berbekas parut kecil. Kenapa? Ehe. Jatuh atas lantai yang licin. Moga-moga menjadi penghapus dosa buat Muthiah yang selalu lupa. Jom istighfar...




Bagaimana dengan aktiviti sahabat-sahabat di luar sana? Muthiah... Alhamdulillah, sedang menulis draf untuk manuskrip ke seterusnya. Doakan Muthiah, ya. Jemari ini memang menaip. Mata ini memandang skrin komputer namun hakikatnya, semua itu adalah daripada ALLAH. ILAH yang memberi ilham. ILAH juga yang memberi kekuatan. Semuanya adalah daripada DIA yang Maha Berkuasa. Dengan kata lain... 


          Setiap sesuatu perkara adalah daripada ALLAH yang Maha Segalanya ^^




Baru-baru ini, Muthiah ada terbaca sepotong ayat daripada al-Quran yang bermaksud, "Dan bersabarlah kamu, sesungguhnya janji Allah adalah benar dan sekali-kali janganlah orang-orang yang tidak meyakini (kebenaran ayat-ayat Allah) itu menggelisahkan kamu. " (ar-Rum, 30:60)...

... membuatkan Muthiah merenung sejenak. Muthiah sangat lazim dengan ayat ini. Lantas, kenangan lama pun menjelma.


Oh, gambar ini tidak ada kaitan dengan kenangan lama Muthiah. (^_^)


Sewaktu belajar dahulu, Muthiah kira... al-Quran tafsir merupakan teman yang paling akrab bagi Muthiah.

Sebelum membuat ulangkaji, Muthiah akan membaca terjemahan al-Quran.
Sebelum pensyarah masuk kuliah, Muthiah akan intai sekejap terjemahan al-Quran.
Sebelum berjumpa adik-adik, Muthiah senang meneliti terjemahan al-Quran.
Sebelum tidur... sebaik sahaja bangkit daripada tidur... al-Quranlah peneman.

Kemudian, Muthiah akan berasa tenang. 


Sesungguhnya, dengan mengingati ALLAH hati akan tenang. (ar-Ra'd, 13:28)

Apabila buntu, terasa jawapan diberikan ALLAH.
Apabila sedih, terasa ALLAH dekat.
Apabila kecewa, terasa diri tidak keseorangan.

Muthiah semat dalam hati kalimah ALLAH itu. Akhirnya... dalam tangis, hati berasa bahagia.

NAMUN!

"Kenapa diri tidak istiqamah lagi?"
"Salah siapa?"


Sesungguhnya, manusia itu acap kali alpa lagi lupa. Alangkah manis dan indah andai mampu kembali. Kita boleh bicara, kita mahu dekat dengan PENCIPTA. Kita boleh kata, hidup dan mati kita hanya untuk ALLAH namun... sejauh mana kita sebenarnya mengakrabkan diri kepada kepada-NYA? <- Ah! Ini adalah peringatan buat diri Muthiah sendiri.

Yuk...

Mungkin kita tidak sedar... 
Mungkin kita tidak rasa...

... kita sedang jauh daripada PENCIPTA. Akan tetapi setelah terjaga... marilah kita sama-sama beriringan kembali. Kita cuba untuk menjadi hamba ALLAH yang terbaik. Kita cuba lakukan yang paling baik. Ketepikan kata-kata manusia yang mengeji. Percaya, ALLAH dekat... mendengar dan mengetahui.

Selamat bermuhasabah ;)

... mahukan pengakiran. Permulaan yang baik, moga-moga berakhir dengan yang baik juga. Gusar andai permulaan itu baik, pengakhiran itu jauh daripada redha-NYA, nauzubillah.




Labels: | edit post
2 Responses
  1. Salam, tahniah puan cerpen terbaru di Harmoni-Hati Seorang Ibu


  2. Salam, Tetamu Istimewa.

    Terima kasih atas informasi ini. Alhamdulillah. Moga kan mendapat manfaat daripadanya ;)