Kenapa hati tidak tenteram?

Assalammualaikum. Mulakan harimu dengan senyuman. Ada orang cakap, Muthiah senyum pura-pura... tidak ikhlas. Hahaha....


Relaks, relaks. Tidak apa. Asal senyum itu membolehkan sebilangan yang lain berasa senang, sebenarnya sudah cukup menggirangkan (betulkah penggunaan ayat ini?) hati. Kita pula, usah cepat menghukum mereka yang berkata-kata. Serah sahaja pada ALLAH yang Maha Teliti Penghitungan-NYA. Usah difikir sampai berkerut dahi. 


Pesan Muthiah buat diri sendiri... buatlah sesuatu yang dirasa baik walau orang tidak suka. Insya-ALLAH... kita akan bahagia.



Kenapa hati tidak tenteram?

Jom kita brainstorming sama-sama...

Iri hati...
Tidak mensyukuri nikmat.
Berdendam...
Kecewa dan berterusan melayan rasa kecewa itu..
Marah yang melampau-lampau...
Benci yang keterlaluan... selalu teringat-ingat pada insan yang dibenci.
Putus asa... tidak mahu lagi berusaha...
Terluka dan tidak bersedia untuk memaafi...
Sakit hati... juga menyakitkan hati...
Jauh daripada ALLAH...
Derhaka pada suami...
Simpan dan memendam rasa...
....
....
....

Sedang melalui rasa seperti yang Muthiah coretkan di atas?
Hmm... pegang dada, tanya sama hati...
tenangkah aku saat ini?

Konklusinya?


Ingatlah ALLAH, hati akan menjadi tenang. (ar-Ra'd, 13:28)


Kesimpulan : Jom ingat ALLAH!

Labels: | edit post
0 Responses