Antologi Orang Berdosa ~ DIA Memilihku
Wednesday, May 30, 2012
Alhamdulillah ^____^
Tidak terucap dengan tutur kata. Hari yang ditunggu dinanti tiba tanpa disangka-sangka. Terima kasih kepada En. Suami, ahli keluarga, saudara-mara, sahabat handai, serta semua yang sentiasa menyokong dan mendoakan Hanan. Tidak lupa juga kepada GBK, Alaf21, para editor dan semua yang terlibat dalam penerbitan buku ini.
Sungguh! Sayang kamu kuat-kuat!
Tidak terucap dengan tutur kata. Hari yang ditunggu dinanti tiba tanpa disangka-sangka. Terima kasih kepada En. Suami, ahli keluarga, saudara-mara, sahabat handai, serta semua yang sentiasa menyokong dan mendoakan Hanan. Tidak lupa juga kepada GBK, Alaf21, para editor dan semua yang terlibat dalam penerbitan buku ini.
Sungguh! Sayang kamu kuat-kuat!
ANTOLOGI ORANG BERDOSA ~ DIA MEMILIHKU
Lima buah cerpen yang dipersembahkan dengan penuh rasa keinsafan atas peluang kedua yang diberikan TUHAN. Tiada kata yang mampu terungkap, hanya jiwa yang mampu merasakan betapa peritnya penyesalan.
Tahniah Hanan ucapkan kepada rakan-rakan penulis, Dr. H.M. Tuah Iskandar, Intan Arnida, Iskandar Dzul Karnain H.M. serta Umi Azrini.
Yuk, dapatkan di Karangkraf Mall dan pasaran.
Tahniah Hanan ucapkan kepada rakan-rakan penulis, Dr. H.M. Tuah Iskandar, Intan Arnida, Iskandar Dzul Karnain H.M. serta Umi Azrini.
Yuk, dapatkan di Karangkraf Mall dan pasaran.
Puan, lima buah cerpen untuk keseluruhan antologi ini ke? Berapa halamannya dan harganya?
Wah, bestnya, saya teringin nak terbitkan kumpulan cerpen. Adalah Karangkraf-Alaf 21 sudah menyediakan ruang untuk menerbitkan antologi @ kumpulan cerpen? Perkembangan terbaik ni.
Tuan Tetamu Istimewa,
Alhamdulillah.
Ya. Terdapat lima buah cerpen, dengan lima orang penulis untuk antologi ini. Harganya RM14.00. Maaf, Tuan. Saya pun belum dapat lagi buku ini (Buku masih panas). Jadi, tidak dapat dipastikan berapa halamannya.
Ya. GBK-Alaf21 ada menerbitkan buku antologi. Saya kira, antologi sebegini tidak ada tarikh tutup. Jika Tuan ada Facebook, boleh tambah Puan Sa'adiah Mohamad dan Puan Sri Diah. Insya-ALLAH, Tuan boleh bertanya lanjut hal ini kepada mereka. Perbincangan tentang idea atau proposal penulisan pun boleh dibuat.
Moga impian Tuan menjadi nyata. Sebarang persoalan, dialu-alukan. Insya-ALLAH, saya cuba membantu sedaya mampu.
Oh ya, Tuan Tetamu Istimewa.
Saya baru terbaca pos Kak Sri tentang projek antologi ini ~ Projek ini masih terbuka kepada sesiapa yang berminat untuk antologi yang seterusnya. Penulis luar daripada Grup Buku Karangkraf juga boleh menyertainya. Hanya 120 muka surat sahaja. Karya mestilah menepati konsep Jiwa Kacau dan Orang Berdosa.
Pertanyaan lanjut, boleh aju terus kepada Kak Sri atau Kak Sa'adiah.
Penjelasan yang baik. Puan tidak perlulah berTuan dengan saya. Segan pula rasanya. Izinkan saya memanggil Puan kak, boleh?
Adakah antologi itu untuk perseorangan atau campuran?
Boleh kak jelaskan lagi akan konsep Jiwa Kacau dan Orang Berdosa?
Huhu, saya tidak mempunyai akuan FB. Saya bercadang untuk mengumpulkan sejumlah cerpen saya yang pernah tersiar di media sebelum ini untuk dijadikan kumpulan cerpen perseorangan. Bolehkah? Kebanyankannya cerpen remaja.
Berapa lamakah antologi Orang Berdosa ini diproses? Dan berapa halamankah cerpen kak yang dihantar?
:) Okey. Boleh panggil, Kak. Tetamu Istimewa pula bagaimana? Ada panggilan yang lebih selesa.
Untuk konsep Jiwa Kacau :
- Genre thriller Bahasa Melayu.
- Target usia 20–50 tahun, lelaki dan perempuan.
- Fokus cerita mestilah berkisar hal-hal 'crime thriller'.
- Pembunuhan, penipuan, putar belit bisnes dan sabotaj.
- Pembunuhan; hal mahkhamah.
- Pembabitan pihak polis.
- Ahli politik, VVIP dan antarabangsa dll.
Projek Orang Berdosa :
- Genre ISLAMIK Bahasa Melayu.
- Target usia 20–50 tahun, lelaki dan perempuan
- Fokus cerita mestilah berkisar mengenai hal-hal keagamaan.
- Sentuhan kerohanian, jiwa murni.
- Bahasa Islamik.
- Gambaran kisah penyesalan, rasa bersalah dan nada keinsafan.
- Contoh-contoh dipetik daripada hadis, Al-Quran.
Lain-lain :
- Setiap calon penulis menghantar manuskrip bertaip.
- Setebal 120 muka surat A4 langkau dua baris.
Nota : Info di atas saya peroleh daripada e-mel lama yang pernah dihantar oleh Puan Sa'adiah.
Oh, saya pun belum tengok lagi kedua-dua antologi ini. Saya sarankan, TI bolehlah dapatkan satu untuk dijadikan rujukan menulis.
Tentang kompilasi cerpen, TI boleh e-mel dan bertanya kepada Puan Sri Diah (sridiah@karangkraf.com.my) atau Puan Sa'adiah (saadiah.mohamad@karangkraf.com).
Untuk tempoh masa pula, boleh terus juga bertanya kepada penerbit. Maaf, saya kurang pasti tentangnya. Apa yang penting, kita perlu banyak bersabar menanti penilaian dan penerbitan buku kita (andai terpilih).
Moga berjaya ^____^
Tetamu Istimewa,
Persoalan tentang kompilasi cerpen perseorangan ~ GBK tidak menerbitkan antologi persaorangan. Ada banyak risikonya. Buat masa ini GBK hanya fokus pada dua antologi ini, Projek Jiwa Kacau dan Orang Berdosa. Ini kerana genre jenis ini semakin diterima oleh pembaca. (Sri Diah)
Terima kasih atas info ini. Panggil saja Helmi. Em, saya akan dapatkan kedua-dua antologi ini nanti.
Pembetulan : Muthiah bertanya kepada Puan Sri Diah. Adakah antologi ini termasuk dalam kategori cerpen atau selainnya. Menurut Puan Sri, antologi ini terdiri daripada novelet.