Mencari Naurah (Bab 37)
Saturday, May 26, 2012
Novel | Mencari Naurah
“ASYRAF, mari makan,” jerit Datin Khatty.
|
“Baik,
ma.” Asyraf menjawab ringkas.
“Tak
kerja hari ini?” tanya Datin Khatty setelah Asyraf duduk di atas kerusi.
“Tunggu
on call,” balas Asyraf pendek.
“Pergilah
rumah Datin Azira. Amalin pun tidak bekerja hari ini.” Datin Khatty berkata
dengan lembut.
Asyraf
diam. Dia menyuap roti bakar yang disediakan bibiknya.
Datin
Khatty turut diam. Tidak mahu memaksa mungkin. Dia mahu memujuk Asyraf secara
halus. Mana tahu hatinya akan menjadi lembut.
“Mama,
Asyraf nak layari internet,” ujar Asyraf lalu menaiki tangga rumah menuju ke
kamar tidurnya yang terletak di tingkat dua.
“Okey,”
balas Datin Khatty. Dia terus menyuap roti yang telah disapu dengan sekaya ke
dalam mulutnya. Sedap...
“Kalau
Asyraf bosan, pergilah rumah Datin Azira. Dia kata dah lama tidak berjumpa
dengan Asyraf,” jerit Datin Khatty dari tingkat bawah.
Asyraf
tidak menjawab apa-apa. Dibiarkan sahaja mamanya dan dia terus memasuki bilik
bujangnya. Komputer riba yang terletak di atas meja dibuka perlahan.
Yahoo
messenger dibukanya. Tidak ada sebarang mesej di luar talian. E-mel juga tiada,
peti masuknya penuh cuma e-mel yang dinanti-nanti tidak kunjung tiba. Kecewa,
dia menutup komputer ribanya. Sebenarnya, dia hanya mahu melihat YM dan
e-melnya. Manalah tahu...
Dia
sedar, dia sebenarnya yang mula mendiamkan diri tetapi hakikatnya dia terus
menanti. Dia tertunggu-tunggu perkhabaran daripada seseorang. Mungkin seseorang
yang dia telah jatuh hati kepadanya.
‘Wahai
orang yang beriman, mengapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu
kerjakan? Amat besar kebencian di sisi ALLAH bilamana kamu mengatakan sesuatu
yang tidak kamu kerjakan...’
Kalimah
ALLAH ini bermain-main di mindanya. Ungkapan yang pernah diungkapkannya satu
ketika dahulu. Sewaktu masih berada di kampus, di dalam surau Umar Al-Khattab.
Kenangan silam menjelma...
Mana
mungkin dia lupa akan sesuatu yang pernah terpacul dari bibirnya. Bukankah
seorang pendakwah itu perlu sentiasa mencermin dirinya sendiri? Kerana...
setiap tindakan dan pertuturannya sentiasa menjadi tontonan mereka yang ingin
diseru. Adakah dia layak mengajak orang lain melakukan kebaikan sedangkan
dirinya sendiri tidak terhindar daripada melakukan kesilapan?
Umpama
seorang penagih dadah yang melarang temannya mengambil dadah, namun sebaliknya,
dia sendiri tidak dapat meninggalkan najis yang banyak memusnahkan umat manusia
itu. Hmm... apapun, menasihati orang lain agar tidak terjun lombong adalah
lebih baik daripada tidak menyumbangkan apa-apa. Sekurang-kurangnya, insan yang
menyeru itu punya jasa dalam hidup. Tidaklah dia mati sia-sia sahaja.
Asyraf
merenung ke luar jendela. Dia sedia maklum. Sesungguhnya, hati merupakan raja
yang harus dijaga sebaiknya. Khuatir akan menempatkan bintik hitam padanya.
Kealpaan manusia itu sendirilah yang menyebabkan hati tersebut menjadi hitam
legam sehingga tidak boleh memberi ruang kepada cahaya untuk memasukinya. Andai
tiada cahaya? Ah!!!
‘Natasha...’
Sudah
lebih sebulan dia tidak berhubung dengan gadis bermata sepet itu. Dia sentiasa
mengingatinya tetapi ada sesuatu yang menghalang.
Anuar?
Bukan Anuar...
Rose?
Pun bukan. Asyraf tersenyum sejenak. Siapa sangka, gadis yang kelihatan tegas
dalam kelembutan ini berani mencurahkan rasa hati terhadapnya. Surat yang
Asyraf terima daripada Rose masih lagi disimpan rapi. Rose yang sentiasa ayu berjubah
mahu menjadi umpama Sayidatina Khadijah yang melamar Rasulullah. Dia tidak malu
asal dapat berkongsi hidup dengan manusia yang cantik akhlak dan budi
pekertinya.
Asyraf
akui, Rose kelihatan sempurna pada mata lelakinya tetapi entah kenapa hatinya
tidak terbuka untuk mengenalinya dengan lebih mendalam. Dia sendiri keliru.
‘Astaghfirullah.’
Kalimah ALLAH yang hadir dalam kotak pemikirannya membuatkan dia gusar untuk
berhubung dengan Natasha. Dia tidak mahu
dibenci ALLAH atas kealpaannya sedang dia tahu bahawasanya ALLAH tidak suka
seseorang yang cakapnya tidak serupa bikin.
Lantas,
Asyraf mengambil keputusan untuk memberi ruang kepada hati untuk berehat
sebentar daripada gelora perasaan. Banyak perkara yang perlu dimuhasabah dan
diperbaiki. Dia tahu bahawasanya keampunan ALLAH itu luas. DIA tentu memberi jalan yang
paling baik buatnya. Itu pasti!
Benarlah
kata Syeikh Ali Thantawi, “Penyembah berhala menganggap patung sebagai Tuhannya
manakala seorang pemuda yang mabuk cinta itu meletakkan wanita sebagai berhala khayalannya.”
Asyraf
bertekad untuk menyepikan diri meski hatinya begitu merindui Natasha. Diam
seketika tidak bermakna melarikan diri daripada permasalahan. Tempoh bertenang
itu akan digunakan sebaiknya dalam mencari jawapan yang mendasari syariat
ALLAH. Setelah segala kemusykilan terjawab, Natasha pasti akan dicari.
“Insya-ALLAH,”
kata Asyraf. Entah bila dia terlelap.
~ bersambung~