Unfriend dan block...
Wednesday, April 20, 2011
Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Muthiah... Alhamdulillah. Gembira. Setelah bertungkus-lumus, akhirnya berjaya menyiapkan satu kerja. Cuma tinggal, ada satu perancangan yang masih terbantut. Banyak sahaja halangan apabila hendak memulakannya. Hmm... Mungkin ada hikmah yang Muthiah tidak nampak. ALLAH lebih tahu. Namun, Muthiah akan tetap berusaha memulakannya ;)
Unfriend dan block.
Ehe. Biasa berlaku di facebook. Pernah di-unfriend atau di-block? Muthiah ... Ehe... Apa jua keadaannya, Muthiah akan tetap ceria. Muthiah sayangkan kawan-kawan Muthiah dan selamanya akan terus mengasihi mereka yang menyayangi Muthiah. Jom kita berkasih sayang kerana ALLAH namun awas!!! Jangan tersilap sayang. Sayanglah pada orang yang sepatutnya. Sayanglah dengan erti kata sayang yang sewajarnya. Sayang sesama Muslim contohnya.
Kenapa kita/ orang unfriend/ block orang/ kita.
- Kita pengintip dia. Ehe. Dia merasakan, kita berteman dengannya kerana kita mahu mengintip dia di facebook... mencari-cari kelemahannya. Ini dinamakan sebagai bersangka-sangka. Aduh. Sabar, kak/ abang. Tidak baik begitu.
- Kita tidak suka dengan kawan tersebut. Boleh jadi sebab dia suka mengata kita? Atau... dia musuh kita dalam karier? Tepuk dada, tanya iman :)
- Kita cemburukan orang itu. Kita jengkel melihat kecomelan dan kejayaan dia. Hmm... setiap manusia ada kelemahan dan kelebihan masing-masing. Jadi, bersyukurlah dengan apa yang dimiliki.
- Saja suka-suka... TERBAIK.
- Suka merapu di wall/ photo kita. Tidak pun, suka sangat mesej yang bukan-bukan. Hello... saya sudah berpunya. Tengok... statusnya 'in relationship'. Jadi, jangan lebih-lebih.
- Tidak ada apa yang hendak diintip lagi. Jadi, unfriend sahaja ;)
- Dia ganggu rumah tangga kita (buat mereka yang sudah bernikah). Bagi anak dara, suka benar melayan suami orang. Huhu... Muthiah pernah melihatseorang isteri mengamuk di wall facebook. Ce citer... ce citer... Iyalah. Dengan si isteri, tidak pula si anak dara mahu berteman atau bermesej. Dengan lelaki itu, bermanja-manja pula. Lelaki... lumrahnya mengayat. Perempuan pula, senang-senang diayat. Aduh... (Hehe... Muthiah copy and paste daripada wall seseorang di facebook).
- Dia suka sangat pos di wall dia. Sampai recent post kita penuh dengan shout daripada dia. Hehe. Penyelesaian yang boleh diambil. Klik pangkah pada hujung sebelah kanan. Kemudian, klik pula 'Hide all by...'
- Dia suka menjatuhkan kita. Jika ada yang dia nampak tidak kena, bukan hendak tegur baik-baik. Dihentamnya kita di khalayak umum. 'Maaf, saya tidak punya kawan yang sebegini.' Hmm... susah hendak cakap. Mungkin benar dia hendak menjatuhkan tetapi... mungkin juga memang caranya begitu. Apapun, bersabarlah ya.
Apa lagi, ya? Ehe... Tidak tahu. Jika ada tambahan, bolehlah tambah. Sekadar mengisi masa lapang. Tidak ada kaitan dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia.
Muthiah : Mengantuk...